Friday 14 October 2011

NIZAM KICAP JADI DALANG JATUHKAN MAMAK PANGKOR

Satu berita yang kedengaran dan diberitahu kepada aku dari orang dalam yang sangat rapat dengan Zambri Mamak sebelum solat jumaat tadi, Astro AWANI di Perak bakal diuruskan oleh Tri-Silver. Tri-Silver pula adalah syarikat milik Nizam Kicap yang digunakan sebagai money laundering alien yang sangat gemar berbomoh dan berdukun itu.

AWANI sebelum ini diuruskan oleh Rosli Dahamin, bekas pembaca berita TV3 juga yang merupakan bapa mertua kepada Azwan Bro, seekor lagi barua yang jadi pacat untuk Zambri Mamak. Bagaimanapun, Rosli Dahamin yang dipercayai gagal menguruskan AWANI Perak sebelum ini, sehinggakan gaji budak-budak yang bekerja dengannya pun tidak berbayar, telah menyerahkan kontrak tersebut kepada Tri-Silver milik Nizam Kicap.

Nizam Kicap sebelum ini memiliki Perak News yang hidup segan mampus tak mau dan menelan belanja RM80,000 setiap bulan secara buta-tuli. Aku juga difahamkan, satu lagi portal di Perak dan lebih terkenal berbanding Perak News, iaitu Perak Today juga mendapat air tangan Nizam Kicap. Diberitahu kepada aku, Perak Today mendapat pembiayaan RM20,000 setiap bulan walaupun bidang kerja dan keberhasilannya jauh lebih baik berbanding Perak News.

Aku juga diberitahu, Agenda Daily, yang suatu ketika dahulu merupakan tempat pelacuran budak-budak KJ, turut digunakan untuk menaikkan Zambri Mamak. Agenda Daily sudah pun mempunyai wakil di Perak dan seringkali membuat liputan tentang Zambri walaupun beritanya tidak bernilai dan bermutu langsung.

Sekarang, AWANI pula ada dalam senarai untuk menaikkan Zambri Mamak.

Semuanya campurtangan Nizam Kicap. Walaupun kalau tengok sekali lalu, semuanya tu konon-kononnya macam nak naikkan Mamak Pangkor tu, sebenarnya Nizam Kicap yang bercita-cita untuk jadi calon di Sg Rapat pada PRU akan datang, sedang mematikan Zambri secara senyap dan halus.

Kaedah memberikan pendedahan yang keterlaluan sama ada baik atau sebaliknya kepada seseorang pemimpin kerap kali digunakan oleh pihak musuh. Walaupun pendedahan tersebut akan menaikkan rating, waktu yang sama, rakyat akan dapat melihat terlalu banyak kerosakan yang telah dilakukan oleh Zambri Mamak yang naik dengan jalan mudah sebagai Menteri Besar Perak.

Nizam Kicap sebenarnya ingin membuktikan kepada towkeynya bahawa Zambri tak bekerja langsung untuk Perak. Memang betul pun apa yang Nizam Kicap cuba buat. Sepanjang Zambri jadi Menteri Besar Perak, apa yang dia dah buat untuk Perak?

Tarik pelaburan? Bawa pelabur?

Setahu akulah, yang Zambri duk buat hanyalah ikut Nizam Kicap tabur air maninya ke merata-rata tempat. Itu yang buatkan Zambri Mamak takut sangat dengan Nizam dan sentiasa tunduk kepada pressec botak tu!

5 comments:

Anonymous said...

peraktoday parpukari yang punya. cer tanye mane die paw duit sampai buleh bayo gaji 4-5 pekerja kat peraktoday tu.

Anonymous said...

Lepas ni nak bongkar rahsia kegiatan Midah Dan kroni2 nya pulak. Tunggu. Lepas ni tengok sapa panas pungkok. Kuikui

Mat Indera Sipejuang said...

SALAM BRO! TERUSKAN PERJUANGAN... LAWAN TETAP LAWAN.....

Anonymous said...

ko bongkar la kegiatan midah..lu tu ada hits ke...ko pun pencacai nizam jee buat kerje sebagai pencacai ok bodoh org2 nizam ni

Anonymous said...

Kita juga akan bongkar kes mamak zambry sehingga dia letak jawatan...lawan tetap lawan