Monday 23 June 2014

AMARAN DR. KHAIRUDDIN AT-TAKIRI: DAP Jangan Cuba Main Gila Dengan Islam dan PAS!

1. Tindakan berkali-kali pimpinan tertinggi DAP mengeluarkan kenyataan menentang pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang telah diluluskan pada tahun 1992 sebelum kelahiran PR telah merosakkan perpaduan rakyat pelbagai kaum yang menentang hegemoni pemerintahan UMNO.

2. Ia juga satu khidmat tidak langsung DAP dalam memanjangkan jangka hayat UMNO apabila orang-orang Melayu dalam PAS atau yang sudah mula cenderong dan bersimpati dengan perjuangan PAS mula bimbang dengan pendirian DAP.

3. Kenapa tidak disokong pelaksanaan Hudud di Kelantan atas nama demokrasi yang boleh juga menyumbang kelangsungan sokongan Melayu terhadap PAS? Hudud di Kelantan telah diluluskan sebelum PR. Analogi mudah yang boleh dibuat ialah "anak yang PAS lahirkan di DUN Kelantan sebelum perkahwinan dengan DAP adakah patut dibuang hanya kerana berkahwin? Kenapa tidak dikendong bersama anak tersebut?"

4.DAP boleh sahaja terus membiarkan PAS khususnya Kelantan memperjuangkan hak pelaksanaan undang-undang yang telah mereka gubal 1993. Tetapi kenapa ditentang? Sentimen agama? Atau sentimen apa?

5. Pelaksanaan Kanun Jenayah syariah II di Kelantan adalah terpakai kepada orang Islam tanpa melibatkan bukan Islam. Namun kenapa bukan Islam menentang lalu DAP pula bersedia menjadi juaranya?

6. Hujah yang diberi oleh DAP ialah ia bertentangan dengan perlembagaan Malaysia. Kita boleh menegaskan bahawa menolak Hudud bertentangan dengan prinsip beragama Islam ahli-ahli PAS. Menerusi demokrasi, berikan hak kepada muslim untuk mereka mengamalkan tuntutan agama mereka di negeri majoriti mereka dan terpakai hanya kepada mereka!!! Itulah demokrasi.

7. Mungkin dijawab; Bukan Islam menyokong PAS bukan untuk dilaksanakan Hudud? Tapi boleh juga dibalas; Ahli PAS menyokong DAP pada pru ke 12 dan 13 bukan untuk menggugurkan Hudud!!!

8. Justeru apa penyelesaiannya? Kita menawarkan penyelesaian bahawa biarkan kuasa demokrasi berbicara. PAS berasaskan sokongan demokrasi yang diberikan di peringkat Kelantan menuntut hak pelaksanaan Hudud yang telah mereka luluskan 1993 di DUN Kelantan. DAP boleh sahaja tidak bersetuju secara demokrasinya dan menterjemahkannya dalam pengundian rang-rang undang-undang persendirian yang cuba membenarkan pelaksanaan Hudud di Kelantan apabila dibawa ke parlimen nanti. Tetapi tidak dengan menunjukkan penentangan yang berapi-api hingga mencarikkan hati ahli-ahli PAS dan muslim yang komited dengan agamanya.

9. Penentangan terhadap Undang-Undang Hudud di Kelantan lebih kepada sentimen beragama berbanding sentimen mempertahankan perlembagaan kononnya. Itulah yang boleh ditafsirkan secara mudah oleh rakyat bawahan terhadap sikap pimpinan DAP.

10. Samalah juga seperti tindakan seorang pimpinan DAP minggu lepas membangkitkan isu di parlimen agar menghormati hak rakyat untuk murtad. Tidakkah itu mencabar perjuangan ahli-ahli PAS yang berjuang menghalang murtad kerana ia adalah kesalahan besar beragama Islam. Apatah lagi kesalahan murtad adalah kesalahan jenayah Syariah yang disokong oleh undang-undang Syariah di peringkat negeri di bawah Mahkamah Syariah yang menjadi sebahagian undang-undang bernegara yang diiktiraf.

11. Begitu juga dengan isu mengislamkan anak di bawah umur oleh salah seorang ibu atau bapa apabila salah seorang mereka masuk Islam yang berbangkit sebelum ini. Ia adalah undang-undang yang termaktub dan sedia ada dalam perundangan negara. Pimpinan DAP dengan begitu mudah berbicara menentang undang-undang yang telah sedia ada itu tanpa memikirkan reaksi ahli dan pimpinan PAS.

12. Isyarat yang dihantar kepada rakyat muslim menerusi isu-isu khususnya yang kuat pegangan agamanya ialah timbulnya persoalan adakah PR mesra Islam?

13. Ini menggoyah kepercayaan melayu Islam terhadap PAS. Dan tentu memberi kesan kepada sokongan Melayu dalam pilihanraya. Apatah lagi realitinya PAS berhadapan dengan UMNO di kerusi-kerusi Parlimen dan DUN untuk merebut hati pengundi Melayu.

14. Adakah DAP bersedia atau mahu untuk PAS gagal menjuarai hati Melayu lalu sokongan kekal kepada UMNO di saat DAP pula berjaya menambat semaksima sokongan bukan Islam di kerusi-kerusi bukan Islam berhadapan dengan Gerakan atau MCA?

15. Apa kepentingan menentang Hudud bagi DAP? Kenapa tidak diutamakan usaha kesatuan menentang kezaliman UMNO tanpa dikaitkan dengan Hudud yang telah sedia menjadi perjuangan PAS dan telah dijadikan undang-undang di peringkat negeri oleh PAS sebekum lahirnya PR.

16. Mana yang DAP mahu? Menentang Hudud atau menjatuhkan UMNO? Sekiranya DAP bersedia untuk meninggalkan PR atau berpisah dengan PAS kerana perjuangan Hududnya sehingga sanggup membiarkan UMNO terus hidup maka terbukti bahawa DAP sememangnya memperjuangkan penentangan terhadap perjuangan PAS dan ia lebih utama daripada menguburkan UMNO. Mana lebih utama? Menentang Hudud atau bersatu menguburkan UMNO? Tepuk dada tanya hati!!!

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
15hb jun 2014

7 comments:

Anonymous said...

DAP,PAS PISS PUSS,PKR sama saja hipokrit.Main wayang aje lebih,habuk pun tarak.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

PAS pun mabuk todi jugak...
Nak hapuskan UMNO yg sama tuhan yg disembah, satu kiblat dan satu agama. Yg DAP dah tntu anti Islam dan anti melayu. Mabuk todi la ko pas pis pussy..

Anonymous said...

Sahabat ku..
Dap sebenarnya tidak perlukan Pas..
Dap hanya perlukan sokongan ahli2 Pas utk mengundi Dap...
Dap hanya perlukan satu per tiga undi melayu terutama dari Pas utk mereka membentuk kerajaan...
Pas bagi mereka hanyalah alas kaki utk melangkah anak tangga ke atas...
sedar lah..kafir tidak pernah redha dgn islam walaupun luaran nya nampak begitu baik dan mesra berpelukan...

Anonymous said...

inilah gelagat melayu islam msia.
tersangat alim..hancurnya pejuang
n kerajaan ikhwan dmesir angkara rakusnya ulamak ciptaan yahudi yg
nk laksana syariah tanpa ikut cara2 tindakan rasulullah saw.awas saudaraku.

Anonymous said...

Salam tuan Admin,
macam yang selalu saya katakan, apa niat sebenar kita bertahalul siyasi dengan peliwat dan kafir?

Ramai golongan Ulama dah mendedahkan keburukan serta ancaman terhadap pas serta melayu Islam, tapi golongan ini terus disuruh senyap untuk menjayakan tahalul siyasi.

sebelum kita nak berdepan dengn UBN, tanya ahli kita, betul ke perjuangan kita selama ini.
Dulu sebelum diberi kuasa, kita mendabik dada ingin mempertahankan Islam, Allah uji kita dengan sedikit kuasa, kita lupa terus tentang syariat Islam, malah menjual Islam demi politik.

Saya percaya, Allah akan mengazabkan kita kerana melacurkan Islam demi kuasa politik.
Nauzubillah.
Tolonglah beringat sebelum kena hukuman Allah yang pasti itu.