Sunday 12 August 2012

MAMPUS NAJIB! BTN DAH JADI SENJATA BARU PKR!

Dulu, antara jentera UMNO yang paling ditakuti pembangkang adalah Biro Tata Negara. Biro yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri ini mempunyai kekuatan tersendiri dalam gerak saraf bagi mengekalkan sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Namun, keadaan sudah berubah sekarang. Semenjak Raja Ariff menjadi Ketua Pengarah BTN, biro tersebut kini bertukar hala tuju. BTN kini bertindak bagaikan gunting dalam lipatan. Najib pula seolah-olah tidak tahu apa yang sedang berlaku.

Gabungan Raja Ariff dengan Sahlan, abang Saifuddin Nasution yang juga merupakan setiausaha politik Najib, kini memudahkan banyak kerja Pakatan Rakyat. Sahlan yang sedang berkira-kira untuk menjadi calon pilihanraya mewakili UMNO di Pokok Sena, Kedah bertindak melebihi lajak dari laju.

Tanpa mengambil kira pandangan UMNO Kedah, Sahlan berlagak seolah-olah dia mendapat mandat daripada Perdana Menteri untuk pencalonan itu. Banyak program yang dilakukan oleh Sahlan di Pokok Sena tidak melalui UMNO Kedah. Bahkan UMNO Kedah juga tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengawal Sahlan.

Bagi PAS, apa yang dilakukan oleh Sahlan dan Raja Arif, Ketua Pengarah BTN, tidak banyak membantu kerana musuh mereka yang paling utama adalah PAS. Walaupun kedua-dua orang ini membantu PKR secara langsung, namun setakat itu sahajalah. PAS tidak boleh menumpang mereka kerana matlamat BTN Putrajaya sekarang adalah memenangkan dan menguatkan PKR di samping menghapuskan pengaruh PAS.

Tentu ramai yang tahu insiden Ahmad Maslan, Timbalan Menteri yang juga Ketua Penerangan UMNO mengoyak cek di hadapan Raja Ariff beberapa hari lepas.

Ketika jentera propaganda Najib bertungkus lumus cuba menaikkan Najib kononnya rakyat Malaysia menyokong dan menyayanginya, tanpa Najib sedar, orang-orangnya sendiri seperti Raja Ariff dan Sahlan sedang berusaha mematikannya dengan BTN sebagai dalang utamanya.

Tahniah Najib kerana memudahkan kerja-kerja PKR!

1 comment:

Anonymous said...

Addoiii... bahaya nih!. Hubungan dua beradik Sahlan dengan Saifuddin Nasution yang berlainan idioloji kah, ini kah puncanya?