Wednesday, 4 June 2014

Pendedahan Kekalahan DAP Di Teluk Intan, Jangan Cabar Kesabaran Ahli-Ahli PAS


Tuduhan melulu para pemimpin DAP terhadap PAS dan menjadikan PAS sebagai punca kekalahan DAP di Teluk Intan, sepatutnya menjadi perhatian dan ingatan kepada ahli-ahli PAS yang lain, terutama sekali yang kuat menyokong DAP dan mengangguk sahaja terhadap sebarang suapan DAP.

Ahli-ahli PAS diminta menggunakan otak mereka untuk berfikir walaupun untuk seketika mengenai peranan buruk DAP dalam parti yang kita sayangi ini.

Barangkali itulah ayat yang tidak mampu diluahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Cempaka yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Iskandar Samad.

Tuduhan yang dilemparkan oleh para pemimpin DAP terutama sekali Lim Guan Eng dan Gobind Singh Deo bahawa kekalahan DAP di Teluk Intan adalah disebabkan oleh PAS, sememangnya merupakan tuduhan yang sangat jahat, biadap dan kurang ajar!

DAP telah melepaskan keseluruhan tanggungjawab di Changkat Jong yang merupakan kawasan pengundi majoriti Melayu kepada PAS. PAS dengan serba serbinya kekurangan telah berusaha menjalankan usaha menarik undi Melayu di kawasan itu kepada peti undi DAP dengan seberapa daya yang mungkin.

Segala kekurangan ditampung dengan semangat perjuangan yang meluap-luap. Para petugas PAS di Teluk Intan menggunakan semua kesempatan yang ada demi memenangkan rakan sekutu parti ini. Menang DAP bererti menanglah PAS. Malangnya, dengan keadaan serba kekurangan bahkan dengan ketiadaan sokongan daripada DAP sendiri, apa sangatlah yang boleh dibuat oleh PAS.

Keadaan petugas-petugas PAS di PRK Teluk Intan sangat daif. Ada yang terpaksa meminjam wang dari rakan-rakan dan keluarganya, semata-mata untuk tugasan yang diamanahkan. Ada yang terpaksa menebalkan muka, makan minum berhutang di kedai-kedai makan dengan harapan, segala usaha yang dibuat akan memenangkan DAP dan kemenangan itu sudah cukup untuk menghapuskan segala kesusahan yang terpaksa dilalui di Teluk Intan.

DAP sendiri tidak bersungguh-sungguh untuk berusaha mendapat sokongan daripada orang Melayu di Teluk Intan. Changkat Jong langsung tidak diberikan perhatian. Semua usaha DAP hanya tertumpu di kawasan Pasir Berdamar yang merupakan DUN terkuat DAP. Segala peruntukan juga dihumban untuk DUN Pasir Berdamar, manakala DUN Changkat Jong yang lebih luas dan lebih ramai pengundi, langsung tidak dipedulikan.

Begitu juga dengan masalah antara DAP dengan pengundi-pengundi India juga tidak diatasi dengan sebaik-baik mungkin. DAP sedar pemberontakan pengundi-pengundi India di Teluk Intan setelah DAP menjadikan mereka sebagai Pariah dalam dua PRU yang lalu. Pergilah ke mana-mana kawasan India dan tanyakan apa masalah mereka. Rata-rata, jawapannya adalah sama.

Anehnya, pemimpin India dalam DAP cuba pula menyalahkan PAS walhal mereka sendiri sepatutnya turun dan menjadi mata telinga masyarakat India setempat. Sebaliknya mereka lebih seronok berada di kawasan Cina dan sentiasa pula cuba menjadi lebih Cina dari Cina, sepertimana sesetengah pemimpin PAS yang cuba menjadi lebih DAP daripada DAP.

Menjadikan PAS sebagai kambing hitam tidak selayaknya buat parti yang bersekutu dengan PAS. Berapa ramai petugas-petugas PAS yang pergi ke Teluk Intan dengan perbelanjaan sendiri? Berapa ramai pula yang terlupa bahawa sebagai pejuang Islam, kita memperjuangkan Islam, bukannya bersekongkol dengan pihak yang menentang Islam? Dan berapa ramai pula yang terpaksa bersubahat dengan Dyana Sofya yang awal-awal lagi telah menolak hudud dan memperlekehkan Islam walaupun dia cuba diperkenalkan sebagai calon Islam DAP?

DAP seharusnya melihat kesilapan dan kelemahan mereka sendiri, bukannya menuding dan menyalahkan PAS kerana kalah di Teluk Intan. Dan mereka juga perlu mengakui, tanpa PAS, DAP hanyalah parti kucing kurap yang popularitinya hanya sekadar berlegar-legar di kalangan Cina totok yang langsung tidak boleh berbahasa Melayu.

Kepimpinan DAP patut sedar diri dan berterima kasih kepada PAS, bukannya menuduh PAS jadi punca DAP kalah di Teluk Intan. 


14 comments:

Anonymous said...

Salam tuan Admin,
Terima kasih kerana mengeluarkan isu ini. Dah berkali2 saya komen tentang kebiadaban kafir dap dengan pas walaupun suruh pas tolong mereka.

Cuba tengok amal pas, dah jadi macam hamba si kafir, diarah sesuka hati, yang peliknya pemimpin pas juga yang setuju dengan tindakan kafir itu walaupun sedih kita lihat amal pas jadi macam keldai.

Tapi, sayang, isu2 sebegini TIDAK PERNAH keluar dalam harakah, TIDAK PERNAH didendangkan kepada ahli yang lain, kita masih menyanjung tinggi si kafir bak Khalifah gelaran diberi. Nauzubillah.

Pernah x kafir dap menghormati keputusan Dewan Ulama pas?dihina adalah, tapi lebih teruk pemimpin pas mengiyakan perbuatan kafir itu. Nauzubillah.

Kita sendiri telah merendahkan taraf Ulama. Sedihnya.
Nauzubillah.

Anonymous said...

Pas tunggu masa je bak dihancorkan puak2 kafirin ni...masa tu segala nya dah hancor..

Anonymous said...

Aaah sudahla PAS! Sesama Melayu Islam berani la nak berjihad bagai, kena sound dengan DAP terus kecut telur termasuk dalam usus.

Anonymous said...

Bertahlul siasi atau bertolol siasi yg jelas telah menghakis pengaruh pas dikalangan orang melayu,keadaan ini jika tidak diubah bala akan menimpa pada pllihan raya umum ke 14 berdasarkan trend kemerosotan sokongan hari ini.

Anonymous said...

Orang melayu, tak kira lah dari PAS atau PKR, tak faham ker yang DAP ni jelas rasis dan anti-melayu. Puak Dap hanya tunjuk manis di hadapan ahli dan penyokong Pas dan PKR tetapi dibelakang mereka amat membenci mereka kerana melayu. Mereka hanya menjaga puak cina sahaja. Yang keling pun kerana ada saki baki karpla singh. Satuhari kelak mereka pun akan dipinggirkan. Wahai kaum melayu Pas dan

Anonymous said...

Org kafir melihat pas adalah parti islam yg agak extrem berbanding umno...
utk melemahkan islam di malaysia bagi mereka..Pas perlu di hancorkan/pecah belah dari dalam pas sendiri...
wahai sahabat..butakah kamu dgn apa yg berlaku dlm parti kita ini..

Anonymous said...

Dlm pas sendiri telah ujud berbagai bagai golongan...yg nyata golongan islam sekular semakin membiak....suatu ketika nanti segala galanya sudah terlambat...pemikiran generasi pelapis kita makin dirosakan...

Anonymous said...

Apakah Mat Sabu itu sudah cukup imannya.

Kelangsungan hayatnya bergantung kepada Lim Guan Eng.

Begitu juga beberapa pemimpin PAS yang lain.

Tanya Husam siapakah mentornya yang sebenar.

Anonymous said...

sikit masa lagi mungkin semua penyokong fanatik PAS yg menyokong membabi buta dan buta agama pula, mayatnya akan dikuburkan cara menegak oleh para pemimpin PAS ...

itu ikut kata kawan akulah, krn katanya apa saja yg didendangkan oleh pemimpin kemaruk dunia dlm PAS diterima bulat2 tanpa sangsi walaupun terbukti menyalahi syarie ... skrg dia ni pun dah tak mau sokong PAS lagi, katanya takut terpesong akidah ...

lantaklah kau labuuuuu ..... kubur kan masing2 ...

Anonymous said...

Kerat kote la...
Pas aku jamin...mana berani dgn Dap...
dgn oku pon menikus...

Anonymous said...

Unit amal lagi lawak...
kena maki berapi dgn SAMM terus menikus..
lagi mau cakap besar....porah...

Anonymous said...

Salam tuan Admin,
Alhamdulillah, ada juga dari kalngan Ulama yang berani bersuara membidas kurang ajar dari kafir dap.

walaupun sikit jer yang berani bersuara, itulah realiti sebenar ahli jati dari pas dari kalangan Ulama.

yang senyap macam si bisu adalah golongan parasit dalam pas dan penakut serta bacul termasuk pemimpin tertinggi pas.
parti sendiri dan perjuangan parti dihina tapi masih lagi tunduk hormat dekat si kafir dap.
malangnya ahli pas dan parti pas kini. Nauzubillah.

Tahniah segelintir Ulama yang berani melawan kebiadapan kafir dap.

Anonymous said...

Salam tuan Admin,
Semoga tuan boleh highlightkan issue pemimpin pas yang sangat taksub terhadap kafir dap dan peliwat pkr.

hightlightkan juga issue Ulama kita yang semakin dipinggirkan serta keadaan pas yang terus diperkudakan oleh pemimpin tertinggi pas semata2 taksub kepada kafir dap dan peliwat pkr.

mereka2 ini semakin tersasar dengan sentimen kebencian melampau terhadap bangsa Melayu dan Islam yang lain seperti yang diamalkan oleh kafir dap yang jelas menular dalam pas

Terima kasih.

Anonymous said...

Cukup-cukup Lah Jadi BALACI DAP KAPIR HARBI TUH..MUhasabah diri kita..kembali kpd ajaran islam yg sebenar yg dibawa Rasulullah saw bukannya yg dibawa pemimpin PAS yg munafik