Thursday, 15 May 2014

HU PHANG CHAW Berang Tak Dilantik Semula Mengetuai DHPP Pusat

Bekas Ketua Dewan Himpunan Penyokong-Penyokong PAS (DHPP) Hu Phang Chaw berang apabila namanya digugurkan daripada senarai baru sayap kepimpinan parti itu. Dia menuduh kepimpinan Pusat PAS telah menyingkirkannya kerana pendirian kerasnya terhadap hudud.

Tidak sahaja berang, bahkan Hu Phang Chaw telah melabelkan pemimpin-pemimpin PAS sebagai BODOH, TIDAK BIJAK dan KURANG ARIF POLITIK. Menurutnya lagi, sebahagian pemimpin-pemimpin utama PAS, tidak senang dengan tentangannya terhadap hudud dan inilah punca utama dia disingkirkan dari DHPP.

"Saya yakin, alasan terbesar mengapa saya disingkirkan adalah sebab suara lantang saya terhadap hudud dan para pemimpin PAS tak dapat tahan telinga lagi. Jadi tindakan diambil terhadap saya," katanya.

Menurutnya, dia tidak pernah mempersoalkan tentang kewujudan hudud dalam Islam tetapi dia sentiasa berpendapat bahawa hudud tidak sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia kerana pelbagai alasan.

Hu Phang Chaw semenjak tahun 1999 lagi telah berkempen untuk PAS sebagai bukan Islam dan menjadi orang pertama yang dilantik mengetuai kelab penyokong pada tahun 2004. Walaupun beragama Kristian, dia tetap memegang jawatan tertinggi dalam kelab tersebut yang kemudiannya diangkat menjadi sayap parti pada tahun 2010.

Hu Phang Chaw mempersoalkan semangat hormat-menghormati dan muzakarah di dalam PAS berhubung pemecatannya. Katanya, kalau PAS tidak dapat membuktikan amalan demokrasi dalam parti, bagaimana para pengundi akan mempercayai PAS.

Ketika ditanya sama ada dia akan keluar dari menyokong PAS, menurutnya, dia tidak pernah berfikir ke arah itu, bahkan dia sentiasa percaya kepada teras perjuangan sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan PAS.

Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong cuba menjadi tukang hasut apabila memberitahu Hu Phang Chaw agar meninggalkan PAS kerana PAS telah melihat Hu Phang Chaw sebagai satu ancaman.

"Sekiranya inilah caranya PAS melayan seorang penyokong setia, bayangkan bagaimana layanan buruk PAS ke atas etnik dan penganut agama minoriti di Malaysia sekiranya PAS dibenarkan menawan Putrajaya," kata Wee Ka Siong dalam satu kenyataan.
Hu Phang Chaw adalah pesaing Wee Ka Siong di Parlimen Ayer Hitam semasa PRU-13 lalu. Hu Phang Chaw hanya kalah dengan majoriti tipis kepada Wee Ka Siong.

5 comments:

Anonymous said...

Kenapakah Melayu UMNO dan Melayu PAS yang sama-sama mengucap "Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah", sembahyang ke kiblat yang sama, x bole bersatu menentang musuhnya yang terang lagi nyata?

Ego?

Anonymous said...

Salam tuan Admin,
Cuba kita perhatikan, kaum kafir ini seolah2 tidak boleh disentuh, ditegur atau diusik sikit tak kiralah dari bn atau pr.

seolah2 kita semua perlu dengar dan akur setiap kata2 mereka. kedengaran dari dalam bn, ubn diugut bila menyokong hudud, kita pula diasak dari setiap sudut oleh dap pkr.

tolong sampaikan kepada pucuk pimpinan terutama melalui Ulama, kita perlu tegas dan persetankan bangsa kafir ini.
jgn kita asik kena sepak terajang, kita mempunyai ummah yang ramai dan kuat. Semoga allah merahmati usaha yang kita lakukan berserta bantuan ubn dalam hal hudud ini.

jelas, terdapat golongan yang sangat anti kepada Islam dan bangsa Melayu.
Tolong gerakkan Ulama2 kita dalam hal ini, usah harapkan penjilat kafir dan peliwat di dalam pas.
Sekian.

Anonymous said...

Inilah cara demokrasi dalam PAS.. musyawarah tu hanya pada nama sahaja, tapi keputusan dah dibuat awal2 oleh pimpinan tertinggi.

Seperti kata warga marhaen dalam PAS, parti PAS ni bukan tak bagus, tapi pemimpin mereka PEKAK..

Anonymous said...

Sebabnya Melayu yang beragama Islam tak mahu bersatu,sebab itu kafir berani.Jangan tanya parti PAS@UMNO,tanya diri sendiri,adakah kita berani merobah apa yang ada demi kebaikan kesatuan ummah?banyak cabarannya,mereka tidak mahu lihat Islam bersatu

Anonymous said...

Org kafir melihat pas adalah parti islam yg agak extrem berbanding umno...
utk melemahkan islam di malaysia bagi mereka..Pas perlu di hancorkan/pecah belah dari dalam pas sendiri...
wahai sahabat..butakah kamu dgn apa yg berlaku dlm parti kita ini..