Monday 9 January 2012

ANWAR BEBAS, BLOGGER UMPORNO HANYA 'BARANG PERMAINAN' NAJIB!


Keputusan mahkamah hari ini untuk kes liwat Anwar Ibrahim ke atas bekas pembantu peribadinya, telah pun diketahui. Anwar dibebaskan walau tidak dilepaskan. Anwar dibebaskan walaupun pembersihan ke atas namanya selaku peliwat tidak dibuat oleh keputusan yang dibacakan oleh hakim.

Ia bukan menjadi soal kerana perkara yang lebih penting ialah, ANWAR DIBEBASKAN daripada tuduhan meliwat!

Aku sendiri tidak jangka Anwar akan lepas bebas. Malah, Anwar dan keluarganya juga yakin, keputusan Hakim akan mengembalikan Anwar ke lantai penjara di Sungai Buloh sehingga usianya hampir mencecah 90 tahun.

Namun, taktik licik UMPORNO memang hebat!

Hari ini, blogger-blogger tersohor UMPORNO menepuk dahi. Ramai yang memaki hamun Najib, malah memberikan gelaran yang buruk kepada pemimpin utama mereka. Segala yang tersimpan dan terbuku di hati, dilepaskan tanpa sebarang sesalan gara-gara terlampau marah.

Biarlah aku dedahkan apa sebenarnya permainan Najib Abdul Razak dengan menggunakan blogger-blogger UMPORNO yang mudah terbuai dengan sedikit pujian dan suapan.

Banyak isu yang dibangkitkan oleh blogger-blogger UMPORNO. Itu kena diakui. Sebarang isu yang cuba dibangkitkan oleh Pakatan, akan segera ditangkis oleh blogger-blogger UMPORNO.

Kita tengok sajalah macam mana mereka membela ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri. Najib Abdul Razak dan para pemimpin tertinggi UMPORNO hanya membiarkan blogger-blogger mereka buat kerja dengan baik.

Kemudian, apabila tiba di kemuncak, Najib mengumumkan ISA dan Akta Penerbitan dihapuskan atau digantikan dengan akta-akta yang lain.

Perjuangan blogger-blogger UMPORNO dah jadi macam istana pasir yang dihempas ombak.

Kemudian muncul pula isu Buku Jingga. Sekali lagi blogger-blogger UMPORNO berhempas pulas cuba membuktikan keburukan Buku Jingga. Namun sedikit demi sedikit pentadbiran Najib mengadaptasi apa yang terkandung di dalam buku tersebut tanpa sebarang kredit kepada Pakatan Rakyat. Pemberian wang tunai kepada rakyat dengan pelbagai jenama dilakukan secara berleluasa, mengambil contoh pendekatan yang dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang.

Sekali lagi blogger-blogger UMPORNO dipermainkan oleh pentadbiran yang mereka bela sangat-sangat.

Apabila muncul isu novel INTERLOK, blogger-blogger UMPORNO menyerang tanpa belas kasihan kelompok yang menentang novel berkenaan. Namun seperti biasa, pada pengakhirannya perjuangan mereka dipermain-mainkan oleh pentadbiran negara. INTERLOK ditarik keluar dari sistem pendidikan di negara ini.

Mutakhir, isu Anwar Ibrahim... apa yang tidak dilakukan oleh blogger-blogger UMPORNO untuk mengaibkan dan memperkecilkan Anwar? Hampir segala-galanya. Selama tiga tahun, Anwar terus menjadi mangsa serangan yang adakalanya sangat tidak berperikemanusiaan sepertimana Anwar sendiri menyerang lawannya.

Namun, demi populariti dan undi, akhirnya Najib Abdul Razak memilih untuk membunuh blogger-blogger UMPORNO. Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan meliwat. Dan yang paling tidak disangka-sangka ialah apabila terpacul daripada kenyataan beberapa orang pemimpin kanan UMPORNO bahawa keputusan tersebut telah menunjukkan dengan jelas, BETAPA ADIL DAN TELUSNYA sistem mahkamah di negara ini.

Yang mereka tidak perincikan, apa pula keadilan yang telah diberikan oleh sistem tersebut kepada Saiful Bukhari Azlan?

Secara jelas dan amat ketara, politik ORANG KAYA yang diamalkan oleh Najib Abdul Razak sebenarnya menjadikan golongan yang bersusah payah menyokong mereka dan kebanyakannya secara sukarela serta bersemangat, sebagai mangsa untuk orang sepertinya meraih undi popular.

Populariti Najib Abdul Razak sudah meningkat di kalangan orang atas pagar dan golongan yang menyokong Anwar Ibrahim, tetapi imej blogger-blogger UMPORNO sebenarnya sudah lebih hina daripada tapak kaki yang terendam dalam tahi babi.

Mungkin kerana itulah, BLOGGER TERSOHOR UMPORNO seperti PAPAGOMO dan PARPUKARI telah 'mengisytiharkan' yang mereka berehat daripada membantu UMPORNO dan BARANG NAIK (BN).

2 comments:

PAPA GOMO said...

aku macam kenal je penulis blogg ni... : )

Anonymous said...

Quelle est la différence entre un blog et un site web?