Thursday, 24 April 2014
PAS KEDAH Tak Setuju Demonstrasi 1 Mei?
Golongan yang cukup mencintai Anwar Ibrahim dan berselindung atas nama keadilan, tentu sekali tidak berpuas hati dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh sebilangan ahli-ahli PAS Kedah ini. Pada ketika Anwar dan PKR amat mahukan sokongan serta kehadiran ahli-ahli PAS dalam demonstrasi 1 Mei nanti, tak kiralah atas nama apa sekalipun, baik BANTAH, ANTI-GST, REFORMASI 2.0 mahupun SOKONG HUDUD.
Jumlah yang ramai amat diperlukan oleh Anwar Ibrahim yang mahu menunjukkan dia mempunyai pengikut yang ramai. Kalau hendak diikut-ikutkan jumlah yang menyokong PKR dan Anwar Ibrahim, sebenarnya tidaklah berapa kerat pun. Kalau PAS tidak masuk campur dan terpedaya dengan pembohongan Anwar Ibrahim, sudah tentu PKR dan Anwar Ibrahim sudah hilang dalam lipatan sejarah politik negara ini.
Kita sebenarnya yang mengangkat dan mempopularkan Anwar Ibrahim. Kita jugalah yang menjayakan semua demonstrasi yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim dan PKR. Kitalah yang meramaikan hadirin atau pendemonstrasi dalam semua demonstrasi yang diadakan bermula dari tahun 1998 lagi.
Tetapi apa balasan yang kita dapat?
Pada setiap masa, kita bukan sahaja dihina dan dikhianati bahkan kepimpinan kita pun turut mendapat keji sehinggakan Tuan Guru Presiden pun disaman dan disokong pula oleh seorang suspek yang terlibat dengan pil kuda. Saman RM2 juta itu pula sengaja dibuat bagi memalukan Tuan Guru Presiden dan untuk cuba melindungi perbuatan sebenarnya.
Itulah sebabnya AMK dan PKR beria-ia menyatakan tindakan Ketua AMK Dungun itu adalah tindakan peribadi bukannya membabitkan parti. Malangnya, apabila membabitkan Anwar Ibrahim dan nafsunya, tidak pula dikatakan peribadi, sebaliknya dicanangkan sebagai KEZALIMAN.
Barangkali kerana faktor itulah, ahli-ahli PAS Kedah terutama yang terlibat dalam DARUL HADIS dan PAKSI.
Bagi yang tidak tahu, Darul Hadis dan PAKSI merupakan pusat pengajian Tahfiz Al Quran. Maahad ini telah diasaskan oleh Syeikh Zainal Asri yang juga merupakan mudir Mahabah Maahad. Beliau merupakan lulusan Al-Azhar, Mesir.
Guru-guru maahad ini terdiri daripada ustaz atu tenaga pengajar dari KUIN dan ustaz-ustaz Maahad sendiri. Syeikh Zainal Asri merupakan seorang yang pro-PAS tetapi amat membenci ekstremisme malah pernah tidak sehaluan dengan Allahyarham Tan Sri Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu KUIN dan beberapa isu yang lain.
Pusat Pengajian Darul Hadis terletak di No.100, Taman Purnama, Pesiaran Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah.
Program LANTUNAN MAHABAH RASULULLAH S.A.W ini sebenarnya jauh lebih baik dan bermanfaat kepada kita selaku umat Islam, berbanding berpusu-pusu ke Kuala Lumpur untuk berkumpul, terjerit-jerit dan kemudian berseronok dengan mandi air yang dipancutkan oleh FRU.
Aku benar-benar mengharapkan program yang jauh lebih bermanfaat berbanding program yang hanya untuk membela dan memenuhi nafsu haloba Anwar Ibrahim itu, mendapat sambutan.
Cuma satu perkara yang aku berasal musykil, mengapa agaknya tiada seorang pun ahli PAS yang mahu meuar-uarkan program sebaik ini walaupun yang menganjurkannya adalah orang PAS sendiri?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Depa mana kenal Nabi,lg la nak cinta..tu x bminat nk promosi..
DEPA PROMOSI BAS KE KL ADALAH. CER TANYA MAHFUZ BEAN. TAKUT NANTI DIA FITNAH PULAK KONON PROGRAM LANTUNAN MAHABAH RASULULLAH SAW ANJURAN SYARIKAT JUDI....
Post a Comment