Tuesday 14 January 2014

Teruk Najib Kena Belasah Pasal KANGKUNG!!!


Najib kena balun kiri kanan atas bawah kerana KANGKUNG.

Jangankan orang Pakatan, orang UBN sendiri pun balun Najib dalam isu kangkung. Prof. Diraja Ungku Aziz pun siap buat puisi kangkung lagi untuk memberitahu  Najib bahawa masanya sudah tiba untuk bermuhasabah.

Aku melihat dalam hal ini, Najib duduk dalam KESALAHAN. Apa-apa saja yang dikatakan oleh Najib, terus akan jadi kesalahan walaupun dia bercakap betul.

Isu ini sebenarnya tidaklah besar mana pun. Bukannya serumit mana pun. Masa di Kemaman, Najib cuba nak merasionalisasikan kenaikan harga dan bagitahu, banyak benda kerajaan tak campurtangan sebaliknya perubahan harga adalah disebabkan oleh kuasa pasaran selain faktor cuaca dan sebagainya.

Cuma Najib 'ter' sebut KANGKUNG yang mahu dijadikannya sebagai bandingan. Tu yang meletup-letup demam KANGKUNG dalam dunia maya.

Walaupun aku menyampah tahap gaban dengan Najib, tapi dalam hal ini, aku bersimpati dengannya. Aku bersimpati kerana Najib tidak disokong lagi oleh orang-orang UBN, terutama sekali para penasihat dan konsultannya yang diberikan peruntukan berbilion ringgit setahun. Najib dibiarkan berkeseorangan. Manakala tentera-tentera kecil UBN yang bergiat aktif dalam dunia maya pula, telah dilabelkan sebagai MUSUH dan MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA oleh Pengerusi Media Baru Pemuda Umno yang baru, Ibdilillah.

Najib sedang menghadapi saat-saat sukar sebagai Perdana Menteri dan Presiden UBN. Terlalu banyak mendengar cerita-cerita yang molek-molek sahaja, akhirnya Najib tersungkur dan berada di ambang kehinaan seperti sekarang.

Dalam keadaan sekarang, Najib cakap apa pun, akan dijadikan bahan jenaka dan lawak. Tidak sahaja di kalangan orang PR, malah terlebih-lebih lagi orang UBN. Kita tengok sendirilah dalam Facebook. Mereka yang sebelum ini cukup lantang membela Najib, dalam isu KANGKUNG, mereka pantas menghukum Najib walaupun tidak bersama-sama PR.

Inilah padahnya kalau kita letakkan di sekeliling kita dengan orang-orang yang kaki mengampu dan tidak berani menyatakan perkara sebenar. Tambah-tambah pula bila pemimpin itu jenis yang hanya melakukan lawatan secara rasmi bukannya saja-saja nak melawat dan ambik tahu hal kebajikan rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

SILAP NAJIB JUGA..SAPA SURUH DIA GUNA KANGKONG SEBAGAI MODAL UCAPANNYA. SEKARANG DIA SUDAH DI PERMAINKAN. MARUAH PM SUDAH TERJEJAS KERANA DI PERMAINKAN BUKAN SETAKAT OLEH PUAK PUAK PEMBANGKANG..PUAK PUAK PRO BN PUN MEMPERMAINKANNYA. ORANG YANG MENCADANGKAN KEPADA NAJIB SUPAYA MENGGUNA PERKATAAN KANGKUNG LAGI LAH BODOH..BODOH BETUL. NAK PULIHKAN KREDIBILITI AKAN MENGAMBIL MASA. SO SEKARANG TAHAN LAH SAJA DENGAN SEBARANG EJEKAN "KANGKONG".