Sunday 2 August 2015

PAS KAWASAN Kuala Terengganu Lebih Berani Kerana Bertindak Tegas Ke Atas Ahli Parlimen Kuala Terengganu Yang Sudah Jadi SYAITAN YANG NYATA!



Raja Kamarul Bahrin yang suatu ketika popular dengan kisah dia melarikan dua orang anaknya daripada bekas isterinya dari Australia dan kemudian terlibat dalam rekabentuk beberapa mercutanda di Terengganu yang kemudian popular pula dengan runtuh selain kerugian besar kepada Kerajaan Negeri Terengganu, kini mencipta populariti lagi.

Kali ini, dia menjadi Ahli Parlimen atas tiket PAS pertama yang diputuskan hubungan. Manakala PAS Kuala Terengganu pula merupakan yang pertama berani dan bertegas ke atas parasit GHB yang masih berada di dalam PAS walaupun mereka sudah menzahirkan kebencian melampau kepada PAS.

GHB dalam satu perkembangan akan mengambilalih parti KITA yang sebelum ini diterajui oleh Zaid Ibrahim, orang yang pernah cuba menyaman PAS Kelantan kerana mahu mewujudkan Hukum Hudud di Kelantan. Pada ketika itu, Zaid Ibrahim adalah Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu yang kemudian digantung jawatan kerana rasuah wang ketika menang jawatan berkenaan.

Setiausaha PAS Kuala Terengganu, Mohd Soud @ Said @ Mat Ali berkata, keputusan memutuskan semua bentuk hubungan dengan Raja Kamarul Bahrin dibuat dalam satu mesyuarat semalam dan berpegang kepada pekeliling tentang GHB yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PAS Pusat.

Raja Kamarul Bahrin telah diisytiharkan secara rasmi sebagai Pengerusi GHB Terengganu dalam Himpunan GHB di Jertih, Besut pada 31 Julai lalu dan Raja Kamarul Bahrin dengan penuh gembira dan bangga menerima perisytiharan tersebut.

Gerakan Harapan Baru (GHB) telah ditubuhkan oleh beberapa orang pemimpin PAS yang kalah dalam pemilihan parti Jun lalu diketuai oleh Mat Sabu. Pergerakan tersebut dikatakan telah memohon untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik. Namun pada masa yang sama, satu rundingan telah dibuat untuk GHB mengambilalih parti KITA sekiranya permohonan tidak diluluskan atau lambat.

Pada PRU-13, Raja Kamarul Bahrin telah berjaya menang kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti undi 10,785 atas tiket PAS mengalahkan calon UBN, Mohd Zubir Embong dan calon BEBAS, Maimun Yusof.

Adakah PAS Kawasan-Kawasan lain yang seberani PAS Kuala Terengganu? Atau mereka juga sebenarnya sangat bersimpati dan menyokong GHB tetapi tidak berani menyuarakannya kerana bimbang kehilangan segala-galanya terutama sekali pengaruh dan kedudukan?


4 comments:

Anonymous said...

Saya sangat berharap PAS istiqomah dalam perjuangan menegakan Islam nya.Saya memang berhasrat utk menyokong Pas dalam PRU yg akan datang.Biarkanlah Mat Sabu dan grombolannya keluar terus dari Pas,mungkin Allah akan menggantikan mereka itu dengan umat yg lebih baik bagi memertabatkan perjuangan Islam Pas.Mereka terlalu teruja utk menawan Putrajaya ,biar pun terpaksa bersingkokol dgn puak yg lebih patut di hindarkan jika berdasarkan ajaran Islam.Saya yakin Allah Maha Tahu siapa kah sebenarnya kelompok Mat Sabu ini,itulah sebabnya Allah membukakan jalan utk mereka keluar dari PAS,agar Pas kembali tidak tercemar.Keluarnya mereka dari Pas akan menjadikan Pas lebih beruntung,walau pun tidak dapat menawan Putrajaya,tapi Pas bakal meraih kemenanganan mutlak dan paling utama ia itu kemenganan dalam perjuangan menegakan kehendak Allah..

Anonymous said...

Raja Kamaru Berok....keluar Kau Sial drp Pas...

Ader Telor ker dah andropos?

azelin said...

anonymous..00:23

GUNAKANLAH BAHASA KEBANGSAAN KITA
MARILAH RAMAI RAMAI
BAHASALAH MENYATUKAN KITA SEMUA
YAKINLAH BAHASA JIWA BANGSA...

Sakitnya dada hilang bulu dada kerana panjat pokok kelapa gantung poster pas.. apapun sebagai pejuang bersabarlah..... isyalah Pas akan dapat lebih bersih dengan izin Allah

Anonymous said...

Jadikan perjuangan Pas sebagai satu Ibadah,teruskan secara istoqomah dilandasan asal.Putrajaya hanya satu illusi yg boleh memesongkan,umpama memilih syurga ciptan dajjal berbanding syurga Allah di akhir zaman.Tolak DAP,tolak PKR dan tolak GHB dan bergantunglah dan berharaplah kepada kerdohan Allah sahaja.Utntuk berbuat amar makruf nehi mungkar,tidak semestinya hanya apa bila kita berkuasa,dan melaksanakan amar makruf nehi mungkar adalah lebih afdhal bila kita didalam keadaan lemah dari pandangan maknusia,tapi kuat di pandang Allah.Melaksanakan amar makruf dan nehi mungakar ,jangan juga dgn bersekutu dgn pihak mungkar apatah lagi kufur,kerana niat mereka adalah berbeda danmuslihat mereka lebih berbahaya.Marilah kita tegakan Islam bersama Pas tanpa DAP,tanpa PKR dan tanpa GHB.