Wednesday 16 January 2013

PAS PATUT DAH MULA NILAI DAP, BUKAN MAKIN MEMANJAKAN

Kenyataan biadap yg dikeluarkan oleh salah seorang penyokong kuat DAP, Patrick Teoh ttg keputusan kerajaan negeri Kedah dalam garis panduan berhubung persembahan, cara berpakaian, nyanyian dan persembahan sempena Tahun Baru Cina, amat keterlaluan.

Inilah padahnya bila PAS selama ni asyik tunduk kpd DAP. Asal DAP bersuara sja, semua pemimpin PAS kecut perut.

Skrg dah terbukti, DAP tak pernah tengok dan anggap orang PAS sbg manusia. Bagi mereka, org PAS adalah dungu, dan setaraf dengan binatang yg tak ada akal.

Kalau pun dia tak setuju dengan garis panduan dan peraturan yg dikeluarkan oleh kerajaan negeri Kedah, kenapa pula dia cari jalan nak salahkan Islam? Apa yg buruknya ttg Islam? Tak elokkah kalau kerajaan negeri Kedah buat peraturan macam tu? Elok sgt ke buat persembahan terkangkang terkoyak dgn pakaian tak cukup kain?

DAP tetap DAP walau apa pun topeng yg dipakainya.

Tapi ni semua salah pemimpin dan penyokong PAS sendiri. Dr awal lagi, PAS dah buat silap sbb terlalu bagi muka kpd DAP. Hanya kerana wang ringgit yg disumbangkan oleh DAP kpd PAS, byk prinsip perjuangan kita yg terpaksa dikorbankan. Atas nama setiakawan Pakatan Rakyat, ahli2 PAS bawahan terpaksa telan kahak hijau yg diludah oleh DAP.

Aku tak heran sgt kalau DAP hentam kerajaan negeri Kedah tapi bila diorg dah mula hina agama Islam, tu mmg dah melampau sgt2.

Kalau dr awal lagi PAS bertegas dan gunakan kelebihan yg kita ada, DAP takkan naik muka macam tu sekali. Kalau pimpinan PAS tak terlalu bergantung kepada sumber kewangan dr DAP dan PKR, PAS boleh berdiri sama tinggi, bahkan mengetuai Pakatan Rakyat sekarang ni, bukannya jd pak turut dlm Pakatan Rakyat.

Kita dah buktikan kpd PKR dan DAP. Tanpa kita yg gerakkan program, takkan ada rakyat Malaysia yg nampak kekuatan Pakatan Rakyat. Cuma pimpinan kita yg sangap berlebih2an. Kita yg penat, tapi yg dpt nama PKR, Anwar Ibrahim dan DAP. Kita sendiri, kekal ditakuk lama.

Skrg, orang DAP menghina lagi. Bukan setakat hina PAS tapi lebih teruk lagi hina al Quran. Jadi, apa tindakan kita? Nak minta tolong Anwar Ibrahim jd org tengah lagi dan kemudian, kita pula yg akhirnya terpaksa minta maaf kepada si penghina tu?


No comments: