Tuesday 28 January 2014

Ikutkan Sangatlah Permainan Gila PKR dan Anwar Ibrahim

Alasan yang Anwar Ibrahim bagi sebab dia nak bertanding di DUN Kajang adalah untuk memantapkan Pakatan Rakyat Selangor. Dengan kata lain, perletakan jawatan Lee Chin Chen sebagai ADUN Kajang adalah untuk memantapkan Pakatan Rakyat jugalah.

Maknanya secara lebih meluas, semua ADUN Pakatan Rakyat di Selangor belum cukup mantapkan Pakatan Rakyat lagi. ADUN-ADUN dari PAS dan DAP selain PKR, semuanya cabuk-cabuk belakalah. Tak berguna barang seduit, kata orang utara.

Itulah maksud Anwar Ibrahim.

Aku pun tak faham, apa jenis manusialah Anwar Ibrahim ni. Alasan yang diberikannya langsung tidak masuk akal. Kenapa dia tak bercakap terus-terang sahaja yang dia nak jadi Menteri Besar Selangor selepas gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia? Apa perlu dia bagi jawapan yang begitu cliche semata-mata nak menunjukkan yang dia tu baik.

Jadi memang kena betullah apabila Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak penjelasan yang lebih masuk akal, lebih rasional dan lebih waras daripada PKR berhubung tindakan bodoh ini.

Aku menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Sdr. Mohd Sany Hamzan bahawa PKR di Selangor terlalu besar kepala, ego dan berlagak seperti boss besar. Tindakan perletakan jawatan ADUN Kajang semalam merupakan pengkhianatan amanah yang sangat besar yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat, selain membelakangkan semangat 'Syura' di kalangan ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat Selangor. Perletakan jawatan ini juga merupakan satu pembaziran ke atas wang rakyat. Rakyat juga semakin meluat dan bosan dengan gelagat politik rakus PKR Selangor dan Anwar Ibrahim.

Bagi aku, dengan bukti yang sudah sedia ada, Dewan Pemuda PAS Pusat tidak payah lagi memberi amaran untuk tidak membantu PKR, sebaliknya elok kalau kita pulaukan sahaja PRK yang membazir ini. PKR terlalu mementingkan politik Anwar Ibrahim dan tidak menghiraukan keuntungan jangka panjang melibatkan PAS yang menjadi tonggak Pakatan Rakyat.

Sepatutnya sebagai budak kecik di Selangor, PKR mendapatkan pandangan PAS. PKR perlu sedar diri bahawa tanpa PAS, PKR tidak akan menjawat jawatan Menteri Besar di Selangor dan tidak akan mampu berlagak dengan jawatan Exco atau Pengerusi GLC negeri. Setiap satu undi kemenangan PKR, semuanya adalah datangnya dari PAS.

Ini masanya untuk mengajar PKR yang semakin besar kepala. Biar kali ini mereka sedar diri dan lebih berhati-hati lain kali.

PKR tidak perlu bimbang memandangkan 41% pengundi di Kajang adalah kaum Cina dan 11% pula masyarakat India. Sebahagian daripada 48% undi Melayu, pastinya datang dari kaum UBN yang buat undi protes terhadap Najib. Jadi pusing kut mana pun, PKR tetap akan menang sekalipun calon mereka cumalah sehelai seluar dalam Levis.

Jemaah Islam cuma mahu mengajar Anwar Ibrahim dan PKR sahaja supaya mereka tidak terlalu galak dan terlalu berlagak.

1 comment:

Anonymous said...

Semenjak tak boleh masuk Japon, Nuar tak dapat nak kelaurkan duit belanja dan pasar untuk family dia. Sumber dana dari yahudi amerika pun dah stop kot. Jadi terpaksa cari kerja. Nak jadi PM, UMNO and Najib tak bagi. Yang paling mudah, MB Selangor. Gaji MB pun dah besar, lebih besar dari PM Najib. Lagi pun, sekadar MB Selangor tak perlu nak bagi resume atau interview. Keldai-keldai PAS dan babi-babian DAP senang kena kelentong atau suap.