Sunday, 3 May 2015

Nak Berdalih Kata BlackOp UBN? Tak Payahlah... Memang Kerja AMK-PKR


Setiap kali PRK, setiap kali itulah juga kita akan disajikan dengan pelbagai dakyah dan pembohongan. Kita maklum dengan UBN yang akan berusaha bermati-matian dengan sebarang cara untuk matikan perjuangan Islam. Jadi kita tidak hairan sama sekali kalau UBN akan mencipta pelbagai taktik dan tipu perdaya untuk tujuan itu.

Namun, di PRK Permatang Pauh, yang buat perangai munafiq itu adalah AMK-PKR.

AMK-PKR ternyata terlalu bongkak dan takabbur kerana menganggap, bantuan yang dijanjikan oleh DAP akan berupaya memenangkan Wan Azizah di PRK Permatang Pauh. Berbanding UBN yang dilihat selesa tanpa perlu melibatkan diri dalam permusuhan antara AMK-PKR dengan PAS, medium dakyah yang terpampang di serata Permatang Pauh itu sebenarnya lebih berat kepada AMK-PKR yang dari dahulu lagi memang itulah kerja mereka.

Politik bunuh-membunuh sesama sendiri telah diamalkan secara berleluasa oleh AMK-PKR. Kita tentu masih ingat bagaimana AMK cuba berlakon tetapi pada masa yang sama menghasut calon mereka di Bukit Besi mengambil tindakan undang-undang dan menyaman Tuan Guru Presiden atas tuduhan yang tidak jelas membabitkan pil kuda. Dibantu pula oleh Haneepa Maidin yang sememangnya duri dalam daging dan musuh dalam selimut, ahli AMK itu menang di mahkamah tinggi tetapi kalah di Mahkamah Rayuan dengan bukti-bukti jelas yang ianya sengaja dibuat untuk memalukan Tuan Guru Presiden selain cubaan untuk meletakkan PAS di bawah telapak kaki PKR.

Kelemahan Ketua Pemuda PAS yang baru, Suhaizan Kaiat juga merupakan antara faktor penting bagaimana AMK yang berkecamuk dan keliru, berjaya menggula-gulakan Pemuda PAS. Suhaizan Kaiat yang diketahui tidak mempunyai hala tuju perjuangan yang jelas kecuali berkiblatkan Guan Eng dan Anwar Ibrahim, sentiasa patuh dan menurut kata PKR dan DAP dalam semua keadaan sekalipun pada masa yang sama, amat merugikan PAS.


Dari awal lagi, AMK-PKR memang tidak mahukan Pemuda PAS dan jentera kempen PAS membantu di Permatang Pauh dengan alasan, bimbang isu hudud akan menenggelamkan isu Anwar Ibrahim. Dari awal lagi, AMK-PKR sangat takut sekiranya PAS bukan berkempen untuk kemenangan Wan Azizah, sebaliknya berkempen untuk memenangkan hudud di kalangan para pengundi beragama Islam dan berbangsa Melayu di Permatang Pauh.

Jadi, kalau AMK-PKR cuba menafikan bunting-bunting dan pemidang-pemidang yang terpasang di serata Permatang Pauh yang menghalang jentera PAS daripada berkempen, ia samalah seperti mereka cuba menafikan KAJANG MOVE yang kemudian dipersalahkan PAS sedangkan PAS tidak tahu-menahu langsung tentang KAJANG MOVE.

AMK-PKR perlu bertanggungjawab atas perbuatan mereka sendiri, bukannya sibuk menuding kepada orang lain. Sikap baling batu sembunyi tangan seperti yang sering dilakukan oleh AMK-PKR sudah ketinggalan zaman.

Samalah sepertimana mereka menaja kumpulan ANARKI yang cuba melakukan provokasi dalam Demonstrasi BANTAH GST di Kuala Lumpur pada 1 Mei lalu, tetapi dengan pantas mereka menafikan penglibatan AMK-PKR walaupun bukan rahsia lagi bagaimana kumpulan berkenaan mendapat latihan daripada Hishamuddin Rais dan Jingga 13 yang diketuai oleh Fariz Musa selain Chegu Bard.

Bangkai gajah tidak boleh disorok dengan sehelai lalang...

No comments: