Tuesday 7 April 2015

Pura-Pura Terkejut, Kit Siang Sebenarnya Nak Serang 10 Ahli Parlimen PAS Yang 'Luluskan' POTA


18 Mac lalu, TGHH mengemukakan notis di Dewan Rakyat untuk membentangkan rang undang-undang persendirian pindaan Akta 335 bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan. Permohonan tersebut dibuat sehari sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Kod Enakmen Syariah Negeri Kelantan II (1993) 2015.

Berdasarkan senarai aturan mesyuarat dan usul-usul persidangan hari ini, pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 yang diusulkan oleh TGHH yang juga Ahli Parlimen Marang berada dalam senarai ke-24 iaitu terakhir.

Semalam juga merupakan satu sejarah apabila undang-undang pencegahan jenayah yang jauh lebih teruk berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri, diluluskan tanpa sebarang pindaan atas nama POTA. PKR-DAP menyalahkan sepenuhnya PAS kerana 10 orang Ahli Parlimen PAS tidak hadir ke Dewan Rakyat sekaligus gagal sama sekali mengatasi undi belah bahagi yang dimenangi oleh BN sebanyak tiga kali.

PAS hanya 10 yang tidak hadir tetapi jumlah sebenar yang tidak hadir adalah 26 orang. Mengapa hanya PAS yang dipersalahkan? Mengapa 16 lagi tidak dikata apa-apa?

Memang betullah kalau 10 Ahli Parlimen PAS hadir, jumlah yang menentang akan menjadi 70 berbanding 79 atau kalau semua Ahli Parlimen Pakatan hadir, jumlahnya akan menjadi 86 berbanding 79. Dengan kata lain, menanglah Pakatan dan POTA tidak akan diluluskan.

Tetapi jangan juga lupa, walaupun kesemua 86 orang Ahli Parlimen Pakatan hadir, BN tetap boleh menambah bilangan Ahli Parlimen mereka dari 79 mengatasi 86 orang Ahli Parlimen Pakatan.

Jadi bila Kit Siang menyalak tentang PAS selitkan hudud dalam usul, Kit Siang sebenarnya nak halakan kemarahan kepada Ahli-Ahli Parlimen PAS yang dikatakan menyokong UBN secara diam-diam menerusi kaedah ponteng tugas. Tetapi nak terus marah tak boleh sebab jumlah Ahli Parlimen DAP yang tidak hadir pun agak ramai. Jadi, dia marahlah kepada usul Hudud yang diselitkan dan seperti biasa, menyalahkan TGHH kerana 'membelakangkan' Pakatan Rakyat.

Katanya ketika sidang media di bangunan Parlimen tadi, "Saya pasti ini adalah kali pertama DAP dan juga ahli-ahli Pakatan Rakyat lain melihat ini (cadangan pindaan). Tindakan ini adalah pelanggaran janji Hadi dan saya sangat terkejut perkara ini berlaku. Janji yang dibuat beliau dalam mesyuarat Pakatan sebelum ini telah dimungkiri dengan rang undang-undang persendirian ini."

Monday 6 April 2015

Takut Tapi Masih Nak Berbohong, Calon PKR Permatang Pauh Bukan Dari Keluarga Anwar Ibrahim


Berita terbaru yang diterima ialah, PKR menafikan calon untuk PRK Parlimen Permatang Pauh adalah Nurul Nuha atau Wan Azizah. Kononnya, calon yang dipilih dan sudah disenaraikan, bukan dari keluarga Anwar Ibrahim. Nama yang disebut-sebut adalah Dr. Afif Bahardin, ADUN Seberang Jaya dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Berita yang telah diterima oleh PKR bahawa PAS tidak akan menghantar pasukan membantu kempen PKR dalam PRK tersebut, sudah cukup menakutkan dan menggentarkan Wan Azizah dan PKR khususnya. Jadi, terpaksalah mereka mencipta pembohongan sepertimana yang dilakukan sewaktu Langkah Kajang ciptaan Rafizi Ramli dahulu.

Kalau kita ingat kembali, isu yang sama juga digunakan oleh Anwar Ibrahim ketika hampir PRU-13. Pada mulanya dikatakan, dia akan bertanding di Kulim-Bandar Baru. Tidak jadi di Kulim-Bandar Baru, dia dikatakan pula akan bertanding di Nibong Tebal. Kemudian ada ura-ura mahu bertanding di Pekan, menentang Najib Abdul Razak. Tetapi akhirnya dia tetap bertanding di Permatang Pauh.

Dalam Langkah Kajang yang menyerlahkan pembohongan dan taktik kotor PKR ke atas PAS, PKR telah bersungguh-sungguh cuba meyakinkan PAS bahawa perlunya perletakan jawatan ADUN Kajang sebelum ini dan ditandingi oleh Anwar Ibrahim, kononnya untuk memastikan ekonomi Selangor lebih mudah dipacu walaupun sudah ada ura-ura, Langkah Kajang sebenarnya adalah untuk memaksa Khalid Ibrahim yang enggan tunduk kepada arahan Anwar Ibrahim untuk menggelapkan wang negeri Selangor bagi kepentingan peribadi Anwar Ibrahim sekeluarga, meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.

Ditakdirkan Allah Taala, hasrat Anwar Ibrahim tidak kesampaian apabila dia didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan dan dihukum penjara 5 tahun kerana kesalahan meliwat.

Anwar Ibrahim bernasib baik kerana negara ini tidak mengamalkan undang-undang hudud bagi kesalahan liwat. Kalau tidak, dia sudah pasti akan ditolak dari bangunan tinggi atau direjam sampai mati atau pun dipenggal kepalanya sepertimana yang berlaku di negara-negara mengamalkan undang-undang tersebut. Atau paling tidak pun, digantung sampai mati di hadapan khalayak ramai seperti yang berlaku di Iran. Penjara bukanlah tempat bagi seorang peliwat, melainkan hukuman yang dikenakan kepadanya adalah maut.

Anwar Ibrahim dan PKR seharusnya bersyukur!

Sambutan daripada penduduk dan pengundi di Permatang Pauh ke atas Wan Azizah juga, merupakan punca mengapa PKR membuat kenyataan bahawa bukan dari kalangan ahli keluarga Anwar yang akan dicalonkan. Walau bagaimanapun, sepucuk surat yang ditandatangani oleh Rafizi Ramli sudah pun beredar di kalangan orang ramai terutama ahli-ahli PKR yang meminta agar mereka memberikan sokongan sepenuhnya kepada pencalonan Wan Azizah Wan Ismail atau Nurul Nuha.

Rafizi Ramli dan PKR menyatakan, surat tersebut adalah palsu. Samalah juga apabila mereka menafikan dokumen LANGKAH KAJANG yang dipaparkan sebagai palsu tetapi semua langkah yang terdapat dalam dokumen tersebut, dilakukan oleh PKR.

Walau apa pun, selagi calon tersebut datangnya dari PKR, tiada sesiapa pun dari kalangan PAS yang perlu memberikan sokongan atau memilih calon mereka dalam PRK Permatang Pauh. PKR perlu diajar. Pembohongan mereka sudah perlu diajar. PKR tidak boleh ditunjukkan kononnya mereka boleh menipu dengan sebebas-bebasnya.

Nik Abduh Sahkan Almarhum TGNA Memang Berwasiat Agar Wujudkan Hubungan Baik Dengan UMNO

Nik Mohamad Abduh, mengakui turut menerima amanat daripada bapanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mewujudkan hubungan baik dengan Umno bagi memudahkan pelaksanaan hudud.

Nik Abduh berkata, sebelum meninggal dunia, allahyarham berpesan kepadanya bahawa kerjasama dapat dilakukan antara PAS dengan Umno dalam usaha memartabatkan agenda Islam, lapor Utusan Malaysia.

Justeru, katanya, tidak mustahil bapanya turut menyampaikan amanat sama kepada Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

“Ayah pun sebut begitu tetapi jangan salah faham ini bukan kerjasama PAS dengan Umno dalam semua isu,” ahli Jawatankuasa pusat PAS itu dilaporkan sebagai berkata.

“Saya akui ayah cakap sendiri di depan saya bahawa untuk melaksanakan hudud dan apa-apa agenda Islam kita boleh bersama dengan Umno demi membawa agenda Islam lebih baik.”

Sebelum ini Mohd Amar dilaporkan berkata Nik Aziz meminta beliau dan ahli PAS menjalinkan hubungan baik dengan Umno serta tidak mengkritik parti itu.

Ini kerana pihaknya perlu berurusan dengan Umno mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan. (sumber)

Friday 3 April 2015

Nik Amar Pecah Rahsia, WASIAT ALMARHUM TGNA, PAS Perlu Bekerjasama Dengan UMNO

Tidak hairanlah mengapa kepimpinan Kerajaan Negeri dan PAS Kelantan di bawah Ustaz Mat dan Nik Amar berbaik-baik dengan UBN walaupun mereka terus dihentam, dibelasah, dimaki hamun, bahkan dicop sebagai pengkhianat oleh JEBON-JEBON yang kiblat mereka adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Dan tidak hairanlah juga mengapa Ustaz Nik Abduh turut pernah mengeluarkan kenyataan bahawa, almarhum ayahandanya tidak pernah mengajar dia memaki hamun UBN.

Semuanya bersebab.

Akhirnya Nik Amar memecahkan rahsia tentang amanah dan wasiat Almarhum TGNA agar PAS Kelantan berbaik-baik dan bekerjasama dengan UBN bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan, khususnya dan Malaysia amnya.

Mahu tidak mahu, perlu diterima hakikat bahawa UBN adalah pemegang kuasa majoriti di Malaysia. Sebarang persetujuan bagi perlaksanaan undang-undang yang dianggap baru, memerlukan persetujuan daripada UBN. UBN yang perlu membantu PAS untuk merealisasikan undang-undang hudud ditegakkan di bumi Kelantan dan Malaysia. Bukan PKR, bukan DAP.

Ramai daripada kalangan JEBON dan JEMUAN dalam PAS yang kata, PAS telah diperangkap oleh UBN dalam soal hudud di Kelantan. Mereka sebenarnya patuh dan menjadi burung kakatua kepada Lim Guan Eng yang menyatakan perkara yang sama. Sedangkan hakikatnya, PAS Kelantan (terkecuali Husam Musa dan orang-orangnya) mengikut amanah dan wasiat Almarhun TGNA yang pada saat akhir masih lagi Allah Taala kurniakan kebijaksanaan dan hikmah dalam pemikiran, agar bekerjasama dan berbaik-baik dengan UBN kalau mahu hudud dilaksanakan.

Ini bukan kerja, hari ini nak, hari ni dapat. Kalau Nabi s.a.w pun terpaksa mengerah seluruh usahanya selama 23 tahun, apa sangatlah kita sebagai manusia biasa yang banyak cacat cela dan melakukan kesilapan. Kita hanya perlu istiqomah dan perlu sentiasa muhasabah. Setiap yang sabar, ganjarannya hebat.

Yang pasti, JEBON dan JEMUAN tidak akan senang duduk dan akan cuba menafikan kenyataan Nik Amar bagi menyenangkan hati penguasa mereka iaitu Lim Guan Eng dan DAP.

Thursday 2 April 2015

SERANGAN TERBARU MAHATHIR YANG DITAKUTKAN UBN, SERANGAN RAKYAT TAK DIPEDULIKAN

Sekarang ini tengah kecoh para penyokong UBN apabila pagi tadi, satu lagi posting daripada Mahathir yang amat mereka kagumi dan pernah disetarafkan sebagai salah seorang makhluk termulia, menimbulkan beberapa persoalan kepada Najib dan pentadbirannya.

Mahathir sekadar mengulangi beberapa persoalan yang sebenarnya seringkali menjadi buah mulut rakyat bawahan, termasuklah menjadi buah serangan para pemimpin Pakatan Rakyat yang langsung tidak dijawab oleh Najib Abdul Razak mahupun pegawai-pegawai bawahannya. Kalau kita perhatikan, setiap soalannya adalah soalan-soalan yang sama, yang diulang-ulang tetapi tidak dijawab dengan baik oleh UBN.

Seolah-olah UBN memang ada agenda dan perbuatan jahat yang cuba disembunyikan dan enggan diketahui oleh orang ramai, khususnya para pengundi.

Menariknya, mereka lebih pula menyerang peribadi Mahathir, sepertimana yang mereka lakukan kepada kepimpinan PAS dari tahun-tahun zaman Mahathir berkuasa dahulu lagi. Kaedah yang sama, tetapi lebih kepada syok sendiri yang akhirnya membuatkan para pengundi mereka sendiri meluat dan berpindah ke dalam PAS, kemudian menimbulkan masalah dalam PAS sepertimana yang sedang berlaku sekarang.

Di mana-mana sahaja UBN dan di mana-mana sahaja ada penyokongnya sama ada mereka masih menyokong atau pun bekas penyokong, masalah akan tercetus. Contoh terbaik adalah Anwar Ibrahim dalam PKR dan Kamaruddin Jaafar dan Saari Sungip dalam jemaah kita sendiri.

Sekarang, mereka sibukkan pasal posting Mahathir dalam blognya. Mahathir dituduh akan menjatuhkan Najib sedangkan hakikatnya, Najib dan UBN sedang perlahan-lahan dijatuhkan pun.

Ini iktibar untuk PAS juga...

Dalam apa juga keadaan yang membabitkan maslahat awam, jangan sesekali kita cuba bersikap berselindung dan menutup masalah. Kita perlu terangkan masalah tersebut kepada rakyat serta rasionalisasi yang kita ambil kepada keputusan berkenaan.

Tapi masalah Mahathir, bukanlah besar. UBN sekarang sedang buta kerana beranggapan seorang lelaki tua yang tidak ada lagi kepentingan dalam politik bakal menjatuhkan Najib dan UBN. Yang mereka tidak sedar, ialah pada peringkat bawahan, kemarahan rakyat semakin membuak-buak kerana kesan tekanan harga yang melampau dan kegagalan UBN menguatkuasakan polisi serta dasar-dasar percukaian yang mereka sendiri atur.

Sikap berbolak balik dan penakut UBN untuk berhadapan dengan realiti sebenar, wajar kita gunakan dalam menekan UBN agar akur dengan tuntutan kita untuk mengadakan hudud di Kelantan sebagai memenuhi tuntutan al Quran. Kesempatan ini tidak boleh kita lepaskan. Gunakan dengan sebaik-baiknya, bukan untuk kepentingan DAP atau PKR, sebaliknya untuk PAS dan umat Islam yang mahu melaksanakan titah perintah Allah Taala.

Kita tahu, kenaikan harga yang berlaku sekarang bukanlah disebabkan oleh GST tetapi kerana ketamakan para peniaga, khususnya Cina yang sedang bersatu hati untuk membuktikan bahawa orang Cina lebih hebat bagi mewujudkan Negeri-Negeri Cina merangkumi Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor dan Singapura pada PRU-14 nanti.

Tidak perlu untuk kita membantu UBN untuk menjelaskan perkara sebenar, tetapi kita boleh bantu untuk mengukuhkan umat Islam dengan memastikan DAP dan PKR tersungkur dan akhirnya terpaksa mengemis di kaki kita.

Kita boleh... Allah Taala telah menjanjikan kemenangan Islam dan janji-janji Allah Taala tidak pernah dimungkiri.

Cuma kita perlu guna akal dan lebih bijaksana, bukannya dengan mengikut membuta tuli kemahuan DAP dan PKR.


Ahli-Ahli dan Pengundi-Pengundi PAS Permatang Pauh Wajar Ajar PKR dan DAP, Siapa Sebenarnya Yang Berkuasa

Tidak boleh dielak lagi. PRK Permatang Pauh akan diadakan setelah Speaker Dewan Rakyat menghantar surat kepada SPR tentang pengosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh Anwar Ibrahim setelah permohonan ampun yang dibuat oleh keluarganya kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong, ditolak.

Semalam, Salleh Man, satu-satunya wakil rakyat PAS di DUN Pulau Pinang, tidak menafikan akan berlaku pengurangan 5000 undi kepada PKR dari akar umbi PAS. Teruk juga Salleh Man kena bantai. Malah dengar cerita, jawatannya dalam Majlis Agama Islam Pulau Pinang pun terancam kerana kenyataan tersebut.

Lim Guan Eng tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kaedah ugutan ke atas Salleh Man bagi memastikan kemenangan PKR dalam PRK Permatang Pauh. Ndak-ndak pula calonnya adalah Wan Azizah atau Nurul Nuha yang dilihat oleh Lim Guan Eng sebagai Melayu yang mudah dipegang kepala ekoran semua rahsia Anwar Ibrahim ada dalam tangan DAP.

Ia samalah seperti tindakan yang dikenakan kepada Iszuree Ibrahim yang akhirnya kehilangan jawatan sebagai Ahli Majlis kerana kelantangannya mengecam dan mengkritik dasar yang digunakan oleh Lim Guan Eng dalam kes-kes membabitkan tanah wakaf dan kepentingan umat Islam di Pulau Pinang. Malah Iszuree difitnah pula sebagai kononnya gagal melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Majlis. Kononnya suka ponteng, suka tidur semasa mesyuarat dan tidak tahu apa-apa. Hakikatnya, Lim Guan Eng tidak dapat menjawab dan cuba menutup malu kerana penyelewengan dan skandal rasuahnya yang dilakukan turut membabitkan isterinya, Betty Chew sudah terdedah dan diperkatakan oleh masyarakat Cina sendiri.

PKR cukup suka bercakap besar walaupun hakikatnya, mereka sebenarnya amat bergantung harap kepada para pengundi PAS untuk memenangkan calon-calon mereka. Itulah sebabnya apabila calon-calon mereka kalah, mereka akan segera menyalahkan pengundi-pengundi PAS sepertimana yang berlaku di Sungai Acheh. Yang calon-calon PAS pula kalah, tidak pula mereka salahkan ahli-ahli PKR yang tidak menyokong atau mengundi calon-calon PAS.

Mereka paling lantang bersuara apabila menyatakan Parlimen Permatang Pauh adalah HAK MUTLAK PKR dan PAS tidak boleh sama sekali bertanding di situ.

Baiklah, PAS tidak payah bertanding. Tetapi elok juga kalau dikatakan, ahli-ahli PAS yang menjadi pengundi di Permatang Pauh, TIDAK PAYAHLAH MENGUNDI calon PKR. Biarkan sahaja PKR dengan ahli-ahli mereka yang tidak seberapa yang terlibat dalam proses pengundian. Mungkin DAP boleh menggerakkan ahli-ahli mereka untuk meramaikan majlis ceramah PKR nanti. Atau pun DAP memindahkan seberapa ramai pengundi-pengundi mereka yang berlebihan ke Parlimen Permatang Pauh sepertimana yang sedang dilakukan oleh DAP di seluruh negara sekarang ini.

Lebihan pengundi seperti di Air Putih, Jelutong, Bukit Mertajam dan sebagainya, mungkin boleh dipindahkan dan diarahkan mengundi di Permatang Pauh sepertimana Teresa Kok memindahkan pengundi-pengundinya di Seputeh ke kawasan-kawasan lain yang dimenangi oleh PKR dan UMNO di Selangor. Jadi, pada masa hadapan, Permatang Pauh bolehlah ditandingi dan dikuasai oleh DAP pula sebagaimana yang dilakukan oleh DAP di seluruh Perak.

Ahli-ahli dan pengundi-pengundi PAS sudah sepatutnya berhenti daripada berangan-angan akan memperolehi kemenangan menerusi tahaluf siyasi dengan DAP. Ini adalah masanya untuk kita buktikan dan tunjukkan kepada PKR dan DAP kekuatan kita yang sebenarnya. Kita tak boleh lagi jadi pengikut bodoh yang hanya mengikut dan mengiyakan apa-apa sahaja kehendak PKR dan DAP.

Sudah sampai masanya untuk kita kembali berdiri di atas kaki kita sendiri. Biar mereka pula yang terhegeh-hegeh untuk mendapatkan dan nak berkawan dengan kita, bukan sebaliknya. Selagi mana kita terus dengan sikap pengecut dan hanya berani untuk berhadapan dengan UBN sahaja, selagi itulah kita akan terus ditindas dan apa-apa sahaja yang kita syorkan akan dicampak ke dalam tong najis.

Kita boleh mulakan dengan PRK Permatang Pauh dan anggaplah PRK Permatang Pauh adalah ujian yang Allah Taala berikan kepada kita untuk membuktikan betapa bersatunya hati kita dalam jemaah demi perjuangan Islam yang syumul, bukannya tahaluf siyasi yang akhirnya menjadikan kita sebagai anjing kurap.

Wednesday 1 April 2015

Akhirnya Phahrolrazi Zawawi Dapat RESTU Lim Guan Eng Untuk Jadikan PASMA Sebagai Sebuah Parti Politik


Dari zaman Almarhum Ustaz Azizan lagi, Phahrolrazi Zawawi tunjuk hebat dan tunjuk pandai bila Lim Guan Eng bersetuju untuk mendalangi pergerakannya. Sebelum mempunyai hubungan dengan Lim Guan Eng, Phahrolrazi hanyalah burung puyuh yang meronok ke dalam segala celah belukar dengan ketayap dan sembang-sembang kononnya dia ustaz.

Semuanya bermula apabila Almarhum Ustaz Azizan mengambil pendekatan keras dan enggan tunduk dengan Lim Guan Eng dalam beberapa isu termasuklah isu air mentah yang disalurkan kepada Pulau Pinang secara percuma tetapi Pulau Pinang mengenakan bayaran yang tinggi kepada penduduk di seluruh Pulau Pinang. Kedah tidak dapat satu sen pun daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang buat untung. Turut menjadi pertelagahan dan kebencian Lim Guan Eng kepada Almarhum Ustaz adalah apabila Almarhum pernah membangkitkan isu bayaran pampasan tahunan Pulau Pinang kepada Kerajaan Negeri Kedah yang sepatutnya bukan lagi bernilai RM10,000 kerana itu adalah harga 300 tahun dahulu. Sebaliknya Pulau Pinang perlu membayar pampasan kepada Kedah lebih RM100 juta setahun atau Pulau Pinang dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Kedah dan menjadi salah sebuah daerah negeri Kedah sebagaimana asalnya.

Nak lawan Almarhum Ustaz secara direct, Lim Guan Eng tak berani. Apatah lagi, Almarhum Ustaz secara tegas telah menghalang DAP Kedah daripada mendapat lebih banyak kerusi DUN Kedah. Jadi, Lim Guan Eng terpaksa gunakan orang dalam PAS sendiri, terutama pemimpin yang bermata duitan dan mudah tergoda dengan kejelitaan serta kemontokan kulit gebu perempuan-perempuan cantik.

Orang yang paling layak adalah Phahrolrazi Zawawi yang kebetulan juga sedang marahkan Almarhum Ustaz kerana enggan menyerahkan kontrak pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikian jalanraya di seluruh Kedah kepada syarikat anaknya memandangkan syarikat tersebut bermasalah, selain Phahrolrazi sendiri terlibat dengan rasuah dengan seorang taukeh balak Cina Kedah. Almarhum Ustaz mempunyai bukti bagaimana Phahrolrazi Zawawi yang pada ketika itu merupakan Exco Kanan mempunyai skandal penyelewengan dalam banyak projek termasuklah Madrasah Salihiah, pembalakan dan pasir serta mineral di seluruh Kedah sepanjang PAS menjadi Kerajaan Negeri dari tahun 2008-2013.

Hari ini, dalam satu kenyataan, Phahrolrazi menyatakan PASMA akan mengambil masa selama dua bulan iaitu selepas konvensyen agung PASMA untuk membuat keputusan menjadikan PASMA sebagai sebuah parti politik untuk bersekongkol dengan DAP dan PKR sekaligus menggantikan PAS. Phahrolrazi Zawawi tidak menolak rancangan menjadikan PASMA sebagai sebuah parti politik.

Phahrolrazi Zawawi tidak sepatutnya menunggu sehingga 2 bulan. Sepatutnya umumkan sahaja pendirian sebenar PASMA untuk menjadi sebuah parti politik dan bertanding di Kedah menggantikan PAS sekaligus membuka peluang Phahrolrazi Zawawi sebagai Menteri Besar Kedah menggantikan Mukhriz Mahathir. Bukankah Phahrolrazi Zawawi pernah mendabik dada yang dia sebenarnya lebih layak untuk menjadi Menteri Besar Kedah berbanding Almarhum Ustaz yang didoakannya cepat mati?

Lagipun ini kali entah ke berapa Phahrolrazi mendabik dada kononnya PASMA sedang mendapat sambutan hangat.

Anehnya dalam pemilihan PAS Kuala Kedah baru-baru ini, semua calon tajaannya kalah merudum. Malah musuh peribadinya, Amiruddin Hamzh yang pernah dituduhnya sebagai AGEN UMNO pula yang berjaya meletakkan geng sendiri. Calon Presiden PAS yang disyorkan oleh Phahrolrazi yang juga merupakan orang kuat PASMA yang menjadi gam perekat dengan DAP Perak, Ahmad Awang, ditolak bulat-bulat oleh PAS Kawasan Kuala Kedah. Satu-satunya orang Phahrolrazi yang masih tinggal dalam PAS Kuala Kedah hanyalah Nasir Mustafa.

Cepatlah tubuhkan PASMA sebagai sebuah parti politik, Phahrolrazi. Dah ramai nak tengok, hebat sangat ke duit ringgit Lim Guan Eng yang maintain kamu punya kemewahan dan kekayaan sebelum ini.