Nampak macam nak balas dendam dan melepaskan kekecewaan selepas reaksi Istana Selangor terhadap tuntutan PKR berlaku sebagaimana yang dijangkakan semalam. PKR kemudian melakukan silap mata dalam tempoh sejam sahaja apabila kenyataan media awal oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, diharamkan oleh Pengarah Komunikasi Keadilan Fahmi Fadzil.
Lajnah PKR dalam PAS segera mengalihkan isu yang serba memalukan itu dengan melakukan pendedahan berdasarkan kenyataan di Facebook oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Khairudin Aman.
Dr. Khairuddin dalam penjelasannya memberitahu, PAS telah melakukan pengorbanan besar kepada Pakatan Rakyat apabila rancangan TGHH untuk mengajak UBN bekerjasama untuk mengekalkan TSKI sebagai Menteri Besar Selangor walaupun tindakan tersebut tidak akan popular di kalangan penyokong PKR dalam PAS tetapi akan mendatangkan keuntungan jangka panjang terutama sekali yang membabitkan penyokong UBN yang jauh lebih ramai berbanding PKR dan DAP, bahkan PAS sendiri.
Bagaimanapun, helah politik TGHH itu dipatahkan oleh dua orang ahli Lajnah PKR dalam PAS iaitu Saari Sungib dan Hasnul Baharudin, ADUN Hulu Kelang dan ADUN Morib.
Para penyokong PKR yang bencikan TGHH segera mengecam TGHH dan Dr. Khairuddin serta Dewan Ulama PAS kerana membuat keputusan yang menentang Anwar Ibrahim.
Tetapi mereka terlupa bahawa rahsia Anwar Ibrahim yang menyediakan surat perjanjian untuk Konsensus Nasional yang jauh lebih awal berbanding rancangan TGHH, bukan lagi rahsia. Pengatur rancangan tersebut adalah Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli serta Anwar Ibrahim sendiri. Pertemuan telah dibuat di London pada Februari lalu dengan TGHH telah diperdayakan untuk Konsensus Nasional yang akan memberikan ruang dan peluang kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Bagaimanapun, perjanjian Konsensus Nasional hanya ditandatangani oleh Anwar Ibrahim. Najib enggan menurunkan tandatangan. TGHH pula menentang keras dan PKR pula cuba menyembunyikan rahsia tersebut daripada pengetahuan ahli-ahlinya sendiri.
Gagal mendapatkan sokongan TGHH dan persetujuan Najib, membuatkan Anwar Ibrahim mengatur Kajang Move dengan Rafizi Ramli adalah pengarah utamanya. Dan bila Kajang Move juga gagal, PKR cuba menyalahkan dan menjadikan PAS serta TGHH sebagai Kambing Hitam.
Perancangan TGHH itu dibuat pada ketika TSKI masih lagi menjadi ahli PKR. Sokongan kepada TSKI terpaksa ditarik balik apabila PKR memecat keahlian TSKI. Sedangkan Konsensus Nasional yang dirancang oleh Anwar Ibrahim sangat jelas menikam PAS dari belakang. Malah bukan PAS sahaja, tetapi DAP juga!
Kenapa isu Konsensus Nasional tidak diperkatakan sebaliknya yang digembar-gemburkan adalah rancangan Kerajaan Sementara TGHH yang jauh lebih mendatangkan maslahat kepada umat kerana ia turut melibatkan persempadanan semula yang memberikan kelebihan kepada orang Melayu dan Islam di Selangor yang amat ditentang oleh DAP dan PKR?
18 comments:
Saari sungib dan hasnul baharudin ni betul potong stim la..anti climax
Jika kita menurut TUNTUTAN AGAMA ISLAM YANG SEBENAR SEPERTI DI AJAR OLEH DLAM AL QUR'AN n SUNNAH .. APA SALAH DUDUK BERBINCANG dan MUZAKARAH SESAMA ISLAM .. BUANG YANG KERUH .. AMBIL YANG TERBAIK .. ITU KAN LEBIH BAIK DARIPADA DUDUK BERSAMA DENGAN KAPIR HARBI ..
TENTANGAN INI HANYA BERDASARKAN DEMDAMAN LAMA ..
ISLAM TAK MENGAJAR KITA MENGIKUT HAWA NAFSU ..
BERSATU LAH .. JIKA KAMU MENGAKUI AGAMA YANG DI ANUTI ITU .. ISLAM ..
apa penyakit yang telah menyerang orang2 pas ni? apa usul fiqh yang mereka gunapakai yang mengharamkan samasekali kerjasama dengan umno dan meletakkan tahalluf sialsi mereka lebih tinggi daripada Islam itu sendiri?
Sekarang Islam dan muslim sedang ditekan, diasak, dihina dsb oleh kafir2 harbi tu. Kalau asakan dsb ini boleh dipatahkan dengan bekerjasama dengan umno, kan kerjasama dengan umno menjadi sesuatu yang amat dituntut, kalau pun tidak wajib? mengapa umno dianggap sebagai najis mughallazah. Najis jenis ini pun boleh menjadi suci apabila disamak. Mengapa kerjasama dengan kafir harbi tu menjadi lebih aula? sedangkan sikafir tu tanpa bersembunyi memusuhi islam? Ini hukum agama apa? agama pas? baca ulasan bodoh lawyer zulhazmi, bekas exco mobilisasi pemuda pas yang meletakkan perlembagaan pas lebih tinggi daripada al-qu'an dan sunnah. celakalah kamu para pimpinan pas!
maaf, bukan najis mughallazah boleh jadi suci apabila disamak. maksud saya, barang yang terkena najis mughallazah boleh menjadi suci semula apabila disamak. moral of thw story, kalau pas rasa umno tak islamic, bolehlah letakkan syarat. pas telah membuat penolakan total tetapi menerima kafir harbi sebagai rakan tahalluf tanpa syarat. Benarlah firma Allah...buta, pekak dan bisu, mereka tidak boleh berfikir & buta, pekak dan bisu, mereka tidak dapat kembali [waras].
Kalau ada gerakan Langgar TGHH, bila nak ada gerakan Terajang DSAI lak?? Banyak yang MUNAFIK dalam Pakatan Rakyat ni...
Alhamdulilah kalau korang dah sedar. Masalah dalaman parti korang ini bukan saja menjejaskan nama baik korang tapi telah meletakkan islam di tempat yang paling hina dan menyebabkan bangsa melayu di layan macam binatang.Parti melayu yang jadi musuh korang bukan bagus sangat tapi diorang sekarang ni struggle untuk nak mempertahankan Islam dan Melayu. Korang tak malu ke? Orang melayu yang korang hina, caci maki, doakan untuk pecah perut tapi dorang ini yang hulurkan tangan untuk persahabatan demi agama dan bangsa. Dan yang paling best...korang mengaku lebih islam dari mereka. Simpan sekejap harakah korang..baca quran dan sirah Rasul junjugan kita... banyak pengajaran yang korang bole tiru-tirukan....sebarkan lah melalui Whatapps... macam ari tu korang buat tu...
Saya dah katakan dulu lagi... agama manakah yang mereka anuti bila melarang samasekali umno dan pas bergabung? sampai ada ulamak pas yang sanggup nak ludah mereka yang sebut nak bergabung dengan umno... sejahat2 umno, mereka tak kena beli dengan kafir seteruk pas... mereka tak seserakah pkr.. jahat umno, jahat yang boleh bertaubat, jahat DAP... bakal menginaya anak2 orang islam umno/pas. Sebenarnya kebanyakan penyokong tulin pas, tidak begitu jahat, tapi penyokong al-jubbb dalam pas adalah mereka yang menentang UG seolah2 diharamkan dalam islam. Padahal anti UG adalah sebenarnya yang haram dalam islam...
Aljubb tawarkan konsesus nasional kpd umno, seolah-2 pkr mempunyai status quo... padahal mereka menang pilihanraya adalah asbab bantuan pas dan jentera pas... ada hati nak tinggalkan pas dan bergabung dgn umno. Hidung tak mancung pipi tersorong2. Sebenarnya tiada siapa pun pernah menyebut atau terlintas pkr akan bergabung dgn umno... pada umno, pkr ni tak wujud... yang wujud hanyalah al-jubb dgn gerombolan nya menggunakan pas untuk memerintah. pas pula rela dipijak oleh aljubb demi sekelumit kuasa dan habuan dunia, melalui bantuan nik aziz yang berdendam dgn umno.
Kembalilah ke pegangan Sunnah Wal Jamaah, jgn bermudah mudah menuduh sesat kafir golongan tak sependapat dr klgn ahli Syahadah, jgn benci membenci, musuh memusuhi, pulau memulau sesama Islam, bertolak ansurlah dlm bermuamalah dan siasah sesama ahli Syahadah. Jgn melebihkan kafirin dr sesama ahli Syahadah dlm muamalah dan siasah.
Sebenar pendirian saya dari 2008 adalah sama.Kalau nak kerjasama tidak perlu apa2 syarat.Jika umno atau pas letak syarat kerjasama ni akan mengambil masa yg panjang utk direalisasikan.utk rekord hamas dan fatah pernah memeterai perjanjian damai dilakukan depan kaabah.dan pendirian saya ini rasanya seperti telah membibitkan hasil bila tsmy tidak meletakkan apa2 syarat jika kerajaan perpaduan pas n umno dibentuk di selangor.kenapa tanpa syarat?sbb masa kian suntuk.umat islam diasak oleh kapir dari segala sudut.kita usulkan kpd kedua2 pemimpin umno n pas.siapakah yg akan letak syarat.barulah jelas siapa yg ikhlas menyambut salam perpaduan dan siapa yg tidak ikhlas
Kerajaan perpaduan umno dan pas yg amat ditakuti oleh dap n pkr.mari kita viral kan agar perpaduan umno n pas ini menjadi kenyataan.dan kita minta pimpinan umno dan pas ni memeterai kan juga di depan kaabah.tengok siapa berani n siapa takut.lupakan sengketa lama.kita bersaudara.mari kita umno dan pas kita semarak kan lagi bara yg baru bermula ini.
Kerjasama umno dan pas tak perlu dimimpikan sangat la selagi pemegang kunci syurga masih bernafas di atas muka bumi ini
Bro kita berbaik sangka la bro.kalau ada kempen dan asakan dari akar umbi umno dan pas,insyallah blh berlaku.Pesan guru.Baik jgn dipuji.Jahat jgn dikeji.Berbaik sangka lah dgn allah taala.Moga allah menerima doa kita semua
Pentasksub Anwar dan DAP iaitu TGNA adalah org yg paling bertanggung jawab.
bro 16:49,
ni kira dah habis bersangka baik la... akar umbi cakap nak bersatu pun kalau dah kepalanya kata tak mau, suara akar umbi tu berkesan ke??
aku sokong kata anon 22:22. Itulah realiti sebenar...
Puji sikit,bodek sikit apalagi org tua tu terus telan bulat2 hasutan puak2 yg dapat megesan kelemahannya.Sehingga pada ketika itu org tua ni terlupa siapakah TGHH,siapakah Anwar,siapakah LGE dan LKS.
Saya doakan orang2 yang memecah belahkan umat Islam di Malaysia ini dan orang yang menghalang penyatuan umat Islam dimatikan dalam keadaan yang sangat hina dan jasadnya tidak diterima bumi, sebagai pengajaran kepada umat Islam di bumi Malaysia ini.
Amin...
Post a Comment