Thursday 12 June 2014

Selepas Puas Hentam PAS, Kini Masanya Untuk DAP Ambil Hati


DAP sudah lama tahu, untuk ambil hati PAS bukannya susah sangat. DAP boleh menggelarkan PAS dengan pelbagai gelaran. Boleh membodoh-bodohkan PAS dengan pelbagai cerita. Malah boleh menuduh PAS dengan sebarang tuduhan yang mereka suka.

Apabila ahli-ahli PAS sudah mulai marah, DAP akan melihat terlebih dahulu. Kalau memberikan keuntungan kepada mereka, DAP akan menambahkan api kemarahan tersebut dengan pelbagai tuduhan yang lain. Malah DAP menerusi beberapa pemimpin mereka yang vokal seperti Anthony Loke atau Tony Pua, PAS akan diperlekehkan tidak ubah seperti anjing kurus minta tulang yang boleh disepak diterajang sesuka hati mereka.

Namun apabila DAP berhadapan dengan kerugian apabila PAS menunjukkan sikap memberontak atau cuba bersikap lebih bijak dari sebelumnya, DAP ada kaedah lain untuk terus memujuk PAS agar terus sujud dan tunduk kepada mereka.

Contoh terbaiknya adalah PRK Teluk Intan!

Apa yang DAP tidak katakan kepada PAS? Bahkan PAS dihalau seperti anjing kurap dari Pakatan Rakyat hanya kerana PAS mahu membentangkan Usul Persendirian Perlaksanaan Hudud di Kelantan, walaupun sebenarnya, PAS yang menjadi nadi untuk Pakatan Rakyat kerana tanpa PAS, DAP dan PKR tidak akan dapat waimma satu kerusi Parlimen apatah lagi DUN. Kerana PAS jugalah, DAP dapat majoriti besar apabila orang Cina tidak lagi percaya kepada MCA atau GERAKAN sebagai wakil mereka. Malah kerana PAS jugalah, orang India mulai membuka mata bahawa MIC dalam BN tidak boleh membantu mereka kerana para pemimpin MIC sibuk mengumpulkan dana yang diperuntukkan untuk masyarakat India, di dalam akaun mereka sendiri.

Dek kerana itulah, Lim Kit Siang menjadi duta DAP untuk bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA). DAP sangat tahu, kalau menghadap TGNA saja, maka semua masalah mereka akan selesai. Semua kesalahan dan caci maki mereka terhadap PAS juga akan dianggap sudah 'settle'.

Setakat jumpa kemudian mengumpan TGNA dengan Dyana Sofya yang mereka jadikan sebagai ikon baru untuk memberi isyarat kepada ahli-ahli PAS bahawa kesemua ahli-ahli dan jemaah PAS perlu terus tunduk dan sujud kepada DAP kerana Lim Kit Siang sudah pun menghadap TGNA. Pada masa yang sama, para pemimpin DAP yang lain terus menyerang HUDUD dan Islam seperti yang dilakukan oleh Ngeh Koo Ham, saingan Lim Guan Eng dan pada masa yang sama, merupakan Pengerusi DAP Perak.

Ahli-ahli PAS sepatutnya tidak mudah berpuas hati dengan kaedah 'merendah diri' yang ditunjukkan oleh Lim Kit Siang. Secara peribadi, aku melihat usaha yang dilakukan oleh Lim Kit Siang yang membawa rombongannya yang turut disertai oleh Dyana Sofya sebagai umpan dan helah semata-mata untuk terus menekan kepala ahli-ahli PAS agar terus kow tow di hadapan mereka.

Kita perlu lebih bijak menangani masalah ini. Kalau Lim Kit Siang sudah sanggup merendah diri, bermakna keperluan PAS kepada Pakatan Rakyat semakin berkurangan, sebaliknya Pakatan Rakyat yang sangat memerlukan PAS. Kepimpinan sepatutnya menggunakan kesempatan ini untuk memartabatkan PAS, Islam dan umat Islam, bukannya terus terpedaya dengan permainan DAP dan kafir yang sentiasa memusuhi Islam dan umat Islam dengan pelbagai cara.

7 comments:

Anonymous said...

tiba masanya PAS keluar dari PR! gila kafir munafik!

Anonymous said...

Selagi pas diteraju golongan menggunakan agama demi keuntongan politik...
pas akan terus hanyut semakin jauh bersama si kafir harbi...

aku sokong haron din jadi presiden Pas..

Anonymous said...

Sekurang-kurangnya kita nampak hala tuju PAS yang sebenar dan lebih baik daripada UMNO yang secara retorik mengatakan membela bangsa tetapi hakikatnya UMNO lah pengkhianat bangsa melayu. Apakah sumbangan UMNO dibawah Najib untuk orang melayu? Tiada langsung. Najib asyik dok sibuk mengampu orang cina sehinggakan lebih ramai cina sekarang berani menghina bangsa dan agama. Itulah "Transformasi" Najib-Cina DiAgungkan Melayu di Tindas.

Ahli UMNO yang dah meluat dgn UMNO

Anonymous said...

Ahli Pas yang dah meluat dgn Pas

Anonymous said...

Ape sumbangan pas pada orang melayu..? Ape sumbangan pas pada agama..? Jawab la wahai tonggong..!! Bodo piang pnya orang..

Anonymous said...

bongok anon 0.05..duduk dlm tempurong..pas satu sen pun x guna...parti sukA buat dosa

Las Cruces Blinds said...

Loved reading this thank yoou