Dalam al Quran, Allah Taala menfirmankan yang mafhumnya:
"Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu [Nabi Adam AS dan Hawa] dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya aurat mereka. Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.
Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata: "Kami mendapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu, dan Allah menyuruh kami mengerjakannya." Katakanlah: "Sesungguhnya Allah TIDAK menyuruh (mengerjakan) perbuatan yang keji." Mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui?" (Surah Al-A'raaf : 27-28)
"Bukankah Aku telah memerintahkan kepada mu hai Bani Adam supaya tidak menyembah syiatan? Sesungguhnya syiatan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu, dan hendaklah kamu menyembah Ku. Inilah jalan yang lurus.Sesungguhnya syiatan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antaramu. Maka apakah kamu tidak memikirkan?"(Surah Yaa Siin ayat 60-62)
Namun sebagai manusia, kita kerapkali terlalu, terleka dan adakalanya tersilap membuat percaturan kerana sifat BAHARU kita. Jadi, kesilapan-kesilapan itulah yang sering berlaku. Kalau yang tidak sedar, serta tidak diberikan hidayah-Nya, mereka bangga dengan kesalahan yang dibuat, bahkan bermegah-megah kerana kononnya itu adalah kesan daripada kebijaksanaan mencatur perjalanan.
Bagi yang berfikiran dangkal, mereka menganggap apa-apa sahaja yang ada di dalam al Quran, yang diperingatkan oleh Allah Taala, hanyalah berkisar tentang perkara-perkara ibadat lazim dan bukannya cara hidup. Malah di kalangan orang PAS sendiri yang kerapkali mendabik dada dengan menolak fahaman 'POLITIK SUKU AGAMA SUKU' lebih ramai yang bersifat mengulang apa yang didengar tetapi langsung tidak faham dengan apa yang mereka tuturkan.
Al Quran tidak sekadar membicarakan tentang perkara-perkara ibadah sama ada taharah, muamalat, jinayah mahupun nikah kahwin. Al Quran lebih dari itu. Di dalam al Quran terkandung semua keperluan manusia dan makhluk. Kerana itulah, kita perlu belajar, menggali ilmu dan beriman dengannya.
PAS hanyalah salah satu instrumen dan alat. PAS bukan agama, tetapi PAS adalah kesatuan yang cuba berfungsi pada siyasah yang merupakan salah satu daripada cabang yang terdapat di dalam Al Quran menerusi konsep Baldatun Toyyibatun Wa Robbun Ghafur. Sememangnya di dalam al Quran tidak memperincikan tentang konsep kenegaraan, namun ajaran Islam itu sebenarnya sudah cukup untuk mendidik hati kita untuk bergerak di atas landasan Islam iaitu melaksanakan apa yang diperintah, meninggalkan apa yang dilarang.
Politik juga begitu.
Walaupun kita seringkali memberitahu bahawa kita adalah pelaksana POLITIK ISLAM dan segala-galanya adalah politik, tetapi sama ada kita terlalu jahil atau terlalu syok sendiri, kita sebenarnya hanyalah sebahagian daripada sistem POLITIK DEMOKRASI yang jauh dari Islam. Dan kita tidak mempunyai pilihan lain, kecuali terpaksa mengikut arus ini.
Mana-mana cubaan untuk kembali kepada Politik Islam, pasti akan dilihat janggal dan menentang arus. Sebaliknya kita pula akan dituduh dengan pelbagai tuduhan yang tidak masuk akal termasuklah menyongsang dan menyeleweng.
Syaitan-syaitan akan menggembelengkan segala tenaga dan usaha untuk menghancurkan usaha kita untuk kembali kepada Politik Islam sebenar. Mereka tidak sahaja berada di luar, bahkan menyusup dan menyamar sebagai sebahagian daripada kita. Mereka bergerak bebas dan mencari kuasa di dalam jemaah. Kemudian dengan kuasa itulah, mereka menghancurkan kita sedikit demi sedikit.
Gambaran itu sebenarnya sedang berlaku di dalam PAS. PAS diancam bahaya yang bukan kecil kalau kita tidak bertindak menggunakan kuasa yang ada. Kita juga perlu lebih berhati-hati kerana syaitan-syaitan berkenaan turut menggunakan kebolehan dan kepakaran mereka, terutama sekali dalam bahagian perundangan.
Justeru, tidak hairanlah apabila kita mula melihat peguam-peguam yang sebelum ini begitu kuat berpihak kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, mengalihkan serangan kepada kita. Apatah lagi di kalangan kita sendiri, wujud manusia bernama peguam yang berasakan mereka lebih berkuasa.
Contohnya, Hanipa Maidin.
Kita tidak akan berjaya mengatasi serangan ini kecuali jikalau kita bersatu dan kembali melakukan serangan. Kita tidak boleh tunduk. Kita tidak boleh mengalah dan kita tidak boleh sama sekali berlembut dan bertolak ansur kerana syaitan-syaitan itu, lebih gemar melihat kita begitu untuk mereka membuli kita.
Bersabar dan bertenang serta bersatulah wahai akhi dan akhwat ku sekalian.
6 comments:
Sayangnya Pas sudah tidak punya tokoh besar dan berkemampuan utk melawan suara syaitan tersebut.Arwah Dr.Harun Taib,Dr.Hassan Ali dan Ust Nasha adalah tokoh yg sangat di perlukan oleh Pas,malangnya mereka telah tidak berrsama Pas akibat hasutan puak Syaitan,kecali Dr.harun Taib yg di panggil Illahi.Pas umpama cerita Singapura di langgar todak,budak cerdik telah dihukum bunuh hasil hasutan penghkianat.
Pd pndpt saya,pas baru saja mengenali politik Malaysia sebenar.umno,bn telah lalui berpuluh tahun dulu realiti di negara kita.
Sebelumnya,pas berpolitik berkisar ttg Islam ,melayu dan perang melawan umno.Ibarat pas baru belajar mengenal alif ba ta.
Sekurang kurangnya dapat juga kita melihat IBLIS BERWAJAHKAN MALAIKAT..
MASIH TIDAK TERLAMBAT PAS MENBETULKAN SITUASI ..
CUMA .. SETIAP NAK JATUHKAN SESUATU .. BIARLAH .. SEKURANGKURANG BERSEMBAHYANG HAJAT .. MOHON PENTUNJUK DARI ALLAH..
Ini semua balasan yang PAS sedang terima bila suka2 mengkafirkan orang islam lain yang tak sehaluan politik,mempermainkan islam dan hukum hudud, bersekongkol dengan kafir untuk musnahkan islam dan doa KO untuk orang islam lain.Bila orang islam hulur tangan untuk bersatu demi umat, dengan angkuh dan biadap menolak. Kali ini harap UMNO jgn terhegeh-hegeh nak bersatu dengan PAS. Biar PAS rasa ubat sendiri.
PAS TERSALAH LANGKAH IBARAT MEMINTA PENYAMUN MENGAWAL RUMAH, AKHIRNYA TERGADAI
PAS senget. Sombong dan bongkak.
Post a Comment