Thursday 23 January 2014

Tolong Jangan Perbodohkan Ahli-Ahli PAS Wahai Profesor Kangkung!

Aziz Bari, salah seorang daripada penyokong dan penggiat PKR selain ditanggapi sebagai Pakar Perlembagaan, baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa orang bukan Islam, bukan Melayu dan bukan Bumiputera tidak tertakluk di bawah titah perintah DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang lain. Katanya lagi, mereka juga tidak tertakluk dengan fatwa halal, haram, makruh, mubah dan sunat yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pendek kata, Aziz Bari cuba memberitahu golongan terbabit, mereka sebenarnya boleh berbuat apa-apa sahaja di negara ini tanpa perlu mengikut undang-undang yang termaktub. Pendapat Aziz Bari itu, selaras dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang lagi peguam pro-DAP bernama Edmund Bon yang mengeluarkan perkataan serupa.

Ada orang PAS yang sangat suka dengan kenyataan Aziz Bari ini. Sebarang kenyataanya, dianggap benar dan betul kerana pada nama Aziz Bari, seringkali dilabelkan sebagai Pakar Perlembagaan.

Benarkah kenyataan tersebut? Adakah PAS terlalu bodoh kerana dari tahun 1951, kita tidak pernah pula mengeluarkan kenyataan serupa itu, bahkan berikrar untuk mempertahankan institusi raja berperlembagaan malah kita bersetuju untuk menarik balik tentangan kita terhadap pemberian hak kewarganegaraan kepada bukan Melayu pada tahun 1955 apabila mereka bersetuju menerima pakai adat istiadat Melayu-Islam di negara ini?

Secara ringkasnya berikut adalah peruntukan untuk DYMM Yang Di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia:

Perlembagaan Persekutuan meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara (Perkara 32), yang secara undang-undangnya menganggotai tiga badan kerajaan, iaitu badan Perundangan (Legislatif), Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari). Perkara 44 meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda mempunyai kuasa memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen (Perkara 55) serta meletakkan cop mohor kepada Rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Badan Perundangan dalam proses penggubalan undang-undang (Perkara 66).

Baginda merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera (Perkara 41). Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman (Perkara 42). Baginda bertangjungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu serta kepentingan bangsa lain (Perkara 153). Melalui kuasa budi bicara, menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu (Perkara 40(2)(c)), Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah (Perkara 3). Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri daripada mana-mana ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan (Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a). Baginda juga boleh menggunakan kuasa budi bicara untuk membubar Parlimen sekiranya terdapat permintaan Perdana Menteri (per. 40(2)(a)(b). Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri (Perkara 43(5). Yang di-Pertuan Agong boleh membuat pengisytiharan darurat (Perkara 150) dan juga membuat undang-undang (ordianan) darurat sekiranya kedua-dua Dewan Parlimen tidak bersidang secara serentak (Perkara 150(2B). Atas nasihat Perdana Menteri, baginda mempunyai kuasa melantik ahli suruhanjaya-suruhanjaya yang ditubuhkan oleh Perlembagaan, seperti Suruhanjaya Polis (Perkara 140), Pelajaran (Perkara 141A). Baginda juga melantik Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri (Perkara 145).

Selain daripada kuasa dan peranan, kedudukan institusi raja dijamin oleh Perlembagaan. Antaranya, Walaupun ahli Dewan Parlimen mempunyai kebebasan untuk membuat apa-apa pernyataan berkaitan raja-raja Melayu, namun, mereka tidak dibenarkan untuk menganjurkan atau mencadangkan pemansuhan institusi raja dalam apa juga prosiding Parlimen (Perkara 63(5)). Pindaan Perlembagaan terhadap apa juga peruntukan berkaitan Majlis Raja-Raja (Perkara 380 dan keutamaan raja (Perkara 70) juga tidak boleh dilaksana tanpa perkenan Majlis Raja-Raja (Perkara 159(5)).

Justeru pada bahagian mana sebenarnya, 'Pakar Perlembagaan' PKR itu menyatakan, bukan Melayu dan bukan Islam tidak perlu patuh kepada titah perintah DYMM Yang Di-Pertuan Agong? Adakah Aziz Bari cuba memberitahu bahawa bukan Melayu dan bukan Islam sebenarnya berhak menubuhkan sebuah kerajaan dan negara di dalam negara yang berasingan?

Harap sangat-sangatlah, orang yang mengaku sebagai Jemaah Islam PAS, tidak terpengaruh dengan kata-kata hasutan daripada orang-orang seperti Aziz Bari. Memang benar, Islam tidak membenarkan kita mempertuhankan manusia, tetapi Islam juga tidak melarang kita daripada mentaati pemerintah, bahkan diwajibkan ke atas kita untuk berbuat begitu.

3 comments:

Anonymous said...

Tak payah cakap banyak lah. Rujuk saja pada AlQuran dan Hadith. ORANG BODOH saja yang boleh terima pakai cakap2 orang yang berkepentingan.

Anonymous said...

Perhatikan berapa ramai dari kalangan mereka yang dulunya rapat dengan Anwar sekarang dah jauhkan diri dari syaitan yang bertopengkan manusia ini termasuk lah mereka dari luar negara. Yang tinggal hanyalah mereka yang tak gunakan akal yang diberikan oleh ALLAH dan mereka yang boleh berfiir tapi hanya FIKIRKAN KEMEWAHAN dan KEPENTINGAN DUNIA semata2!!

Anonymous said...

Allah perintah kita agar taat pada pemerintah atau ketua negara walaupun ketua negara itu seorang kafir sekalipun selagi mana kita tidak dipaksa melanggar hukum Allah atau melalukan shirik, kita wajib taat pada mereka apa tah lagi pemerintah atau ketua2 negara yang berugama Islam, yang memperjuangkan Islam, yang memartabatkan Islam. Memang orang bodoh saja yang percaya cakap2 orang yang terang2 ada kepentingan politik. Buktikan Melayu tak bodoh.