Monday, 27 January 2014

Kenapa Marah Bila Debat KALIMAH ALLAH Dibatalkan?


Aku tak faham mengapa sebilangan orang yang mengaku mereka memperjuangkan Islam, tidak faham mengapa perdebatan KALIMAH ALLAH antara Noh Omar dengan Khalid Samad dibatalkan, mengamuk sakan. Kata mereka, peluang untuk menunjukkan kebebalan Noh Omar dan kejahilan UBN terbuang begitu sahaja ekoran pembatalan ini.

Secara peribadi, aku memang tidak bersetuju perdebatan KALIMAH ALLAH antara Noh Omar dengan Khalid Samad. Satu, kerana kedua-duanya beragama Islam, begitu juga dengan penganjurnya. Kedua, kedua-duanya dan penganjur sama-sama bukan ahli dalam bidang Usuluddin dan Tasauf. Ketiga, mereka tidak mencari persamaan sebaliknya sekadar mencari populariti.

Dalam hal ini, aku lebih memilih Islam berbanding parti.

Ada juga yang bertanya, siapa dari kalangan PAS Selangor yang memberikan tekanan kepada Karangkraf agar membatalkan program tersebut. Golongan ini sebenarnya adalah golongan yang amat rosak akidah dan pengetahuan agama mereka. Sepatutnya mereka berterima kasih kepada kalangan PAS Selangor yang membuat desakan itu kerana telah menyelamatkan PAS daripada dilihat sebagai perosak dan parasit agama kerana tidak membenarkan seorang yang bukan ahlinya seperti Khalid Samad berdebat bagi sesuatu yang dia sendiri tidak faham. Sebaliknya mereka mencari-cari punca untuk dipersalahkan dan membuatkan DAP serta golongan bukan Islam yang beria-ia mahu mengucar-ngacirkan negara ini dengan KALIMAH ALLAH tersenyum lebar.

Kalau benar-benar hendak berdebat, anjurkanlah perdebatan antara golongan ilmuwan Islam dengan golongan paderi yang menyokong penggunaan KALIMAH ALLAH untuk Bible dan penerbitan-penerbitan mereka yang lain dalam Bahasa Melayu. Dari situ, pencerahan akan lebih banyak terbina. Bukan sahaja umat Islam, bahkan kaum Kristian juga akan lebih faham mengapa ada pro-kontra dalam kemelut ini.

Kita tak mahulah nanti tulang-belulang HIGH PRIEST yang diletakkan dalam kotak kaca dan disembah bagi mendapatkan restu, berkat atau sebagainya, kemudiannya dinyatakan sebagai TULANG-BELULANG ALLAH pula. Pada masa itu, berdebat apa-apa pun dah tak berguna lagi.

2 comments:

Anonymous said...

ALLAH khusus untuk agama ISLAM dan penganutnya bukan penganut kristian yang kafir sesat dan menyesatkan...maka debat yang dibatalkan sangat baik.

Anonymous said...

Golongan bodoh2 dalam pakatan yang hanya nak menang sorak juga Noh Omar yang nak populariti saja yang nak berdebat... Saya setuju dgn admin... Kristian tak apa2 , si jahil 2 ekor tu pulak yang sibuk nak berdebat... yang Sinar pun satu, carilah jalan lain kalau nak duit, jangan gadaikan agama dan bangsa untuk kepentingan duit.... Carilah tajuk lain yg lebih baik.