Monday, 13 October 2014

Gertakan Najib-UBN Kepada MCA dan Cina Sekadar Kosmetik

Melayu-Islam di Malaysia sememangnya ada masalah besar. Masalah besarnya ialah, walaupun ada kuasa, pemimpin-pemimpin Melayu sangat takut dengan kaum kafir yang menjadi sekutu bagi mereka.

Mencari dan memburu kuasa adalah perkara besar yang perlu diberikan perhatian sebesar-besarnya bagi kebanyakan pemimpin Melayu.

Dan kerana itulah, tiada lagi pemimpin-pemimpin seperti Almarhum Samad Gul Ahmad Mianji, Dr. Zulkifli Mohamad, atau seperti Tun Dr. Ismail mahupun Datuk Abdul Wahab Panglima Bukit Gantang. Yang ada sekarang hanyalah pemimpin-pemimpin Melayu yang lebih layak digelar pondan kerana sifat pengecut dan dayus mereka, termasuklah dari dalam PAS sendiri yang kuat menyamar sebagai alim ulama walaupun sebahagian daripada mereka, mengaji al Quran pun bertatih-tatih dan ilmu tajwid mereka lintang-pukang.

Disebabkan itulah keadaan umat Islam di Malaysia pada hari ini lintang pukang walaupun sesetengahnya cuba menyembunyikan kejahilan mereka dengan menyertai PAS dan cuba menunjukkan mereka lebih alim dari ulama seperti yang dilakukan oleh sebilangan pemimpin seperti Mat Sabu dan Khalid Samad.

Semalam, dalam ucapannya di Persidangan MCA, Presiden UBN cuba berlagak seperti seorang perwira Melayu apabila memberi amaran dan kata dua kepada para perwakilan MCA. Macai-macai UBN seperti biasa, segera menyanjung dan bersorak apabila Najib-UBN mempertontonkan kejantanannya.

Kata Najib, orang Cina tidak berhak membuat pelbagai tuntutan kepada Kerajaan UBN selagi mereka tidak menyokong UBN dalam PRU dan PRK yang akan diadakan.

Tidak sampai beberapa jam selepas mengeluarkan kenyataan sebegitu, para pemimpin DAP seperti Anthony Loke sudah mula menyerang Najib-UBN dengan kenyataan-kenyataan ugutan seperti biasa. Ugutan seperti jangan minta cukai daripada orang Cina, orang Cina tidak perlu bayar cukai dan orang Cina tidak perlu menyerahkan segala kekayaan hasil daripada perbuatan mengaut dan mengempang semua kegiatan ekonomi di negara ini, mula kedengaran.

Inila dilema pemimpin Melayu tidak kira dari UBN apatah dari PAS. Di sebalik sokongan kuat daripada para pengikut dan penyokong selain berada di dalam parti-parti politik yang sangat kuat dengan Melayu, dengan Islam dan dengan aspirasi Bumiputera serta Peribuminya, para pemimpin kedua-dua parti ini berada dalam keadaan yang sangat tersepit.

Semuanya kerana kesalahan yang telah dilakukan oleh para pemimpin terdahulu yang berfikiran mudah untuk mendapatkan kuasa sehingga sanggup menggadaikan maruah bangsa demi mengemis sokongan serta undi masyarakat keturunan pendatang.

Orang Melayu yang beragama Islam, dan Bumiputera di negara ini sebenarnya sudah cukup tersepit sehinggakan mereka tidak boleh bernafas pun tanpa izin kaum kafir.

Amaran yang diberikan oleh Najib-UBN sekadar satu lagi kosmetik untuk terus membohongi orang Melayu untuk terus menyokong UBN sepertimana gelagat yang ditunjukkan oleh sebilangan pemimpin PAS yang mencari sokongan Melayu untuk Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Sunday, 12 October 2014

Desakan dan Ugutan PKR Serta DAP Membuatkan Majlis Syura Ulama Hanya Berani Gantung Keahlian Dua Ekor Barua Selama Setahun Sahaja!

Akar umbi yang menyokong kemurnian perjuangan PAS, sekadar mengeluh panjang apabila Majlis Syura memutuskan hukuman yang dikenakan kepada dua ekor Barua dan Pengkhianat PAS hanyalah digantung keahlian selama setahun.

PAS hari ini telah mengambil keputusan untuk menggantung keahlian ADUN Hulu Kelang dan Morib, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin selama setahun berkuatkuas serta-merta hari ini.

Cikgu Pa berkat, keputusan tersebut diambil mengikut Fasal 82(6) Perlembagaan PAS. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Presiden telah membincangkan masalah membabitkan kedua-dua ADUN 'milik' Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam jubah PAS itu, dalam keadaan keadaan yang amat tertekan.

Kehadiran Mat Sabu dan Mahfuz Omar mewakili Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng ternyata telah memberi tekanan yang amat besar kepada Majlis Syura sehinggakan hukuman yang lebih keras, terpaksa diringankan ekoran wujudnya beberapa ugutan dan ancaman daripada konco-konco Anwar Ibrahim dan Lim Guan itu.

Salahuddin Ayob dan Takiyuddin Hassan dilaporkan, gagal membantu Cikgu Pa untuk mengatasi vokal Mat Sabu dan Mahfuz Omar yang bermati-matian mempertahankan Tahaluf Siyasi PAS dengan PKR dan DAP yang membawa maksud, PAS hendaklah menjadi hamba dan hilang hak-hak bersuara di dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan menggantung keahlian kedua-dua pengkhianat dan barua itu sebenarnya belum lagi muktamad, memandangkan mengikut Fasal 83(4), kedua-duanya boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama dalam tempoh 15 hari.

Pergantungan keahlian tidak bermaksud Hasnul dan Saari kehilangan jawatan mereka sebagai ADUN sebaliknya, mereka sekadar tidak boleh menjalnakan apa-apa program rasmi di bawah nama parti.

Kebanyakan akar umbi PAS tulen, melihat tindakan yang diambil sekadar untuk memenuhi prosedur memandangkan kedua-dua pengkhianat tersebut akan tetap menjalankan program-program rasmi mereka di bawah lambang Pakatan Rakyat walaupun tidak lagi memperkenalkan diri mereka sebagai ADUN PAS.

Penguasaan kelompok pro-Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat pula akan memendekkan dan meringankan hukuman kedua-duanya bagi memenuhi tekanan dan ugutan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Begitulah nasib kita apabila kita terlalu kuat bersekongkol dengan puak-puak yang hati perut mereka menentang Islam.

Saturday, 11 October 2014

UBN-Najib Tetap Lebihkan Kasih Sayang Kepada Sekolah Vernakular Lain Berbanding Sekolah Agama Rakyat

Selesai pembentangan bajet semalam, seperti yang diduga, ramailah tukang ampu, tukang bodek dan tukang jek bersuara memuji-muji Najib Abdul Razak dan bajetnya. Seperti biasa, setiap bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, dari dahulu sampailah ke zaman Najib, semuanya baik untuk rakyat sekalipun pada masa yang sama, kehidupan mudah di Malaysia telah bertukar menjadi sukar.

Malaysia yang suatu masa dahulu, rakyatnya hidup gembira kini bertukar menjadi sebuah negara yang tertekan. Kalau dahulu, rakyatnya mempunyai banyak masa untuk mendidik dan menjaga keluarga, kini setiap orang rakyatnya terpaksa memberikan lebih banyak masa kepada kerjaya dan kewangan bagi membolehkan mereka bernafas untuk esok hari.

Anehnya, golongan yang sama jugalah melalak-lalak tentang peningkatan masalah sosial terutama sekali di kalangan anak-anak muda. Mereka gagal melihat tempoh yang digunakan untuk kerjaya jauh lebih banyak berbanding bersama-sama keluarga.

Kerana terlalu mengejar kebendaan, Malaysia kini berada jauh dari landasan sebuah negara berkebajikan yang dirahmati Allah Taala. Kenikmatan dan kesenangan yang dikecapi selama ini, telah beransur-ansur ditarik balik oleh Allah Taala. Mungkin ramai yang tidak sedar, tetapi apabila kita terlalu sibuk untuk mengejar kebendaan, kita sebenarnya kehilangan nikmat yang telah dikecapi oleh datuk nenek moyang kita dahulu.

Justeru, tidak hairanlah jikalau semakin ramai yang mulai meninggalkan solat, tidak lagi peduli halal haram, tidak berasa apa-apa apabila melakukan dosa, sanggup menyalahgunakan agama untuk kepentingan diri, menghalalkan yang haram dan mengharamkn yang halal, mentertawakan dan mengejek gerakan yang memperjuangkan Islam, melebihkan dan meraikan kaum kafir berbanding saudara-saudara dalam Islam, dan memperemehkan segala suruhan serta larangan-Nya.

Allah Taala kurniakan yang sebaik-baiknya untuk manusia. Kita disuruh mengejar dunia dan kita juga diwajibkan mengejar akhirat. Kedua-duanya perlu seimbang. Dalam Islam sendiri, ada kategori ulama dan ada kategori umara. Kedua-duanya tidak lebih penting daripada satu sama lain. Kedua-duanya penting untuk maslahat umat. Tidak boleh melebihkan ulama berbanding umara dan tidak boleh melebihkan umara berbanding ulama. Kedua-duanya seganding.

Yang jahil akan melihat ulama lebih utama berbanding umara. Yang jahil juga meletakkan umara lebih tinggi dari ulama. Ulama-ulama muktabar seperti Imam Mazhab berempat kekal menjadi ulama tanpa melibatkan diri dalam politik sungguhpun sebahagian daripada mereka mempunyai ratusan ribu pengikut pada zamannya, bahkan ada yang disiksa dan dipaksa untuk terlibat dalam pentadbiran dan pemerintahan, bahkan dipenjara kerana membuat teguran dan kritikan terhadap pemerintah yang melanggar batasan syariah seperti yang berlaku kepada Syeikhul Islam Imam Ibn At-Taimiyyah. Begitu juga dengan imam-imam yang menjadi sandaran kepada puak-puak Syiah seperti Jaafar As-Sadiq, juga tidak pernah melakukan usaha untuk menjadi umara sebaliknya kekal sebagai ulama sepanjang hayatnya walaupun mempunyai kebolehan berbuat begitu.

Hanya pada akhir-akhir zaman sahaja, ulama bercita-cita menjadi umara dan umara pula memperlekehkan ulama untuk mengekalkan kedudukan dan pengaruh mereka.

Sebagai sebuah Negara Islam kononnya, Malaysia seharusnya lebih mengutamakan sahsiah dan jatidiri sebagai Negara Islam walaupun pada masa yang sama, Malaysia menyertai negara-negara lain di seluruh dunia menggunakan kaedah demokrasi untuk memilih pemimpin dan kerajaan. Antara pekrara terpenting dalam kaedah ini adalah pendidikan.

Tidak dinafikan, Malaysia dilihat begitu menitikberatkan pendidikan dan pelajaran. Sebut apa-apa sahaja aliran pemikiran, Malaysia ada kesemuanya. Dari pemikiran betul benar, sehinggalah ke pemikiran songsang dan berasaskan perkauman.

Artikel 152(1)(ii) dan Artikel 2 (2) Perlembagan Malaysia menujukkan secara jelas kedudukan dan martabat sekolah-sekolah agama Islam di negara ini. Peruntukan daripada Perlembagaan menggariskan bahawa Kerajaan perlu membiayai dan menyediakan dana untuk sekolah-sekolah agama di samping sekolah-sekolah kebangsaan.


Bagaimanapun, Najib dan UBN tidak ada keberanian mempertahankan Perlembagaan, malah terlalu takut dengan ugutan Cina-Cina dan para pemimpin India. Berbanding menghapuskan atau menamatkan bantuan serta peruntukan untuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan serta mubaligh, Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran UBN-Najib memberikan peruntukan puluhan juta, malah akan meningkat menjadi ratusan dan berbilion ringgit apabila berlaku pilihanraya nanti.

Sekolah-sekolah vernakular yang tiada dalam peruntukan Perlembagaan mendapat sama peruntukannya dengan sekolah-sekolah agama rakyat yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. Apakah nilai sekolah-sekolah agama dalam pandangan seorang pemimpin seperti Najib Abdul Razak, sama nilainya dengan sekolah-sekolah vernakular yang lebih banyak menghasilkan kaum chauvinist, rasis dan tidak pernah berasa mereka sebahagian daripada rakyat Malaysia kecuali untuk merampas kuasa serta menghapuskan umat Islam sepertimana yang ditunjukkan oleh para pemimpin DAP dan PKR?

Bukankah tingkahlaku yang ditunjukkan oleh Najib itu merupakan satu bentuk perbuatan munafik yang menunjukkan dia lebih bimbangkan sokongan Cina dan India yang jelas telah hampir mengalahkannya pada PRU lepas? Tidakkah dia melihat bagaimana Cina dan India telah menjadikan PAS sebagai macai mereka yang cukup hina dan PAS telah dijadikan sebagai selipar untuk menghalalkan perbuatan mereka ke atas umat Islam menerusi penggunaan beberapa orang pemimpin PAS yang kita kenali sebagai pemimpin murtadin dan munafiqin?

UBN seringkali memberitahu dan mendabik dada mereka mempertahankan Melayu, Bumiputera dan Islam tetapi tingkah laku UBN seperti yang ditunjukkan oleh Najib menerusi peruntukan dalam bajet 2015 menjelaskan bahawa UBN adalah musuh Islam, Melayu dan Bumiputera.

Apa bezanya Najib dengan Lim Guan Eng dalam bab memperemehkan Perlembagaan Malaysia?


Macai-macai UBN sepatutnya menjawab, apa yang membezakan sekolah-sekolah vernakular dengan sekolah-sekolah agama rakyat sehinggakan peruntukan yang diberikan kepada kedua-dua jenis sekolah tersebut adalah sama?

Apakah sekolah-sekolah vernakular tersebut dirancang untuk menggantikan sekolah-sekolah kebangsaan dan pada masa yang sama, UBN merancang untuk menghapuskan sekolah-sekolah agama pada masa hadapan memandangkan keistimewaan sekolah-sekolah agama rakyat sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan, tidak lagi dipedulikan sebaliknya UBN terlalu menitik beratkan sekolah-sekolah vernakular?

Friday, 10 October 2014

Jangan Terpedaya Dengan Bajet 2015 Yang Dibentangkan Oleh Najib Hari Ini

Pada ketika ini, seluruh perhatian ditumpukan kepada ucapan dan pembentangan bajet yang dibuat oleh Najib Abdul Razak. Awal-awal lagi, telah didendangkan kononnya bajet tersebut adalah bajet rakyat, bajet yang membela rakyat, bajet yang berkebajikan, bajet yang menyeluruh dan bajet yang akan membanggakan rakyat Malaysia.

Cakap-cakap mengampu sedemikian rupa, bukannya baru didengar. Setiap kali sebelum dan selepas pembentangan bajet setiap tahun, maka itulah cakap-cakap yang disajikan kepada kita. Tukang-tukang ampu dan tukang-tukang jilat akan memuji-muji Menteri Kewangan kononnya seorang  yang sangat prihatin kepada rakyat.

Sedangkan, rakyat semakin terhimpit dek kenaikan kos secara menyeluruh dalam segenap segi. Kegagalan kerajaan mengawalselia, memantau dan menguatkuasakan ke atas golongan pemborong pula, terus menjadi-jadi selain amalan rasuah bermula dari peringkat tukang pegang pen, sehinggalah tukang pegang senjata dan tukang pemikir di kerusi empuk di Parlimen mahupun DUN.

Baik UBN mahupun PR, semuanya sama sahaja. Mereka mungkin boleh berlakon tetapi keputusan akhirnya ialah, kedua-duanya tidak ada beza dari segi tamak haloba, kaedah politik mahupun aqaid kewangan. Senang cakap, matlamat menghalalkan cara. Taukeh-taukeh besar di sekeliling mereka adalah nadi mereka yang sebenarnya, manakala rakyat pula sekadar menjadi barua dan anjing penjaga pintu yang diperlukan untuk memberi undi ketika pilihanraya.

Benar, ada kemajuan dan pembangunan yang dibawa tetapi jikalau diperhalusi, pembangunan dan kemajuan tersebut diwujudkan agar ada projek untuk mereka dan kroni-kroni mereka. Kemudian sebahagian daripada mereka berlakon seperti memperjuangkan keadilan tetapi pada masa yang sama, mereka yang beria-ia berjuang itu juga mempunyai kepentingan kontrak dan tender seperti yang berlaku kepada Husam Musa, Salahuddin Ayob, Kamaruddin Jaafar dan sebagainya dalam projek-projek besar kerajaan termasuklah KL Sentral.

Rakyat kesudahannya ditipu dan dipermain-mainkan oleh kelompok 222 orang manusia yang dikatakan sebagai penggubal undang-undang. Rakyat dipermain-mainkan oleh kelompok ratusan yang lain, yang berada di DUN di seluruh Malaysia.

Begitu jugalah dengan bajet yang dibentangkan oleh Najib petang ini. Mungkin kedengaran muluk dan mulus tetapi yang akan tetap terkena dan perlu mengeluarkan lebih perbelanjaan untuk menampung kehidupan yang serba mencerut nanti adalah rakyat.

Pembentangan bajet sekadar memenuhi protokol dan prosedur. Janji-janji yang dibuat dalam pembentangan tersebut sekadar untuk menyedapkan hati dan menggula-gulakan sebilangan besar kakitangan awam tetapi memeritkan sebahagian besar rakyat Malaysia.

Sepuluh ringgit diberikan, tetapi seratus ringgit yang perlu dikeluarkan untuk peningkatan harga. Itu yang berlaku di negara ini dan kerajaan UBN pimpinan Najib begitu lemah, dan begitu tidak tahu bagaimana hendak mengatasi masalah tersebut. Manakala barisan pembangkang pula sekadar bermain dengan keintelektualan rakyat menerusi pelbagai drama bodoh-bodoh termasuklah demonstrasi dan cubaan membentang bajet sendiri yang kemudian dikatakan, masih tidak lengkap apabila dihentam teruk.

Yang pastinya, pada 2015, bajet persendirian rakyat Malaysia akan meningkat secara drastik. Kocek rakyat Malaysia akan kempis menerusi kenaikan tol, elektrik, bil air, cukai hartanah, harga barangan dan perkhidmatan, bahkan bil Astro, bil telefon dan segala macam bil tanpa dapat ditahan-tahan atau disekat-sekat.

Anehnya, ada pula menteri yang akan kata, rakyat Malaysia patut bersyukur kerana Malaysia masih aman!

Thursday, 9 October 2014

Pesta Arak Buih di Shah Alam, Sekali Lagi PAS Jadi Kambing Hitam


Bukan malang dan bukan musibah tetapi kerana terlalu terikat dan percaya kepada tahaluf siyasi yang tidak langsung menguntungkan PAS. Pada masa yang sama, teladan bagi kepimpinan yang terus membiarkan dan enggan bertindak terhadap kaum parasit yang berbaju PAS tetapi berjiwa, roh dan nafasnya adalah PKR dan DAP. 

Kita tidak perlulah menuding jari siapa yang memulakan pesta arak buih ini. Yang pasti, Oktoberfest sememangnya merupakan sambutan hari beer sedunia yang telah disambut di Eropah semenjak puluhan tahun lampau tetapi baru sampai ke Malaysia selepas DAP mempunyai kuasa sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Benar, UBN sebenarnya telah membenarkan kilang arak bertapak di Malaysia. Guinness dan Carlsberg merupakan dua buah kilang pengeluar arak yang ketika didirikan dahulu, berada jauh dari kawasan penempatan manusia tetapi perubahan zaman membolehkan kedua-dua kilang ini akhirnya berada di tepi lebuhraya dan berhampiran pula dengan taman-taman perumahan. 

Lebih malang lagi ialah apabila ada umat Islam yang bekerja di kilang-kilang arak tersebut tanpa sebarang perasaan malu atau takut.

UBN tidak boleh sama sekali menafikan, itu adalah sumbangan mereka kepada perkembangan dan kemajuan pengeluaran arak di Malaysia. 

PAS pernah beriltizam untuk menghapuskan kilang-kilang arak ini apabila berkuasa di Selangor. Malangnya, PAS memang diberikan kuasa tetapi menerusi perkongsian dengan DAP dan PKR yang kita cukup tahu, amat bergantung kepada arak memandangkan sebahagian besar daripada mereka adalah peminum arak tegar yang menganggap, arak merupakan sebahagian daripada budaya hidup. 

Bukan tidak ada pemimpin PAS yang cuba menghapuskan atau setidak-tidaknya mengehadkan penjualan arak terutama kepada golongan Islam, tetapi akhirnya apa yang berlaku ialah, DAP menggunakan kuasa mereka, memecat pemimpin PAS itu dan menggertak pemimpin-pemimpin PAS yang lain agar tidak sewenang-sewang atau berani-berani mengugut arak. 

PAS kekal istiqomah dalam perjuangan menentang arak. Kecuali sebilangan pemimpin PAS yang telah dikenalpasti sebagai pemuja Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, yang bukan sahaja kuat membela arak, tetapi juga menyanjung budaya murtad atas nama kebebasan beragama dan bersuara. 

Disebabkan itulah, DAP dan PKR mengambil keputusan untuk memastikan PAS berada dalam tekanan, kebimbangan, ketakutan dan teragak-agak untuk membuat keputusan. Mana-mana pemimpin PAS yang menentang DAP dan PKR, pasti akan dianggap sebagai pengkhianat. Lebih malang lagi ialah apabila DAP menganggap PAS tidak setia kepada Pakatan Rakyat kerana keengganan PAS untuk terus menjadi rubberstamp kepada DAP.


Ada soalan ditujukan kepada PAS, mengapa PAS yang 'berkuasa' di Selangor, tidak memansuhkan atau menghapuskan terus kilang-kilang arak di Selangor. 

Jawapannya, PAS tidak pernah diberikan kuasa. Walaupun PAS merupakan sebahagian daripada perkongsian kuasa di Selangor, hakikatnya, bidang yang berkaitan amat dikawal ketat oleh DAP dan PKR. Sebarang cubaan untuk menembusi benteng yang didirikan oleh DAP akan berakhir dengan musibah sebagaimana yang berlaku kepada Hasan Ali. Manakala pemimpin-pemimpin parasit seperti Khalid Samad dan Dzulkefly Ahmad pula sudah bersiap sedia dengan bala tentera masing-masing untuk menyerang dan menghancurkan mana-mana pemimpin PAS yang dilihat 'mengkhianati' Pakatan Rakyat (baca: DAP dan PKR). 

Di kalangan akar umbi PAS di Selangor sendiri pun, sudah dapat melihat perkara ini. Khairuddin Othman yang merupakan ADUN Paya Jaras sudah berulang-ulang kali dalam ceramahnya memberikan penerangan bahawa di sebalik PAS sebagai salah satu pemegang kuasa di Selangor, PAS sebenarnya tidak berdaya dengan kaki serta tangan PAS diikat oleh DAP dan PKR menerusi bantuan pemimpin parasit PAS. Begitu jugalah penjelasan yang dibuat oleh Iskandar Samad yang merupakan ADUN Cempaka merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor, turut mengakui PAS sebenarnya dikhianati oleh DAP dan PKR, bahkan hanya dijadikan sebagai umpan bagi mendapatkan sokongan pengundi-pengundi Melayu untuk Pakatan Rakyat di Selangor, sedangkan hakikatnya PKR dan DAP hanya mementingkan pengundi-pengundi bukan Melayu khususnya Cina.


Seharusnya dalam isu arak, PAS tidak ditohmah dan diserang kerana PAS memang tidak berupaya. Pun begitu, beberapa pemimpin muda PAS seperti Nik Abduh dan Nasruddin Hasan sudah pun menggerakkan penentangan ke atas Oktoberfest yang disokong kuat oleh DAP dan PKR biarpun pada masa yang sama, mereka terpaksa bersekutu dengan PERKASA, pertubuhan yang amat dibenci oleh DAP.

Lagi Cadangan JAHANAM, Shahidan Kassim Usul Gaji Menteri dan Ahli Parlimen Naik

Inilah tahap mentaliti seorang wakil rakyat yang telah dipilih. Ini jugalah corak dan trend pemimpin yang kononnya memperjuangkan rakyat.

Walaupun pelbagai retorik yang diberikan, terutama menerusi ucapan dan lakonan keprihatinan mereka ke atas rakyat, hakikatnya Ahli-Ahli Parlimen dan Menteri-Menteri sekadar mementingkan tembolok dan nafsu mereka semata-mata.

Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengawalselia urusan di Parlimen, memberi alasan, gaji Menteri dan Ahli Parlimen terlalu kecil menyebabkan mereka terpaksa ikat perut.

Benarkah alasan yang diberikan atau ianya merupakan satu lagi kaedah untuk menipu dan penipuan tersebut dipersetujui oleh kesemua Ahli Parlimen tak kira sama ada dari blok kerajaan mahupun PR?

Yang sahihnya, berdasarkan pada fakta, Shahidan Kassim menipu secara terang-terangan.

Bagaimana Shahidan Kassim boleh mengatakan kewangan mereka selaku Ahli Parlimen dan menteri tidak cukup? Gaji lain, elaun lain, elaun rumah lain, elaun mesyuarat lain, minyak lain, elaun telefon lain, elaun perjalanan dan percutian ke luar negara lain, RM50,000 lain dan segala macam elaun tidak termasuk elaun sebagai pengerusi atau ahli lembaga pengarah GLC, ikat perut apa yang dimaksudkan oleh Shahidan Kassim?

Shahidan Kassim merupakan sebahagian daripada ahli politik stereotype yang beranggapan, tanpa jawatan mereka tidak boleh berkhidmat kepada masyarakat. Bila dah ada jawatan, kenalah ada gaji. Bila ada gaji, kenalah dinaikkan.

Pedulikanlah tentang masalah rakyat. Penuhkan tembolok dan buncitkan perut sendiri dahulu. Rakyat mampus kebulur tidak mengapa, asalkan Ahli-Ahli Parlimen tidak ikat perut.

Sepatutnya Ahli-Ahli Parlimen yang perlu dikurangkan belanjawan, dipotong sebanyak mungkin peruntukan dan elaun mereka yang terpaksa dibayar oleh Kerajaan Malaysia. Perlu diingat, setiap sen pembayaran yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia kepada Ahli-Ahli Parlimen Malaysia, sama ada mereka bekerja atau ketika mereka terkedang sakit di atas katil adalah WANG RAKYAT. Meminta dan menambah elaun serta gaji mereka, sedangkan pada masa yang sama, mutu serta status perkhidmatan kepada rakyat langsung tidak memuaskan, samalah seperti menzalimi rakyat.

Ketika rakyat dipaksa menerima segala kenaikan harga dan kehilangan subsidi, mengapa pula Ahli-Ahli Parlimen menikmati keistimewaan yang tidak dinikmati oleh rakyat yang telah memberi undi kepada mereka?

Malangnya, Ahli-Ahli Parlimen PR yang sebelum ini menonjolkan diri sebagai juara rakyat, sama saja seperti Ahli Parlimen BN dalam bab naik gaji. Malah lebih lagi apabila wakil rakyat PR dari Selangor dan Pulau Pinang yang terlebih dahulu menjadi juara menuntut kenaikan gaji, sedangkan hasil kerja mereka sekadar berceramah dan berdemonstrasi di atas jalanraya.

Thursday, 2 October 2014

Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri Pakat Lari Ke Luar Negara, Dalam Negara Para Penasihat Buat Perangai Pelik!


PELIK SUNGGUH UBN NI:

berita luor negara berkenaan minyak:

1) kejatuhan harga minyak baik untuk pemandu - telegraph uk (16 jam yang lalu)

2) harga minyak dijangka turun pada paras plg rendah dlm lingkungan suku tahun sejak 2012 - bloomberg
(sehari yg lalu)

3) harga minyak mentah jatuh teruk dalam tempoh 4 tahun - Wall street (18 jam yg lalu)

4) menteri minyak risau harga minyak yg rendah akn mengurangkan pelaburan - reuters uk (1 hari yg lalu)

5) harga minyak jatuh teruk kerana lebihan penawaran - the globe and mail (14 jam yang lalu)

6) saham tenaga jatuh kerana harga minyak turun - edmonton journal (14 jam yang lalu)

7) bank negara rusia bersedia dgn keadaan harga minyak yg dijangka turun - daily mail (14 jam yg lalu)

8) harga minyak turun dan ekonomi dunia semakin mampan - business week (1 hari yg lalu)

9) HARGA MINYAK DI MALAYSIA NAIK. - KERAjaan Malaysia (2 jam yg lepas)