Thursday, 23 January 2014

Nurul Izzah Bercerai... Jangan PAS Pula Terjun Masuk Lubuk Dengan Membela Atau Mengapikannya


Aku hanya menggeleng-geleng apabila melihat perkembangan semasa PKR di seluruh Malaysia. Dari Perlis sampai santak ke Sabah, PKR tak habis-habis berkelahi sesama sendiri. Patutlah Allah Taala pisahkan golongan ini dari UMNO, MCA, MIC atau parti-parti berasaskan suku kaum di Sabah dan Sarawak.

Rupa-rupanya mereka ini adalah sebahagian daripada najis mughallazah yang perlu disingkirkan. Mereka tidak sahaja bersifat najis atas diri mereka, bahkan mereka memberi najis pula kepada pihak lain yang bersekutu dengan mereka.

Ini pengalaman PAS sepanjang PAS berbaik-baik dengan PKR, bermula dari tahun 1999 dulu lagi. Masa itu, PKR bukanlah PKR tetapi Keadilan Nasional atau PKN. Mereka keluar atau mufarakah beramai-ramai dari UBN sebab tak puas hati, ketua mereka dituduh meliwat dan salah guna kuasa. PASlah yang paling banyak menyumbangkan ahli dan logistik untuk mereka ini berdemonstrasi dan cuba menumbangkan kerajaan Mahathir.

Bagaimanapun, budi baik PAS tidak pernah dikenang. Sebaliknya PAS pula yang diminta berkorban untuk mereka.

Perlu diingat, pada tahun 1999, PAS menang 27 kerusi Parlimen, jauh lebih banyak berbanding PKN atau DAP. Tetapi apabila PAS secara rasmi bekerjasama dengan PKR dan DAP, perolehan PAS telah merudum. PRU-10 pada tahun 1999 yang sepatutnya menjadi pemangkin kepada usaha-usaha PAS menggantikan UBN telah dihancurkan oleh ketamakan dan kehalobaan PKR semenjak kejayaan besar PAS pada tahun 1999.

Semua masalah PKR sekarang adalah masalah peribadi. Tetapi PKR sentiasa cuba menarik dan menyeret PAS untuk sama-sama merasai masalah mereka. Anwar Ibrahim tidak boleh masuk Jepun kerana tidak mengisi borang permohonan visa ekoran status dirinya, bekas banduan, ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin cuba seret dan minta PAS buat demonstrasi besar-besaran bantah kerajaan Jepun. PKR sesama PKR bergasak di Beserah, Kuantan, PAS juga diminta untuk membela dan menafikan insiden tersebut, kononnya ia tidak berlaku dan hanya mainan UBN. Azmin Ali berebut jawatan Menteri Besar dengan Khalid Ibrahim di Selangor, PAS juga diminta untuk jadi punching-bag UBN. Khalid Ibrahim keluarkan arahan pecat dua orang pegawai Melayu PKNS untuk cover isu pemecatan Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS, PAS juga diminta untuk menyokong tindakan tersebut. Malah PAS diminta pula untuk memperkatakan perkara itu dalam ceramah-ceramah yang kita buat di seluruh Selangor.

Hari ini ada satu lagi isu PKR iaitu proses permohonan fasakh antara Nurul Izzah dengan suaminya, Raja Shahrir. Sekali lagi PAS diminta menghulurkan bantuan dan menadah punggung untuk disepak UBN.


Apakah PAS memang tidak ada kerja lain selain daripada terus membela PKR sedangkan dalam banyak kes, PKR tidak pernah sekali pun membela PAS, bahkan bertambah-tambah pula tekanan yang dibuat agar PAS terus mengalah kepada kehendak PKR seperti dalam isu pembahagian kerusi yang bakal ditandingi di Sarawak.

Aku rasa, elok sangatlah para pejuang Jemaah Islam menghindarkan diri daripada isu-isu peribadi orang PKR seperti dalam kes terbaru. Tiada untungnya pun untuk kita terus membiarkan diri dibelasah oleh UBN. Bukan kita hendak pejam mata kerana ia masalah PKR tetapi kita pejam mata kerana ini masalah peribadi mereka. Tidak elok kita campuri masalah peribadi para pemimpin PKR sedangkan pada masa yang sama, masalah kita sendiri tidak pernah selesai-selesai.

Berhentilah daripada terus membela para pemimpin PKR yang bila tersepit, pandai cari kita. Bila senang, bukan sahaja kita dilupakan, bahkan kita pula dikatakannya sebagai bodoh!

2 comments:

Anonymous said...

bravo tuan....

Anonymous said...

Tepat dan padat. Teruskan! Ini yang kami tunggu-tunggu.

Anwar tulah kepala Jin. PAS mana tau selama ni dia main wayang opera. Sampaikan spenda dia pun PAS tolong basuh.