Friday 24 January 2014

Kenapa Bila Guru SJKC Terlibat, Lim Kit Siang Tak Bersuara Langsung?

8 Oktober 2010, Lim Kit Siang menghantar usul ke Dewan Rakyat untuk membahaskan tentang dua orang pengetua sekolah berbangsa Melayu beragama Islam di Kulaijaya dan Bukit Selambau kerana mengeluarkan kenyataan yang disifatkannya sebagai RASIS. Permohonannya ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat kerana kedua-dua kes berkenaan telah pun diambil tindakan oleh Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Lim Kit Siang tidak berpuas hati dan bersorak ke sana ke mari sambil mendakwa perbuatan rasis itu tidak baik untuk masyarakat Malaysia.

Dalam dua perkembangan terkini dan kedua-duanya melibatkan SJKC - satu di Johor dan terkini di Sungkai, Perak - gelagat RASIS dan menghina Islam serta Melayu, tidak mendapat reaksi langsung daripada Lim Kit Siang. Bukan itu sahaja, pemimpin-pemimpin DAP yang cukup rapat dengan Twitter seperti Nga Kor Meng, Ngeh Kor Ham, Lim Guan Eng, Kulasegeran dan sebagainya, juga tidak menyentuh langsung isu berkenaan seolah-olah mereka tidak tahu dan ianya tidak penting.

Mengapa hanya apabila membabitkan Melayu-Islam dan Bumiputera, DAP begitu bersungguh-sungguh tetapi apabila membabitkan SJKC dan bukan Melayu, khususnya Cina, para pemimpin DAP yang kelihatan seperti tidak RASIS, mengambil pendekatan RASIS dengan menutup mulut?

Aku seringkali tidak berpuas hati apabila dalam isu-isu sebegini, PAS diseret dan dipaksa untuk mengikut kehendak DAP. Dalam isu sebegini, PAS seharusnya berpegang teguh kepada prinsip dan asas perjuangan PAS yang asal iaitu Islam dan Melayu (Bumiputera). Kedua-dua prinsip asas yang diperjuangkan oleh PAS itu tidak pernah diganggu gugat selama ini kecuali semenjak kebelakangan ini iaitu apabila golongan yang menyokong PKR dan DAP, menyelinap masuk ke dalam PAS dan berjuang sebagai pemimpin PAS demi mendapatkan tempat untuk dijadikan calon atau menempati saf kepimpinan utama parti.

PAS seharusnya memberikan reaksi yang lebih pantas apabila membabitkan kepentingan umat Islam dan Melayu kerana itulah perjuangan asal PAS. Pada tahun 1951, iaitu ketika PAS disahkan pendaftarannya selepas mufarakah dari UMNO yang terlalu sekular dan menghalalkan yang haram, PAS tidak terpisah daripada perjuangan UMNO iaitu Melayu tetapi PAS mengataskan Islam berbanding Melayu.

Hanya tahun-tahun kebelakangan ini sahaja, terutama selepas zaman Mahathir, barulah UMNO cuba kembali kepada Islam dan bercakap tentang Islam.

Insiden terbaru iaitu apabila seorang guru SJKC Khai Meng, Sungkai memaksa seorang pelajar Melayu memakan rumput dan mengikat loceng di tengkuk kerana dianggap bodoh, merupakan tindakan RASIS yagn perlu diperkatakan dan didedahkan.

Kalau tidak ada dalam Pakatan Rakyat yang mahu dedahkan hal ini, PAS sepatutnya yang mendahuluinya. Apatah lagi para pengundi PAS hampir keseluruhannya adalah Melayu dan beragama Islam.

Jangan kita menyokong guru tersebut seperti mana kita menyokong tindakan Lim Kit Siang memaksa dua orang pengetua berbangsa Melayu dan beragama Islam dikenakan tindakan disiplin yang keras. Sebaliknya, kita perlu tunjukkan kepada DAP, kalau DAP boleh cuba untuk membuktikan Melayu itu mudah dipengaruhi, ditekan dan mudah dilabelkan sebagai bodoh, PAS juga sebenarnya boleh memberitahu bahawa DAP sentiasa salah dalam tindakan mereka.

Tapi tak tahulah sebab terlalu ramai orang dalam PAS yang lebih mengkagumi kepura-puraan Dinasti Lim berbanding Islam dan Melayu yang Allah Taala jadikan bangsa bagi mereka.

No comments: