Thursday 30 January 2014

Najib Juga Yang Dijadikan Umpan Untuk Memujuk PAS!

Mungkin sekarang ini ada penyokong PKR yang berasa lega kerana kepimpinan PKR telah berjaya mengalihkan isu dan menukarkan daripada kekurangan menjadi kelebihan apabila Najib Razak, Perdana Menteri dan Presiden UBN berjaya diheret masuk ke dalam perebutan jawatan Menteri Besar di Selangor menerusi PRK DUN Kajang.

Entah dari mana idea yang muncul, pada ketika PAS terutama sekali Dewan Pemuda sedang menghantarkan kemarahan dan tidak puas hati berhubung tindakan sehala PKR untuk PRK DUN Kajang, tiba-tiba sahaja Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR mengeluarkan kenyataan, tindakan Lee Chin Cheh melepaskan jawatan ADUN Kajang sekaligus segala manfaat bernilai lebih RM2 juta adalah untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim demi menyelamatkan Najib Razak, sokongan daripada golongan yang marah dari dalam Pakatan Rakyat, khususnya PAS, nampaknya sudah mula kelihatan.

Lupakan tentang apa yang dilakukan oleh PKR terutama sekali layanan kurang ajar dan biadap PKR terhadap PAS tetapi dengan menjadikan Najib Razak dan Mahathir sebagai umpan, sokongan yang diharapkan oleh PKR, akan diberikan berkali-kali ganda jumlahnya.

Jemaah Islam PAS pastinya ramai yang termakan dengan umpan ini. Daripada kemarahan, kini telah bertukar menjadi semangat mempertahankan maruah Pakatan Rakyat di mana PAS adalah salah satu komponennya sekalipun peranan PAS hanyalah sebagai PARIAH untuk PKR dan DAP.

Aku tak nampak dah, selepas PKR menggunakan nama Najib Razak dan Mahathir, Pemuda akan memboikot PRK ini. Ditambah pula apabila Naib Presiden dan Timbalan Presiden juga sudah mengeluarkan kenyataan yang PAS akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar Ibrahim dan PKR. Pengarah Pilihanraya PAS juga

Cuma sekarang ini, tinggal Tuan Guru Presiden sahaja yang belum lagi bersuara. Tuan Guru Mursyidul Am juga masih belum memberikan sebarang reaksi. Seandainya, kedua-dua orang pemimpin utama PAS ini mengeluarkan kenyataan menyokong Anwar Ibrahim dan PKR, pastinya PRK DUN Kajang akan dipenuhi oleh petugas-petugas pilihanraya PAS dan yang paling bekerja keras berbanding DAP dan PKR sendiri bagi mendapatkan undi untuk Anwar Ibrahim.

Daripada yang aku dengar, Anwar Ibrahim dan PKR mensasarkan undi majoriti lebih 10,000 di PRK DUN Kajang. Realitinya hanya akan menjadi setelah PAS masuk campur dan bekerja untuk PKR. Tanpa PAS, angka tersebut terlalu mustahil untuk diperolehi.

No comments: