Semenjak 2008 lagi, PAS telah bekerjasama dengan PKR untuk menumbangkan UBN. Hasilnya, PKR berjaya menjadi penguasa di Selangor. Bagaimanapun, hanya PAS sahaja yang sentiasa beralah dalam kerjasama dengan PKR dan DAP.
Pada PRN Sarawak 2011, PKR dengan penuh sombong dan lagak mencaci PAS apabila PAS berhajat meletakkan lebih banyak calon di kerusi DUN Sarawak. PKR bertanding di 49 kerusi DUN dan PAS pula hanya 5. Kata PKR terutama dari mulut Zuraidah Kamaruddin, PAS tidak akan menang walau satu kerusi pun berbanding PKR yang dilihat sangat yakin memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi DUN sekaligus akan menamatkan pemerintahan Taib Mahmud di Sarawak.
Apabila keputusan diumumkan, PAS yang tidak diberikan harapan dan bertanding pula di kerusi-kerusi tradisi serta kubu kuat PBB, tidak menang walau satu pun. PKR yang sangat berlagak dan angkuh, malah berbelanja besar dengan melakukan serangan besar-besaran ke atas Sarawak, hanya mampu memperolehi 3 kerusi.
Hanya DAP yang berjaya mencatatkan jumlah sekali ganda berbanding PRN sebelumnya iaitu 12 kerusi kesan daripada kempen agresif Ketuanan Cina di Sarawak dan penggunaan isu anti-Islam di kalangan pengundi-pengundi beragama Kristian.
PRN Sarawak 2011 mencatatkan permusuhan antara agama yang sangat hebat di kalangan rakyat Sarawak kesan hasutan dan kempen agresif DAP.
Dalam Langkah Kajang ciptaan Rafizi Ramli, sekali lagi PAS menjadi mangsa dan kambing hitam yang dipersalahkan, apabila cubaan PKR untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada dipenjarakan kerana kesalahan meliwat yang telah terbukti sepanjang tempoh perbicaraan panjang yang memakan masa lebih 3 tahun dan menerusi lebih 70 kali penangguhan dengan menggadaikan kerusi DUN Kajang yang mereka sendiri telah menangi beberapa bulan sebelum itu dalam PRU-13.
PAS dipersalahkan dan dijadikan bahan sesahan kerana keengganan Presiden PAS untuk menyokong Anwar Ibrahim mahupun Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga ahli PKR. Pelbagai cercaan dilemparkan kepada PAS malah para pemimpin seperti Khalid Samad, Dr. Zulkifli, Dr. Mariah dan sebagainya mencerca Presiden kerana enggan memberikan sokongan serta tunduk kepada Langkah Kajang.
Ternyata, hujah yang mengatakan Langkah Kajang adalah satu usaha untuk menaikkan Anwar Ibrahim bagi tujuan mengelakkan dia daripada dijatuhi hukuman penjara, adalah benar.
Ketika DAP menyerang dan menyalahkan PAS bulat-bulat sehingga DAP menerusi lidah Lim Guan Eng memutuskan hubungan dengan PAS, PKR masih menyebelahi DAP dan langsung tidak membela PAS walaupun di Selangor, PAS membela dan mempertahankan PKR daripada kehilangan pentadbiran negeri di tangan UBN.
Kini, sedar bahawa tanpa PAS, PKR di Selangor akan hanya menjadi puing-puing kemusnahan, sekaligus menyebabkan PKR kehilangan sumber pendapatan utama parti selain bantuan kewangan daripada agensi Zionis antarabangsa, PKR cuba meletakkan PAS dalam Pakatan yang mereka sendiri ketuai selain Pakatan bersama-sama GHB dan DAP.
Pucuk pimpinan PAS seharusnya telah membuat ketetapan untuk menolak sebarang bentuk kerjasama dengan PKR yang sentiasa melebihkan bukan Islam dan DAP. Pucuk pimpinan PAS seharusnya sedar, mereka tidak boleh terjun ke dalam lubang yang sama, buat kali kedua.
Kerjasama dengan PKR buat kali kedua, tidak lebih daripada sekadar cubaan memusnahkan dan melenyapkan PAS buat selama-lamanya.
Kalaupun perlu bekerjasama dengan PKR, PAS perlu mendesak PKR agar memastikan PAS bertanding dan menguasai sekurang-kurangnya 20 kerusi DUN dalam Pakatan yang baru terutama sekali kerusi-kerusi yang dirampas oleh PKR dalam beberapa PRU sebelum ini.
Kalau PKR bersetuju untuk menyerahkan lebih dari 30 kerusi DUN untuk ditandingi oleh PAS terutama di kawasan-kawasan bermajoriti Melayu dan campuran, mungkin bolehlah PAS memberikan kerjasama. Kalau kerjasama yang diminta tetapi PKR yang menentukan hala tuju serta jumlah DUN yang bakal ditandingi oleh PAS, lebih baik hentikan segala bentuk kerjasama.
PAS lebih baik bergerak secara bersendirian.
Prinsip, ASALKAN BUKAN UMNO, sepatutnya ditukar menjadi ASALKAN BUKAN DAP!!!