Hasan Malek nampak kelam-kabut nak menjawab isu membabitkan pembayaran mudah oleh Deepak kepada Bank Rakyat. Suratnya telah pun teredar di dalam media sosial dan Hasan Malek tidak nampak sebarang cara untuk bersembunyi, melainkan terpaksa juga menjawab.
Dari satu segi, memang ianya merupakan satu cara atau kaedah yang diamalkan oleh bank untuk mendapatkan semula baki bayaran daripada peminjam-peminjam mereka yang bermasalah. Berbanding membangkrapkan atau mengambil tindakan undang-undang ke atas peminjam bermasalah membayar balik hutang, bank-bank kebiasaannya lebih bertolak ansur apatah lagi jumlah pinjaman tersebut agak besar nilai dan angkanya.
Yang arif dalam sistem perbankan, tidak akan mempertikai masalah tersebut. Yang dipertikaikan sekarang ialah, mengapa Deepak mendapat layanan yang begitu istimewa daripada Bank Rakyat. Berapakah nilai jualan karpetnya sehinggakan pinjamannya berpuluh juta ringgit? Apakah Deepak mempunyai kilang pengeluaran dan produksi melibatkan tenaga kerja dan modal yang besar?
Difahamkan sebelum ini, Deepak hanyalah seorang pengimport dan pengedar. Mustahil Deepak membeli karpet-karpet untuk disimpan di dalam stoknya secara tunai, sebaliknya dalam urusan perniagaan apa pun, kecuali dadah dan pemerdagangan manusia, kaedah perniagaan biasanya, bayar atas jualan. Bukan bayar sebelum jualan. Lagipun karpet bukanlah satu keperluan yang mendapat permintaan luar biasa atau terlibat dalam penjualan dan pembelian panik.
Walau apa pun jawapan dan pematuhan prosedur yang telah dibuat oleh Hasan Malek, yang dipertikaikan sekarang adalah campurtangan dan arahannya selaku Menteri KPDNKK yang turut berkuasa atas Bank Rakyat. Wajar atau tidak, seorang Menteri sepertinya mengeluarkan arahan sebegitu rupa tanpa sebarang perundingan dengan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan pemegang-pemegang saham Bank Rakyat untuk memaksa pengurusan dan pentadbiran Bank Rakyat menyelesaikan masalah Deepak dengan kuasanya?
Dan sebenarnya, masalah lebih besar melibatkan Hasan Malek selain Bank Rakyat dan Deepak ialah ugutan kepada ROS membabitkan salah seorang anaknya yang mempunyai pelbagai nama syarikat di Sabah, selain membabitkan rampasan minyak diesel seludup yang kemudian ditender oleh syarikat-syarikat 'ghaib', dimenangi dan kemudian dijual semula kepada taukeh-taukeh penyeludup dengan harga lebih murah.
Itu isu yang sedang dibuat oleh Pengarah Strategi PKR yang terpaksa mencari isu untuk menonjolkan semula kepopularitian serta integritinya selaku pemimpin penting dan wajib dalam PKR, Rafizi Ramli.
Isu Bank Rakyat dilihat hanyalah camouflage kepada isu yang lebih besar membabitkan skandal di Sabah. Jadi, mampukah Hasan Malek dan konco-konconya menjawab persoalan tersebut, menafikannya dan menceritakan perkara sebenar seperti yang dibuatnya menerusi surat arahan agar 'kelulusan' diberikan kepada Deepak?
1 comment:
Pas bodoh selamanye... bodoh for all....!!
Post a Comment