Friday 2 May 2014

Gaduh Dengan Jabatan Amal, Kerjasama Dengan SAMM Perlu Dikaji Semula


Bukan tidak ada yang menentang keputusan Jabatan Amal untuk terlibat dalam demonstrasi-demonstrasi anjuran PKR. Namun suara-suara itu sayup-sayup sahaja kedengaran dan langsung tidak dipedulikan. Ketua-Ketua Jabatan dan Unit Amal lebih berminat untuk mendapatkan pujian daripada para pemimpin PKR, dan berasa megah diri apabila Jabatan dan Unit Amal dikatakan, jauh lebih baik berbanding Polis.

Semalam, barulah masing-masing tahu yang PKR dan keanggotaan SAMM di dalam parti tersebut adalah satu gabungan biadap, kurang ajar, kuat berbohong dan kuat pula menfitnah. Adakah kali ini, mereka akan menuduh Special Branch (SB) juga yang terlibat, menyamar sebagai SAMM dan mencetuskan pergaduhan dengan Jabatan dan Unit Amal bagi mencetuskan pergaduhan sesama sendiri?

Kalau sebut sahaja PKR dan SAMM, tidak mustahil, alasan tersebut akan digunakan. Dan penafian demi penafian akan dibuat yang pemuda-pemuda berkenaan bukannya ahli SAMM sebaliknya menegaskan bahawa mereka tidak dikenali dan besar kemungkinan adalah anggota SB yang menyamar.


Ini sebenarnya bukanlah kali pertama kejadian seperti ini berlaku. Sebaliknya sudah berkali-kali. Ironinya, gelagat sebegini turut menjadi ikutan sebahagian daripada ahli-ahli PAS yang dengan tanpa usul periksa dan main percaya sahaja akan menuding jari kepada polis.

Barangkali disebabkan itulah, Johari Othman, Ketua Unit Amal PAS yang bertugas semalam mendakwa SAMM keras kepala dan tidak mengikut arahan sebagaimana yang diarahkan sehingga menjadi punca utama mereka bergaduh. Johari Othman lebih menjurus kepada Chegu Bard yang cukup kurang ajar dan biadap. Dan kerana itulah, menurut Johari, pada masa hadapan Unit Amal akan lebih berhati-hati dalam menjalin kerja dalam aktiviti membabitkan PKR pada masa akan datang.

Secara keseluruhannya, Unit Amal telah menjalankan tugas dengan baik, iaitu mengawal perhimpunan ini daripada sebarang kekecohan.

6 comments:

Anonymous said...

Salam Admin,
Lagi satu yang perlu ditekankan, mungkin selepas ini, lebih baik kaji semula dan tumpukan kepada demo yang membei manfaat sahaja, bukan semberono ikut semua demo yang mendatangan masalah.
Bukan semua demo menguntungkan Islam dan bangsa Melayu walaupun dianjurkan dan participated oleh yang beragama Islam dan bangsa Melayu. Tolonglah bawa nasihat ini kepada pihak atasan pas terutama dari pihak Ulama berbanding proxy anwar dalam pas.sangat hina sekarang penglibatan pas dalam perkara membabitkan Islam dan bangsa Melayu.
Terima kasih.

Anonymous said...

Anon,

Kenapa perlu sebut bangsa Melayu ? Bukankah selama ini segan disebut bangsa, cuma perlu disebut agama sahaja ?

Bangsa tidak penting bukan?

Anonymous said...

Nik aziz pun pernah cakap dia malu jadi melayu.

Anonymous said...

Salam,

Diharap admin boleh korek maklumat tentang Kamaruddin Jaafar yang merupakan Ahli Parlimen Tumpat dari PAS, bersama PA dia ke jakarta bersama anwar ibrahim. melobi untuk us?

http://aidctranslate.wordpress.com/2009/03/05/steven-clemons-bongkar-bagaimana-anwar-ibrahim-merasuah-kumpulan-pelobi-amerika/

Tolong bersihkan pencacai anwar dalam PAS.

Anonymous said...

Lihat bagaimana teruknya dakyah dan pemesongan akidah oleh DAP kpd pas/pkr... sampai nak mengaku melayu pun dimarah dan dikeji oleh bangsa sendiri... kelak, nak mengaku islam pulak akan didakwa sebagai pelampau... tak sedar2 diri lagikah puak pas ni?

Anonymous said...

alhamdullilah ramai dari kita sudah sedar permainan kafir.. kafir telah lari meninggalkan BN bermakna UBN tidak mesra kafir... peringatan kepada PAS... sekarang ini kita tersepit sebagaimana UMNO dahulu... pastikan pendirian kita tegas dalam menuntut hak kita.. sedia kita kembali kepada perjuangan PAS yang asal..