Monday 12 May 2014

Nama TGHH Dipergunakan Oleh Pro-DAP Dalam PAS Untuk Kepentingan PRK Bukit Gelugor dan PRK Teluk Intan


Dua pilihanraya kecil membabitkan Parlimen Bukit Gelugor di Pulau Pinang dan Parlimen Teluk Intan di mana kedua-dua kerusi tersebut bakal ditandingi oleh calon-calon dari DAP, memerlukan sokongan daripada PAS serta umat Islam. DAP dalam usaha untuk mengekalkan majoriti besar di kedua-dua kerusi Parlimen tersebut, enggan dilihat sebagai 'kalah' menerusi jurang majoriti yang dikecilkan.

Maka pada saat-saat akhir itulah, pro-DAP di dalam PAS bertindak secara bijak iaitu dengan mengeluarkan satu kenyataan media atas nama Tuan Guru Presiden yang mengumumkan PAS menangguhkan cadangan membentangkan usul rang undang-undang persendirian dalam persidangan Dewan Rakyat Jun nanti.

Musuh-musuh Islam bersorak kemenangan dengan keputusan tersebut. Tuan Guru Presiden dilihat sebagai seorang yang sangat lemah dan tidak dapat membuat keputusan bagi pihak parti. Manakala Tuan Guru Menteri Besar Kelantan pula, perlu meletakkan jawatan sebagai mengotakan janjinya kerana PAS Kelantan gagal melaksanakan hudud.


Ada pihak yang menyatakan, pintu tohmahan dan fitnah sudah tertutup apabila Tuan Guru Presiden membuat keputusan untuk menangguhkan usul perlaksanaan hudud di Kelantan. Mereka memberikan alasan kononnya, hudud telah digunakan oleh UBN untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Amatlah malang apabila ada segelintir orang yang seringkali memberitahu mereka adalah pejuang Islam, tiba-tiba sahaja memutarbelitkan kenyataan dan mengangkat Pakatan Rakyat lebih tinggi dari Islam. Ternyata, hudud telah menelanjangkan sebahagian daripada kita dan mendedahkan bahawa sebahagian daripada kita yang mengaku memperjuangkan Islam, sebenarnya hanyalah golongan munafiq yang cukup gembira apabila Islam tidak dapat ditegakkan di negara ini.

Sebenarnya apa yang berlaku amat mudah diteka. Penguasaan golongan pro-Anwar Ibrahim dan pro-Lim Guan Eng di dalam PAS, telah menyebabkan nama Tuan Guru Presiden telah dipergunakan dengan sewenang-wenangnya. Pengumuman berhubung penangguhan pembentangan usul itu dibuat demi membantu DAP mendapat majoriti besar dalam kedua-dua PRK di Pulau Pinang dan Perak.


Hudud telah menyebabkan ketegangan tercetus antara DAP-PKR dengan PAS. DAP sudah berulang-ulang kali menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Lim Guan Eng telah melabelkan Tuan Guru Presiden sebagai seorang manusia pembohong. Manakala Anwar Ibrahim yang cuba bermain jalan selamat, mengatakan hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana masyarakat majmuk dan perlu dihapuskan rasuah terlebih dahulu.

Golongan pro-DAP dan Anwar Ibrahim di dalam PAS begitu takut sekiranya hubungan dan keberadaan PAS di dalam Pakatan Rakyat, terputus ekoran isu hudud. Mereka telah menyiapkan alasan-alasan standard yang seringkali diberikan oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng apabila berada dalam keadaan tersepit iaitu menyalahkan UBN. Justeru, tidak menghairankan apabila hudud dikatakan perangkap UBN dan PAS diperingatkan agar tidak meneruskan agenda hudud kerana dibimbangi masuk perangkap UBN.

Apabila kenyataan media diedarkan oleh PAS semalam yang memaklumkan usul tersebut ditangguhkan terlebih dahulu, golongan penyembah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng di dalam PAS menarik nafas lega kerana sumber kewangan mereka dari PKR dan DAP belum terputus.

Yang pasti, Tuan Guru Presiden akan dikerahkan ke penamaan calon Parlimen Bukit Gelugor untuk menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa PAS sudah tersungkur di bawah telapak kaki Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan wakil Anwar Ibrahim, Wan Azizah Wan Ismail.


2 comments:

Anonymous said...

Assalam,sedih dn amat menyedihkan.dikala inilah kita tahu siapa kawan dan lawan yang sebenarnya,walaupun kita sering menguarkan kitalah sebagai pp
Ejuang islam dgn berceramah tidak kira masa dan tempat hal sebegitu sebenarnya telah menelanjangi dimana pegangan dan penghayatan kita didalam menegak dan memperkasakan hukum hukum Allah,apa yg dicakap tidak disertakan dgn perbuatan,memang betul politik penuh dgn kemunafikan.

Anonymous said...

seperti biasa ahli pas g jd penjilat dap n pkr...
xder sorg pun bising2 kt dap ngn pkr bila bos pas kena sound..kena maki ngn diorg..hahaha..
lg pelik bila bos pas bleh sama2 ngn dap ngn pkr ms penamaan calon, sanggup ketepikan salah satu klause dalam perlembagaan parti pas..
bodonya yg jadi ahli pas..
stiap hari kena maki..kena caci..x bleh buat decision sendiri..asik jd pak guard dlm demo guling2..tue je la fungsi pas nih..