Monday, 27 January 2014

Lagi Sekali, PAS Selangor Akan Diarahkan Bantu Anwar Menangkan Azmin!

Permainan letak jawatan ini sebenarnya sudah dijangka dari awal terutama selepas terdapat ura-ura MPN cuba desak Menteri Besar bubarkan DUN untuk buat pilihanraya negeri tetapi ditentang hebat oleh DAP dan PAS. DAP dan PAS awal-awal lagi sudah memberi kata putus, pertembungan antara Azmin Ali-Khalid Ibrahim hanya akan menyusahkan, bahkan akan memalukan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, disebabkan ketua PKR adalah Anwar Ibrahim, jadi perkataan 'MALU' tidak wujud dalam hidup mereka.

Seorang ADUN diarahkan untuk membuat pengorbanan bagi mengurangkan ketegangan pertembungan kuasa antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim. Sesuatu yang perlu diketahui ialah, tanpa persetujuan DYMM Sultan Selangor, tiada sesiapa pun yang boleh dibenarkan menjadi Menteri Besar Selangor. Azmin Ali dah terkena tulah Raja sehingga akhirnya rancangannya menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid pada penghujung penggal 2008-2013 hari itu, gagal sepenuhnya.

Atas kapasiti itulah, PAS Selangor bersedia untuk mengambilalih. Kita menang 15 kerusi DUN tetapi ketika kita sudah bersedia untuk jawatan Menteri Besar, Anwar Ibrahim masuk campur dan kita tak mahu kecoh-kecoh, jawatan tersebut kita bagi balik kepada PKR atas semangat Pakatan Rakyat.

Mungkin ramai yang tak tahu, PAS sebenarnya lebih mendapat perhatian daripada DYMM Sultan berbanding PKR. Hanya kerana PAS menghormati 'perjanjian', maka PAS akhirnya terpaksa melepaskan jawatan tersebut. Ditambah pula, ada pemimpin-pemimpin PAS Selangor sendiri yang beria-ia mengatakan, jawatan Menteri Besar Selangor adalah status quo PKR yang kononnya telah dipersetujui oleh PAS sekalipun kata putus daripada kepimpinan pusat belum pun diterima. Demi menjaga air muka dan imej parti, akhirnya kita benarkan sahaja kenyataan berkenaan.

Hari ini, seperti yang dijangka, Anwar Ibrahim dan PKR bikin drama lagi. Berat sangat dah PKR ni. Semua benda dia nak dramakan. Dari drama tak menjadi demonstrasi di hadapan Kedutaan Jepun, sampailah demonstrasi TURUN di Seberang Jaya, Pulau Pinang, akhirnya berdrama juga dalam kisah rumahtangga Naib Presiden.

AMK menerusi ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin segera mengeluarkan kenyataan media bahawa AMK menyokong sepenuhnya Anwar Ibrahim dicalonkan sebagai calon ADUN Kajang kemudian menjadi Menteri Besar Selangor dengan alasan Anwar Ibrahim seorang yang berwibawa.

Tetapi tidak sampai lima jam kemudian, Azmin Ali yang merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor mengeluarkan pula kenyataan keras, memberi amaran kepada AMK jangan memandai-mandai. Kata Azmin Ali, MPN belum putuskan siapa yang nak dijadikan calon ganti Lee Chin Cheh yang khabarnya dah tempah tiket untuk lari ke Australia.

Azmin Ali turut menekankan bahawa calon yang akan menggantikan Lee Chin Cheh di kerusi DUN Kajang semestinya anak jati negeri Selangor walaupun beberapa orang ADUN PKR sebenarnya bukan anak jati Selangor seperti Suhaimi Shafie yang berasal dari Bagan Serai.

Aku melihat drama-drama PKR ini sebagai sesuatu yang amat meloyakan. Mereka ini benar-benar mewarisi perangai hodoh UBN, malah lebih hodoh dari yang ada dalam UBN. Kalau bukan kerana persetujuan kepimpinan untuk bertahaluf siyasi dengan PKR, aku rasa, ramai Jemaah Islam PAS yang sanggup menyekeh-nyekeh kepala para pengikut dan pemimpin PKR.

PKR tidak pernah cuba menyelesaikan masalah sesama mereka, sebaliknya mereka mencipta masalah yang lain. Mereka harap sangat-sangat PAS akhirnya akan berkorban untuk menyelamatkan mereka seperti dalam kes-kes terdahulu. Mereka hanya buat masalah, PAS akhirnya jadi mangsa kambinghitam untuk dikekah ramai-ramai.

PRK Kajang pun sama jugalah. Kita tengoklah nanti, yang dikerah untuk berkempen macam nak gila, adalah PAS. PAS Bangi, PAS Hulu Langat, PAS Semenyih, PAS Ampang pasti akan dikerah beramai-ramai dan berampung di Kajang, manakala PKR pula akan bertindak sebagai mandur sambil mereka boleh mengeluarkan arahan konon-kononnya merekalah tuan besar.

Ini penyakit yang sudah lama berlaku dan kita dalam PAS tidak pernah ambik iktibar apa pun.

1 comment:

KAW said...

Baguih la camtu la hang sebagai penyokong PAS dah sedaq....

buat nak dok jadi hamba manusia2 yang tak pernah mengenang jasa baik hangpa semua....

cmnon la PAS..bina jati diri sendiri...tak payah ler nak mengharapkan orang lain bagi kejayaan untuk kita...keluar saja dari pakatan haramjadah...PAS perlu bergerak sendirian...ada jati diri sendiri...teruskan perjuangan PAS yang dari dulu lagi iaitu menegakkan daulah islamiah....

Aku sbg pengundi BN...klu BN dah macam haramjadah (memang dah macam haramjadah pun sekarang nih) nanti sekurang-kurangnya aku ada pilihan lain dalam PRU14...aku boleh mengundi PAS