Tuesday, 31 December 2013

Gambar-Gambar Sekitar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka!











Terbukti, Tanpa PAS, PKR dan DAP Hanya Menyalak Bukit


Demonstrasi TURUN di Dataran Merdeka tengah malam nanti menjelaskan kedudukan sebenar PAS dalam Pakatan Rakyat. Kemeriahan demonstrasi Pakatan Rakyat hanya disebabkan oleh PAS. Tanpa pembabitan PAS, sudah pastilah semua demonstrasi anjuran Pakatan Rakyat tidak ubah seperti perhimpunan pelajar-pelajar sekolah.

Maka tidak hairanlah mengapa Pakatan Rakyat beria-ia sangat nak PAS terlibat sama. Walaupun pada peringkat awal, PAS kelihatan meminggirkan diri, tetapi akhirnya PAS membuat keputusan untuk turut serta dalam demonstrasi.

Sebetulnya, PAS memang amat penting dalam Pakatan Rakyat dalam menyediakan tenaga peserta. Dan peranan PAS tidak pernah lebih daripada itu.

Yang dipersoalkan sekarang, mengapa fungsi PAS hanya setakat menyediakan para peserta? Adakah PAS hanya berstatus pariah dalam Pakatan Rakyat tetapi apabila membabitkan perkara-perkara lain, PAS biasanya hanya diarahkan untuk mengangguk dan akur dengan sebarang arahan DAP dan PKR.

Amat menyedihkan bagi sebuah parti besar seperti PAS tetapi hanya berfungsi sebagai feeder!

Sama dah taraf PAS dengan negara seperti Bangladesh, Pakistan, India, Vietnam, Selatan Thailand dan negara-negara Afrika dalam perdagangan dadah antarabangsa.

Kenapa Pertemuan Najib-TG Haji Hadi Berlangsung Secara Rahsia Di London?

Bocor juga cerita ni. Ingatkan tidak ramai yang tahu dan tidak ramai yang ambik kisah. Rupa-rupanya aku silap!

Dalam terdekat baru-baru ini, satu pertemuan telah diadakan membabitkan Najib Razak dan Tok Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di London. Turut serta dalam pertemuan tersebut adalah Muhyiddin Yassin serta beberapa orang pemimpin kanan Jemaah Islam PAS.

Abang Mat tak ada dalam pertemuan tu. Besar kemungkinan juga, Abang Mat tak tahu pun.

Pertemuan antara pemimpin-pemimpin penting UBN-PAS berlangsung tanpa pengetahuan Anwar Ibrahim. Kalau Anwar Ibrahim tahu, besar kemungkinan dia juga ada di London dan bukannya di New York. Anwar Ibrahim tentu mahu bersama-sama para pemimpin itu berbanding mendedahkan hubungannya dengan pemikir Jesuit di University of Georgetown.

Bila berbincang dengan para akhi, ini sebenarnya salah satu daripada siri rundingan 'gelap' antara UBN dengan PAS. Apa yang dibincangkan dan apa yang dirundingkan, masih lagi kekal misteri. Pemimpin yang terlibat masih enggan buka mulut kerana bimbang tragedi Kerajaan Perpaduan yang cukup dibenci oleh sebilangan jemaah PAS yang berbaju PAS tetapi berhati PKR dan DAP akan mengamuk lagi.

Aku melihat ada perubahan pada sikap PAS kebelakangan ini. Namun memandangkan yang menguasai PAS masih lagi golongan berbaju PAS tetapi berhati serta jiwa PKR-DAP, perubahan itu tidak ketara.

Demonstrasi TURUN memperlihatkan kegelabahan golongan itu. Merekalah yang kelihatan sekarang ini sangat aktif membuat keputusan bagi pihak PAS. Majlis Syura telah diketepikan. Majlis Ulama juga tidak lagi berfungsi. Yang berfungsi sekarang adalah LUHAM. Yang buat keputusan sekarang adalah DPPN.

Kita kata kita jemaah tetapi golongan ini tidak pandang kepentingan dan tertib jemaah. Golongan ini yang terkesan dengan sifat haloba dan serakah Anwar Ibrahim, telah menjarah dan sedang mendidik ahli-ahli biasa PAS dengan tertib Yahudi dan Khawarij. 

Aku pasti, kalau golongan ini tahu ada pertemuan-pertemuan penting antara Tok Guru Presiden dengan Najib Razak, mereka akan lebih menggelupur kepanasan.

Sunday, 29 December 2013

Muhyiddin Yassin Akan Letak Jawatan Sebab Tak Setuju Dengan Kelembikan Najib Razak

Semakin kuat kedengaran cerita bahawa Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat kerana sudah tidak sanggup menjadi timbalan kepada seorang Perdana Menteri yang lembik seperti Najib Razak.

Berita ini aku perolehi daripada salah seorang pegawai Muhyiddin sendiri. Katanya, 'boss' sudah bersedia untuk meletakkan jawatan. Perletakan jawatan Muhyiddin itu akan memberi kesan yang sangat negatif kepada UBN. Malah akan menyebabkan ahli-ahli UBN sendiri akan memberontak terhadap Najib Razak sekaligus memaksanya untuk melepaskan jawatan.

Namun berita yang paling menarik sekali ialah, Menteri Besar Perak, Zambry 'Metallic' akan dipindahkan ke Pusat dan mengambilalih tugas Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran. Pengganti Zambry di Perak berkisar kepada tiga nama dan salah satu nama tersebut adalah Ahmad Husni Hanadzlah.

Ini perkembangan yang sangat menarik.

Ramai orang UBN yang tidak berpuas hati dengan Najib Razak kerana terlalu mengikut nasihat daripada konsultan dan para penasihat di sekelilingnya. Dua nama yang seringkali dikaitkan dengan Najib Razak adalah Omar Ong dan Idris Jala. Kedua-dua nama inilah yang dikatakan mempercepatkan hayat politik Najib Razak, baik sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai ahli politik.

Seorang Timbalan Menteri menceritakan kepada aku bagaimana Idris Jala memberikan penjelasan yang sangat ringkas dan langsung tidak masuk akal kepada Najib Razak dengan menggunakan Power Point. Kesimpulan daripada penjelasan yang dibuat oleh Idris Jala ialah, kerajaan kena menaikkan kadar harga barangan dan servis agar kerajaan boleh pungut lebih banyak cukai dan mengurangkan pembayaran subsidi. Jadi, kerajaan ada duit yang lebih banyak dan akaun negara nampak cantik. Bila dah akaun cantik, ramailah pelabur yang akan datang.

Idris Jala memberikan perincian berdasarkan kepada teori tanpa melihat kepada masalah akar umbi. Rakyat bagi Idris Jala tidak lebih daripada boneka yang tidak ada perasaan dan keperluan.

Tiada sesiapa pun yang dapat mengatasi nasihat Idris Jala dan pengaruhnya kepada Najib Razak. Disebabkan itulah, Muhyiddin berasakan, dia hanya membuang masa untuk terus membantu Najib Razak sedangkan Najib Razak pula lebih pentingkan para penasihat dan kroni-kroninya.

Cuma yang tak sedap dengar ialah, pegawai-pegawai Muhyiddin juga nampaknya sedang bertungkus lumus berbincang dan mencari jalan bagaimana hendak menyakau pada saat-saat akhir sebelum Muhyiddin meletak jawatan.

Thursday, 26 December 2013

GULING KERAJAAN: Sampai Bila Kita Terus Amalkan Perangai Munafiq?


Himpunan pada tengah malam 31 Disember 2013 sebenarnya tidak ada kena-mengena dengan PAS. Menteri Besar Kelantan telah pun membuat pengumuman, PAS Kelantan tidak akan bersama-sama menjayakan demonstrasi itu. Dengan kata lain, PAS Kelantan tidak akan menghantar wakil, tidak akan menghantar peserta dan tidak akan membiayai sebarang perbelanjaan ahli-ahli PAS untuk berdemonstrasi di Dataran Merdeka.

Alasan Ahmad Yaakob ialah, PAS Kelantan tidak bersetuju dengan slogan GULING KERAJAAN yang telah dimasyhurkan oleh SAMM pimpinan Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard. Chegu Bard terlibat kontroversi dengan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang apabila menuduh Tok Guru Presiden sebagai PENIPU kerana mendedahkan perangai seorang calon PKR yang terlibat dengan PIL KUDA.

Secara rasminya PAS belum terlibat dalam himpunan ini. Dan sekalipun PAS Kelantan telah membuat pengumuman bahawa mereka tidak akan terlibat, PAS negeri-negeri lain pasti akan membantu untuk menjayakan perhimpunan yang dianjurkan oleh Chegu Bard itu.

Alasan perhimpunan adalah untuk melahirkan kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga yang telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan sepanjang bulan November-Disember 2013.

Sebenarnya kalau PAS yang menganjurkan demonstrasi, kita biasanya akan memastikan para peserta akan mengawal sikap dan bertata tertib dari pra sehingalah pasca demonstrasi. Itu sebab, kita tidak pernah mendengar, demonstrasi anjuran PAS dikaitkan dengan usaha menggulingkan kerajaan.

Tetapi apabila PKR dan DAP mengambilalih urusan demonstrasi, sememangnya itulah yang mereka cuba lakukan. DAP menerusi Ngeh dan Nga di Perak telah menjadi dalang dengan menggunakan ahli-ahli PAS untuk berdemonstrasi berbaring di atas jalanraya menghalang rombongan DYMM Raja Muda Perak daripada menghadiri upacara mengangkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru pada Februari 2009. Walaupun PAS sebenarnya tidak terkesan langsung dengan perubahan kerajaan negeri, tetapi yang cukup meroyan pada waktu itu adalah Nizar Jamaluddin, orang PAS tetapi hati dan keseluruhan perasaannya adalah DAP!

DAP cuma cuci tangan dan bercekak pinggang. Ahli-ahli kita pula yang bersikap berlebih-lebihan walaupun kuota kita cumalah jawatan Menteri Besar Perak yang hanya berfungsi sebagai boneka tanpa sebarang kuasa. Usaha-usaha DAP selepas itu adalah untuk menggulingkan Kerajaan Negeri yang diambilalih oleh Zambry setelah tiga orang ADUN Pakatan - dua dari PKR dan seorang dari DAP - lari menyeberang menjadi ADUN Bebas.

Kemudian muncul pula BERSIH dan beberapa demonstrasi lain yang dianjurkan oleh PKR dan DAP dengan PAS sebagai pak turutnya. Kesemua demonstrasi tersebut bertujuan untuk menggulingkan kerajaan kalau kita dengar pada ucapan Anwar Ibrahim.

Dan menariknya, yang bersikap berlebih-lebih adalah ahli-ahli PAS. Segelintir ahli-ahli PAS yang sudah terlalu kemaruk hendak mencetuskan revolusi, berkempen dengan menggunakan media baharu untuk tujuan menggulingkan kerajaan.

Kali ini juga nampaknya perkara yang sama berlaku. Telah dikesan, mereka yang memperkatakan tentang penggulingan kerajaan pada tengah malam 31 Disember 2013 menerusi demonstrasi jalanan, adalah segelintir ahli-ahli PAS sendiri.

Pimpinan pula terus membuat penafian tanpa mahu menyiasat, bahkan menuduh pihak lawan membuat fitnah walaupun terang-terang, bukti yang ditunjukkan adalah ahli jemaah kita sendiri.

Sampai bila sebenarnya kita hendak meneruskan sifat munafik ini? Pada ketika kita menyatakan bahawa demonstrasi tidak akan menggulingkan kerajaan, kita terlupa bahawa sebenarnya itulah yang dimahukan oleh musuh-musuh agama dan umat Islam. Tidak perlu membawa senjata, cukup dengan jeritan dan huru-hara yang dicetuskan bagi membolehkan campurtangan yang lebih besar dan lebih menyeluruh.

Pimpinan sudah menunjukkan jalan salah kepada ahli. Kalau tidak menyokong, lebih baik kita tangani segera parasit yang merosakkan nama baik PAS ini. Kalau kita menyokong penggulingan kerajaan menerusi demonstrasi, elok kalau kita buat betul-betul. Jangan kita main celup-celup kerana yang pasti, ahli-ahli kita juga yang akan dikerah beramai-ramai untuk menjayakan demonstrasi anjuran SAMM yang merupakan NGO PKR dan dipimpin oleh orang yang memperlekehkan Presiden kita. 

Berhentilah daripada terus bersikap munafik dan luruskan perjuangan kita tanpa perlu kita takut-takut kepada TAHALUF SIYASI yang nampaknya telah merugikan kita dalam semua perkara!

Wednesday, 25 December 2013

Najib Pergi Ke Makkah Pun, Bukan Tambah Pahala Tapi Tambah Dosa


Para macai UBN sedang mempromosikan gambar-gambar Najib dan isterinya di Makkah. Kemudian buat perbandingan pula dengan Anwar Ibrahim yang memeluk gadis jelita sempena lawatannya ke University of Georgetown yang merupakan salah sebuah universiti milik Jesuit yang berpusat di Amerika Syarikat. Sebuah lagi universiti Jesuit terkemuka adalah di Filipina iaitu Universiti Ateneo D Manila.

Jesuit merupakan singkatan kepada Ahli Persatuan Jesus (The Society of Jesus) dibentuk di bawah arahan Gereja Roman Katolik di Vartican. Pada tahun 1540, Pope Paul III telah meluluskan penubuhan Jesuit yang juga dikenali sebagai‘pasukan utama tentera-tentera Jesus.' Fungsi utama Jesuit ialah menarik seramai mungkin umat Islam untuk memeluk agama Kristian Katholik.

Aku tak tahulah apa motif sebenar nak buat perbandingan antara gambar-gambar Najib dan isteri di Makkah dengan gambar-gambar Anwar Ibrahim dan isteri serta gadis jelita di New York pada musim Krismas dan Tahun Baru ini.

Adakah para macai UBN ingin mempromosikan betapa berimannya Presiden merangkap Perdana Menteri Malaysia dan isterinya berbanding Anwar Ibrahim yang banyak tindak-tanduknya mencurigakan, lebih-lebih lagi apabila keselariannya dengan objektif dan fungsi Jesuit begitu ketara.

Umat Islam diwajibkan ke Makkah untuk menunaikan Haji. Ia terkandung dalam rukun kelima Rukun Islam. Namun antara Haji dan Umrah, mana-mana satu yang terdahulu pun, tidak mengapa. Yang penting ziarah tetapi keutamaannya adalah Haji dan HANYA SEKALI.

Islam juga mengajar, si kaya perlu mengasihani dan belas kepada si miskin. Islam mengajar, si kaya perlu berkongsi dan membuat kebajikan kepada si miskin. Kerana itu, Islam memerintahkan kewajipan berzakat iaitu sebahagian kecil daripada pendapatan dan harta diinfaqkan kepada lapan golongan yang telah dikenalpasti.

Dalam hal umrah dan haji ini pun, benda yang serupa juga berlaku.

Sepanjang Najib jadi Perdana Menteri, berapa kalikah dia menunaikan haji dan berumrah?

Berkali-kali, kan?

Bidaah dalam kalangan umat Islam di Malaysia ialah, kalau nak cuci dosa, kena pergi ke Makkah dan Madinah. Udah hampir nak sama macam Kristian Katholik yang berjemaah ke Vatican City dan duduk di halaman Vatican melihat wajah Pope yang kemudian akan mengampuni semua jemaah mewakili Jesus.

Walaupun TAMAK dalam ibadat merupakan perkara yang baik, tetapi alangkah baiknya jikalau tamak pergi ke Makkah dan Madinah untuk ibadat ziarah, dikurangkan. Sebaliknya kos pergi berkali-kali untuk mengerjakan Haji dan Umrah itu, kalau disedekahkan kepada golongan yang hanya berdoa dan berusaha kuat tetapi tetap tidak mampu mengumpul perbelanjaan yang mencukupi ke sana, jauh lebih baik.

Tidak sahaja pahala dan kebaikannya dibolot oleh si miskin yang jadi jemaah, bahkan si pemberi derma dan sedekah itu juga akan turut mendapat pahala dan kebaikan yang sama.

Najib sudah tentu dari kalangan berkemampuan. Bila-bila masa nak pergi cuci dosa, dia boleh terbang ke Makkah dan Madinah. Tapi alangkah baiknya kalau dia pergi, dia tidak pergi laki bini sebaliknya bawa beberapa orang yang lain dari kalangan umat Islam marhein untuk menunaikan umrah.

Malangnya, barangkali tok guru agama Najib tak ajar bab ni agaknya. Boleh jadi tok guru agama Najib terlupa nak cakap, tamak dalam bab ni, bukannya berpahala tapi berdosa.

Lebih kurang macam ramai di kalangan pemimpin dan ahli PAS jugak ler....

Tuesday, 24 December 2013

Khalid Samad Sahkan, Kerajaan Negeri Selangor Naikkan Kadar Baru Lesen Perniagaan Sebanyak 300%


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad menggesa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menarik balik notis kenaikan kadar Lesen Perniagaan/Perindustrian 2014 dan berbincang terlebih dahulu dengan peniaga.

Jelas Khalid, MBSA perlu mencari jalan penyelesaian serta mendapatkan maklum balas dari peniaga untuk dilihat lebih adil bukannya bertindak drastik dan membebankan peniaga.

"Saya menerima aduan dari seorang peniaga yang tidak berpuas hati dengan kadar baru lesen perniagaan yang meningkat sebanyak 300 peratus.

"Ini amat membebankan peniaga apatah lagi notis yang diberikan terlalu singkat iaitu tarikh notis 9 Disember dan perlu diselesaikan pada 31 Disember, jika gagal denda sebanyak 10 peratus dari kadar lesen pula dikenakan.

"Saya gesa MBSA dan Datuk Bandar segera menarik balik notis tersebut dan mengadakan perbincang dengan para peniaga untuk mencari jalan penyelesaian bukan menindas peniaga," jelasnya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Khalid yang turut mempertikaikan keputusan MBSA mengenakan tiga jenis cukai pada satu permis yang baginya adalah tidak wajar.

Katanya pengadu yang sebelum ini hanya dikenakan bayaran sebanyar RM360 setahun bagi industri kraftangan, namum pada 2014 kadar tersebut telah berubah.

Pengadu tersebut melalui notis terbaru telah dikenakan bayaran lesen perniagaan industri kraftangan (menjual/perkhidmatan) sebanyak RM360, industri kraftangan (membuat/proses) sebanyak RM360, industri kraftangan (borong/simpan) pula sebanyak RM400 dan Patil sebanyak RM7, yang menjadikan jumlah kesemuanya sebanyak RM1127.

"Kita mahu MBSA meneliti kembali cara pengiraan kadar tersebut.

"Bagi saya adalah tidak wajar tiga jenis cukai dikenakan pada satu permis yang sama, cara pengiraan perlu dibincangkan dan dijelaskan kenapa.

"Apa rasionalnya ia ditetapkan sedemikian, sudah pasti setiap industri mempunyai ruang menyimpan, proses serta menjualnya. Saya harap ini dapat diselesaikan segera untuk kebaikkan peniagaan dan penduduk Shah Alam," sambung beliau.

Khalid yang turut meminta agar, MBSA serta Datuk Bandar mengambil tindakan segera kerana keputusan tersebut bukan sahaja membebankan peniaga tetapi turut terkena kepada rakyat yang menjadi pembeli.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut meminta kerajaan negeri membuat pertimbangan agar pemilihan Datuk Bandar dibuat oleh rakyat agar calon yang dipilih lebih prihatin terhadap masalah dan kesusahan rakyat.

Katanya jika sebelum ini Datuk Bandar dipilih dari kalangan penjawat awam adalah wajar ia dipilih terus dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mahupun mana-mana individu yang dipilih rakyat bagi memastikan hak mereka diberi perhatian.

"Bila dipilih oleh rakyat maka Datuk Bandar akan melaksanakan tugas dengan lebih prihatin kerana kedudukannya akan ditentukan oleh rakyat untuk kekal atau disingkirkan," katanya