Saturday 3 May 2014

'Kami Tak Undi PAS Sebab Suka PAS Tapi Kerana Tidak Ada Pilihan Lain'


Itu kenyataan yang dituturkan oleh beberapa orang penyokong kuat Anwar Ibrahim dan DAP dalam sebuah forum terbuka bertajuk, Hudud Di Malaysia yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur malam tadi.

Kegelisahan golongan berkenaan semakin ketara apabila Kerajaan Persekutuan menyatakan persetujuan untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa teknikal bersama-sama Kerajaan Negeri Kelantan bagi mengkaji perlaksanaan hukuman hudud di Kelantan sebagai permulaan.

Walaupun di dalam BN sendiri berlaku tentangan membabitkan MCA, GERAKAN dan SUPP, namun seperti biasa dalam keadaan apa-apa pun, UBN dilihat lebih berkemampuan untuk menenangkan mereka sepertimana yang telah dilakukan oleh parti itu sebelum ini.

Berbeza pula dengan PAS yang menggunakan taktik lemah lembut dan mengambil hati serta menurut.


Dalam forum semalam, Dr. Ahmad Farouk Musa, Pengarah Islamic Renaissance Front yang diketahui merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim dan juga merupakan penggerak utama pergerakan Islam Liberal di Malaysia mengatakan, tindakan PAS berkeras mahu melaksanakan hudud akan merugikan parti ini.

Aktivis sosial Haris Ibrahim, seorang lagi penyokong kuat Anwar Ibrahim turut berkata, PAS memperolehi undi daripada mereka kerana tiada pilihan. Justeru, kalau PAS terus bertegas mahu melaksanakan hudud, PAS akan menerima akibat yang sangat buruk.

Seorang peguam NGO Save Sarawak Rivers, Abun Sui Anyit turut menyuarakan nada serupa. Lebih malang lagi ialah apabila peguam PAS yang juga Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mengambil sikap mengampu kaum kafir apabila berkata, dia sendiri berpendapat bahawa hudud perlu ditangguhkan terlebih dahulu sehingga penerangan menyeluruh kepada rakyat Malaysia dibuat.

Tidakkah pendapat dan pendirian Hanipa Maidin itu sama sahaja dengan pendirian serta pendapat UBN yang kita kecam selama ini?

Hudud bukanlah taktik untuk meraih undi sebagaimana yang difahami oleh kaum kafir itu. Sebaliknya hudud adalah tuntutan dari Allah Taala, sama seperti solat lima waktu, sama seperti berpuasa pada bulan Ramadhan, sama seperti membayar zakat dan fitrah, bahkan sama juga seperti kewajipan menunaikan ibadah ziarah dan Haji. Walaupun bukan digolongkan sebagai rukun, namun kewajipan itu dimohorkan menerusi ayat-ayat al Quran.

Sementara itu, Anwar Ibrahim yang sedang berada di Jakarta berkata, keadaan semasa tidak memungkinkan Pakatan Rakyat akan berpecah. Maksud yang boleh difahami ialah, Anwar amat berharap, PAS akan menggugurkan keputusan yang telah lama dibuat dan asas perjuangan parti ini untuk mewujudkan Baldatun Toiyyibatun Wa Robbun Ghafur.

Seperti biasa, ujian besar yang dibuat ialah PAS akan kehilangan peluang untuk memerintah Putrajaya bersama-sama DAP dan PKR sekiranya terus bertegas untuk melaksanakan hudud.

Barangkali mereka semua terlupa bahawa PAS sudah biasa kalah. Para ulama PAS yang dirahmati Allah Taala seringkali berkata bahawa PAS tidak kisah kalah dalam pilihanraya kerana PAS memang sudah biasa kalah tetapi PAS tidak mahu kalah apabila disoal di hadapan Allah Taala kelak kerana Allah Taala adalah maqam kepada perjuangan PAS, bukannya Putrajaya.

Hanya setelah PAS diresapi oleh para pemimpin yang hanya bertubuh dan berbaju PAS tetapi berjiwa dan roh mereka adalah Anwar Ibrahim dan DAP, bahkan golongan yang terpengaruh dengan liberalisme dan moderat, asas perjuangan PAS itu telah dikorbankan demi kuasa dan kesenangan duniawi.

Benar kata sebilangan orang PAS, PAS perlu kembali kepada fitrah. Kekuatan PAS sebenarnya terletak kepada ulama kerana ulamalah yang akan memandu ahli-ahli PAS ke jalan kebenaran, bukannya golongan gila kemasyhuran yang sekarang ini sedang membarisi kepimpinan. Dewan Ulama dan Majlis Syura perlu diperkukuhkan semula, manakala mulut-mulut yang gatal nak bercakap, perlu ditutup dan dizipkan!

3 comments:

Anonymous said...

Salam tuan admin,
ramai antara kita yang sangat berdiri teguh di belakang Ulama selepas era PRU 2008.

Tapi, semakin lama pengikut di belakang Ulama ini semakin ditolak tepi dalam pas. Cuba tanya golongan ini terutama di Selangor, makin susah nak cari makan bila peluang2 perniagaan dibolot penjilat peliwat dan kapir pr semata2 nak melemahkan usaha dan sumbangan penyokong Ulama. nasib baik masih dapat ehsan dari projek2 persekutuan walaupun dikontrol oleh UBN. silap sikit, golongan ini diboikot dan disisihkan.

Banyak penyokong Ulama macam x boleh berkata apa2, semua keputusan dikawal penjilat peliwat dan kapir. cuba bgtau, pas ikut x saranan Majlis Syura berkaitan isu2 sensitif Islam spt kalimah Allah etc?

Saranan majlis Syura dibakul sampahkan, tapi kata2 dari peliwat dan kapir yang diikut.

Nauzubillah.

Anonymous said...

buat je balik perbandingan camni...

pas = sama tolak hudud dia kapir
anwar tolak hudud
jadinya anwar __________

selama ni diorang sedap mulut celaka tuduh geng umno ni kapir sampai tak pergi kenduri,solat dua imam dan sebagainya.sekarang tanggung sendiri la

Anonymous said...

*pas = sapa tolak hudud dia kapir