Inilah tahap mentaliti seorang wakil rakyat yang telah dipilih. Ini jugalah corak dan trend pemimpin yang kononnya memperjuangkan rakyat.
Walaupun pelbagai retorik yang diberikan, terutama menerusi ucapan dan lakonan keprihatinan mereka ke atas rakyat, hakikatnya Ahli-Ahli Parlimen dan Menteri-Menteri sekadar mementingkan tembolok dan nafsu mereka semata-mata.
Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengawalselia urusan di Parlimen, memberi alasan, gaji Menteri dan Ahli Parlimen terlalu kecil menyebabkan mereka terpaksa ikat perut.
Benarkah alasan yang diberikan atau ianya merupakan satu lagi kaedah untuk menipu dan penipuan tersebut dipersetujui oleh kesemua Ahli Parlimen tak kira sama ada dari blok kerajaan mahupun PR?
Yang sahihnya, berdasarkan pada fakta, Shahidan Kassim menipu secara terang-terangan.
Bagaimana Shahidan Kassim boleh mengatakan kewangan mereka selaku Ahli Parlimen dan menteri tidak cukup? Gaji lain, elaun lain, elaun rumah lain, elaun mesyuarat lain, minyak lain, elaun telefon lain, elaun perjalanan dan percutian ke luar negara lain, RM50,000 lain dan segala macam elaun tidak termasuk elaun sebagai pengerusi atau ahli lembaga pengarah GLC, ikat perut apa yang dimaksudkan oleh Shahidan Kassim?
Shahidan Kassim merupakan sebahagian daripada ahli politik stereotype yang beranggapan, tanpa jawatan mereka tidak boleh berkhidmat kepada masyarakat. Bila dah ada jawatan, kenalah ada gaji. Bila ada gaji, kenalah dinaikkan.
Pedulikanlah tentang masalah rakyat. Penuhkan tembolok dan buncitkan perut sendiri dahulu. Rakyat mampus kebulur tidak mengapa, asalkan Ahli-Ahli Parlimen tidak ikat perut.
Sepatutnya Ahli-Ahli Parlimen yang perlu dikurangkan belanjawan, dipotong sebanyak mungkin peruntukan dan elaun mereka yang terpaksa dibayar oleh Kerajaan Malaysia. Perlu diingat, setiap sen pembayaran yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia kepada Ahli-Ahli Parlimen Malaysia, sama ada mereka bekerja atau ketika mereka terkedang sakit di atas katil adalah WANG RAKYAT. Meminta dan menambah elaun serta gaji mereka, sedangkan pada masa yang sama, mutu serta status perkhidmatan kepada rakyat langsung tidak memuaskan, samalah seperti menzalimi rakyat.
Ketika rakyat dipaksa menerima segala kenaikan harga dan kehilangan subsidi, mengapa pula Ahli-Ahli Parlimen menikmati keistimewaan yang tidak dinikmati oleh rakyat yang telah memberi undi kepada mereka?
Malangnya, Ahli-Ahli Parlimen PR yang sebelum ini menonjolkan diri sebagai juara rakyat, sama saja seperti Ahli Parlimen BN dalam bab naik gaji. Malah lebih lagi apabila wakil rakyat PR dari Selangor dan Pulau Pinang yang terlebih dahulu menjadi juara menuntut kenaikan gaji, sedangkan hasil kerja mereka sekadar berceramah dan berdemonstrasi di atas jalanraya.
Thursday, 9 October 2014
Thursday, 2 October 2014
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri Pakat Lari Ke Luar Negara, Dalam Negara Para Penasihat Buat Perangai Pelik!
berita luor negara berkenaan minyak:
1) kejatuhan harga minyak baik untuk pemandu - telegraph uk (16 jam yang lalu)
2) harga minyak dijangka turun pada paras plg rendah dlm lingkungan suku tahun sejak 2012 - bloomberg
(sehari yg lalu)
3) harga minyak mentah jatuh teruk dalam tempoh 4 tahun - Wall street (18 jam yg lalu)
4) menteri minyak risau harga minyak yg rendah akn mengurangkan pelaburan - reuters uk (1 hari yg lalu)
5) harga minyak jatuh teruk kerana lebihan penawaran - the globe and mail (14 jam yang lalu)
6) saham tenaga jatuh kerana harga minyak turun - edmonton journal (14 jam yang lalu)
7) bank negara rusia bersedia dgn keadaan harga minyak yg dijangka turun - daily mail (14 jam yg lalu)
8) harga minyak turun dan ekonomi dunia semakin mampan - business week (1 hari yg lalu)
9) HARGA MINYAK DI MALAYSIA NAIK. - KERAjaan Malaysia (2 jam yg lepas)
Sunday, 28 September 2014
KEJI ATAU TERPUJI: Pengkhianat dan Baruah Dalam PAS Tetapi Wira Kepada DAP
Dalam satu majlis, Lim Kit Siang yang merupakan pemimpin teragung DAP, malah sudah menghampiri status Mao Tze Tung, pemimpin komunis terulung yang merampas pemerintahan China daripada Kuomintang setelah Kuomintang terlebih berjaya menghapuskan sistem diraja China, membuat pengisytiharan yang sememangnya tidak mengejutkan langsung.
Dua ADUN 'munafik' PAS, Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin telah diangkat sebagai Wira kerana menyelamatkan Pakatan Rakyat di Selangor.
Saari Sungip atau Abu Urwahh yang merupakan penjilat tegar Anwar Ibrahim semenjak dari zaman dia belajar di luar negara lagi dan Hasnul Baharuddin, seorang kaki betina dan terpaksa berkahwin awal ketika masih belajar di UM kerana kegagalan mengawal nafsunya, akan terus diingati kerana merekalah telah menzahirkan kewujudan golongan munafik dan pengkhianat di dalam PAS.
Sekaligus memberi tamparan keras kepada pucuk pimpinan yang kuat mengamalkan 'anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan'. Keistimewaan yang keterlaluan diberikan kepada golongan yang mendakwa mereka adalah golongan profesional, akhirnya telah memamah dan menghancurkan PAS sendiri.
Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin bukanlah satu-satunya kes terpinggir. Ada ramai di dalam PAS termasuklah Timbalan Presiden PAS sendiri, Mat Sabu yang suatu ketika dahulu, ketika miskin, ketika tiada harta, ketika gajinya tidak sampai RM3 ribu sebulan, ketika hidupnya melarat dan terpaksa menagih pinjaman daripada kawan-kawan, istiqomah dan tawakkalnya kepada PAS seperti sudah sampai ke tahap syirik. Sangat taksub. Sangat tegar. Jangankan darah berwarna hijau, tarik nafas hembus nafas pun berwarna hijau. Kalau suara tu pun boleh diwarnakan, kita akan nampak suara Mat Sabu berwarna hijau.
Tetapi selepas dibela dan dikandang oleh Lim Guan Eng dengan pendapatan melebihi RM50,000 sebulan, Mat Sabu jadi pengkhianat terbesar. Mat Sabu jadi anjing dan baruah DAP yang sanggup menghancurleburkan parti yang telah menjadi rumah utamanya. Parti yang telah banyak membantunya daripada hidup melarat setelah dibuang dari UiTM kerana kegagalan menduduki peperiksaan kerana otaknya tidak begitu cemerlang dalam bidang akademik. Parti yang banyak memberikan publisiti kepadanya menyuarakan apa yang disalurkan oleh Dr. Mahathir untuk menghentam dan mendedahkan penyelewengan para pemimpin UBN bila ramai pemimpin UBN cuba main kongkalikong dengan bekas Mamak Bendahara itu termasuklah membabitkan Anwar Ibrahim.
Apa keperwiraan Saari dan Hasnul yang dipandang oleh DAP/Lim Kit Siang?
Samalah seperti Amerika Syarikat dan Zionis mahupun Anwar Ibrahim membela Salman Rushdie, si laknatullah yang menulis novel kejinya atas alasan, si laknatullah itu telah menulis berdasarkan kepada kebebasan bersuara dan kreativiti.
Tanpa tahaluf siyasi PAS dengan PKR dan DAP, tidak mungkin ada Pakatan Rakyat. Tidak ada Pulau Pinang diperintah Lim Guan Eng. Tidak ada Selangor diperintah Khalid-PKR-DAP. Kedah dan Kelantan solid sepenuhnya kepada PAS tetapi akhirnya kerana Tahaluf Siyasi dan pengkhianatan baruah-baruah DAP seperti Phahrolrazi Zawawi, akhirnya Kedah dirampas semula oleh UBN pada PRU-13 lalu.
Barangkali DAP/Lim Kit Siang terlupa bahawa yang menaikkan Azmin Ali adalah PAS, bukannya Saari Sungib mahupun Hasnul Baharuddin. Pada ketika kedua-dua pengkhianat dan munafik tersebut memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Wan Azizah demi mengambil hati dan redha Anwar Ibrahim, PAS Selangor kekal menyokong dan menyorong nama Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Tetapi sekarang, yang diwirakan adalah Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin. Yang mendabik dada kerana Azmin Ali berjaya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor dan terkinja-kinja keseronokan adalah Anwar Ibrahim dan Wan Azizah walaupun merekalah yang tegas menyatakan, tidak ada nama lain selain nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar.
Yang bodoh, yang asyik terkena, yang asyik tak melawan dan yang asyik tak boleh berfikir adalah PAS sendiri.
Ternyata, tahaluf siyasi tidak menjadikan kita lebih baik atau lebih cerdik, sebaliknya kekal menjadikan kita sebagai tisu pengesat najis buat Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng/Kit Siang!

Sunday, 21 September 2014
Shaari Sungib Memang 'Hebat'... Darah PARASIT Dalam Tubuhnya Sudah Tercemar Teruk!
Saari Sungib berjaya mendapatkan perhatian daripada kaum PKR dan DAP apabila memilih untuk membelasah pemimpinnya sendiri bagi memastikan taukeh besar yang mendanainya senang hati. Alasan yang diberikan oleh Saari Sungib ialah dia mahu menjaga Pakatan Rakyat Selangor tetapi pada masa yang sama, dia tidak mahu PAS menjadi Ketua di Selangor.
Dalam bahasa yang lebih mudah, Saari Sungib melihat kepentingan PKR dan DAP jauh lebih penting dari PAS yang mana dia menjadi ahli dan wakil rakyatnya.
Apabila TGHH menyatakan dalam penggulungan hujahnya di Muktamar PAS bahawa dua ADUN PAS Selangor telah dibeli oleh broker dan barua, Saari Sungib segera mencabar TGHH untuk membuktikan yang dia telah dibeli.
Ternyata berada di dalam PAS, tidak membuatkan Saari Sungib lebih faham tentang mantiq bahasa yang digunakan oleh TGHH. Saari Sungib sebaliknya cuba menjadikan maksud 'beli' itu dengan maksud sehala atau maksud lazim, sedangkan bahasa yang dituturkan oleh TGHH itu membawa maksud golongan yang pendirian dan kiblat mereka telah dipalingkan kerana keuntungan material.
Dalam hal ini, keuntungan material telah menyebabkan Saari Sungib memilih untuk berpihak kepada Anwar Ibrahim yang kita tahu akan mengeluarkan dan memberikan pelbagai janji yang menyenangkan termasuklah keuntungan, pangkat, harta benda dan sebagainya.
Sepatutnya sebagai orang yang telah diberikan tanggungjawab menjaga parti, mewakili parti dalam perkongsian kuasa dan suara di dewan himpunan atau dalam fiqh siyasah digelarkan sebagai ahli al-halli wa al-aqd, Saari Sungib sepatutnya mewakili kumpulan atau jemaahnya iaitu PAS. Apatah lagi, Saari Sungib sendiri terlantik atas dasar jemaahnya, bukan kerana Tahaluf Siyasinya. Begitu juga ketika berkempen untuk menang kerusi DUN Hulu Kelang, Saari Sungib menggunakan lambang, quwwah dan amanah PAS, bukannya atas nama Tahaluf Siyasi, malah tidak sama sekali menyatakan kepada para pengundi, dia bertanding untuk membela PKR dan DAP.
Benar, Tahaluf Siyasi atau kerjasama politik antara PAS dengan PKR dan DAP adalah bertujuan untuk menggulingkan UBN. Tetapi tahaluf siyasi ini adalah tahaluf siyasi yang longgar. Tahaluf Siyasi yang tidak ada matlamat mutlak terutama apabila Pakatan Rakyat itu sendiri tidak berpakat untuk menamakan bakal Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri Kabinet, mahupun Setiausaha-Setiausaha Parlimen.
Menggulingkan UBN dan menggantikan kedudukan UBN dengan Pakatan Rakyat, tidak boleh dijadikan sebagai asas untuk meletakkan PAS di bawah telapak kaki PKR dan DAP. PKR tidak mempunyai sebarang kekuatan sebaliknya sekadar meniti di atas PAS, menggunakan segala kelebihan yang ada pada PAS untuk dikenali sebagai PKR.
Tanpa PAS, PKR hanyalah sebuah parti picisan yang tidak ada nilai suatu apa pun. Malah matlamat PKR dalam politik negara juga tidak jelas selain daripada mahu menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia semata-mata.
Justeru apabila TGHH menyatakan bahawa kedua-dua ADUN PAS itu telah 'dibeli' oleh barua dan broker, ia sebenarnya adalah benar. Saari dan Hasnul tidak mempunyai sebarang hak lagi untuk bersuara, menyanggah mahupun menafikan kerana mereka dari awal lagi telah memberikan petunjuk bahawa mereka tidak akan akur kepada parti sendiri kecuali setelah PAS mahu tunduk kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Tak payah lagi untuk Saari meminta bukti daripada TGHH yang dia telah dibeli kerana dia telah pun membuktikan bahawa dia memang barang dagangan.
Orang sepertinya, jangankan parti, agama pun sanggup dijual demi kemewahan dan jawatan.
Mungkin para penyokong Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng seronok mendengar alasan yang diberikan oleh Saari, apatah lagi Saari menyerang TGHH tanpa rasa ragu-ragu dan malu, tetapi hakikatnya tindakannya itu sudah melayakkannya untuk digelarkan sebagai PARASIT TULEN!

Thursday, 18 September 2014
Kaum PARASIT dan PASMA Sudah Mula Kaitkan 'Skandal Kewangan' Menantu TGHH Dengan Wala'
Dalam sejarah Islam, Rasulullah s.a.w tidak pernah melarang para Sahabat r.a daripada mengumpulkan kekayaan. Malah beberapa orang Sahabat r.a seperti Syaidina Abdul Rahman bin Auf, Syaidina Uthman Affan bahkan Ummu Mukminin Syaidatina Khadijah Khuwailid adalah tokoh-tokoh korporat pada zaman Rasulullah s.a.w. Islam pada waktu tidak hanya disebarkan menerusi dakwah lisan, penulisan surat, mahupun penghijrahan atau pedang, tetapi sebenarnya lebih banyak melibatkan material.
Walaupun ada khilaf antara Syaidina Muawiyyah r.a dan Syaidina Ali r.a berhubung perkara ini, namun pendapat kedua-dua Sahabat r.a itu adalah tidak bersalahan.
Dalam Islam, ada sistem zakat yang diwajibkan. Dalam Islam juga, sedekah amat digalakkan bahkan disunnahkan. Malah dalam zaman berperang pun, beberapa golongan tidak dibenarkan untuk menyertai jihad walaupun mereka adalah lelaki, sihat tubuh badan dan cukup umur. Ini adalah kerana tugas mereka adalah untuk menyediakan prasarana dan kemudahan buat pasukan jihad, termasuklah membeli peralatan dan perkakasan perang, ubat-ubatan, mahupun menyediakan perlindungan dan rawatan selain meneruskan penyebaran ilmu.
Begitu jugalah apabila kita berorganisasi pada zaman moden ini. Bukan semua boleh menyalak di atas pentas ceramah. Bukan semua yang boleh memimpin perkumpulan di jalanan. Bukan semua boleh menjadi penggubal dasar. Bukan semua boleh menjadi Presiden.
Seseorang yang mempunyai ciri-ciri 'QUWWAH dan AMANAH' sahaja yang boleh dilantik sebagai pemimpin. Kalau setakat hanya pandai bercakap, berceramah atau pun jadi imam solat atau tukang baca khutbah, mereka belum layak menjadi pemimpin.
Bezakan antara Imam masyarakat dengan imam solat!
Banyak perkara buruk berlaku di dalam PAS sepanjang PAS bertahaluf siyasi dengan PKR dan DAP. Hasutan serta penipuan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng telah menyebabkan sebahagian besar ahli PAS, terutama sekali golongan yang baru kenal kad keahlian dan bukan sijil keahlian, mudah terjerumus dalam kejahilan melampau.
Selepas disingkirkan dari UBN dan dipecat daripada jawatan Kabinet, Anwar Ibrahim muncul dengan idea, menentang rasuah, nepotisme dan kronisme. Manakala DAP pula dari awal lagi memperjuangkan idea sosialis yang konon-kononnya menyamaratakan ekonomi di kalangan rakyat, sekalipun belum pernah terbukti bahawa negara-negara yang mengamalkan sistem sosialis berjaya mempraktikkan kepercayaan itu.
Kalangan ahli PAS amat terpengaruh dengan idea Anwar Ibrahim menentang KKN. Pembahagian ekonomi tidak merata, menjadi tajuk dan isu utama untuk menentang UBN. Malangnya, pada masa yang sama, mereka juga gagal memahami konsep sebenar pembahagian kekayaan kerana menjadi rakyat, tidak bermakna kerajaan atau pun pemimpin menyuap mulut kita dengan makanan sepanjang masa. Kekayaan yang merata, bermaksud kita perlu bekerja sama keras dan sama kuat untuk merebut peluang yang terdapat dalam negara.
Berbanding UBN, PAS sebenarnya tidak mempunyai ruang yang besar untuk mendapatkan sumber kewangan bagi melaksanakan operasi parti yang kian hari kian besar dan masalah-masalah yang berlaku pula, kian hari kian rumit. Justeru, individu-individu yang berkebolehan dan berbakat dalam bidang korporat diperlukan untuk menjana pendapatan bagi parti PAS secara keseluruhan agar pengurusan dan pentadbiran PAS boleh dilaksanakan secara lancar.
Takkan sampai hujung dunia pun, PAS masih bergantung kepada tin-tin derma yang tidak seberapa itu?
Serangan ke atas TGHH yang diinisiatifkan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya dalam PAS, sudah memasuki fasa serangan ke atas UBN. Pendedahan dan fitnah mulai dilakukan secara berleluasa dan diatasnamakan PAS.
Sekeping gambar TGHH, Cikgu Pa, Tuan Ibrahim Tuan Man dan beberapa orang pemimpin PAS lain di Manchester pada tahun 2013 dan disiarkan oleh Raja Petra Kamaruddin di blognya, cuba dijadikan bahan untuk menfitnah. Sedangkan gambar tersebut dirakamkan selepas TGHH diperangkap oleh Anwar Ibrahim untuk menandatangani konsensus nasional yang memaksa Najib Abdul Razak melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada Anwar Ibrahim.
Surat perjanjian dan persetujuan itu telah disediakan dan hanya ditandatangani oleh Anwar Ibrahim seorang sahaja. Manakala TGHH mahupun Najib Abdul Razak enggan menurunkan tandatangan. Lim Kit Siang yang mendapat tahu tentang Konsensus Nasional inisiatif Anwar Ibrahim, mengamuk besar selepas itu. Dan Anwar Ibrahim segera membuat pusingan U dengan menyalahkan Najib Abdul Razak dan Tuan Guru Presiden, konon-kononnya dia adalah mangsa konspirasi PAS-UBN yang mahu membentuk Kerajaan Perpaduan.
Untuk mengukuhkan lagi dakwaan mereka, PKR menerusi talibarut-talibarut serta munafiqun dalam PAS mulai mendedahkan 'skandal-skandal' kewangan membabitkan menantu TGHH, Zaharuddin Muhammad, orang yang digelarkan oleh AJK PASMA, Tulang Besi sebagai Din Ayam.
Tujuan mereka sangat mudah iaitu mahu mewujudkan kecurigaan dan was-was kepada kepimpinan TGHH. Pada masa yang sama, mereka menyerang secara 'pukulan jauh' ke atas TGNA menerusi pembabitan menantunya dalam syarikat-syarikat milik Kerajaan Negeri Kelantan.
Kaedah yang sama jugalah digunakan untuk menyerang UBN. Tetapi pada masa yang sama, mereka terlupa bahawa pada zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bukan setakat mengkayakan kaum kerabatnya dengan projek-projek Kerajaan, bahkan kroni-kroninya turut disogok dengan pelbagai projek mewah.
Sebahagian besar daripada mereka sekarang, berada dalam saf kepimpinan PAS.
Cuba selidik tentang Projek PLAZA RAKYAT, MONORAIL, KL SENTRAL, PUTRAJAYA, CYBERJAYA dan sebagainya... berapa banyak kaum keluarga serta kroni-kroni Anwar mempunyai saham serta kepentingan di dalamnya seperti Kamaruddin Jaafar, Kamaruddin Mohd Nor, Husam Musa dan sebagainya.
Kalau wala' kepada TGHH perlu ditarik balik kerana 'skandal kewangan' menantunya, apa pula perlu wala' kepada Anwar Ibrahim yang telah mempunyai ratusan skandal kewangan yang jauh lebih besar dan lebih memudaratkan?
Pernahkah kita mengkaji atau kita sekadar mahu mendengar apa yang kita nak dengar semata-mata?

Wednesday, 17 September 2014
Alhamdulillah, Tuan Guru Haron Din Al-Hafiz Zahirkan Suara Akar Umbi PAS Yang Sayangkan Agama Allah
Sebaik-baik sahaja TGHD mengeluarkan kenyataan bahawa Majlis Syura Ulama PAS perlu mengkaji dan memperhalusi semula Tahaluf Siyasi dalam Pakatan Rakyat, ramai penyokong Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng melompat marah. Kata mereka, kenyataan Tuan Guru itu tidak bersesuaian memandangkan PAS sendiri sedang berhadapan dengan PRK di DUN Pengkalan Kubor.
Ada pula yang dengan nada menyindir, menyatakan bahawa kenyataan TGHD itu sebenarnya dibuat untuk menggembirakan UBN memandangkan UBN amat berharap PAS keluar dari Pakatan Rakyat.
Sebenarnya mereka silap besar.
Gerakan dan desakan untuk PAS keluar dari Pakatan Rakyat, bukanlah helah atau usaha UBN. Sebaliknya atas kesedaran bahawa PAS telah dipermain-mainkan, diperlekehkan dan dihina oleh PKR dan DAP.
Sampai tahap mana lagi PAS perlu terus diperbudak-budakkan oleh PKR dan DAP serta konco-konco dan talibarut mereka di dalam PAS? Sampai bila lagi PAS harus bersabar menahan segala kerenah dan gelagat PKR dan DAP yang langsung tidak menghormati PAS?
Walaupun ada yang cuba menggambarkan permasalahan masakini melibatkan PAS dan PKR-DAP sebagai sesuatu yang lumrah dalam sesebuah organisasi yang berkongsi, hakikatnya ia tidak begitu.
PAS bersetuju untuk bertahaluf siyasi dengan PKR-DAP atas satu matlamat sahaja iaitu untuk menggulingkan UBN bukannya meletakkan maruah, harga diri dan martabat umat Islam serta agama Islam di bawah telapak kaki Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.
Kalau membabitkan UBN, kita boleh bertolak ansur memandangkan ia hanyalah helah dan masalah politik tetapi apabila membabitkan umat Islam dan agama Islam secara keseluruhannya, itu sebenarnya sudah boleh menghalalkan pertumpahan darah selain kesemua penghina tersebut perlu menerima natijah daripada perbuatan mereka itu.
Nabi s.a.w sendiri bertahaluf siyasi tetapi apabila Yahudi mengkhianati tahaluf siyasi yang dibuat, Rasulullah s.a.w. tidak sahaja memerangi mereka, bahkan mengharamkan mereka tinggal di Madinah dan Makkah sehingga akhir dunia.
Itu Nabi s.a.w, para sahabat r.a juga melakukan perbuatan yang sama. Anehnya mengapa pula kita yang merupakan umat pada pangkal kiamat, berlagak kita lebih tahu berbanding Nabi s.a.w dan para sahabat r.a dalam hal tahaluf siyasi.
TGHD hanya menjalankan amanah dan tanggungjawabnya selaku ulama. Yang jahil murakkab di luar sana dan kiblat mereka adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng ada hak apa untuk mempertikaikan kenyataan Tuan Guru?
Belajar Sirah Nabawiyyah terlebih dahulu sebelum mula berhujah dan bercakap!

Mat Sabu Tak Perlu Berbohong, Orang PAS Tidak Terlalu Bodoh Untuk Terima Alasan Yang Disuapnya
Semalam mungkin peristiwa yang cukup memalukan buat Mat Sabu yang merasmikan Muktamar Pemuda PAS yang diadakan di Dewan Chon Moi. Ketua Pemuda PAS yang baru, Suhaizan Kaiat pula sama ada cuba mengampu Mat Sabu atau barangkali dia juga cuba menutup perkara sebenarnya daripada diketahui, turut bersetuju dengan Timbalan Presiden PAS, 50 orang yang keluar dalam keadaan protes dan tidak berpuas hati sewaktu ucapannya, sebagai 'keluar untuk bersolat'.
Mat Sabu kata majlis bermula lewat dan hampir dengan Asar. Kebiasaannya, PAS amat menghormati waktu solat. Apabila tiba waktu solat, semua aktiviti terutama sekali aktiviti rasmi akan terhenti dan masing-masing akan bersegera menunaikan solat. Tiada lagi ucapan. Tiada lagi ceramah.
Tetapi di Dewan Choon Moi, Mat Sabu memecahkan tradisi PAS. Dia meneruskan ucapan walaupun telah masuk waktu Asar. Mat Sabu bersolat dengan ucapan, bukan dengan melaksanakan 13 rukun qauli, qalbi dan fi'li. Hormat kepada waktu solat tidak lagi dipentingkan kerana yang diberikan keutamaan adalah ucapan mahu menghapuskan kaum ulama bagi membolehkan golongan moderat dan liberal mengambilalih PAS.
Nak bohong apa kalau yang keluar bukan setakat nak bersolat, tetapi juga kerana protes ke atas Mat Sabu yang tidak menitikberatkan solat. Malah protes juga dibuat kerana Mat Sabu yang suatu ketika dahulu dianggap ayam sabung tetapi setelah makan di tangan Lim Guan Eng, menjadi lembu dicucuk hidung yang tugasnya meruntuhkan PAS, cuba mempengaruhi para perwakilan agar melupakan atau mengecilkan peranan Majlis Syura.
Selama lebih 60 tahun PAS diwujudkan, Majlis Syura adalah badan tertinggi yang membuat dasar-dasar PAS. Jawatankuasa PAS Pusat pula sekadar melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh Majlis Syura, bukannya membuat keputusan seperti yang berlaku pada 17 Julai lalu.
Tak perlulah nak menidakkan kebenaran walaupun Mat Sabu dan Suhaizan Kaiat cuba memberitahu bahawa mereka yang keluar ketika Mat Sabu sedang berucap hanyalah 50 orang daripad 600 orang. Mengapa pula kedua-dua orang ini tidak menerangkan tentang protes menerusi tulisan pada belakang vest yang dipakai oleh sesetengah perwakilan terhadap kumpulan PARASIT yang mana Mat Sabu adalah salah seorang daripadanya?
Masakan kedua-dua orang ini langsung tidak berasa takut kerana bersifat munafiq atau sebenarnya mereka juga sama seperti Anwar Ibrahim yang kemaruk hendak menjadi Perdana Menteri, terpedaya dengan penipuannya sendiri sehingga tidak dapat membezakan yang mana benar, yang mana palsu?
Tapi kalau sudah ucapan didahulukan berbanding solat, maka faham-faham sahajalah bagaimana besarnya bahaya yang boleh didatangkan oleh golongan yang meringan-ringankan solat ini. Kalau dengan Allah Taala pun mereka boleh main lengah-lengah atau abai-abaikan, janganlah diletak harapan langsung kepada mereka ini biarpun mereka mengaku yang mereka adalah pemimpin PAS dengan kopiah putih tidak lekang di atas kepala, tetapi jarang pula nampak solat jemaahnya seperti Mat Sabu sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)