Wednesday 11 June 2014

ALHAMDULILLAH Sekiranya Benar Berita Hasan Ali Akan Kembali Ke Pangkuan PAS

Sesungguhnya sesuatu yang amat malang apabila PAS memutuskan untuk memecat Hasan Ali dan menurunkan pangkat Nasharuddin Mat Isa semata-mata untuk mengambil hati DAP dan PKR.

Hasan Ali sewaktu dipecat merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor dan merupakan salah seorang Exco Negeri Selangor. Dia dipecat setelah diserang bertalu-talu oleh Ronnie Liu, seorang lagi Exco Negeri Selangor pada waktu itu kerana Hasan Ali dikatakan mendalangi operasi-operasi membersihkan Shah Alam dan Damansara daripada industri pelacuran dan hiburan keterlaluan. Orang yang paling kuat mengarahkan PAS memecat Hasan Ali adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR.

Manakala Nasharuddin Mat Isa pula diturunkan pangkat apabila DAP melihat Nasharuddin Mat Isa yang rapat dengan Perdana Menteri dan turut terlibat dalam kunjungan Najib ke Gaza sebagai ancaman kepada 'tahaluf siyasi' PAS-DAP.

Kepimpinan akhirnya memilih untuk menyingkirkan Nasharuddin Mat Isa dan Ustaz Nasha tidak lagi mempunyai sebarang jawatan dalam parti kecuali sebagai ahli biasa.

Beberapa percaturan yang melibatkan DAP dan PKR dalam PAS, sebenarnya telah merugikan PAS dalam semua perkara. PAS cuba bangkit kembali dengan isu HUDUD tetapi sekali lagi PAS mendapat tentangan hebat daripada PKR dan DAP, terutama apabila UBN menyatakan sokongan kepada usul tersebut.

Anehnya pula, di kalangan pemimpin PAS sendiri melihat perubahan sikap UBN itu sebagai jerat yang hendak memerangkap PAS walaupun pada masa yang sama, PAS sudah pun terperangkap dan sedang ditindas di dalam Pakatan Rakyat.

PAS di Selangor berada dalam keadaan yang amat daif. Sekalipun Iskandar Abdul Samad, ADUN Cempaka kini menyandang jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor, namun dia dilihat terikat kejap dengan PKR dan DAP, terutama di kawasan Pandan sendiri sehinggakan, fungsinya sebagai Exco Perumahan yang sepatutnya memberikan pulangan besar kepada PAS dari segi sokongan, tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik-baik mungkin.

PAS Selangor bahkan PAS Pusat sebenarnya memerlukan pemimpin-pemimpin yang keras kepada kaum kafir tetapi bersifat kasih sayang sesama umat Islam, bukan sebaliknya, dalam usaha melangsungkan kuasa dan memantapkan kewujudan PAS di Selangor.

Selangor merupakan sebuah negeri yang menjadi rebutan. Di Selangor, segala-galanya jauh lebih baik berbanding negeri lain kesan daripada pemerintahan BN yang berat sebelah. Suatu masa dahulu, PAS langsung tidak mendapat tempat di Selangor, walaupun Selangor mencatatkan Kerusi Parlimen pertama yang berjaya dimenangi oleh PAS sewaktu PRU-1 dahulu.

Namun perubahan sikap pengundi ditambah pula dengan kesedaran anak-anak muda untuk terlibat dalam memilih kerajaan menyaksikan PAS muncul sebagai antara kuasa terkuat di Selangor.

Kita seharusnya mengambil kesempatan ini dengan sebijak-bijaknya. Bukan sebaliknya membiarkan kita dipijak-pijak.

Sesuatu yang perlu kita ingat ialah, PKR sebenarnya tidak sekuat mana. Malahan tanpa sokongan PAS, PKR hanyalah sebuah parti minoriti yang kemenangan mereka sekadar di kawasan-kawasan bekas UBN yang kuat menyokong Anwar Ibrahim. Hanya kerana sokongan serta tenaga-tenaga kerja PAS sahajalah yang membolehkan PKR bercakap besar dan gah.

Semoga kesilapan kita kerana membenarkan PKR mencaturkan kepimpinan parti yang kita sayangi ini, tidak diulang semula.

PAS perlu terus maju dan bijak demi kesejahteraan ummah!

5 comments:

Anonymous said...

Salam tuan Admin,
Jika benar berita ini, Alhamdulillah saya ucapkan.

Beliau antara Ulama pas yang berani menentang boneka kafir dap dan peliwat dalam parti pas. Tapi beliau juga yang kalah akhirnya sama seperti ustaz Nasha dan Ustaz Kazim.

Malah lebih hina apabila ahli pas sendiri yang menghina dan mencerca mereka ini apabila dipecat.

Saya tahu, di Selangor memang tiada tempat untuk golongan Ulama atau pemimpin yang berani bercakap mengenai bangsa Melayu di dalam pas, mereka pasti akan dicerca oleh yb shah alam, yang sangat condong kepada kafir dapi, walaupun ahli pas, antara penentang terkuat golongan Ulama serta hukum hudud.

Saya berdoa, agar Ulama diberi kuasa untuk mencorakkan pas semula, bukannya penjilat kafir dap dan peliwat pkr.
InsyaAllah.

Seburuk2 UBN memerintah selangor, tidak dengar hotel murah dan penjualan arak secara terbuka di shah alam, tapi apabila shah alam dapat yb dari pas, hotel bajet bersepah2, arak dijual macam air coke, kelab malam pun dah dibuka di shah alam, kuil bertambah dan besar di kawasan shah alam yang penduduknya Melayu semata2 nak jaga hati si kafir pkr dan dap.

Siapa yang lebih teruk antara kita dengan UBN?

Anonymous said...

Salam tuan Admin,
Seperti yang telah komenkan tentang betapa malangnya pas mempunyai ahli parlimen yang sangat liberal dan parasit di dalam parti kita.

ahli parlimen shah alam dari pas yang beragama ISLAM mempertikaikan tindakan MAIS dan menuduh MAIS dengan pelbagai tohmahan.

Astaghfirullah, harap seseorang tolonglah suruh dia mengucap Syahadah.
Mengapa dia terlalu berpihak kepada si kafir kristian?mengapa dia selalu sahaja berpihak kepada sesiapa yang menentang Islam dan bangsa Melayu?

Tinggi mana ilmunya dia untuk menuduh MAIS?jika tuduhannya dia tidak betul, bukan ke fitnah jadinya?Faham ke dia dosa untuk fitnah?
Malang lagi fitnah dia hanya untuk mempertahankan kafir kristian.

Nauzubillah. parti Islam Semalaysia? sejauh mana Islamnya ahli nya?berkopiah, berserban, berjanggut dan berjubah belum tentu Islam dan Imannya terjamin.

Anonymous said...

Salam tuan Admin,
Saya sebagai ahli dan seorang Islam, amat sedih dengan kenyataan yang sangat bodoh dan lebih teruk dari kafir dan yahudi dikeluarkan oleh pemimpin pas khalid samad, mariah, che rosli, hanipa maidin.

menggunakan platform pas, mereka mahu kuasa MAIS dihapuskan. Nauzubillah.
disebabkan kehadiran bible yang mahu menyesatkan umat Islam, MAIS jadi mangsa.

nama2 inilah yang lantang mengkritik Ulama dalam pas. kini mereka mengkritik institusi Islam.

Saya mohon, tolonglah agar golongan Ulama dan ahli sejati dalam pas menolak secara total golongan yang sangat bangsat dalam pas ni.

mereka ini membuatkan seolah2 pas lebih hina dan munafik dari musuh yang sering kita kutuk.

pas ini perjuangkan agama apa?
parti islam seMaaysia? atau parti ajaran syaitan?
MasyaAllah

Anonymous said...

Orang yang mengajar kita berkawan dengan syaitan danAllah swt itu pun mencarut sudah tiada.

Orang yang kuat mengkafirkan UMNO telah pergi untuk selamanya. Bahana dari fatwa2 yang tidak disusuli dengan pencerahan yang tepat telah menyebabkan rakyat yang cetek dan tiada ilmu agama ( kafir ) telah sewenang2nya mengeksplotasi fatwa ikut acuan mereka.

Maka natijahnya Islam kini telah menjadi bahan untuk dihina dan dicerca. Melayu Islam berpecah dan berpuak2. Ditambah pula dengan adanya manusia pembelit dan penabur fitnah hanya untuk faedah diri sendiri telah menyusup masuk dalam jemaah dengan menjanjikan kemewahan dan keseronokan dunia.

Dihasutnya anak2 muda Islam yang nipis imanya maka lemahlah umat kerana anak2 muda inilah yang akan mewarisi kekuatan ummah.



Leopard Addict said...

I enjoyed reading thiis