Tuesday 2 December 2014

Pembohongan Besar PENULIS UPAHAN PASMA Tentang Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah

Analisa Awal Terhadap Buku Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah: Kecelaruan Paling Besar Pada Fakta Pembentukan Kerajaan - (Mukasurat 19)

Kelahiran kembar tidak seiras - sebuah buku dan sebuah NGO.


MSO memulakan penjelajahan ke Kedah, menemubual sumber ceritanya bagi menulis buku ini pada Febuari 2014, selari ketika dan waktunya dengan pendaftaran sebuah NGO bernama PasMa. NGO berteraskan kebajikan beralamat di tingkat atas sebuah kedai barangan elektrik di Jitra itu , belum berketuakan Dato' Phahrolrazi, tetapi memakai nama anak kepada Taib Ahmad, Setiausaha NGO itu sekarang ini. Kepimpinan NGO itu berubah juga selari waktunya dengan terbitnya buku yang sarat dengan penceritaan bias, penipuan fakta, putar belit dan penjulingan sejarah bertajuk "Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah -The Inside Story. Bolehkah kebetulan-kebetulan ini diterjemahkan kepada kenyataan bahawa PasMa dan Buku MSO ini lahir dari perut yang sama, atas tujuan dan matlamat yang serupa?

Sejarah adalah tentang orang, tarikh dan peristiwa -kesilapan serius!

MSO memulakan tulisannya mengenai pembentukan Kerajaan Negeri Kedah oleh PAS dipimpin oleh Ustaz Azizan, dengan kecelaruan dan kesalahan fakta yang serius. S Manikumar dan Abd Ghani Ahmad dinamakan sebagai Exco daripada PKR sedangkan S. Manikumar belum menjadi Adun pun waktu itu, manakala Abdul Ghani belum menjadi Exco, dilantik sebagai Timbalan Speaker daripada PAS. Dia adalah YDP PAS Kawasan Jerlun.

S. Manikumar bertanding dan menang dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau setelah DSAI mengarahkan V Arumugam meletakkan jawatan sebagai Exco dan Adun Bukit Selambau. Selepas itu barulah dia dilantik sebagai Exco. Ini fakta penting politik Negeri Kedah dan Negara Malaysia, mana boleh dia sambil lewa menulisnya.

Seorang lagi Adun PAS yang menjadi Exco ialah YB Abdullah Jusoh, Adun Pantai Merdeka, YDP PAS Kawasan Sungai Petani. (Dia digantikan oleh Abdul Ghani Ahmad selepas dua tahun). Lim Soo Nee dan Tan Chau Kang @Tan Joo Long belum menjadi Exco, mereka dilantik kemudian menggantikan Muhammad Radzi Salleh (Lunas) yang melompat menjadi bebas dan Tan Wei Shu (Bakar Arang)- melompat menjadi bebas setelah kerusi Exco diberikan kepada Tan Chau Kang yang keras kesetiaannya. Benar! Adun Bakar Arang itu kemudian membuktikan kerapuhan politiknya dengan melompat meninggalkan PKR kerana hilang jawatan Exco.

Membalas Dendam Pada Yang Belum Wujud: Kurang Siuman!

MSO cuba menyerlahkan niat jahatnya bila menulis bahawa PAS Kedah dibawah pimpinan Ustaz Azizan MEMBALAS DENDAM kepada DAP, apabila Adun tunggal DAP, Lee Guan Aik tidak dilantik sebagai Exco. Dendam PAS Kedah ini kerana DAP di Pulau Pinang tidak melantik Adun tunggal PAS di sana sebagai Exco.

Adakah MSO tidak tahu atau sengaja buat-buat tidak tahu, Kerajaan Negeri Kedah dibentuk lebih awal daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. MB Kedah mengangkat sumpah jawatan pada 10 Mac 2008 (MSO tulis 9 Mac), dan Exco Kerajaan Negeri Kedah mengangkat sumpah membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan Kedah pada 12 Mac. Kerajaan Negeri Kedah adalah yang pertama dibentuk selepas PRU12.

Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada 11 Mac dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pulau Pinang pada 13 Mac. Mana mungkin yang selesai dahulu (Kedah) dituduh membalas dendam kepada yang terkemudian (Pulau Pinang)?

"Lembu Punya Taik, Sapi Dapat Nama..."

MSO memang tidak tahu atau sumber ceritanya sengaja memutarbelit sejarah, apabila menuduh Pakatan Rakyat Kedah tiada kesatuan, dan kerajaan negeri dilihat cacat, tidak diuruskan dengan adil dan gagal menyerlahkan kesyumulan PR, tidak meyakinkan rakyat apabila tidak melantik Exco daripada DAP.

Tidakkan MSO sedar bahawa Pakatan Rakyat belum wujud sewaktu PRU12, PAS hanya ada hubungan persefahaman dengan PKR dan PKR ada hubungan dengan DAP. PAS hanya berunding kerusi dan perkongsian kuasa dengan PKR, yang kemudiannya berunding kerusi dengan DAP. Di Kedah, PAS bertanding 24 kerusi, 12 kerusi diserah kepada PKR. PKR berunding dengan DAP untuk pembahagian 12 kerusi itu. Mereka bertembung 3 penjuru di kerusi DUN Derga, bila Chong Kai Yan, bekas Exco BN Kedah menyertai PKR dan ingin bertanding di kerusi itu. Rundingan mereka gagal, menyebabkan kerusi tradisi DAP itu terlepas kepada Gerakan. DAP hanya diberi bertanding di Kota Darul Aman, dan menang.

Begitu juga kuota kerusi Exco, PAS berunding dengan PKR dan menyerahkan 3 kerusi kepada mereka berdasarkan nisbah kerusi yang ditandingi. Merekalah mengambil semuanya, tidak menyerahkan satu kepada DAP. Satu sejarah juga ialah semua Adun PKR Kedah pernah menjadi Exco. Bagaimana mungkin MSO membangkitkan isu dendam PAS kepada DAP dan nipisnya kesatuan dalam PR di Kedah pada waktu itu, sedangkan PR belumpun wujud dan PAS belum ada hubungan rasmi dengan DAP?

Mengapa fakta sepenting ini gagal diketahui oleh MSO sebagai seorang penulis politik? Mengapa kegagalan PKR merunding kerusi DUN dan Exco dengan DAP diletakkan bebannya ke atas PAS pimpinan Ustaz Azizan? Bukankah ini adalah bayangan niat serong yang tersembunyi dalam tulisannya? Mana boleh diceritakan bahawa 'uri telah ditanam sedangkan bayi belum lahir'?

Rumusan...

Penulis cuba memutar belit fakta dan urutan sejarah, berusaha menggambarkan PAS Kedah yang membentuk Kerajaan Negeri Kedah, di pimpin oleh Almarhum Ustaz Azizan bersikap tidak menghormati pihak lain dan berdendam. Kelemahan yang direka dan diserlahkan seawal bab pertama ini bertujuan menimbulkan susuk Ustaz Azizan sebagai punca masalah yang berlaku dan melonggokkan beban kepadanya. MSO dan sumbernya cuba melentur dan menambat persepsi pembaca supaya senget dan condong, membina pandangan negatif dan prasangka kepada beberapa orang tokoh dalam bab-bab berikutnya.

MUHAMMAD SANUSI MD NOR

13 comments:

Anonymous said...

Yang sebenarnya .. MSO .. PENULIS CARI MAKAN ..
JIKA ADA TUAN YANG MENBERI $$$$ .. MAKA MSO AKAN MENPERTAHAN KAN SAMPAI KETITISAN DARAH YANG AKHIR..
Apa komen HUSAM JANAPARI TENTANG SAUDARA MSO..

Anonymous said...

Cari makan....
jadi pengkhianat pun ok...
janji masyukkkkk

Anonymous said...

Apa nak diriuh lagi. Pas dah kalah di Kedah. Satu penggal saja dapat bertahan. Anak melayu Kedah dah cerdik. Banding sendiri lah Kedah sekarang dengan Pas dulu masa bawah Pas. Insyaalah , Umno akan perintah Pas selagi Mukhriz MB nya.

Umno bukan lah baik sangat tapi lebih banyak baiknya daripada Pas.

Pak Tua

Anonymous said...

Pas kena selesaikan masalah najis PASMA.

Ader berani kaa, singkir Mat Sabu

Anonymous said...

parasit parasit PAsMA .. sedang BERGERAK DI KELANTAN DENGAN MENREKRUT PENYOKONGNYA..TERBARU DI LUBUK JONG PASIR MAS..

Unknown said...

tak ada benda lain puak munafik Pas ni....dulu apa2 pun Umno salah la ni Pasma pulak salah yang betul sapa sebenarnya....puak2 munafik Pas ka????

Anonymous said...

Tindakan DAP mencalonkan orangnya untuk jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor menunjukkan :

1. DAP tidak boleh dipercayai.
2. DAP tidak peduli janji sebelum , kalau dia rasa dia patut dapat dia akan lawan untuk mendapatkannya.
3. DAP tidak ada semangat tolak ansor.
4. DAP tidak peduli perasaan rakan.
5. DAP tidak ada semangat setia kawan.

Perhitungan Pak Tua :

Jika dalam PRU14 , DAP mendapat kerusi paling banyak dalam kalangan parti PR , DAP tidak akan beri laluan kepada Pas atau PKR mengetuai kerajaan - PM orang mereka , orang PKR jadi TPM1 dan orang Pas jadi TPM2 + jawatan penting sepeti Kewangan , Pertahanan , KDN , Perdagangan dan Pendidikan orang DAP.

Anda mungkin anggap Pak Tua ini Bangang , tidak mengapa menjadi seorang Bangang kerana aku hendak menyelamat bangsa dan agama ku , kerana aku hendak menyelamatkan Pas daripada bodoh berterusan " SANGGUP BERKONGSI SEMANGKOK SUP DAGING BABI DENGAN DAP DARIPADA BERKONGSI SEMANGKOK SUP DAGING LEMBU DENGAN UMNO "

Mahaguru Nik Aziz dan Mahaguru Hadi Awang , sedarkan kamu Sup Yang DAP beri itu adalah Sup Daging Babi .

Orang Pas harus pilih diantara dua :

1. NAK HIRUP SUP DAGING BABI.

2. NAK HIRUP SUP DAGING LEMBU YANG TIDAK DISEMBELEH CARA ISLAM.

APA PILIHAN ANDA .? .... pilih no. 1 ATAU pilih no. 2.

Pak Tua

Anonymous said...

Mahaguru Nik Aziz
Mahaguru Hadi Awang

Anonymous said...

Mat sabon nak sup babi...
sedappppp

Anonymous said...

Sup babi tak main lah. Tapi kalau amoi cina terpelanting aku punya ketayap ngan serban. Sedapnya sehingga menjilat......

Anonymous said...

PKR+DAP+PASMA-PAS = PRU 14...semua orang boleh nampak...cuma yang tak sedar diri PAS aje..

Anonymous said...

Bodoh sombong selalu kena buli....
kahkahkah.....
malu la weii...gelaran...... tuan.......guru.....
tak sangka guru pon boddow....
anak murid bertengkat la boddow...

Anonymous said...

Awas Melayu

Jangan jadi bodoh. Jangan terlajak bertindak. Nak buat laporan polis , okay lagi. Nak demo atau berarak atau violence .... aku kata itu TINDAKAN BODOH.

Fikir punya fikir , tenong punya tenong , aku rasa ISU KALIMAH ALLAH & HUDUD ini adalah wayang DAP & Pas. Hujah aku berdasarkan apa yang kita boleh saksikan .....

1. Isu kalimah allah , Kali pertama LGE juga yang cetuskan. Waktu itu Nik Aziz & Hadi Awang secara terbuka meyokong LGE.

2. Isu kalimah allah , kali kedua LGE juga yang mencetuskan. Setakat hari ini adakah apa2 komen daripada Nik Aziz & Hadi Awang ? Ada siapa pernah terdengar atau terbaca ? Memuji tidak , mengeji pun tidak. Kenapa ? Bukan mereka berdua saja , malah tidak sekoq pemipin Pas yang menghentam LGE , kenapa mereka jadi SETAN BISU ?

3. Perancangan perlaksanaan Hudud di Kelantan , Pas tidak sangka Umno nak sokong. Pas kantoi kerana mereka harap agar Umno tidak membuat kenyataan terbuka menyokong , tapi TPM MY & Jamil Khir telah mengambil tindakan yang Pas tak jangka. Terkejut berok Nik Aziz & Hadi Awang , sebab itu mereka 2 ini tidak pernah mengucapkan terima kasih secara terbuka kepada Umno atas sokongan & bantuan untuk merealisasikan hudud di Kelantan. Ada pernahkan anda melihat atau terbaca Nik Aziz & Hadi Awang berjumpa atau bermesyuarat dengan TPM MY & Jamil Khir berkenaan hudud di Kelantan . Ada pernah ?

Sepatutnya bila Umno sudi membantu Pas untuk menjayakan perlaksanaan hudud di Kelantan , ini lah satu2nya peluang untuk Pas rapat kepada Umno , hudud menjadi pembuka bicara , sambil2 tuh boleh bincang banyak perkara yang menyentoh perjuangan melayu & Islam di Malaysia. Tetapi ini tidak berlaku , bukan kerana Umno tak berminat , tapi kerana Pas tak mahu DAP mencurigai kesetiaan baiah Pas kepada DAP semasa menjalinkan tahaluf siasi.

4. Berkaitan hudud , DAP & Pas nampak macam berbalah , nampak macam Pas & DAP akan bercerai talak tiga. Ramai orang Umno dan pro Umno teruja , lalu ramai bersorak riuh agar hubungan Pas & DAP hancor.

Saya gerenti , Pas tidak akan bercerai dari DAP. Hujah saya ialah , dalam perbalahan itu DAP nampak macam tak mahu Pas kekal dalam PR , Pas pulak dengan nada sombong meminta DAP keluar PR jika tidak bersetuju dengan hudud di Kelantan , sedangkan kita semua tau dan mengakui DAP adalah taiko dalam PR , hitam kata DAP maka hitam lah PR , puteh kata DAP maka puteh lah PR jadinya , siapa Pas nak minta DAP keluar PR ? kalau DAP keluar tak kan PKR nak kekal bersama Pas dalam PR , kita jangan lupa dasar PKR itu caca merba - tidak ada sikit pun untuk islam , kalau DAP & PKR dah tinggalkan PR , tinggal Pas sorang2 maka masih ujud lagikah PR ?

Dan satu lagi , kita jangan lupa , dah puloh kali , diserata tempat , disemua majlis , Pas bersumpah BIAR APA PUN YANG BERLAKU PAS TETAP ISTIQAMAH BERSAMA PKR , ini satu baiah ikhlas Pas kepada DAP , mungkir janji ada lah dosa besar , masuk neraka.

Cukup setakat itu hujah Pak Tua , sekarang anda nampak ke tidak dakwaan Pak Tua bahawa KALIMAH ALLAH & HUDUD ini adalah WAYANG DAP & PAS.

Ingatan Pak Tua kepada Umno , tidak mengapa nak rapat dengan Pas , tapi waspada kerana JERAT TIDAK LUPA PELANDOK. Kepada kita2 yang pro Umno jangan terlajak emosi konon mempertahankan agama. Ingat lah Allah itu bukan tuhan orang Umno dan pro Umno sahaja , tuhan juga kepada oang Pas dan tuhan kepada setiap yang mengucap dua kalimah shadah .... LAILAHAILLALLAH , MUHAMADURASULULLAH.

Pak Tua