Malaysia yang suatu masa dahulu, rakyatnya hidup gembira kini bertukar menjadi sebuah negara yang tertekan. Kalau dahulu, rakyatnya mempunyai banyak masa untuk mendidik dan menjaga keluarga, kini setiap orang rakyatnya terpaksa memberikan lebih banyak masa kepada kerjaya dan kewangan bagi membolehkan mereka bernafas untuk esok hari.
Anehnya, golongan yang sama jugalah melalak-lalak tentang peningkatan masalah sosial terutama sekali di kalangan anak-anak muda. Mereka gagal melihat tempoh yang digunakan untuk kerjaya jauh lebih banyak berbanding bersama-sama keluarga.
Kerana terlalu mengejar kebendaan, Malaysia kini berada jauh dari landasan sebuah negara berkebajikan yang dirahmati Allah Taala. Kenikmatan dan kesenangan yang dikecapi selama ini, telah beransur-ansur ditarik balik oleh Allah Taala. Mungkin ramai yang tidak sedar, tetapi apabila kita terlalu sibuk untuk mengejar kebendaan, kita sebenarnya kehilangan nikmat yang telah dikecapi oleh datuk nenek moyang kita dahulu.
Justeru, tidak hairanlah jikalau semakin ramai yang mulai meninggalkan solat, tidak lagi peduli halal haram, tidak berasa apa-apa apabila melakukan dosa, sanggup menyalahgunakan agama untuk kepentingan diri, menghalalkan yang haram dan mengharamkn yang halal, mentertawakan dan mengejek gerakan yang memperjuangkan Islam, melebihkan dan meraikan kaum kafir berbanding saudara-saudara dalam Islam, dan memperemehkan segala suruhan serta larangan-Nya.
Allah Taala kurniakan yang sebaik-baiknya untuk manusia. Kita disuruh mengejar dunia dan kita juga diwajibkan mengejar akhirat. Kedua-duanya perlu seimbang. Dalam Islam sendiri, ada kategori ulama dan ada kategori umara. Kedua-duanya tidak lebih penting daripada satu sama lain. Kedua-duanya penting untuk maslahat umat. Tidak boleh melebihkan ulama berbanding umara dan tidak boleh melebihkan umara berbanding ulama. Kedua-duanya seganding.
Yang jahil akan melihat ulama lebih utama berbanding umara. Yang jahil juga meletakkan umara lebih tinggi dari ulama. Ulama-ulama muktabar seperti Imam Mazhab berempat kekal menjadi ulama tanpa melibatkan diri dalam politik sungguhpun sebahagian daripada mereka mempunyai ratusan ribu pengikut pada zamannya, bahkan ada yang disiksa dan dipaksa untuk terlibat dalam pentadbiran dan pemerintahan, bahkan dipenjara kerana membuat teguran dan kritikan terhadap pemerintah yang melanggar batasan syariah seperti yang berlaku kepada Syeikhul Islam Imam Ibn At-Taimiyyah. Begitu juga dengan imam-imam yang menjadi sandaran kepada puak-puak Syiah seperti Jaafar As-Sadiq, juga tidak pernah melakukan usaha untuk menjadi umara sebaliknya kekal sebagai ulama sepanjang hayatnya walaupun mempunyai kebolehan berbuat begitu.
Hanya pada akhir-akhir zaman sahaja, ulama bercita-cita menjadi umara dan umara pula memperlekehkan ulama untuk mengekalkan kedudukan dan pengaruh mereka.
Sebagai sebuah Negara Islam kononnya, Malaysia seharusnya lebih mengutamakan sahsiah dan jatidiri sebagai Negara Islam walaupun pada masa yang sama, Malaysia menyertai negara-negara lain di seluruh dunia menggunakan kaedah demokrasi untuk memilih pemimpin dan kerajaan. Antara pekrara terpenting dalam kaedah ini adalah pendidikan.
Tidak dinafikan, Malaysia dilihat begitu menitikberatkan pendidikan dan pelajaran. Sebut apa-apa sahaja aliran pemikiran, Malaysia ada kesemuanya. Dari pemikiran betul benar, sehinggalah ke pemikiran songsang dan berasaskan perkauman.
Artikel 152(1)(ii) dan Artikel 2 (2) Perlembagan Malaysia menujukkan secara jelas kedudukan dan martabat sekolah-sekolah agama Islam di negara ini. Peruntukan daripada Perlembagaan menggariskan bahawa Kerajaan perlu membiayai dan menyediakan dana untuk sekolah-sekolah agama di samping sekolah-sekolah kebangsaan.
Sekolah-sekolah vernakular yang tiada dalam peruntukan Perlembagaan mendapat sama peruntukannya dengan sekolah-sekolah agama rakyat yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. Apakah nilai sekolah-sekolah agama dalam pandangan seorang pemimpin seperti Najib Abdul Razak, sama nilainya dengan sekolah-sekolah vernakular yang lebih banyak menghasilkan kaum chauvinist, rasis dan tidak pernah berasa mereka sebahagian daripada rakyat Malaysia kecuali untuk merampas kuasa serta menghapuskan umat Islam sepertimana yang ditunjukkan oleh para pemimpin DAP dan PKR?
Bukankah tingkahlaku yang ditunjukkan oleh Najib itu merupakan satu bentuk perbuatan munafik yang menunjukkan dia lebih bimbangkan sokongan Cina dan India yang jelas telah hampir mengalahkannya pada PRU lepas? Tidakkah dia melihat bagaimana Cina dan India telah menjadikan PAS sebagai macai mereka yang cukup hina dan PAS telah dijadikan sebagai selipar untuk menghalalkan perbuatan mereka ke atas umat Islam menerusi penggunaan beberapa orang pemimpin PAS yang kita kenali sebagai pemimpin murtadin dan munafiqin?
UBN seringkali memberitahu dan mendabik dada mereka mempertahankan Melayu, Bumiputera dan Islam tetapi tingkah laku UBN seperti yang ditunjukkan oleh Najib menerusi peruntukan dalam bajet 2015 menjelaskan bahawa UBN adalah musuh Islam, Melayu dan Bumiputera.
Apa bezanya Najib dengan Lim Guan Eng dalam bab memperemehkan Perlembagaan Malaysia?
Macai-macai UBN sepatutnya menjawab, apa yang membezakan sekolah-sekolah vernakular dengan sekolah-sekolah agama rakyat sehinggakan peruntukan yang diberikan kepada kedua-dua jenis sekolah tersebut adalah sama?
Apakah sekolah-sekolah vernakular tersebut dirancang untuk menggantikan sekolah-sekolah kebangsaan dan pada masa yang sama, UBN merancang untuk menghapuskan sekolah-sekolah agama pada masa hadapan memandangkan keistimewaan sekolah-sekolah agama rakyat sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan, tidak lagi dipedulikan sebaliknya UBN terlalu menitik beratkan sekolah-sekolah vernakular?
10 comments:
Satu lontaran pndpt yg sgt bernas. Kdg2 sy merasakan rahmat Allah semakin jauh kpd bangsa kita. Di waktu menjelang magrib, manusia masih berlonggok2x di kdai spt tiada kesah apa2x. Benarlah, nikmat x sbrapa pd bangsa kita ini telah menjauhkn kita dpd bersyukur kpd Allah. Kita semakin sombong seolah2 harta yg jatuh ke riba kita berkat usaha kita semata2 bkn pemberian oleh Sang Pemberi. Kita semakin lalai dan sesat dan sesat dlm matlamat hidup kita.
Berkenaan pemimpin2 kita, biarkanlah hawa nafsu kuasa merosakkan mereka. Apalah daya kita. Allah sebaik2 penghukum dan pemberi ingatan. Kita jagalah anak istri kita sebaik2xnya kerna kita jgk akn ditanya di hadapan Allah. Jagalah amanah Allah mengikut daya kemampuan kita.
Penganjuran pesta arak secara terbuka adalah suatu penghinaan yang jelas terhadap Islam, apatah lagi ia berlaku di atas tanah yang diperintah oleh orang Islam.
Sekolah SKJC dan SKJT dapat 100 juta jer... tapi MRSM, Sekolah agama, sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah berasrama penuh yang majoritinya melayu lagi banyak.
Kaki jenis banyak bulu mana tau bersyukur.
Kaki dah la berbulu..otak pun berbulu sengal! Otak bangsa tak fikir panjang..
Yg ni aku setuju, sekolah vernakular tak patut dibantu apatah lg dibiar wujud
Tapi DAP pun pertahan sekolah vernakular mati2an, ularmak PAS taknak kata apa2 ke?
apa yg bro kata tu ada benarnya..tapi bro bayangkan perkara yg sama di negeri pemerintahan PAS dulu iaitu kelantan..masalah kemiskinan n masalah sosial dan segala rungutan tadi dibayangkan ke negeri kelantan sendiri..kalau elok kerajaan pas maka elok la negeri kelantan..kalau negeri kelantan elok semuanya dan jadi negeri contoh di negara ni;sebelum subuh esok aku n keluarga isi borang keahlian pas..tunjuk salah org mmg senang.pembangkang kerjanya mmg senang iaitu membangkang..
Duit utk skolah vernakula hasil dr kilang arak..judi..pusat hiburan..
Tahu la pulak cina dan india dah jadikan PAS macai mereka tapi yang PAS masih dok terhegeh-hegeh pelok cium parti DAPigs tu apasal???. "melebihkan dan meraikan kaum kafir berbanding saudara-saudara dalam Islam".Statement yg aku suka...dah kena batang hidung sendiri. Umno ajak bersatu di tolak mentah...sanggup makan babi semeja dengan DAPigs dari makan ayam dengan Umno...memang sengal macai PAS ni....
Najib ni memang celaka,tak sedar diri,Umno patut turunkan dia,dia lah yang mengkhianati Umno sebenarnya.produk kurang ajar sepertinamawe,vivian dll hasil dari SJKC wang Najib ,akhirnya mempertikai hak orang melayu,
celaka tak kena kat najib pasti akan kena kat ko brader..mulut ko memang celupar brader..
Post a Comment