Tuesday, 15 September 2015

PAS Terus Bagi Keizinan Kepada Wan Azizah dan PKR Untuk Pijak Kepala PAS


Sikap mengalah dan mengendur yang ditunjukkan oleh para wakil PAS dalam mesyuarat dan pertemuan dengan para pemimpin PKR di Ibu Pejabat PKR Tropicana malam tadi, amat menjengkelkan dan memalukan.

Walaupun di hadapan para penyokong dan ahli-ahli PAS, mereka bercakap tentang pengkhianatan dan kebiadapan PKR, tetapi apabila berhadapan dengan para pemimpin PKR yang diketuai oleh Wan Azizah dan Rafizi Ramli malam tadi, mereka terus menikus. Hilang segala keberanian, hilang segala ketegasan, bahkan hilang juga segala semangat yang meluap-luap untuk menjelmakan PAS sebagai satu kuasa baru yang perlu diakur oleh PKR dan DAP.

Mengapa Setiausaha Agung PAS dan Timbalan Presiden PAS, sekadar mengangguk dan membenarkan kata-kata Wan Azizah?

Apakah mereka sudah tidak ada suara? Apakah mereka sudah hilang keberanian? Atau adakah kerana mereka terlalu mengkagumi Wan Azizah kerana Wan Azizah adalah isteri Anwar Ibrahim? Atau sebenarnya mereka sudah terkena sihir wanita yang kerap menggunakan air mata untuk meraih sokongan itu tetapi pada masa yang sama, bukan sahaja gagal memahami tugas sebagai wakil rakyat, bahkan gagal juga sebagai Presiden parti dan isteri.

Ini bukan kerana UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA NAJIB sebagai Perdana Menteri tetapi kerana ketakutan melampau para pemimpin PAS yang menggalas amanah untuk membawa dan menekankan kepentingan PAS dalam pertemuan dengan PKR.

Undi tidak percaya kepada Najib memang perlu dibuat. Soal sama ada Najib berjaya sebagai Perdana Menteri sepertimana yang didakwa oleh para penyokongnya atau gagal total sepertimana yang didakwa oleh DAP dan bekas Perdana Menteri, Mahathir, ia adalah perkara sebaliknya.

Proses di Parlimen itu untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri, tidak ubah seperti perbuatan mengecat langit. Ini adalah kerana penguasaan PKR-DAP dan PAS sendiri tidak mampu mengatasi jumlah kerusi Parlimen yang telah dimenangi oleh UBN.

Najib hanya boleh dijatuhkan menerusi UBN. Sepertimana yang cuba dilakukan oleh Mahathir tetapi nampaknya usaha Mahathir juga kelihatan menghampiri kegagalan apabila laporan pengakuan penuh Xavier Justo dalam kes 1MDB kontradiks dengan hujah-hujahnya sendiri.

Wan Azizah mendakwa, PAS akan bersama-sama PKR untuk melakukan undi tidak percaya kepada Najib. Sedangkan sepatutnya PAS yang mengeluarkan kenyataan, PKR bersetuju untuk membuat undi tidak percaya memandangkan isu Undi Tidak Percaya kepada Najib telah diusulkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man pada 19 Ogos lalu.

PKR membawa PAS duduk semeja di Ibu Pejabat mereka semalam untuk memastikan PAS terus berada di bawah PKR bersama-sama PAN yang dipimpin oleh Mat Sabu. Isu yang diperbincangkan ialah tentang PERLUNYA PAS MENERIMA PAN sebagai rakan sekutu dalam usaha menumbangkan UBN.

Sekaligus mengingatkan kita semula pada Gagasan Rakyat dan APU (Angkatan Perpaduan Ummah) yang membabitkan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1990. Watak PKR dan Wan Azizah atau lebih tepat lagi Anwar Ibrahim, sebenarnya adalah sama dengan Semangat 46 dan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun tersebut.

Dalam pakatan 1990, PAS hanya mampu menguasai Kelantan tetapi Semangat 46 berkubur dan menyertai UBN setelah cita-cita Tengku Razaleigh Hamzah untuk menjadi Perdana Menteri, hancur berkecai.

Pada ketika itu jugalah, PAS dipaksa menerima Berjasa dan Hamim yang merupakan serpihan PAS dalam APU. Hubungan dengan DAP pula dibuat menerusi Gagasan Rakyat. Dengan kata lain, sama ada APU atau Gagasan Rakyat yang menang, Tengku Razaleigh yang akan menang.

Hakikatnya APU dan Gagasan Rakyat pada tahun 1990 telah memenangkan DAP. Begitu juga dengan Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. Yang kekal menang hanyalah DAP.

Kita sering melabelkan Najib dan para pemimpin UBN sebagai tidak bertelur dan sentiasa tunduk kepada MCA, GERAKAN dan MIC. Tetapi bagaimana dengan kita sendiri, yang pemimpin kita diberikan gelaran Ulama, tetapi sangat takut untuk memperjuangkan amanah yang diberikan dan sentiasa tunduk kepada kehendak musuh yang telah berkali-kali terbukti mengkhianati kita.

Apakah takdir Allah Taala menjadikan PAS dibarisi oleh para pemimpin yang tidak berani memperjuangkan amanah serta tanggungjawab yang digalas dan sentiasa mencipta alasan demi alasan untuk menutup kelemahan mereka?



6 comments:

Anonymous said...

Mujurlah saya belum menyerahkan borang keahlian Pas saya.Inilah benda yg saya khuatirkan,mengutama kan undi melebihi maruah ugama dan bangsa.Nik Abduh pun cakap macam sedang menghulur hidup pada DAP.Kesian pada orang Melayu Islam,sangkakan Pas bvoleh di harap menggantikan Umno ,tapi nampaknya Pas lagi teruk sanggup jadi hamba DAP dan PKR.

Anonymous said...

Sy sgt kecewa. PAS pengecut dan tidak mahu berdikari. Dah jadi macam macai.

Anonymous said...

kena siasat, selidik, kaji di mana dan apa punca.

Anonymous said...

puncanya dunia masih menjadi keutamaan pemimpin pas. mungkin x yakin hidup kekal di akhirat sana

Anonymous said...

Kalau TITM yh berbincang memang begitu lah,dia tu dari dulu lagi memang hatinya kepada Pakatan.Nilailah kenyataan beliau,sebelum ini .Dari dulu pun dia sangat berlembut dgn PKR,kami ahli PKR Pahang memang faham mengenainya.

JUNAIDI said...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA