Sunday, 13 September 2015

Cubaan Menipu Oleh PKR: Para Pemimpin PAS Tidak Boleh Terjun Dalam Lubang Yang Sama Buat Kali Kedua



PKR menerusi Rafizi Ramli dengan penuh bangga membuat pengumuman bahawa mereka sudah semakin hampir berjaya untuk memperdayakan PAS buat kali kedua menerusi pertemuan dan mesyuarat di Ibu Pejabat PKR yang dijangka diadakan esok.

Semenjak 2008 lagi, PAS telah bekerjasama dengan PKR untuk menumbangkan UBN. Hasilnya, PKR berjaya menjadi penguasa di Selangor. Bagaimanapun, hanya PAS sahaja yang sentiasa beralah dalam kerjasama dengan PKR dan DAP.

Pada PRN Sarawak 2011, PKR dengan penuh sombong dan lagak mencaci PAS apabila PAS berhajat meletakkan lebih banyak calon di kerusi DUN Sarawak. PKR bertanding di 49 kerusi DUN dan PAS pula hanya 5. Kata PKR terutama dari mulut Zuraidah Kamaruddin, PAS tidak akan menang walau satu kerusi pun berbanding PKR yang dilihat sangat yakin memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi DUN sekaligus akan menamatkan pemerintahan Taib Mahmud di Sarawak.

Apabila keputusan diumumkan, PAS yang tidak diberikan harapan dan bertanding pula di kerusi-kerusi tradisi serta kubu kuat PBB, tidak menang walau satu pun. PKR yang sangat berlagak dan angkuh, malah berbelanja besar dengan melakukan serangan besar-besaran ke atas Sarawak, hanya mampu memperolehi 3 kerusi.

Hanya DAP yang berjaya mencatatkan jumlah sekali ganda berbanding PRN sebelumnya iaitu 12 kerusi kesan daripada kempen agresif Ketuanan Cina di Sarawak dan penggunaan isu anti-Islam di kalangan pengundi-pengundi beragama Kristian.

PRN Sarawak 2011 mencatatkan permusuhan antara agama yang sangat hebat di kalangan rakyat Sarawak kesan hasutan dan kempen agresif DAP.

Dalam Langkah Kajang ciptaan Rafizi Ramli, sekali lagi PAS menjadi mangsa dan kambing hitam yang dipersalahkan, apabila cubaan PKR untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada dipenjarakan kerana kesalahan meliwat yang telah terbukti sepanjang tempoh perbicaraan panjang yang memakan masa lebih 3 tahun dan menerusi lebih 70 kali penangguhan dengan menggadaikan kerusi DUN Kajang yang mereka sendiri telah menangi beberapa bulan sebelum itu dalam PRU-13.

PAS dipersalahkan dan dijadikan bahan sesahan kerana keengganan Presiden PAS untuk menyokong Anwar Ibrahim mahupun Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga ahli PKR. Pelbagai cercaan dilemparkan kepada PAS malah para pemimpin seperti Khalid Samad, Dr. Zulkifli, Dr. Mariah dan sebagainya mencerca Presiden kerana enggan memberikan sokongan serta tunduk kepada Langkah Kajang.

Ternyata, hujah yang mengatakan Langkah Kajang adalah satu usaha untuk menaikkan Anwar Ibrahim bagi tujuan mengelakkan dia daripada dijatuhi hukuman penjara, adalah benar.

Ketika DAP menyerang dan menyalahkan PAS bulat-bulat sehingga DAP menerusi lidah Lim Guan Eng memutuskan hubungan dengan PAS, PKR masih menyebelahi DAP dan langsung tidak membela PAS walaupun di Selangor, PAS membela dan mempertahankan PKR daripada kehilangan pentadbiran negeri di tangan UBN.

Kini, sedar bahawa tanpa PAS, PKR di Selangor akan hanya menjadi puing-puing kemusnahan, sekaligus menyebabkan PKR kehilangan sumber pendapatan utama parti selain bantuan kewangan daripada agensi Zionis antarabangsa, PKR cuba meletakkan PAS dalam Pakatan yang mereka sendiri ketuai selain Pakatan bersama-sama GHB dan DAP.

Pucuk pimpinan PAS seharusnya telah membuat ketetapan untuk menolak sebarang bentuk kerjasama dengan PKR yang sentiasa melebihkan bukan Islam dan DAP. Pucuk pimpinan PAS seharusnya sedar, mereka tidak boleh terjun ke dalam lubang yang sama, buat kali kedua.

Kerjasama dengan PKR buat kali kedua, tidak lebih daripada sekadar cubaan memusnahkan dan melenyapkan PAS buat selama-lamanya.

Kalaupun perlu bekerjasama dengan PKR, PAS perlu mendesak PKR agar memastikan PAS bertanding dan menguasai sekurang-kurangnya 20 kerusi DUN dalam Pakatan yang baru terutama sekali kerusi-kerusi yang dirampas oleh PKR dalam beberapa PRU sebelum ini.

Kalau PKR bersetuju untuk menyerahkan lebih dari 30 kerusi DUN untuk ditandingi oleh PAS terutama di kawasan-kawasan bermajoriti Melayu dan campuran, mungkin bolehlah PAS memberikan kerjasama. Kalau kerjasama yang diminta tetapi PKR yang menentukan hala tuju serta jumlah DUN yang bakal ditandingi oleh PAS, lebih baik hentikan segala bentuk kerjasama.

PAS lebih baik bergerak secara bersendirian.

Prinsip, ASALKAN BUKAN UMNO, sepatutnya ditukar menjadi ASALKAN BUKAN DAP!!!


5 comments:

Anonymous said...

Mungkin sampai masanya pas menjemput pulak pkr dan dap menyertai pakatan 3.0...berteraskan memartabtkan islam dan hak bkn islam...nak join...xnak pas mampu bergerak solo...pas tetapkan batas2 pakatan...insya allah...rakyat berakal boleh menilai melalui kata2 dan tindakan2...pas pula menyeru bkn menerima seruan mereka

Anonymous said...

Bagi 40 kerusi pun jgnlamasuk lagi...sekali pkr menipu dan mencuri ahli pas...mereka ilang balik...silap2 diguna cangkul utk lwn pas plak biar 3 penjuru...walaupun tiada kesan pd pas...tp cangkul keje dia menfhina dan mengfitnah pas saja nnt

Anonymous said...

KJ dan Mat Taib adalah dua individu yg berusaha gigih 'mendaulatkan' GHB yg kin menjadi PAN,kemudaian mereka berdua masuk PKR.Kalau Pas masih mahu bersama PKR,tak tahulah sebijak mana pihak Pas berpolitik dan serendah mana Pas sanggup merendahkan diri.Sepatutnya Pas dah ludah muka PKR dan cerai talak 10.Sekarang ni kalau Rafizi sanggup membuat kenyataan begitu,nampak benar serendah mana mereka memandang Pas.

Anwar dan Azmin nak pujuk Pas pun bukan keran huramat atau sayang padda Pas,tapi utk memastikan mereka mendapat undi orang Melayu terutamanya ahli Pas,bila melihat Bersih 4 tidak ramaia penyertaan Melayu.Azmin pula tanpa Pas,tobat lahu akan di tendang dari kerusi MB,malahan tanpa undi ahli Pas mungkin saja Gombak pun akan hanyut.

Anonymous said...

Saya yakin PAS mampu bersendirian. Kerusi2 Parlimen majoritinya milik melayu islam. Sekiranya PAS bertanding kesemua kerusi melayu & islam campur beberapa kerusi non muslim melalui DHPP, inshaaAllah ada harapan utk kuasai parlimen.
Tidak mustahil. Semuanya dlm ketentuan Allah.

JUNAIDI said...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA