Friday, 2 May 2014
Kenyataan Rasmi Pengarah Jabatan Amal Berhubung Insiden Pergaduhan Dalam Himpunan Semalam
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
KENYATAAN JABATAN AMAL MALAYSIA (SELANGOR) BERKENAAN INSIDEN BERKAITAN HIMPUNAN GST.
Saya mengambil tanggungjawab utk menjawab tohmahan seperti yang tersiar meluas di laman web dan media sosial kerana anggota Jabatan Amal dari Selangor berada di semua lokasi berkumpul pada Himpunan Gst semalam.
1. Insiden Semasa HimpunanJabatan Amal Malaysia ditugaskan untuk menjaga kelancaran himpunan dari aspek keselamatan termasuklah antara perkara pentingnya adalah memastikan peserta tidak memasuki kawasan padang yang menjadi antara syarat utama kebenaran himpunam diberikan.
Kejadian yang berlaku adalah disebabkan oleh cubaan memasuki kawasan padang dataran oleh sekumpulan kecil 'peserta' dan tindakan mengganggu acara himpunan dengan membuat bising juga oleh kumpulan yang sama.
Tindakan memukul mereka tidak berlaku sama sekali tetapi kami hanya berusaha menyuraikan mereka dan kami juga cuba menenangkan sekumpulan peserta lain yang mula membalas kata kata makian mereka kepada kami sehingga berlaku sedikit ketegangan.
Gambar yang menunjukkan ada antara mereka luka di dahi MUNGKIN kerana semasa kejadian tolak menolak tersebut. Cuma saya katakan, ramai peserta yang datang untuk berhimpun dengan baik, mereka datang dan pulang dalam keadaan yang harmoni pada hari tersebut. Kenapa ada seorang yang luka? Apa yang dia telah buat?
2. Insiden malam selepas himpunan.
Jabatan Amal dengan ini menafikan sekeras kerasnya bahawa kami terlibat dalam insiden berkenaan.
Tiada anggota AMAL yang bernama Anuar dari kawasan Pandan seperti didakwa.
Tiada kad keahlian dikeluarkan oleh kami semenjak 8 tahun lalu dan yang dikeluarkan dulu pun sangat terhad dan kami kenal mereka yang mempunyai kad keahlian.
Berkuasa betul mereka yang terlibat menyerang pada malam tersebut dengan hanya menunjukkan kad keahlian Amal, pihak polis boleh dihalau....(logik ke?)
Kami mendesak pihak yang menuduh menyerahkan bukti kepada kami dan pihak berkuasa kerana kami tidak sesekali akan bersekongkol dengan perbuatan sebegini.
Untuk makluman semua, kami dari Jabatan Amal Malaysia atau lebih dikenali sebagai Unit Amal tidak pernah dilatih atau melatih anggota untuk melakukan tindakan seperti dituduh bahkan ketika kami bertugas kami pernah dipukul, diludah, dicaci maki tetapi kami mengambil pengajaran dari akhlak Rasulullah dalam menghadapi perbuatan sebegini, apa sahaja kerja buat kami dan apa yang kami hadapi, kami hanya menyharapkan pembalasan dari Allah. Redhanya yang kami buru, kami yakin dengan janji Nya.
BERAMAL KERANA ALLAH
Khairil Anuar Ismail
Pengarah Jabatan Amal Malaysia (Selangor)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
puak2 pkr dah siap skrip diorg..ini semua salah UBN..ini semua salah SB..diorg ni maksum..xder salah dan silap walaupun yg pukul n caci maki tue terang2 macai pkr..
sabar je la amal..kt sebelah diorg dok canang amal nie yg start buat kacau, dok maki2 amal nie dgn skrip bdk2 diorg..
Tiada anggota amal nama anuar... Yg buat kenyataan rasmi ni pun nama anuar..
pelik btul...bila dah kecoh camnie, semua mula salahkan orang lain, sendiri xkan mengaku kesalahan.
In the end, bila dah x jumpa penyelesaian, mesti akan kata semua kerja UBN.
Setakat kena maki dan ludah korang bising yang selama ini korang maki hamun polis ada polis bising..belagak lebih..
tak apalah. umno pun dah setuju nak sokong undang-undang persendirian pelaksanaan hudud di kelantan. pkr dan dap menentang. mungkin itu juga salah satu sebab pertelingkahan ini berlaku. tidak lama lagi unit amal akan lebih mesra kerajaan. samm dan yang lain-lain tu akan terus diperkuda oleh anwar demi kepentingan peribadinya.
Allah SWT tahu samada kamu bercakap benar atau berbohong.
mahfuz dh kuar statement kitar semula dia, semua salah UMNO dan polis, walaupun yg dok melalak nk gadoh ngn amal pas tue pencacai setia anwar yg slalu bleh jmpa berkepit dlm program anwar.
bodoh betul pemikiran mahfuz, x boleh nak cover line walaupun nak menipu.
Senang cerita dengan pas, dengan unit amal, dengan samm dgn mahfuz semua MACAI
Post a Comment