Wednesday 16 October 2013

UMNO TERPAKSA BERLAKON JADI PENCINTA KALIMAH ALLAH UNTUK DAPAT UNDI MELAYU

Aku senyum tgk gelagat penjilat umno bila hari Isnin lepas, Mahkamah Rayuan kalahkan The Herald, majalah mingguan Kristian dlm isu kalimah Allah. Nampak lucu sungguh, lebih2 lagi bila gerombolan peguam2 yg mengaku Muslim buat sujud syukur selepas keputusan diumumkan di dpn kompleks mahkamah. Sdgkan pd masa yg sama, di blkg pulak, penyokong umno terpinga2 dan tak tahu apa yg dimaksudkan sbg sujud syukur.

Lebih lucu lg bila Timb. Menteri KDN pula buat kenyataan, kalimah Allah dibenarkan guna di Sabah dan Sarawak utk penganut Kristian.

Oppsss... nanti dulu. Jgn balun sesedap rasa sbb nanti org Pakatan lebih2 lg org PAS akan nampak mcm benak sgt.

Kita perlu faham bhw undang2 tentang kalimah Allah yg dikeluarkan oleh mahkamah hanya terpakai di Semenanjung sj kerana di Semenanjung, majoriti penduduk adalah org Melayu yg beragama Islam dan Perlembagaan Malaysia berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Sabah dan Sarawak pula mempunyai bhg2 istimewa dlm Perjanjian Malaysia termasuklah dlm bab agama Kristian yg jd majoriti di kedua2 negeri itu. Lagipun, kita pun tahu, agama Kristian disebarkan oleh pendakwah2 Kristian menggunakan bhs Melayu sbg perantaraan sblm kedua2 negeri itu masuk Malaysia pada thn 1963 lagi. Berbeza pula di Semenanjung, sejak zaman Portugis sampailah ke British, Kristian gagal dijdkan sbg agama org Melayu termasuklah ketika Abdullah Munsyi terjemah Bible ke bhs Melayu dan gunakan Allah sbg gantinama God.

Sama mcm undang2 tanah, undang2 kalimah Allah juga berbeza antara Semenanjung dgn Sabah dan Sarawak. Itu kita perlu terima dan pasak dlm otak.

Yg kita pertikaikan skrg ialah, memandangkan Islam merupakan Agama Persekutuan, knp kerajaan tak gunakan peruntukan lbh besar untuk perkembangkan dakwah dan syiar Islam di Sabah dan Sarawak? Kalau hiburan blh dpt peruntukan berjuta2, takkanlah untuk Islam, kerajaan cuma berkeras ttg penggunaan kalimah Allah sj?

Apa ajenda kerajaan untuk mengukuhkan keimanan umat Islam? Pesta hiburan dianjurkan secara percuma. Ada kah dgn sekatan penggunaan nama Allah sdh cukup untuk mempertahankan akidah melayu islam yg sudah jauh menyimpang.  Kerajaan jg yg berabis beratus juta untuk melalaikan rakyat dgn pelbagai persembahan hiburan di tv dan majlis sambutan thn baru atau ml merdeka dn sebagai nya... kpop shj rm 1.6 juta.

No comments: