Dalam politik sekular demokrasi, ada sepak terajang yang perlu diperhatikan. Dalam politik Islam pula, pelbagai tindakan secara halus boleh diambil untuk menyatakan persetujuan atau pun tidak bersetuju dengan suatu tindakan, terutama sekali yang melibatkan rakan-rakan sekongkol seperti tahaluf siyasi yang melibatkan PAS.
Sudah tidak dapat dibendung lagi aliran penyokong-penyokong Anwar Ibrahim dan DAP dalam PAS yang tidak sabar-sabar untuk menunjuk perasaan dan berdemonstrasi walaupun pada asasnya mereka membawa nama PAS. Perjuangan murni telah dicampak ke tepi sebaliknya golongan ini yang sedang bersedap-sedapan dengan ulitan mimpi Anwar Ibrahim dan DAP, jauh lebih sudu dari mangkuk bagi membela kedua-dua makhluk Allah Taala itu.
Bagi seorang pemimpin yang hebat seperti Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, untuk menyatakan tidak bersetuju dengan demonstrasi tersebut secara terang-terangan akan menyebabkan PAS berpecah belah sekaligus merealisasikan impian Anwar Ibrahim dan DAP semenjak dari dahulu lagi.
Justeru, permainan politik yang ditunjukkan oleh TGHH sepatutnya menjadi teladan kepada jemaah Islam PAS.
TGHH bersama-sama YB Dr. Syed Azman, ADUN Batu Buruk dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat telah berlepas ke Maghribi atau Morocco pada 28 April 2014 menerusi KLIA bagi menghadiri Seminar Islam Antarabangsa dan hanya dijangka pulang ke Malaysia pada 3 Mei 2014. Sekaligus memberitahu kita semua bahawa kedua-dua pemimpin PAS itu tidak akan menghadiri perhimpunan atau Demonstrasi 501 Kuala Lumpur.
4 comments:
TAK PAYAH CAKAP BANYAK LE HADI AWANG...LAMBAT LAUN KAU AKAN BUAT U-TURN JUGAK. ULAMAK YANG BANYAK LEMAK.
Saya di fahamkan HH memang sudah tidak begitu intim dgn Anwar dan menolak Anwar dari menjadi PM kalau pakatan berjaya tawan Putrajaya kerana sokongan Anwar terhadap Israel,sehingga Anwar pernah cuba menghantar seorang utusan utk melembutkan pendirian HH,tapi gagal,kerana atas nasihat seseorang HH tak mahu jumpa utusan tersebut.HD pun begitu juga, beliau pernah berkata'....ha dia lah tu...'selepas menyaksikan satu tayangan istimewa atas kehendaknya sendiri dan beliau hampir-hampir pengsan kerananya.
cuba baca statement org2 pkr ngn dap..semua berani kondem hudud pas..kondem secara terang2..kondem guna media mainstream lg...x beragak2 dap halau pas kuar pr..x beragak2 top leader pkr ngn dap nk boikot usul pas dlm parlimen mcm musuh politik plak...
rasa2 berani x top leader pas secara terang2 dan firm pendirian kondem pasal demo yang mnyusahkan ni? kondem tanpa buat u-turn bila kena tekan ngn dap n pkr?
.....aku tk sabor nk tgk pendirian pas bermadah pujangga dgn gengnya pasal hudud.....suruh nik ajis sediakn kek utk keraian pertemuan.....kalau idup lagi laaaa.
Post a Comment