Monday, 10 October 2011

PAFA JUAL TANAH DAN KUARI, DUITNYA PERGI KE MANA?

Aku rentikan dulu cerita tentang Nizam Kicap, Azhar dan Anuar sebab ada orang tengah duk tuduh orang lain terbabit sekali dengan aku buat pendedahan ini. Perangai macam haramjadah yang ditunjukkan khususnya oleh Nizam Kicap membuatkan darah aku menggelegak. 

Untuk pengetahuan orang-orang macam Nizam Kicap dan konco-konconya, jangan fikir orang tak tahu apa yang korang buat la... jangan ingat, dalam pejabat korang tu takdak mata, takdak telinga, takdak mulut nak keluarkan cerita-cerita penyelewengan yang korang buat. 

Korang punya cerita, aku peramkan dulu... biar korang panas sikit. 

Aku dapat tahu, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan tanah seluas 13 ekar untuk PAFA atau Persatuan Bola Sepak Perak dan sebuah kuari. Bagaimanapun, tanah seluas 13 ekar tersebut telah dijual dengan harga RM9 juta manakala kuari yang diuruskan oleh sebuah syarikat yang dikenali sebagai Jatikuari pula turut dijual dengan harga berjuta ringgit.

Mana perginya duit berjuta-juta ringgit hasil jualan tanah dan kuari tersebut? Siapakah yang terlibat dan menjadi dalang kepada penjualan tanah berkenaan? Atau duit ini sebenarnya masuk ke kocek Nizam Kicap dan konco-konconya yang merupakan proksi kepada Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir?

Pendedahan terperinci tentang kes ini akan aku buat dalam tempoh terdekat ini... nanti kita boleh tengok, antara Nizam Kicap, toyol-toyol belaan Zambry Abdul Kadir dan Zambry Abdul Kadir sendiri, siapa sebenarnya yang merupakan jembalang besar!

No comments: