Thursday 7 May 2015

Hari Ini, Kita Ajar PKR dan Keluarga Anwar Ibrahim Supaya Jangan Besar Kepala


Hari ini adalah hari penentuan sama ada PKR dan keluarga Anwar Ibrahim masih boleh berkerjaya politik dengan menggunakan pihak lain atau sebaliknya, kembali merendah diri dan berpijak ke bumi nyata seperti yang berlaku pada tahun 1999 sehingga 2003.

Sepanjang tempoh 12 hari berkempen di Permatang Pauh, PKR telah menunjukkan siapa mereka sebenarnya. Benih-benih kejahatan dari dalam UBN yang telah diwarisi dan dijelmakan dalam bentuk PKR. Secara tepatnya, semua kejahatan dari UBN boleh kita lihat di dalam PKR walaupun PKR seringkali menuduh pihak lain yang jahat.

Apa yang berlaku semalam di hadapan Masjid Kubang Semang selain kenyataan Nurul Nuha adalah satu penghinaan besar terhadap PAS, khususnya kepada golongan yang mencintai dan mengharapkan teduhan ilmu para ulama bagi menjayakan konsep Baldatun Toiyibbatun Wa Robbun Ghaffur yang tidak diimani oleh PKR.

Tindakan provokasi yang dilakukan oleh golongan PKR itu sewajarnya dibalas dengan menunjukkan kuasa sebenar ahli-ahli PAS.

Para penyokong PKR yang ganas itu sebenarnya beranggapan para pemimpin PASMA dan Anwariyyun di dalam PAS cukup kuat dan dengan bantuan kewangan yang kukuh daripada DAP dan Lim Guan Eng, sangkaan mereka ialah mereka bebas berbuat apa-apa sahaja.

Para jemaah PAS di Permatang Pauh perlu menghalang PKR daripada menjadi terlalu besar kepala. Permatang Pauh adalah maruah dan kebanggaan mereka. Kalah Permatang Pauh di tangan UBN, bererti seluruh maruah mereka hilang begitu sahaja. Maruah Permatang Pauh jauh lebih besar berbanding maruah Anwar Ibrahim berbogel dan bersetubuh dengan seorang pelacur China yang terakam dalam klip video yang disebarkan oleh bekas kawan baiknya sendiri.

Bukan kita mahu membalas dendam kerana PKR dan DAP tidak membantu kita langsung di Rompin sebaliknya dalam Tahaluf Siyasi yang kita kemudiannya dipermain-mainkan dan diguna-gunakan, ini juga adalah salah satu kaedah untuk memastikan perjuangan kita diterima dan objektif kita untuk melihat hudud dilaksanakan di Malaysia atau setidak-tidaknya di Kelantan, tercapai.

Memberikan kemenangan kepada PKR dan Wan Azizah bererti kita meruntuhkan perjuangan kita sendiri. Memberikan walau satu undi pun kepada Wan Azizah dan PKR di PRK Permatang Pauh bererti kita mengkhianati perjuangan Islam dan perintah Allah Taala.

Biarkan para pemimpin dan pendokong PASMA dengan ketakutan mereka sendiri terhadap keluarga Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Sebagai umat Islam, kita hanya disuruh takut kepada Allah Taala, mengikut perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya.

Bebaskan otak, akal dan iman kita daripada takut kepada makhluk dan kewangan mereka. Berilah peluang kepada diri sendiri untuk menunjuk ajar kaum zindiq yang selama ini cukup biadap menghina kita dan perjuangan kita.

6 comments:

Anonymous said...

allah taala akan bg kemenangan kpd pkr...insya allah...krn allah taala nk tunjukkan lagi kpd ahli2 pas...sifat2 keburukan ahli2 pasma, jebon, pkr dan dap secara terang2an...terpulanglah nnt kpd ahli utk menilaikannya

Anonymous said...

Setuju dengan Santau Berapi..

PAS kena bertanding di Parlimen Permatang Pauh dan Padang Serai pada PRU 14 nanti. Sokongan menanti dari penduduk Islam disini. Perlaksanaan Hudud adalah satu langkah untuk kesejahteraan ummah.

tinjauan teman selama dua hari ini di Permatang Pauh..PKR akan menang lagi...PKR bukanlah kawan..jauh dari seorang sahabat..

Anonymous said...

tgk 2-2 bangang. apa ada pada melayu? nak tunjuk islam ke tunjuk muslim? hayati syahadah dulu. nie sesama syahadah pon boleh berkelahi n bertumbuk. kan bangang....
org atas relek korang dok sakit badan. bodoh piang....
nak berentap guna akai n ilmu bukan kederat....
nie berkelahi mcm xde agama pon ada...takat berkopiah berserban tp jiwa muslim xde xde guna pon. nur air muka boleh nampak...

Anonymous said...

TAHNIAH PENGUNDI PTG PAUH.

Sultan,3 Dr dan rakyat Ptg Pauh tolak GST. Calon umno, Mie... Melakar Sejarah Baru KALAH..

Apa pula dengan Zahid Gamidi, Akan ada 1 kejutan....

SPR,PDRM,SPRM SEMUA ADA KUASA?.....

Lawan tetap Lawan...

Anonymous said...

malang untuk pas. Bertambah la penentang hukum hudud di parlimen nanti dari permatang pauh.
ulama pas x lawan untuk peliwat.

Anonymous said...

TGHH banyak kali dah tegur pasal nenek tua nie, tak layak langsung jadi pemimpin, penentang tegar bersama kafir mengenai hukum Islam.