Wednesday 30 July 2014

PARASIT Sedang Berkempen Pula Agar Zuhdi Dipecat Dari PAS

Golongan PARASIT memang seeloknya kalau dilabelkan sebagai munafik. Perjuangan mereka bukanlah untuk memartabatkan Islam, mendaulahkan Baldatun Thoiyibbatun wa Robbun Ghafur, tetapi kerana habuan daripada jawatan-jawatan yang diberikan oleh sekutu-sekutu mereka.

Dr. Zuhdi Marzuki sekarang ini tidak ubah seperti berada di atas panggang api. Desakan demi desakan telah dibuat oleh golongan PARASIT agar Zuhdi dipecat dari PAS kerana tidak menganggap Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng sebagai TUHAN yang perlu disembah. Bagi mereka, Zuhdi memecah belahkan jemaah PAS walaupun hakikatnya, akar umbi PAS bersependapat dengan Zuhdi yang PAS perlu keluar dari Pakatan Rakyat untuk menunjukkan kepada DAP dan PKR bahawa tanpa PAS, Pakatan Rakyat hanyalah sebuah gabungan longgar yang mudah relai.

Sebenarnya, bukan Zuhdi yang perlu dipecat, tetapi golongan PARASIT yang banyak merosakkan PAS dan perjuangan jemaah ini. Golongan itulah yang telah membawa PAS kepada perjuangan yang salah. Daripada perjuangan memartabatkan Islam, akhirnya bertukar menjadi memartabatkan kuasa dan nafsu.

Sebelum kewujudan golongan PARASIT, para pendakwah PAS bekerja keras, hidup dalam kezuhudan dan memandang segala-galanya hanyalah Allah Taala dan Rasul-Nya. Tetapi selepas golongan yang amat kuat menyokong  Anwar Ibrahim mula mendapat tempat, diberikan kuasa dan kepercayaan dalam kepimpinan parti, segala dakwah telah bertukar menjadi dakyah.

Mereka telah memecah belahkan PAS. Kepercayaan besar yang diterima daripada golongan muda kepada PAS sekarang, telah disalahgunakan, malah golongan berkenaan mulai dididik untuk menyembah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dengan segala macam pendoktrinan. Fungsi utama Dewan Syura, Dewan Ulama, telah dikesampingkan dan tidak lagi dianggap penting. Malah lebih daripada itu, Presiden dan Mursyidul Am pula hanya dianggap sebagai jawatan simbolik dengan segala keputusan parti dibuat oleh golongan yang telah dikenalpasti sebagai penjilat tegar Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Menariknya, mereka ini mengaku amat membenci UBN tetapi hakikatnya, mereka melakukan segala-galanya agar UBN terus diberikan kuasa. Tindak tanduk mereka terlalu menyerupai kaum penfitnah terbesar pada zaman Nabi s.a.w di mana mereka menyamar sebagai orang Islam, tetapi mereka menghasut orang Islam yang lain agar keluar dari Islam dan menentang Rasulullah s.a.w dengan pelbagai alasan dan hujah. Tidak itu sahaja, mereka ini sanggup membina sebuah masjid yang terletak tidak jauh dari masjid pertama yang dibina oleh Nabi s.a.w semata-mata untuk menyaingi kemasyhuran.

Itu yang sedang berlaku dalam PAS sekarang. Konsep wala' dan tsiqah yang menjadi kebanggaan dan identiti kepada PAS sekarang ini sudah terhapus dan wala' serta tsiqah hanya diberikan kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang mampu memberikan kemewahan kepada mereka.

Jemaah PAS perlu kembali bersatu dan menghapuskan golongan PARASIT ini. Mereka tidak boleh dibenarkan berada di dalam saf kepimpinan PAS sampai bila-bila. Bahkan mereka tidak harus diberikan amanah dan tanggungjawab. Sebaik-baiknya mereka perlu dipecat dan dihalang sama sekali menghasut jemaah PAS agar perpecahan tidak berlaku.

Malah yang lebih penting lagi ialah, agar jemaah PAS, khususnya yang masih baru dan hijau dalam perjuangan ini, tidak menyembah selain daripada Allah Taala dan patuh selain daripada Rasulullah s.a.w!

6 comments:

Audio Hypnosis Tarikan Rezeki said...

Isu pertukaran MB Selangor menjadi makin buruk.

berasiam said...

kalau dalam umno, makhluk parasit macam ni tidak mendapat tempat, sebab tu mereka masuk pas dahulu. tapi kalau sekarang, umno suka menerima parasit yang sama hingga perjuangan umno pun banyak mereka rosakkan. mereka berjuang bukan untuk agama, mereka berjuang bukan untuk rakyat, mereka berjuang bukan untuk parti, mereka berjuang bukan untuk anwar pun, mereka hanya berjuang untuk diri mereka sendiri semata-mata.

kesimpulannya, parasit ini perlu dihapuskan kewujudan mereka dalam lanskap politik negara.

Anonymous said...

Hujah yg ni aku ckup stuju... x kira la umno ke,pas ke.. parasit2 ni la punca kerosakan dlm parti.. bangsat sungguh puak2 parasit ni...

Anonymous said...

Salam tuan Admin,
Saya bersyukur terjadinya insiden ini, kerana ktika inilah kita akan lihat, siapakah ahli pas sejati dan siapakah penjilat peliwat dan kafir.

Hanya ahli pas berpasikan Ulama akan terus membela parti ini, yang pencacai peliwat dan kafir akan bemati-matian minta pertolongan pkr dap.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam tuan Admin,
Diharap tuan highlightkan kenyataan bodoh sombong tony pua dari dap;

" PAS tidak akan mendapat sokongan, kalah teruk dan akhirnya lenyap dari peta politik Selangor sekiranya pilihanraya mengejut diadakan di Selangor"

Tahalulu Siyasi dengan kafir?
Telah lama saya isukan tentang kebiadaban dan kebangsatan si kafir ini, macam mana mereka layan kita terutama ketika pilihan raya, kali ini mereka telah tunjukkan lagi secara terang-terangan.

Rapatkan saf kita, kita tunjukkan kat kafir pendatang nie, sapa yang patut dihalau keluar bukan sahaja dari Selangor, tapi dari Malaysia.
InsyaAllah kita akan menang dengan bantuan saudara Islam yang lain.
Terima kasih.

Colton Adams said...

Very thoughtful blog