Sunday 8 June 2014

GST Kita Tentang, Segala Cukai Makneka di Pulau Pinang, Kenapa Kita Senyap?


Sudah menjadi catatan dalam sejarah dunia, banyak kerajaan yang tumbang, raja-rajanya dibunuh dan pemerintahan digulingkan hanya kerana dasar percukaian. Walaupun cukai merupakan salah satu daripada dasar pendapatan sesebuah negeri atau negara, namun kadar cukai atau bilangan cukai yang melampau, pasti menjadi bebanan kepada rakyat.

PAS wujud dalam siyasah negara sebagai pembela rakyat marhein. Dari dahulu sehingga kini, PAS dianggotai dan dipimpin oleh kalangan marhein. Tidak ada golongan feudal yang dilantik sebagai ketua atau pemimpin dalam PAS. Bahkan PAS tidak pernah memperjuangkan kaum feudal kerana feudal sudah mendapat pelbagai keistimewaan dari dahulu sehinggalah sekarang.

Pun begitu, tidak bermakna PAS menentang feudal atau kewujudan raja-raja dan kaum kerabat mereka. Siapalah PAS kalau hendak dibandingkan dengan keistimewaan yang Allah Taala anugerahkan kepada orang-orang tertentu untuk menjadi 'bayangan Allah Taala' di muka bumi ini dalam bentuk raja.

Antara Asma dan Sifat-Sifat Allah Taala selain tujuh Sifat Ma'ani yang 'dipinjamkan' atau diciptakan-Nya untuk manusia adalah Mulk (raja). Allah Taala banyak menyatakan perkara ini dalam al Quran. Kalau benar raja-raja tidak perlu wujud sebagaimana sesetengah orang daripada kalangan ahli-ahli PAS fikir, sudah tentulah Allah Taala tidak menyebut langsung tentang raja-raja itu.

Begitu jugalah dalam hal kepimpinan. Memang benar kita dianjurkan dan diwajibkan oleh Allah Taala dan rasul-Nya untuk mentaati Allah, Rasulullah s.a.w dan ulil amri. Namun ketaatan itu pula terutama sekali kepada ulil amri, tidak bermakna menjadikan kita sebagai zombie yang mengikut sahaja titah perintah mereka.

Ucapan Syaidina Abu Bakr al-Siddiq r.a apabila menjadi khalifah:-

“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

 Berbalik kepada cukai. Pada 1 Mei 2015 nanti, Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UBN akan mengenakan cukai baru iaitu GST menggantikan SST yang sedang diamalkan sekarang. Mengikut kata sesetengah pihak, GST akan menurunkan kadar cukai kerana para peniaga tidak lagi boleh mengenakan cukai berganda seperti yang berlaku sekarang ini. Namun penjelasan-penjelasan yang dibuat sehinggakan menelan kos sebanyak RM17 juta, tidak pula dapat memberikan jaminan bahawa harga barangan di Malaysia akan dikurangkan atau diturunkan memandangkan Malaysia mengamalkan dasar ekonomi bebas. Pembabitan kerajaan cumalah dalam pemantauan dan kawalan harga beberapa jenis barangan keperluan sahaja.

Dalam bahasa yang lebih mudah, harga barang dan perkhidmatan tetap tertakluk kepada pemain utama iaitu pemborong dan orang tengah.

PAS menentang sebarang cadangan untuk menambahkan bebanan ekonomi kepada rakyat. Justeru, GST yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan, diharapkan dapat memberi keselesaan kepada rakyat, bukannya mendambahkan lagi penderitaan memandangkan seperti yang kita ketahui, pihak peniaga, pemborong dan orang tengah mempunyai seribu satu macam alasan untuk menaikkan harga walaupun pada ketika ianya tidak perlu.

Pulau Pinang di bawah DAP mendahului semua negeri-negeri lain dalam penambahan pembayaran cukai. Selepas menaikkan tarif air sebanyak 200%, bermula 1 Jun lepas, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengenakan cukai katil (bed tax) kepada mereka yang tinggal di hotel-hotel, motel, homestay dan sebagainya. Kadarnya adalah RM3 untuk sebuah bilik bagi hotel-hotel bertaraf 4 dan 5 bintang. RM2 bagi semua jenis rumah-rumah penginapan yang lain.

Ke mana hilangnya suara PAS dalam hal ini? Penginapan di hotel tidak sahaja melibatkan pelancong-pelancong asing atau pun orang berada. Sekarang ini, sudah ramai yang memilih untuk menginap di hotel apabila mereka berada di luar kawasan. Apakah ini menandakan satu lagi isyarat bahawa suara PAS sebenarnya langsung tidak relevan apabila berhadapan dengan DAP tetapi kita cukup lantang dan lancang apabila berhadapan dengan UBN?

Atau sebenarnya di kalangan kita, telah diberi kata dua oleh pemimpin-pemimpin PAS yang memperolehi 'gaji' daripada DAP Pulau Pinang termasuklah diangkat ke jawatan-jawatan Pengerusi atau Ahli Lembaga Pengarah untuk tutup mulut?

Atau kita sebenarnya memang tidak mempunyai sebarang keberanian untuk berhadapan dengan Lim  Guan Eng kerana bimbang dana dari DAP tidak mengalir ke tangan sesetengah pemimpin atasan PAS?

8 comments:

Anonymous said...

Setuju benar pandangan tuan, maka yang benar itu pahit untuk ditelan inilah perjuangan songsang pas hari ini.

Anonymous said...

malas dah nak cakap....

Anonymous said...

Pas hanya cemerlang pada zaman arwah ustaz fadhil noor... Skrg ramai munafik dalam pas yg membuatkan aku loya dengan pas... Hari ni perangai pas ni sama dengan umno.. Tunggu masa nak ditalkinkan.

Anonymous said...

Aku terkejut bila rakanku dari DAP menyebut Parti PAS dan penyokongnya telah dibeli oleh DAP, satu kenyataan yang sukar untuk diterima tapi itulah hakikat yang sebenar terjadi.

Anonymous said...

Ini sikap talam dua muka Pas yg semakin terserlah...

Anonymous said...

Mursyidul Am PAS dah cakap, utk mencapai kehebatan dan kemenangan didunia, PAS sanggup terima bantuan setan.

Setan tak diundang mintak bantuan pun, dia tetap kan datang utk menyesatkan dan sbgnya, inikan pula diundang serta dilafazkan secara umum ...

Itulah jadinya skrg, krn terlalu mengata org lain sesat, tak betul Islamnya, kafir; skrg Tuhan tunjukkan sifat sebenar majoriti pemimpin dan ahli2 PAS siapa sebenarnya yg munafik atau lebih munafiknya, yg sesat dari yg dicap sesat, yg menyokong kafir dari berjuang utk Islam, yg PENGECUT berhadapan dgn kafir apabila agama dan hukum Islam dihina dan dipersendakan, dan mcm2 lagi ... Yg lebih teruk pemimpin2 PAS diherdik, dipersalah dan diperbudak-budakkan, sorang pun tak ...

kITA JGN LUPA - Tuhan tidak memandang pada paras rupa, pakaian, kekayaan dan kedudukan dunia, ramai dan hebatnya kecemerlangan anak2, cakap yg bergegar-gegar berjuang utk agama; tapi PADA JUJUR DAN IKHLASNYA PERBUATAN DAN APA YG ADA DIHATI SANUBARI ...

Anonymous said...

Kena baca buku;
Koleksi terunggul strategi masyarakat China : memenangi persaingan perniagaan dengan 36 strategi yang telah teruji selama ribuan tahun / Leman.

Anonymous said...

Pas hanyut dibuai kemewahan hidup bkn berjuang utk memartabatkan Islam