Tuesday 25 August 2015

TIADA KERAHAN AHLI Terlalu Ringan Berbanding Mudarat dan Pecah Belah Yang Telah Dilakukan oleh Kafir dan Munafiq Ke Atas PAS


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah membuat keputusan bahawa BERSIH 4.0 tidak akan melibatkan PAS sama sekali. Justeru itu, ahli-ahli PAS tidak akan dikerah untuk menyertai demonstrasi BERSIH 4.0 yang mendapat dana daripada Zionis menerusi NED, NDI dan OSI pada 29 dan 30 Ogos ini bertujuan untuk menggulingkan Kerajaan Malaysia untuk digantikan oleh Kerajaan Anak-Beranak Lim atau menggunakan proksi mereka yang sangat bebal tetapi amat laparkan kuasa, iaitu Mat Sabu dan konco-konconya.

DAP pernah berjaya melakukannya pada tahun 2008 sehingga Februari 2009 dengan menjadikan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak dan haslnya, mereka berjaya merampas tanah Melayu menerusi pajakan selama 999 tahun untuk perkampungan bekas pengganas komunis yang telah diwujudkan pada zaman British menerusi Program Briggs.

Kejayaan terbesar DAP sekarang adalah dengan menghancurkan perkampungan-perkampungan Melayu di Pulau Pinang dengan menjadikan tanah-tanah wakaf di seluruh Pulau PInang yang tidak berdokumen sebagai tanah-tanah kerajaan atau orang perseorangan yang kemudiannya dijual kepada pihak pemaju untuk dibangunkan perumahan berharga mahal yang tidak mungkin mampu dibeli oleh Melayu dan umat Islam.

Lim Guan Eng sendiri pernah cuba merampas lapan lot tanah persendirian milik Melayu di Kampung Pokok Asam, Jelutong pada tahun 2012 selain mengancam untuk menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi tujuan menghalau orang Melayu di situ. (DI SINI)

Kesilapan terbesar PAS sepanjang 2008 sehingga 2015 ialah sentiasa memberikan ruang yang sangat besar kepada DAP untuk mengambil kesempatan memperlekehkan Islam dan umat Islam. PAS yang dikuasai oleh golongan yang sekarang ini berada dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) yang telah memperkukuhkan kedudukan Lim Guan Eng dan DAP, malah cuba menggambarkan Lim Guan Eng dan DAP sebagai penyelamat beragama kafir yang sanggup berkompromi dengan umat Islam, sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.

Keputusan yang diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan bahawa PAS tidak akan mengerahkan ahli-ahlinya untuk menyertai BERSIH 4.0, sebenarnya terlalu ringan dan mudah berbanding apa yang telah dilakukan oleh DAP dan PKR ke atas PAS.

Hanya golongan bebal dan buta perut sahaja yang akan menafikan, kesemua demonstrasi besar yang dianjurkan oleh DAP dan PKR sebenarnya dijayakan oleh PAS. Persemendaan atau lebih popular dengan istilah Tahaluf Siyasi antara PAS dengan PKR-DAP mewajibkan PAS mengerahkan ahli-ahlinya untuk meramaikan apa-apa sahaja demonstrasi yang dianjurkan oleh kedua-dua parti tersebut. Ahli-ahli PAS jugalah yang diarahkan dan dikerah untuk meramaikan acara ceramah politik melibatkan DAP dan PKR. Malah ahli-ahli PAS jugalah yang diharapkan untuk menjadi aktif di media-media sosial seperti Facebook dan Blog untuk menggambarkan yang DAP dan PKR adalah penyelamat umat Islam di negara ini.

Sepatutnya PAS mengharamkan terus ahli-ahlinya daripada terlibat dengan PKR dan DAP. Kalau ada yang mengaku menjadi ahli PAS tetapi terkinja-kinja dengan demonstrasi yang dianjurkan oleh DAP dan PKR atas nama BERSIH 4.0 yang menggunakan dana daripada organisasi Zionis yang diperolehi oleh Ambiga Sreevanasan baru-baru ini di Frankfurt, mereka sebenarnya adalah MUNAFIQ dan ZINDIQ yang sebenarnya mengharapkan kuasa kafir ke atas Islam di negara ini mengatasi segala-galanya.

Hanya golongan munafiq tegar sahaja yang akan bersama-sama DAP dan PKR dalam demonstrasi BERSIH 4.0 selepas imam-imam jemaah memutuskan bahawa demonstrasi itu sebenarnya adalah perkara maksiat yang mendatangkan mudarat lebih besar kepada umat Islam dan perjuangan Islam di negara ini.


4 comments:

Anonymous said...

GHB yakin ramai ahli PAS sertai Bersih 4

Pengerusi GHB Mohamad Sabu berkata, walaupun kali ini tiada arahan daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang namun beliau yakin bilangan sokongan rakyat tidak menyertai himpunan aman tidak akan terjejas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015.
Pengerusi GHB Mohamad Sabu berkata, walaupun kali ini tiada arahan daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang namun beliau yakin bilangan sokongan rakyat tidak menyertai himpunan aman tidak akan terjejas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015.
Gerakan Harapan Baru (GHB) yakin ramai ahli PAS akan turun menyertai himpunan Bersih 4 walaupun presiden parti Islam itu secara rasmi menghantar tiga wakil sahaja, kata Mohamad Sabu.

Pengerusi GHB itu berkata, walaupun kali ini tiada arahan daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang namun beliau yakin bilangan sokongan rakyat tidak menyertai himpunan aman tidak akan terjejas.

"Tidak terjejas bahkan saya yakin ahli PAS juga akan bersama dalam himpunan itu.

"Bersih adalah isu rakyat tidak kira parti politik semua akan turun," katanya pada sidang media di pejabat GHB Selangor di Shah Alam, hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut keputusan Hadi yang mahu menganjurkan himpunan berasingan.

"Saya tidak mahu ulas hal parti lain tetapi 1 Mei yang lalu mereka buat himpunan yang berasingan di Padang Merbok.

"Himpunan 1 Mei membantah GST adalah keputusan muktamar PAS itu pun waktu itu mereka dah buat berasingan.

"Jadi ulasan mengapa mereka buat berasingan elok pihak mereka memberi penjelasan," katanya.

Mohamad, juga dikenali Mat Sabu sekali menyatakan sokongan penuh GHB terhadap Bersih 4 anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan menyediakan 500 sukarelawan unit keselamatan, Arif untuk bertugas bersama Pemuda DAP (Dapsy) dan Pemuda PKR.

Beliau turut menolak dakwaan Bersih hanya mendapat sokongan satu kaum sahaja, dan yakin Melayu menjadi kaum paling ramai menyertainya pada 29 dan 30 Ogos nanti.

"Kita harap semua kaum akan turun dan memberi kerjasama. Saya yakin di kalangan ahli parti pemerintah juga akan bersama kita kali ini," katanya.

Mengenai penubuhan parti baharu, Parti Amanah Rakyat, Mat Sabu berkata sidang media pengumumannya akan diadakan pada 31 Ogos pukul 3 petang di Hotel Vistana, Kuala Lumpur.

Manakala majlis pelancaran parti itu akan diadakan pada 16 September depan.

"Selepas itu kita akan turun kebawah secara insentif. Kalau sekarang negeri, selepas itu kawasan untuk memberi penerangan kalau berbanding jelajah sekarang," katanya.

Diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad GHB akan bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tahun depan, Mat Sabu bagaimanapun berkata sebaliknya.

"Kami belum bincang hal pertandingan pilihan raya. Sekarang tumpu pendaftaran parti kemudian nanti kami nak tumpu menambah ahli dan mengangkat isu rakyat

"Itu pandangan Khalid, kita belum buat keputusan. Pandangannya itu nanti kita akan bawa dalam perbincangan," katanya. – 25 Ogos, 2015.

Anonymous said...

Tahniah Pas kerana berani BERUBAH.Sikap rasional beginilah yg rakyat kehendaki.Undi saya sekelurga adalah utk Pas kali ini.

Anonymous said...

GELI TELINGA AKU BACA ENTRI KAO.

BERTAHUN TAHUN JADI BARUA DAP, BARU HARI NI NAK SEDAR..DULU BILA UMNO KATA DAP ANTI ISLAM, PAS MELALAK MACAM ANJING PERTAHAN DAP....DASAR BUTA KAYU, BODOH TAK BOLEH DIAJAR

Anonymous said...

Salam tuan Admin,
minta tuan highlightkan issue pihak gereja mahu membela peserta bershit 4 nanti..lain macam permainan nie..