Friday 16 May 2014

Di Sebalik Kebencian DAP Terhadap PAS, PAS Tetap Hantar Jentera Kempen Ke Teluk Intan

Muslimat PAS sudah mula menjalankan kempen dari rumah ke rumah di Kampung Ayer Hitam, Teluk Intan walaupun ketika Memorial bekas Ahli Parlimen Teluk Intan, wakil PAS dijadikan kura-kura oleh pemimpin-pemimpin DAP.
 
Ada beberapa kes melibatkan PAS dalam Pakatan Rakyat dalam kempen PRK Parlimen Bukit Gelugor dan PRK Parlimen Teluk Intan. Dalam kedua-dua kempen tersebut, PAS cuba dipinggirkan oleh DAP secara hina. Kalau ada pun YDP atau pemimpin PAS, mereka tidak dibenarkan sama sekali menyentuh tentang isu perlaksanaan hudud kerana DAP berpendapat, PAS sedang cuba mensabotaj peluang kemenangan besar mereka di kedua-dua Parlimen.

Pun begitu, PAS tetap juga memberikan sokongan kepada DAP walaupun DAP menentang PAS dan cuba meminggirkan serta mengaibkan PAS di kalangan penyokong-penyokong mereka sendiri. Ini adalah untuk membuktikan kesetiakawanan PAS yang tidak berbelah bahagi dan sepatutnya dicurigai oleh DAP mahupun PKR.

Berikut adalah pergerakan dan program yang diaturkan oleh PAS bagi mendapatkan sokongan pengundi-pengundi Islam di Teluk Intan.

Pada 18 MEI 2014 jam 1500 PAS Kawasan SG SIPUT yang diketuai oleh ROSNI bin ABU BAKAR - Timbalan YDP PAS Kawasan SG.SIPUT akan bertolak ke TELUK INTAN bersama-sama 20 orang ahli dan berhimpun bersama-sama pimpinan PAS Negeri PERAK untuk tujuan mengagihkan jenteranya di Unit Peti Undi (UPU).

Taklimat tersebut akan dilakukan oleh Ustaz MISBAHUL MUNIR bin MASDUKI - YDP PAS Kawasan BAGAN DATOH/Timbalan Pesuruhjaya PAS PERAK. Selesai taklimat dan pengagihan, kesemua jentera PAS akan bergerak ke PDM KG BAHAGIA untuk menghadiri perhimpunan jentera PR di Kg Bahagia, TELUK INTAN.

Selain itu, PAS turut menganjurkan Wacana Pengukuhan Aqidah (WPA) Peringkat Negeri Perak Darul Ridzwan.

Berikut adalah atur caranya:

Tarikh : 16 Mei 2014
Hari : Jumaat
Masa : 6.00 - 11.00 pm
Tempat : Teluk Intan Perak Darul Ridzwan.

Tema : Kanun Jenayah Syariah Jaminan Keamanan dan Keadilan.

Penyertaan : Terbuka kepada semua termasuk non muslim
_________________

6.00 pm : Pendaftaran
6.30 pm : Al Mathurat

6.40 pm : Tazkirah Senja
oleh : Al Fadhil Ustaz Fakhrudin bin Abdul Aziz.
Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Negeri Perak.
Tajuk : Kanun Jenayah Syariah Jaminan Keamanan dan Keadilan.

7.25 pm : Solat Maghrib

7.40 pm : Kertas Kerja 1
oleh : Yb. Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi.
Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.
Tajuk : Hudud : Hukuman Setimpal dan Kawalan Allah swt.

8.25 pm : Solat Isyak dan Makan Malam.

9.00 pm : Kertas Kerja 2.
Oleh : Al Fadhil Dr. Mansur Bin Sulaiman.
Pensyarah University Malaysia Pahang.
Tajuj : Hudud : Perlaksanaannya di Malaysia

9.45 pm : Kertas Kerja 3.
oleh : Al Fadhil Ustaz Azhar Yahya
Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan.
Tajuk : Hudud : Kedudukan Non Muslim.

10.30 pm : Ucapan Penutup
Oleh : Al Fadhil Ust Khairy Jamaludin
Pengerusi Lajnah Tarbiah DPP Negeri Perak.

11.00 : Bersurai

Anjuran : Lajnah Tarbiyah DPP Negeri Perak dengan Kerjasama Lajnah Dakwah PAS Negeri Perak.

13 comments:

Anonymous said...

Salam tuan Admin,
saya sendiri masih ternanti-nanti sebarang permohonan maaf dari kafir dap bila presiden kita dikutuk dan dihina pemimpin kafir itu, malah tiada sebarang kekesalan atau maaf bila dihalaunya kita keluar dari pr.

parti pas ni seperti kucing kurap ker? selalu disepak terajang, tapi si kafir tue tak perlu risau, sebab pas tetap menyanjung tinggi kafir itu walau apa yang terjadi.

Bila prk, x perlu mintak, pas terhegeh-hegeh berkempen seolah-olah pas yang bertanding. cuba tanya jentera kita, pernah x sekali si kafir tue tolong pacakkan bendera kita bila kita bertanding?

lemahnya dan hinanya kita di mata si kafir.

wan jamak said...

anon 20:27

baru nak sedar? keh..keh..keh..

Anonymous said...

HINANYA PAS. CUMA UNTUK ALAS KAKI. MANA MARUAH PEMIMPIN PAS....

Anonymous said...

Pembetulan:

DAP tidak benci PAS, DAP BENCI Islam.

Anonymous said...

Jadi PAS bukan ISLAM lh ya.. hehe

Anonymous said...

Sebenarnya keterhegehan pas terhadap dap si kafir harbi adalah bertepatan dengan pesanan ulamak terdahulu bagi mengingatkan kpd salah satu sifar golongan khawarij.... iaitu lembut pada kafir, tapi keras kpd sesama muslim.... sesiapa yang bersifat seperti sesuatu kaum maka mereka akan bersama kaum tersebut diakhirat kelak.... wallahualam.

Anonymous said...

Jangan fikir bila PR sudah kuat,mampu menawan Malaysia,Hudud dapat dilaksanakan,jauh sekali kehidupan orang2 Melayu boleh bersaing dari segi ekonomi,selagi melayu yang mengaku beragama Islam tidak bersatu,jangan harap nasib mereka akan berubah.

Anonymous said...

hebatttt....dap warning supaya press x bagi tanya pasai hudud kt calon teluk intann soh calon tu diam bab Islam tue.

sampai mcm tue skali si kafir control org Islam berkaitan agama Islam.

yg pakai kopiah dalam pas ni, x boleh nak tegur ke apek2 dan calon teluk intan tu supaya sensitif dan hormat agama Islam?

x rasa malu ke org pas dijadikan pelacur agama Islam demi kafir?
jgn bila kena org len jer pas berani nak menyalak mcm anjing, ni dh btui2 berlaku dalam pr, p la sound balik dap tue.

sapa yg bergama Islam ni, dap ke pas?samapi dap plak yg tentukan hal berkaitan agama Islam kt org Islam.
makin teruk pas nih.

Anonymous said...

mca dan gerakan menentang hudud PAS tetapi terima ideologi negara Islam.

Tapi, berlainan dengan DAP, hudud mereka tentang, apatah lagi jangan sebut pasal negara islam. Cita-cita utama adalah mensekularkan negara malaysia ni walaupun pemimpin negara dah isytihar malaysia negara Islam.... masih tak nampak permainan mereka lagi?? Buta kayu ke atau buta hati?

Anonymous said...

Salam tuan Admin,

sebagai pendokong Ulama dalam pas, saya sangat sedih dengan kenyataan ajk pas pusat, hanifa maidin.

kepimpinan Ulama tidak relevan?
mengucap saya baca kenyataan dari orang Islam dari parti pas sendiri.

cuba tanya dia, mana yang penting, politik bersama kafir dan penjual agama atau syiar Islam?

inilah cara mereka sebagai duri dalam daging yang menolak Ulama, bukan dari pihak lain, tapi pas sendiri akibat diliwat pemikiran oleh kafir dan gay demi kuasa politik.

Nauzubillah.

Anonymous said...

aku sangat kecewa dengan PAS ...
kenapa kita membisu seribu bahasa?
Mana PAS yg tegar perjuangannya?

bila zaman kepimpinan ulama pas berlalu SIKIT MASA LAGI,
nantikanlah zaman kehancuran PAS dan Islam secara total
di bumi Malaysia ini

Anonymous said...

PAS cuma suka untuk menyerang orang Melayu Islam sahaja. Tetapi sangat pengecut dgn si kafir DAP. Kepada Guan Eng dan Kit Siang PAS tak ubah seperti parti angkat sampah sahaja.

Kepada orang Melayu tinggalkan lah Parti Ahli Sampah ini sebab sehingga sekarang pun tidak terdengar pun sebarang bantahan dari pemimpin PAS tentang sekutu mereka yang ternyata menganggap mereka tak lebih dari se ekor kucing kurap. Apalah yang tuan-tuan bolih harapkan dari sebuah parti yang berfungsi hanya untuk menjadi hamba kepada DAP itu? Nauzubillah

Anonymous said...

Org kafir melihat pas adalah parti islam yg agak extrem berbanding umno...
utk melemahkan islam di malaysia bagi mereka..Pas perlu di hancorkan/pecah belah dari dalam pas sendiri...
wahai sahabat..butakah kamu dgn apa yg berlaku dlm parti kita ini..