Monday 14 September 2015

Disebabkan PKR Yang Curi Ahli PAS, Nik Nazmi Bercakap Angkuh Terhadap Nik Abduh


Semua orang tahu dan ia adalah bukan satu rahsia besar bilamana puak yang menyokong kuat Anwar Ibrahim, terutama sekali yang mendapat manfaat secara langsung daripada Anwar Ibrahim sewaktu PENJENAYAH DAN BANDUAN JENAYAH LIWAT itu masih lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sangat kecewa selepas Anwar Ibrahim disingkirkan daripada jawatannya, dipecat daripada UMNO dan diterajang keluar tanpa sebarang pampasan daripada Kerajaan Malaysia. Mereka inilah yang sama-sama mendokong Anwar Ibrahim untuk menubuhkan Keadilan, Parti Keadilan Nasional dan akhirnya Parti Keadilan Rakyat selepas bergabung dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia yang telah dijenamakan sebagai Parti Rakyat Malaysia.

Anwar Ibrahim seperti yang seringkali didedahkan oleh para pemimpin PAS sebelum pemecatannya, merupakan Menteri Kewangan paling korup yang pernah dihasilkan di bawah UBN. Anwar Ibrahim yang mendapat latihan langsung daripada CIA dan Zionis telah menubuhkan pelbagai syarikat proksi yang bertujuan mencuri wang negara bagi membiayai cita-citanya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Bagaimanapun, perancangan Allah Taala mengatasi perancangan manusia. Walaupun jawatan Perdana Menteri sudah berada di dalam genggaman tangan, akhirnya Allah Taala menghinakan Anwar Ibrahim dengan sesuatu yang amat aib.

PAS memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim atas dasar kemanusiaan dan atas dasar taktik politik. Bagaimanapun, orang-orang Anwar Ibrahim termasuklah yang berada di dalam PAS menterjemahkan sokongan PAS kepada Anwar Ibrahim sebagai menyokong perbuatan mungkarnya.

Disebabkan itulah, kita seringkali dapat melihat bagaimana orang Anwar Ibrahim di dalam PAS yang antara mereka termasuklah Kamaruddin Jaafar, Khalid Samad, Dr. Zul dan sebagainya, mendahului kepimpinan dalam membuat ulasan di hadapan media bagi menyokong dan membenarkan segala perlakuan Anwar Ibrahim. Mereka inilah yang kerapkali digambarkan sebagai pandangan dan pendirian PAS walaupun sebenarnya pendirian dan pandangan PAS dalam hal Anwar Ibrahim adalah berbeza sama sekali.

Pengaruh dan tekanan daripada puak Anwarinas yang mendapat kemewahan daripada DAP dan Anwar Ibrahim, membuatkan PAS melakukan kesilapan dengan memecat beberapa orang tokoh seperti Ustaz Nasha dan Hasan Ali yang dilabelkan sebagai Pendokong UG.

UG atau Unity Government adalah sesuatu yang amat jijik bagi golongan tersebut tetapi sangat mulia apabila membabitkan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR.

Budak-budak mentah seperti Nik Nazmi yang sekarang ini merupakan Ketua AMK, adalah golongan kanyiaq yang tidak tahu apa-apa yang berlaku pada pertengahan 1990-an lalu. Mereka dihidupkan dengan pembohongan dan pemalsuan.

Disebabkan itulah, Nik Nazmi boleh bercakap angkuh kepada Ustaz Nik Abduh. Kata Nik Nazmi, tidak salah untuk PKR menerima kemasukan bekas pemimpin dan ahli PAS ke dalam parti mereka. Kata budak mentah itu lagi, PAS atau lebih tepat lagi Ustaz Nik Abduh tidak perlu takut sekiranya, organisasi kuat.

Sedangkan perkara pokok yang disebut oleh Ustaz Nik Abduh iaitu, KESEPAKATAN dan PERSETUJUAN parti-parti gabungan Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP untuk tidak menerima kemasukan ahli mana-mana antara ketiga-tiga parti, langsung tidak disentuh oleh PKR dan Nik Nazmi.

Jadi, kalu apa sahaja yang dilakukan oleh PKR, semuanya adalah sah dan mengikut moral tetapi apabila perkara yang sama dilakukan oleh PAS, maka ia akan menjadi satu kesalahan besar serta perlu diungkit dan PAS akan terus ditekan sehingga perlu menyerah segala-galanya kerana kesalahan tersebut?

Bukankah itu perangai yang seringkali dipamerkan oleh majoriti orang Cina yang cukup kuat merungut dan komplen tetapi apabila terbukti mereka yang melakukan kesalahan, mereka akan terus mencari pelbagai alasan termasuklah, 'KITA RAKYAT MALAYSIA'.

Kenyataan dan keangkuhan yang ditunjukkan oleh Nik Nazmi sebenarnya adalah cerminan kepada sikap PKR. Jadi, tidak mustahil, kalau PAS bersetuju untuk menyambut huluran kerjasama dan kesepakatan dengan PKR dalam mesyuarat malam nanti di Ibu Pejabat PKR, sekali lagi PAS akan ditindas dan dianiaya.

PAS perlu terus bergerak sendirian kerana selama ini pun, PKR dan DAP yang menumpang kita, bukan sebaliknya.

6 comments:

Anonymous said...

Pas yg sepatutnya mengusulkan pakatan 3.0 bkn memgikut mereka krn pas membawa islam...rahmatan lilalamin...jgn diikut selagi martabat islam bkn paksi perjuangan

Anonymous said...

Kalo dah pilih pemimpin guna ketas chai..perjuangan apa?pejuang isi perut?PAS x layak berpolitik ..Masuk PRU x nak menang apa guna berpolitik ..jadi NGO aje..dah rasa tersisih baru nak cari kawan yang pernah dikhianati dulu.bagi aku PAS hanya parti pembohong besar.banyak guna hadis ,dalil bila bercakap tapi khianat,tikam belakang,sabotaj jadi makanan harian.PAS tak layak sertai PR.aku harap komponen PR lain x terima PAS.PAS hanya pergunakan populariti pemimpin GHB,DAP, PKR unt raih undi bila dah menang dgn gah kata dia popular pastu ludah pemimpin lain.pemimpin PAS yg disukai rakyat dah keluar dihalau dgn kata2 hina pastu nak tumpang populariti diorg nak raih undi.muka tebal kulit keldai.mau ke nik beduh buat roadshow keliling mesia promosi PAS?duk surau le pastu makan elaun MP..

faizalj said...

PAS - saya yakin Allah bersama2 dengan kamu. majikan. insyaallah pertolongan Allah akan tiba.

faizalj said...

PAS - saya yakin Allah bersama2 dengan kamu. majikan. insyaallah pertolongan Allah akan tiba.

faizalj said...

PAS - saya yakin Allah bersama2 dengan kamu. majikan. insyaallah pertolongan Allah akan tiba.

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

saya AHMAD SANI posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan