Tuesday, 3 June 2014

Kifarah Atau Petunjuk Dari Allah Taala Yang Perjuangan Kita Sudah Terseleweng Bila Tuan Guru Presiden Jatuh Sakit di Istanbul?

Tuan Guru Presiden telah kami maklumkan sepanjang beliau berada di Teluk Intan tentang layanan kaum DAP kepada umat Islam di sini. Dari zaman Manogaran sehinggalah ke zaman Seah, orang Melayu-Islam seringkali diherdik bagaikan anjing kurap oleh wakil-wakil DAP. Malahan permintaan bantuan daripada orang Melayu Teluk Intan, bukan sahaja ditolak, malah mereka kerapkali dilabelkan sebagai kroni UMNO walaupun hakikatnya, mereka itulah yang memberikan kemenangan besar kepada DAP dalam dua PRU.

Dan sungguhpun sedih dengan apa yang berlaku, atas nama tahaluf siyasi dan atas nama berpegang kepada janji sehinggalah pihak sekutu memungkiri janji, PAS terpaksa bersabar dan mendakwahkan para pengikut di seluruh Teluk Intan agar sentiasa bersabar dengan ujian Allah Taala.

Ujian dari Allah Taala selalunya didatangkan sebagai imbalan kepada kejayaan yang akan diberikan.

Setidak-tidaknya itulah yang dipercayai oleh jemaah PAS di seluruh Malaysia. Dan kita menunggu-nunggu kejayaan tersebut sepertimana kaum Syiah menunggu Imam Mahdi mereka yang wujudnya sekadar untuk menerangkan betapa benarnya Syiah berbanding Sunnah di dunia ini.

Berbekalkan modal serta perbelanjaan sebanyak RM15,000 yang disalurkan oleh DAP pada beberapa hari sebelum tarikh pengundian pada 31 Mei 2014, petugas-petugas PAS telah bertungkus lumus menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan seberapa daya yang boleh. Ada yang terpaksa mengeluarkan duit kocek sendiri, menumpang tinggal di rumah-rumah jemaah dan tidak kurang juga yang terpaksa bersaing dengan jemaah tabligh yang turut berkampung di masjid-masjid dan surau-surau di sekitar Teluk Intan. 

Melihat kepada reaksi dingin yang diberikan oleh masyarakat Melayu kepada calon DAP, Dyana Sofya, DAP tidak ada pilihan lain kecuali memaksa Tuan Guru Presiden yang sedang keuzuran untuk datang berkempen sama. Walaupun ada beberapa pihak yang telah berusaha agar Tuan Guru Presiden tidak dilibatkan memandangkan keuzurannya, namun tekanan dari kepimpinan PAS yang bertungkus lumus untuk DAP dan lebih DAP dari DAP di Teluk Intan, tidak mampu dilawan.

Akhirnya Tuan Guru Presiden terpaksa juga datang, berkempen dengan tidak sepenuh hati untuk Dyana Sofya. Malahan terpaksa bersikap bertaqiyyah di hadapan awam walaupun di kalangan kami, Tuan Guru Presiden menzahirkan perasaan tidak senang hatinya dengan calon DAP itu.

Calon DAP itu merupakan anak seorang pemimpin Wanita UMNO. Ibu calon DAP itu bukannya seorang yang wajar dijadikan teladan, atau contoh ibu mithali. Terlalu banyak perkara aib yang tidak wajar dibuka di sini tentang calon dan ibunya serta keluarganya. Cukup sekadar kalau kita katakan, sikap Tuan Guru Presiden terhadap calon DAP itu memang tepat pada masanya.

Apabila berita yang disampaikan yang Tuan Guru Presiden jatuh sakit di Istanbul, sesuatu berdetik di hati aku mengatakan, kifarah bagi orang alim dan ulama, amat berat. Ia bukan sahaja petunjuk buat dirinya, tetapi juga kepada mereka yang menjadi pengikutnya.

Sudah tentulah kifarah tersebut adalah untuk mencuci dosa, tetapi dari satu segi, untuk menunjukkan bahawa tindakan silap yang dilakukan sebelum ini adalah kesan daripada kealpaan dan kelalaian makhluk bernama manusia.

Jangan sesekali beranggapan negatif kepada musibah yang melanda kita sebaliknya, ia adalah pembuka jalan kepada kita untuk membetulkan semula haluan kita yang sudah terpesong!

Kepada Tuan Guru Presiden yang amat dikasihi... terima kasih kerana tuan guru sudi 'meminjamkan' tubuh badan Tuan Guru untuk dijadikan petunjuk kepada kami yang masih dan akan terus berjuang untuk memartabatkan agama dan syariat Allah Taala di negara ini.

22 comments:

Anonymous said...

Salam tuan Admin,
Seperti yang telah saya katakan, bagaimana si kafir itu melayan kita di teluk intan, tuan sendiri telah jelaskan disini.

Diharap tuan dapatlah bongkarkan tentang pemimpin dari pas yang sangat beria2 menjilat kafir dap sehingga sanggup melacurka parti pas dan syiar Islam.

tolonglah bersihkan penjilat2 dap dan pkr dalam pas. biarkan kepimpinan Ulama untuk pas. Buat pemimpin pas yang mengatakan Ulama tidak relevan, silalah rujuk perlembagaan pas dan baca sejarah penubuhan pas. jangn bodohkan diri semata2 jaga kafir dan peliwat.

Anonymous said...

anon 19:01... saya sokong.

Anonymous said...

Kalau Pas berubah seperti Pas yg dulu saya yakin orang2 melayu islam akan menyokong,Tapi untuk masa ini Pas bukanlah pilihan terbaik. Saya dulu nya adalah penyokong dan pengundi pas tapi sekarang tidak lagi.Harap pas betul2 jadi parti islam yang sejati selepas ini.

Anonymous said...

Apakah bantuan yang dihulurkan oleh DAP atau PKR kepada Tuan Guru Presiden semasa sakit di Istanbul? Ada menanya berita ke?

Anonymous said...

Kepada TGHH dan pemimpin PAS yang dekat dengan TGHH, balasan ALLAH terlalu pantas apabila perbuatan keterlaluan. Hukum keatas kufur, munafik adalah jelas dalam Al-Quran. Semoga TGHH segera bertaubat dan henti dari menjadi munafiq. Atau TGHH bersara sebelum datang lagi "utusan" ALLAH.

org kampung said...

Pada aku, PAS sekarang sudah melencong. Aku makin keliru dan keliru..parti Islam atau parti sekular atau parti flip flop..

Maaf PAS..dulu2 aku ngundi PAS, tapi pd PRU13 aku tak dpt ngundi PAS lagi. Kalau masih lagi tak berubah..PAS dalam dunia sendiri..dan selagi tu tangan aku akan pangkah lain. dan aku pasti aku bukan keseorangan..fikirkan juga umat islam lain2


"biarlah si luncai terjun dgn labu2nya..biarkan..biarkan.."

arab said...

Pas maki umno... Umno maki pas... Sama jer, tp dh sampi ckp umno kapir,umno k.o.... Tu yg ramai xsetuju. Bersatulah wahai melayu kerana agama kita satu...hmmmmm

Generasi 13 Mei said...

kpd 'anon' 3 June 2014 21:38 dan 'org kampung';

aku dulu pun penyokong PAS sebelum adanya Barisan Alternatif. aku juga sokong UMNO krn keluarga aku semuanya dari kalangan penyokong kuat UMNO. jadi aku pandai2 sendirilah bahagikan undi aku dikawasan aku mengundi.

tapi aku tengok parti PAS ni selepas bergabung dgn DAP dan PKR makin lama makin jauh melencong dari landasan asal. aku menjauhkan diri dan tidak mengundi PAS atau gabungan pilihanraya PR lagi sehingga kini.

sebabnya aku ni dari generasi yg melalui zaman gelap 13 Mei, dan menyaksikan perbezaan ketara sifat pemimpin2 DAP sebelum dan selepas 13 Mei, antara mulut manis dan sikap sombong angkuh dan rasis mereka. itu baru dapat menang dikawasan Kuala Lumpur diwaktu itu, belum lagi dapat pegang kuasa memerintah negara.

kalaulah pemimpin2 DAP ni kemudian hari kelak berkuasa di Putrajaya, aku rasa tidak akan ada beza layanannya kpd Melayu2 UMNO atau dari PAS atau dari kalangan PKR. krn dari pengamatan aku, tujuan mrk hanya SATU - hilangkan identiti Melayu, porak-perandakan Islam, dan hapuskan Raja2 Melayu; dan akhirnya jadikan negara ini seolah-olah asalnya bukan dari sebahagian Kepulauan Melayu, tapi dari sebahagian Kepulauan China.

jadi pendekkan cerita, aku tidak akan membazirkan undi aku kpd PAS, krn pada aku PAS tidak akan sesekali mampu menjadi wadah perjuangan org2 Melayu yg cintakan bangsanya, agamanya dan tanahairnya .....

(kita mesti ingat org2 cina DAP, MCA, dan Gerakan menjadikan DAP sbg tempat penyatuan bangsa mrk walaupun mrk berada dlm pemikiran politik yg berbeza-beza, dan ini terbukti dlm PRU13 yg lepas. yg penyatuan Melayunya dimana dan bagaimana?)

Anonymous said...

semoga dato haji awang cepat sembuh dan trskan kehidupan sebagai hamba ALLAH...
klu ada kesempatan, perbetulkan atau huraikan atau jelaskan atau tarik balik kata-kata tersebut tentang "AMANAT HAJI HADI"..
perkara ni amat+++++ PENTING...
ramai yang terikut2 dan mengamalkan amanat tersebut...
dikesempatan ini juga, suka saya mengatakan kepada dato nik aziz agar menarik balik prkataan "sembahyang org umno tak sah" kata2 sebeginilah yg membuatkan BANYAK pengikut2 setia dan atas pagar pas lari meninggalkan parti. lebih2 lg skrg ni tlh berkawan berbaik sakan dengan dap, parti yg terang2an memusuhi perjuangan pas. nama perginya amanat hj hadi tu.. berkawan dengan KAFIR... saya merayu sgt2... tinggalkan dap & pkr.. tidak menguntungkan langsung untuk pas bekerjasama... TOLONGLAH..

botak6122 said...

Bersangka baik aje la drpd kita menduga perkara kita tidak tahu kebenarannya.

Anonymous said...

Ungtung jadi orang PAS ni, boleh berzina macam Mustafa Ali... Mentang2 kunci syurga dah dapat... Yang ruginya orang UMNO. 24 jam sehari semalam tonggeng terbalik beribadat, tetap jadi kafir. Tapi yang pelik, pandai pulak kutu belahak pakai ketayap dari Kelantan datang negeri UMNO minta derma buat Masjid dan Surau? Ntahlah... Akhir zaman ni orang yang tahu agama lagaknya macam lebih pandai daripada Rasulullah S.A.W. Takbur memanjang. Jangan sampai ALLAH S.W.T. sentap hidayah orang yang takbur tu dah, ye tak? Apa2 pun kalau hati dah hitam, mulut pasti bau longkang. Tak gitu ke teman?

Anonymous said...

Aku adalah generasi sebelum 13 Mei dari kampong berhijrah ke KL untuk mencari kerja dan tinggal di Kampong Bumiputra Keramat di Belakang Bangunan RRI Jalan Ampang
semasa kejadian aku ditempat kerja kilang FN jalan Chan Show Lin 3 hari tak bertukar pakaian kerana perintah berkurung sehinggalah trak PDRM mengambil untuk dihantar pulang. Satu peristiwa yang amat mennyedihkan terjadi pada orang melayu. Aku menyeru kepada semua orang melayu bersatulah demi agama ISLAM dan BANGSA MELAYU. Peristiwa yang tak dapat dilupakan.AMIN.

Pak Kadok said...

...5 orang dalam kepimpinan tertinggi PAS iaitu Presiden, Timb Presiden dan 3 Naib Presiden...semuanya penyokong tegar DAP. Mungkin Presiden seorang yg masih teringat dgn 'Amanat Hj Hadi' yg masih kelihatan flip flop...bertaqiah dalam bahasa Syiah. So macam mana PAS boleh bebas dari cengkaman DAP sedangkan akar umbi PAS sendiri masih menyokong dan memberi undi kepada pucuk pimpinan yg jadi penjilat bontot kafir DAP.

Perkara ini terjadi kerana penyokong/ahli PAS masih ramai yg taksub dgn kenyataan beberapa tokoh ulama dalam PAS yg sangat tebal dendam kesumat kepada UMNO. Mereka sanggup menjilat bontot si kapir itu asalkan dapat menghancurkan UMNO hingga terlupa matlamat perjuangan dan penubuhan PAS itu sendiri.

Anonymous said...

Pas sepatutnya berdiri sendiri dan tidak perlu bergantung kepada mana-mana parti politik lain. Jika Pas mengatakan tidak boleh bergabung dengan Umno kerana tidak sokong Hudud, kenapa perlu bersabar dengan tindak tanduk Dap dan Pkr yang lantang menentang Hudud?? Satu hal lagi, Pas perlu mendapatkan penjelasan kedudukan Dap terhadap Negara Israel, Jika Dap sokong Israel walau apa pun alasan, Pas perlu berlepas diri daripada Dap,

Anonymous said...

tukar topik skit, susulan kes buli di sekolah:
itu buli fizikal, lebih teruk kena buli aqidah, ibadah & silatulrahim- berkaitan amanat yg menuduh orang islam lain kapiaq bila bersekongkol dg kapiaq menyebab suami isteri cerai berai, solat dua imam, tak solat jenazah kecuali puak dia, dll. La ni ...
1.depa sendiri berpeluk dgn kapiaq,
2. berimam/ketua kapiaq,
3. tunduk hormat mayat kapiaq yg lawan hudud,
4. dll,
5. lagi best kapiaq tu buli depa, depa buat bodo aje! suruh demo sana demo sini - turut aje, isu Allah, hudud(kejap ada kejap tak ada), murtad, cina doll, bilik 121, spendastopa, rogol 38 lwn 1, video besi, dibolehkan berkawan dgn setan, men-celako & k.o. kan orang, bai'ah keluar parti kena cerai laki/bini, dll.
6. buli menteri besar sampai kena potong & mening*al!

esh esh esh ... banyak lagi yg depa buli kita tang aqidah, ibadah & silaturahim. Nauzubillah dari orang yg membuli fizikal, aqidah, ibadah & silaturahim.

Anonymous said...

Tanpa undi bukan melayu PAS tidak mendapat tempat dan tidak dapat berkuasa, kebanyakan orang melayu menyokong UMNO yg tak menyokong UMNO mungkin terikut ikut konon PAS itu parti yg memperjuangkan Islam dari era tahun 60an hingga sekarang PAS hanya bersifat iri hati terhadap UMNO, tidak nampat langsung perjuangan PAS terhadap orang melayu Islam hingga kini.

Anonymous said...

Sedih jika tengok penyokong PAS yg makan gaji kerajaan, pendapatan yg lumayan suami isteri disebabkan lulusan universiti, mereka selalu pertikai tentang kerajaan berlaku tidak adil wal hal mereka sendiri berkerja cukup tidak amanah spt punting kerja, tidak berminat berkerja serta sangat pemalas dan mengharapkan orang lain melakukan tugas mereka.

Anonymous said...

Kalau di takdirkan hj hadi meninggal dunia di istanbul eloklah sempena dengan sambutan ulangtahun pembukaan kota istanbul oleh sultan mohamad alfateh beberapa ratus tahun dahulu.jika mati elok dikuburkan diistanbul saja tentu mat sabu suka..dia bakal menjadi presiden pas..alangkah indahnya bila pas berpesidenkan mat sabu..itu yang ditunggu2 oleh dap dan pkr...selamat jalan pas!!

Anonymous said...

kpd anon 22:28

walaupun kita tidak seharusnya mengharapkan org lain menemui ajal dgn sebab atau cara apa jua pun, aku juga sebenarnya menunggu saat bila Mat Sabu diangkat menjadi presiden parti PAS.

sebabnya mudah saja, aku nak tengok kemana halatuju PAS waktu itu, supaya semua org Islam lebih2 lagi penyokong tegar totok dan fanatik PAS nampak dgn terang adakah PAS sebenar-benarnya memperjuangkan Islam atau spt ayam2 ternakan yg berebut-rebut makanan yg ditabur sedangkan ayam2 ini bila2 masa saja boleh dibunuh atau disembelih buat hidangan makanan sipemeliharanya.

aku dah letih dah tengok kerenah kesombongan, angkuh, angkat diri sendiri, bangga tak bertempat, penyokong2 PAS terutama dari kalangan keluarga aku sendiri, seolah mrk lebih Islamnya dari Nabi Junjungan Nabi Muhammad Rasulullah saw.

Anonymous said...

Dimana Islam Kita atau Islamkah Kita ???

1-Isu kalimah Allah(majlis syura,harun din & harun sani bantah) Hj Hadi tak bantah & setuju dgn Dap & Comango?

2-Isu majlis fatwa (valentine day haram utk org islam) Tony Pua bantah majlis fatwa
Pas tak bantah & sokong Tony Pua?

3-L.K.Siang bantah text khutbah jumaat Jakim menggunakan ayat AlQuran surah al- Baqarah ayat-111 yg berbunyi :
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu)
Pas tak bantah dan sokong LKS Dap?
Na'uzubillah minzaalik..

Anonymous said...

Melayu, Islam dan bumiputra mesti bersatu. Yang kit dok berpecah belah ni apa hal???? Siapa yang untung bila kita berpecah? Kaum kafir macam DAPpigs, LGBT, Liberalist, Gay, Peliwat tu lah yang untung.....

Anonymous said...

Rezeki dari gaji yg diperolehi juga jadi tidak halal dgn tidak bertanggongjawab ke atas kerja yg diamanahkan..maka suap lah mereka rezeki yg tidak halal kemulut mereka dan anak2 mereka membentuk daging2 dari sumber tidak halal..