Analisa Awal Terhadap Buku Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah: Kecelaruan Paling Besar Pada Fakta Pembentukan Kerajaan - (Mukasurat 19)
Kelahiran kembar tidak seiras - sebuah buku dan sebuah NGO.
MSO memulakan penjelajahan ke Kedah, menemubual sumber ceritanya bagi menulis buku ini pada Febuari 2014, selari ketika dan waktunya dengan pendaftaran sebuah NGO bernama PasMa. NGO berteraskan kebajikan beralamat di tingkat atas sebuah kedai barangan elektrik di Jitra itu , belum berketuakan Dato' Phahrolrazi, tetapi memakai nama anak kepada Taib Ahmad, Setiausaha NGO itu sekarang ini. Kepimpinan NGO itu berubah juga selari waktunya dengan terbitnya buku yang sarat dengan penceritaan bias, penipuan fakta, putar belit dan penjulingan sejarah bertajuk "Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah -The Inside Story. Bolehkah kebetulan-kebetulan ini diterjemahkan kepada kenyataan bahawa PasMa dan Buku MSO ini lahir dari perut yang sama, atas tujuan dan matlamat yang serupa?
Sejarah adalah tentang orang, tarikh dan peristiwa -kesilapan serius!
MSO memulakan tulisannya mengenai pembentukan Kerajaan Negeri Kedah oleh PAS dipimpin oleh Ustaz Azizan, dengan kecelaruan dan kesalahan fakta yang serius. S Manikumar dan Abd Ghani Ahmad dinamakan sebagai Exco daripada PKR sedangkan S. Manikumar belum menjadi Adun pun waktu itu, manakala Abdul Ghani belum menjadi Exco, dilantik sebagai Timbalan Speaker daripada PAS. Dia adalah YDP PAS Kawasan Jerlun.
S. Manikumar bertanding dan menang dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau setelah DSAI mengarahkan V Arumugam meletakkan jawatan sebagai Exco dan Adun Bukit Selambau. Selepas itu barulah dia dilantik sebagai Exco. Ini fakta penting politik Negeri Kedah dan Negara Malaysia, mana boleh dia sambil lewa menulisnya.
Seorang lagi Adun PAS yang menjadi Exco ialah YB Abdullah Jusoh, Adun Pantai Merdeka, YDP PAS Kawasan Sungai Petani. (Dia digantikan oleh Abdul Ghani Ahmad selepas dua tahun). Lim Soo Nee dan Tan Chau Kang @Tan Joo Long belum menjadi Exco, mereka dilantik kemudian menggantikan Muhammad Radzi Salleh (Lunas) yang melompat menjadi bebas dan Tan Wei Shu (Bakar Arang)- melompat menjadi bebas setelah kerusi Exco diberikan kepada Tan Chau Kang yang keras kesetiaannya. Benar! Adun Bakar Arang itu kemudian membuktikan kerapuhan politiknya dengan melompat meninggalkan PKR kerana hilang jawatan Exco.
Membalas Dendam Pada Yang Belum Wujud: Kurang Siuman!
MSO cuba menyerlahkan niat jahatnya bila menulis bahawa PAS Kedah dibawah pimpinan Ustaz Azizan MEMBALAS DENDAM kepada DAP, apabila Adun tunggal DAP, Lee Guan Aik tidak dilantik sebagai Exco. Dendam PAS Kedah ini kerana DAP di Pulau Pinang tidak melantik Adun tunggal PAS di sana sebagai Exco.
Adakah MSO tidak tahu atau sengaja buat-buat tidak tahu, Kerajaan Negeri Kedah dibentuk lebih awal daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. MB Kedah mengangkat sumpah jawatan pada 10 Mac 2008 (MSO tulis 9 Mac), dan Exco Kerajaan Negeri Kedah mengangkat sumpah membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan Kedah pada 12 Mac. Kerajaan Negeri Kedah adalah yang pertama dibentuk selepas PRU12.
Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada 11 Mac dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pulau Pinang pada 13 Mac. Mana mungkin yang selesai dahulu (Kedah) dituduh membalas dendam kepada yang terkemudian (Pulau Pinang)?
"Lembu Punya Taik, Sapi Dapat Nama..."
MSO memang tidak tahu atau sumber ceritanya sengaja memutarbelit sejarah, apabila menuduh Pakatan Rakyat Kedah tiada kesatuan, dan kerajaan negeri dilihat cacat, tidak diuruskan dengan adil dan gagal menyerlahkan kesyumulan PR, tidak meyakinkan rakyat apabila tidak melantik Exco daripada DAP.
Tidakkan MSO sedar bahawa Pakatan Rakyat belum wujud sewaktu PRU12, PAS hanya ada hubungan persefahaman dengan PKR dan PKR ada hubungan dengan DAP. PAS hanya berunding kerusi dan perkongsian kuasa dengan PKR, yang kemudiannya berunding kerusi dengan DAP. Di Kedah, PAS bertanding 24 kerusi, 12 kerusi diserah kepada PKR. PKR berunding dengan DAP untuk pembahagian 12 kerusi itu. Mereka bertembung 3 penjuru di kerusi DUN Derga, bila Chong Kai Yan, bekas Exco BN Kedah menyertai PKR dan ingin bertanding di kerusi itu. Rundingan mereka gagal, menyebabkan kerusi tradisi DAP itu terlepas kepada Gerakan. DAP hanya diberi bertanding di Kota Darul Aman, dan menang.
Begitu juga kuota kerusi Exco, PAS berunding dengan PKR dan menyerahkan 3 kerusi kepada mereka berdasarkan nisbah kerusi yang ditandingi. Merekalah mengambil semuanya, tidak menyerahkan satu kepada DAP. Satu sejarah juga ialah semua Adun PKR Kedah pernah menjadi Exco. Bagaimana mungkin MSO membangkitkan isu dendam PAS kepada DAP dan nipisnya kesatuan dalam PR di Kedah pada waktu itu, sedangkan PR belumpun wujud dan PAS belum ada hubungan rasmi dengan DAP?
Mengapa fakta sepenting ini gagal diketahui oleh MSO sebagai seorang penulis politik? Mengapa kegagalan PKR merunding kerusi DUN dan Exco dengan DAP diletakkan bebannya ke atas PAS pimpinan Ustaz Azizan? Bukankah ini adalah bayangan niat serong yang tersembunyi dalam tulisannya? Mana boleh diceritakan bahawa 'uri telah ditanam sedangkan bayi belum lahir'?
Rumusan...
Penulis cuba memutar belit fakta dan urutan sejarah, berusaha menggambarkan PAS Kedah yang membentuk Kerajaan Negeri Kedah, di pimpin oleh Almarhum Ustaz Azizan bersikap tidak menghormati pihak lain dan berdendam. Kelemahan yang direka dan diserlahkan seawal bab pertama ini bertujuan menimbulkan susuk Ustaz Azizan sebagai punca masalah yang berlaku dan melonggokkan beban kepadanya. MSO dan sumbernya cuba melentur dan menambat persepsi pembaca supaya senget dan condong, membina pandangan negatif dan prasangka kepada beberapa orang tokoh dalam bab-bab berikutnya.
MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Tuesday, 2 December 2014
Monday, 1 December 2014
PUAKA PASMA Yang Sanggup Keluarkan Berita Palsu Untuk Cari Nama
Beliau yang juga Naib Presiden NGO 'Geng Ustaz' telah menggunakan 'title' Dr (Phd) semasa pemilihan pemuda Pas Pusat 2013, walaupun sebenarnya belum lagi berkelayakan, hanya baru mendaftarkan diri sebagai pelajar Phd.
Beliau dahulu memegang jawatan di Arkib Pas Pejabat Agung sepenuh masa. Sepatutnya bertugas pejabat sepenuh masa tetapi hanya bertugas seminggu dua dalam sebulan. Sekarang beliau sudah pun meletakkan jawatan disitu kerana bulan Januari ini, akan dilantik sebagai Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan.
PERSOALANNYA:
1. Kenapa beliau begitu tegar sanggup mengeluarkan berita palsu untuk tatapan orang ramai.?
2. Layakkah pemalsu/penipu cerita yang sering ponteng pejabat menjawat jawatan Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan.?
3. Tentunya beliau selaku EXCO DPPP perlu bersikap telus tetapi malangnya mempunyai niat/agenda jahat untuk memecah belahkan Pertemuan yang di jalankan secara muhibah oleh Pas-Pasma.?
4. Inikah kualiti EXCO DPPP.?
Jika beginilah sikap seorang Anak Muda yang berjawatan di dalam Pas, maka tunggulah saat kehancuran parti.
Thursday, 20 November 2014
AGENDA MENURUNKAN TGHH SEBAGAI PRESIDEN ANGKARA SIAPA?
1. Saya menggesa agar mana mana individu yang terlibat dalam agenda ini supaya fahamkan erti sebenar perjuangan PAS yang meletakkan Allah dan Rasul sebagai kuasa pemutus yang tertinggi. Bukanlah muktamar, mesyuarat AJK PAS Pusat atau sesiapa pun termasuk Presiden PAS sendiri. Apabila Presiden membuat keputusan yang bercanggah dengan Allah dan Rasul, kita tolak. Sekiranya tidak, wajib bagi kita untuk mematuhinya.
Sabda Nabi SAW
لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق
Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara yang menjadi maksiat kepada Allah.
2. Maka, persoalan yang saya ingin lontarkan ialah, kenapa terlalu menggilakan jawatan tersebut sehingga merancang untuk menjatuhkan Presiden yang sedia ada, sedangkan kamu juga perlu ikut al Quran dan Sunnah. Inilah bezanya antara wala dalam Islam dan wilayatul faqeh dalam ajaran sesat. Iaitu, pimpinan tertinggi dibenarkan membuat keputusan atau arahan selagimana tidak bercanggah dengan syarak. Konsep wilayatul faqih pula, pimpinan tertinggi wajar membuat keputusan atau arahan, walaupun bercanggah dengan syarak. Yang mana kalian cari? Mengapa perlu gilakan jawatan itu sedangkan kalian juga terikat dengan dasar syarak.
3. Adakah kalian kenal siapakah yang berusaha siang dan malam mengkaderkan ahli PAS di atas kefahaman syarak? Kenalkah kalian ustaz ustaz yang tidak tertonjol di dada akhbar dengan gaya poligam, mereka bersusah payah menghidupkan manhaj Islam di dalam dada kader kader PAS? Merekalah yang cair dengan ilmu agama, membezakan batas iman dan kekufuran, menghidupkan roh roh perjuangan, serta memahamkan ummah tentang pemikiran asing yang bertandang ke gawang gerakan Islam hari ini, seperti liberalisme, syiah, sekularisme, pluralisme dan banyak lagi. Usaha mereka di balik tirai ini tidak pernah diminta untuk disiarkan di dada akhbar bagi meraih populariti murahan.
4. Kalian kenalkah siapa mereka yang menganggotai Majlis Syura Ulamak? Kenalkah mereka dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang sedang mengemudi bahtera ini? Adakah ilmu, kefahaman dan tarbiah yang mereka lalui sekadar sehari dua? atau seminggu dua? Berbekalkan bacaan al Quran yang belum kemas dan kitab arab tak pernah dibuka, tiba tiba kalian pula muncul mengatakan itu salah dan ini salah? Mana sikap profesional yang kamu laung laungkan itu?
5. Saya menasihatkan agar kita sama sama kemaskan akidah pegangan kita, kemaskan fikrah dan aliran pemikiran kita. Jangan tersasar atau terbabas daripada laluan yang lurus ini dek kerana mencari simpang simpang di tepian jalan yang belum berturap. Perjuang dan pertahankan kepimpinan ulamak. Belajarlah untuk belajar, kita akan sentiasa sedar diri itu masih jahil. Bertatihlah untuk bertatih, kita akan sentiasa sedar bahawa kita masih memerlukan. Berlatihlah untuk berlatih, kita akan sedar bahawa kita masih lemah.
Terus beristiqamah
Haji Razman Haji Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
20 November
Saturday, 8 November 2014
LIM GUAN ENG Sebenarnya Berdendam Dengan Tuan Guru Presiden PAS!
Kenyataan sinis dan terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kebelakangan ini mengenai Pas serta Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat seolah-olah seperti ada dendam.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan dalam kenyataannya berkata, tindakan Guan Eng yang mempersoalkan kehadiran Abdul Hadi pada setiap mesyuarat PR juga sesuatu yang mengecewakan.
Menurutnya, Abdul Hadi bukanlah seperti yang didakwa kerana beliau seorang yang sangat tepati masa dan bertanggungjawab dengan amanahnya.
“Ketidakhadiran beliau ke mana-mana mesyuarat adalah sama ada beliau berkeuzuran, bertembung jadual dengan majlis penting atau lain keadaan yang tidak mengizinkan.
“Mereka yang mengenali peribadi Abdul Hadi secara dekat pasti tidak akan menafikan kenyataan saya ini. Tetapi saya lihat kenyataan Guan Eng berunsur dendam kesumat yang tidak kesampaian,” katanya.
Nasrudin mengulas kata-kata Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, dalam sebuah video yang disiarkan menerusi sebuah portal berita baru-baru ini, yang mendakwa Abdul Hadi sebagai seorang yang gila kuasa sebagai presiden parti, namun dalam masa sama
sering kali ponteng mesyuarat Majlis Presiden PR.
"Mengapa Guan Eng bertindak begitu sejak kebelakangan ini? (Tindakannya) seolah-olah mahu memanaskan suhu politik sebagai tekanan kepada Pas dan percubaan mengeluarkan parti itu daripada PR.
“Apakah Pas dianggap sebagai liabiliti kepada mereka untuk mereka menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kelak?” soalnya.
Nasrudin, yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, cara Guan Eng mengasak dengan terancang itu dan seperti mengambil peranan Umno serta BN untuk terus memberi tekanan kepada Pas.
“Saya tidak tahu selama mana Pas boleh bersabar. Kerana, sedang kami mahu meredakan keadaan masalah dalaman PR, beliau timbulkan kembali isu yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.
“Kononnya mahu menempelak Abdul Hadi dengan isu kehadiran mesyuarat, sedangkan kehadiran beliau (Guan Eng) ke mesyuarat itu juga sangat buruk. Kata budak-budak sekarang, kenyataan Guan Eng itu macam 'poyo' sahaja," katanya.
Menurutnya, setelah diamati perjalanan politik kesemuanya dengan masalah berbeza, kenyataan Guan Eng seakan-akan tidak mahu krisis tersebut tamat.
“Masalah dalaman parti atau luar parti (sebenarnya) adalah perkara biasa dalam dunia politik dan ia boleh diselesaikan dengan baik.
“Namun, apa yang lebih ketara, saya lihat seperti beliau mahu melepaskan beban atau membebaskan diri daripada suatu halangan yang menghantui beliau,” katanya. - Bernama

Thursday, 6 November 2014
Hairan Apa Kalau Khalid Samad, Hanipa Maidin dan Mujahid Yusof Beria-Ia Bela SIS Yang Sesat
Dan sebenarnya ia tidak menghairankan langsung, memandangkan NGO tersebut sebenarnya walaupun menggunakan Islam pada namanya, tetapi hakikatnya mereka hanyalah sebuah kumpulan yang bercita-cita untuk menjadikan umat Islam di negara ini lebih kafir dari orang kafir. Islam bagi mereka hanyalah sebuah agama yang menjadi imej, bukannya iktikad dan iman.
Disebabkan itulah, banyak perkara-perkara mengarut yang diajarkan oleh kumpulan tersebut.
Anehnya, dari PAS, muncul pula nama seperti Khalid Samad, Hanipa Maidin dan Mujahid Yusof yang beria-ia membela serta menyokong SIS. Bahkan mereka kelihatan tersinggung apabila Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor menfatwakan bahawa SIS adalah sebuah pertubuhan sesat yang menyesatkan.
Ada yang hairan mengapa ketiga-tiga orang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu begitu kat menyokong SIS. Takkanlah merek atidak tahu tentang SIS yang turut dianggotai oleh anak perempuan Mahathir, Marina dan Zarinah Anwar yang jelas sesat apabila menyatakan bahawa semua manusia adalah 'ANAK ALLAH'.
Ketiga-tiga orang Anwar tetapi menyamar sebagai pemimpin PAS itu sebenarny ahanya mendengar dan mengikut sahaja apa yang dikehendaki oleh Anwar Ibrahim. Walaupun Anwar Ibrahim sedang berhadapan dengan masalah yang diciptanya kini, orang-orangnya berselerak di serata tempat termasuklah dalam PAS.
Pengharaman SIS bukannya kerja UMNO. UBN tidak tahu apa-apa tentang SIS. Mereka terlalu takut untuk menyentuh apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan Mahathir. Walaupun Mahathir mungkin tidak berkenan dengan SIS, tetapi kehadiran anak perempuan sulungnya sudah cukup untuk menjadi tanda bahawa semangat dan roh Mahathir ada dalam kumpulan sesat tersebut. Itu tanggapan orang UBN.
Sedangkan PAS pada Muktamar Ke-55 telah membuat ketetapan bahawa kerajaan seharusnya mengharamkan SIS. PAS sudah lama menigngatkan tentang bahaya dan kesan buruk daripada kelalaian dan kejahilan kerajaan UBN terhadap ancaman SIS. Oleh kerana itu, PAS telah menetapkan, usul yang dibawa oleh PAS Shah Alam itu diterima tanpa bahas. PAS mendesak kerajaan haraman SIS dan ianya adalah sebulat suara.
Bagaimanapun, dasar penyokong Anwar yang berjubah PAS, mereka tidak peduli dengan ketetapan parti. Yang mereka pedulikan ialah apa perasaan dan arahan Anwar Ibrahim. Yang pasti ialah, mereka meneruskan legasi Anwar Ibrahim walaupun Anwar Ibrahim sudah berada pada kedalaman 6 kaki di bawah tanah.
Mengapa Hanya Presiden PAS Yang Dipersalahkan? Mengapa Tidak Wan Azizah dan Guan Eng Sendiri?
Lim Guan Eng cuba membangkitkan perkara paling remeh semata-mata untuk menyalahkan Tuan Guru Presiden dan kemudian dia berlepas diri.
Guan Eng mengungkit ketidakhadiran Tuan Guru Presiden ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang dianggapnya sebagai satu bentuk pengkhianatan yang dilakukan oleh PAS.
Namun sebelum itu, kita juga harus melihat apa sebenarnya Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
PAS berpresidenkan Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
PKR berpresidenkan Wan Azizah Wan Ismail.
DAP berpresidenkan... DAP tidak ada presiden tetapi kuasa sebenar DAP adalah pada Setiausaha Agung tetapi Penasihat Seumur Hidup, Lim Kit Siang juga berkongsi kuasa itu dengan anaknya, Lim Guan Eng.
Setiausaha Agung PAS adalah Cikgu Pa.
Setiausaha Agung DAP adalah Lim Guan Eng.
Setiausaha Agung PKR adalah Rafizi Ramli, sebelum itu Saifuddin Nasution.
Lim Guan Eng sibuk menyalahkan Tuan Guru Presiden kononnya tidak hadir mesyuarat Pakatan. Dengan siapa sebenarnya Tuan Guru Presiden hendak bermesyuarat? Dengan Lim Guan Eng? Dengan Rafizi Ramli/Saifuddin Nasution?
Kenapa Lim Guan Eng tak kira sekali bilangan kehadiran Wan Azizah Presiden PKR dalam mesyuarat kepimpinan PKR? Mengapa Lim Guan Eng tidak kira sekali kewujudan cabang kuasa antara Setiausaha Agung dan Penasihat Seumur Hidup DAP?
Mengapa pula Ketua Umum PKR sibuk-sibuk datang mesyuarat sedangkan umum mengetahui Ketua Umum PKR bukannya Presiden, bahkan tidak mendapat mandat daripada ahli parti sendiri kecuali dilantik oleh para pengampu dan isterinya sendiri. Mengapa pula Lim Kit Siang yang hanya sekadar Penasihat seumur hidup DAP menyibuk datang bermesyuarat sedangkan dia bukan Presiden?
Sebab itulah Cikgu Pa mengungkit, semenjak 2008, Lim Guan Eng sendiri lebih banyak tidak hadir ke mesyuarat Pakatan Rakyat berbanding Tuan Guru Presiden. PAS tidak pernah menjadikannya sebagai isu besar. Sebab itulah juga, Cikgu Pa mengingatkan Lim Guan Eng keputusan yang dibuat dalam Pakatan Rakyat tidak pernah ternganggu menerusi ketidakhadiran Lim Guan Eng.
Lim Guan Eng sebenarnya sedang mencari-cari jalan untuk bergaduh dengan PAS. Sebenarnya akar umbi PAS juga sudah tidak sabar-sabar untuk mengajar Lim Guan Eng dan kurang ajar serta biadapnya DAP. Cuma tinggal lagi, hormat kepada pemimpin itu yang membuatkan tentangan paling keras PAS kepada DAP, tidak dapat dilakukan.
Kalau Tuan Guru Presiden kata, dan mengisytiharkan perang dengan DAP, Lim Guan Eng pada masa itu barangkali tidak akan cukup tanah untuk berdiri dan tidak cukup oksigen untuk menarik nafas.
Jangan keterlaluan sangat menghina PAS. Jangan keterlaluan sangat mencari fasal. Lim Guan Eng perlu sedar, tanpa PAS, DAP sekadar sebuah parti Cina yang hanya mampu menimbulkan isu-isu menentang Melayu, Bumiputera dan Islam sahaja. Dari tahun 1964 sehinggalah sekarang, Malaysian Malaysia ciptaan Lee Kuan Yew yang diwariskan kepada Lim Guan Eng, masih tidak berjaya dan tidak dapat diterima, termasuklah dari kalangan orang Cina sendiri, terutama apabila sudah ramai pula orang Melayu dan Bumiputera yang mempersoalkan kekayaan Cina yang diperolehi daripada pelbagai keistimewaan termasuklah amalan alibaba yang bermula daripada ketika orang Melayu Bumiputera masih lemah dalam bidang ekonomi dan sekarang, dianggap sebagai satu kewajipan kerana orang Melayu Bumiputera masih juga dianggap lemah serta tidak berkemampuan.
Jangan sampai jadi perampasan secara paksa. Orang Melayu Islam di negara ini belum lagi benar-benar melakukan jihad. Orang Melayu di negara ini masih lagi bersabar dan bertoleransi. Jangan sampai nanti, peristiwa hitam di Indonesia di mana rakyat pribumi merampas serta menjarah harta kaum imigran hanya semata-mata kerana tidak tahan lagi dengan penghinaan demi penghinaan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan DAP.
Jangan keterlaluan mencabar, Lim Guan Eng. Yang pasti, kalau perkara buruk itu berlaku, yang paling rugi adalah orang Cina sendiri!
Takkan Lim Guan Eng mahu perkara buruk seperti itu berlaku hanya kerana mulut lancangnya?

Tuesday, 4 November 2014
Jangan Marah Ku Nan Bila Labelkan PAS Sesat Kerana Kebencian Kita Kepada UMNO Jadi Punca Sebenar
Sekarang ini, rata-rata orang PAS mengutuk Setiausaha Agung UBN, Adnan Mansor apabila Adnan Mansor yang mencadangkan dalam Multaqa Kebangsaan Biro Agama UBN untuk meletakkan al Quran dan As-Sunnah sebagai dasar perjuangan UBN selain bercakap tentang Pengajian Sifat 20 (Usuluddin) yang telah ditinggalkan oleh parti tersebut, melabelkan PAS sebagai SESAT dan MENYELEWENG DARIPADA AJARAN ISLAM.
Tak guna kita marahkan golongan seperti Adnan Mansor mahupun sebahagian besar orang UBN yang masih angkuh dengan kuasa. UBN sendiri pun sudah kacau bilau dan tidak lagi bergerak pada landasan sebenar penubuhan parti tersebut.
Suka atau tidak, hanya pada zaman Mahathir sahajalah, UMNO baru kenal AGAMA ISLAM, baru tahu bahawa Tuhan itu adalah Allah Taala, baru tahu Nabi dan Rasul terakhir adalah Muhammad bin Abdullah s.a.w. Baru tahu bahawa Islam itu bukan sekadar bersyahadah, bersolat, berpuasa, berzakat dan naik haji atau terikat kepada enam perkara dalam rukun Iman. Hanya pada zaman Mahathir sahaja, baru orang UBN tahu bahawa Islam itu mencangkupi setiap bidang kehidupan manusia termasuklah ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat. Islam tidak sekadar berkisar tentang halal, haram, wajib, sunat, mubah dan makruh. Bahkan Islam lebih daripada itu.
Kerana itu, orang UBN akan menekup telinga dan cuba menafikan yang PAS lahir daripada kejahilan dan kekufuran para pemimpin UBN yang mahu menghalalkan perkara haram seperti loteri dan judi.
Dari tahun 1951 sehinggalah 2014, jemaah PAS diasuh agar membenci amalan dan kepercayaan UBN yang tersasar dan menyeleweng jauh daripada jalan Islam terutama kefahaman sekular yang memisahkan pemerintahan, pentadbiran dengan agama. Malangnya, golongan jahilun dalam PAS pula, mencipta kebencian mengatasi kebencian ke atas amalan UBN. Ada yang membenci UBN kerana UBN adalah UBN sekaligus meletakkan hukum kepada UBN sehingga wujud pula golongan pentakfir yang mengkafirkan orang UBN kerana mereka mereka gagal memahami kaedah pengkafiran dan pengkufuran sebaliknya menganggap sebagai orang PAS, mereka bebas menjatuhkan hukuman kafir dan murtad kepada sesiapa sahaja yang mereka suka.
Akhirnya kerana perbuatan jahilun tersebut, ia terbalik pula kepada PAS. Sekarang, PAS pula yang dilabelkan sebagai kafir, sesat dan menyeleweng. Bezanya dengan PAS, UBN tidak mempunyai Majlis Syura atau Majlis Ulama. Barangkali kalau mereka adalah kedua-dua majlis itu, UBN pun akan mengambil pendekatan pentakfiran kerana kejahilan mereka.
Kenapa perkara sebegini berlaku?
Kerana jahil dan kerana kebencian yang amat keterlaluan sehingga ilmu yang dipelajari, gagal dihayati dan digunakan dengan sebaik-baik mungkin. Sebaliknya nafsu dan logik akal digunakan, ditambah pula dengan hasutan daripada golongan munafik yang sememangnya berharap agar umat Islam terus berpecah kerana khilafiyyah. Ini bukan perkara baru tetapi telah berlaku dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi.
PAS sepatutnya sudah belajar daripada pengalaman pahit yang masih kita rasakan sekarang ini. Kebencian kita kepada UBN telah membutakan pertimbangan dan mata kita sehinggakan kita sanggup menjadi jahil dan lebih teruk lagi, sanggup menjadi anjing yang dipergunakan oleh golongan seperti Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.
Setiap sesuatu yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Allah Taala tidak menjadikan sesuatu secara sia-sia. Jangan pandang buruk dan hina dengan apa yang sedang menimpa sekarang, sebaliknya kita perlu melihat pengajaran yang sedang Allah Taala berikan menerusi kejadian seperti ini.
Cuma, kita perlu bersimpati dengan golongan UBN yang masih taksub dengan fahaman nasionalis mereka tetapi pada masa yang sama, masih tidak faham mengapa kita menyatakan bahawa nasionalisme mereka adalah sesat dan menyesatkan tidak sebagaimana nasionalisme yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.
Demonstrasi Buat Anwar Gagal Di Istana Kehakiman, Ada Hati Nak Buat Di Dataran Merdeka?
Ketika artikel ini ditulis, prosiding rayuan Anwar Ibrahim telah ditangguhkan tepat jam 1.00 tengah hari tadi dan akan bersambung semula pada pukul 2.15 petang. Pendakwaraya Tan Sri Shafie Abdullah akan menyambung semula hujahannya bagi hari kedua berturut-turut.
Sosok paling ketara di pekarangan Istana Kehakiman hari ini selain daripada Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita PKR dan Pak Jabit, salah seorang pelakon utama dalam filem Zombie Kampung Pisang adalah Tian Chua.
Berbanding semalam yang jumlah kehadiran meskipun pelbagai kempen telah dijalankan dengan hanya kurang dari 50 orang, hari ini, 14 buah bas dari Pulau Pinang yang disewa khas oleh PKR Pusat, berjaya mengangkat jumlah kehadiran hampir 300 orang.
AMK dengan anggota Timbalan Setia yang diwujudkan oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin pada penghujung hayatnya sebagai Ketua AMK, turut kelihatan bersedia untuk melakukan rempuhan. Ramai yang terkeliru antara Timbalan Setia dengan anggota-anggota Unit Amal PAS kerana baju merah.
Dinihari tadi, Anwar Ibrahim (atau sesiapa sahaja yang mengarang bagi pihaknya) telah menviralkan sepucuk surat yang kononnya warkah terakhir Anwar Ibrahim sebelum melangkah dan menginap di penjara. Surat itulah yang dilihat sebagai senjata terakhir untuk menarik seramai mungkin penyokong untuk berkumpul. Dan pada masa yang sama, cuba membuktikan bahawa PAS telah mengkhianati PKR dan Anwar Ibrahim kerana enggan menghantar bala tentera yang meramaikan demonstrasi.
Anwar Ibrahim di dalam surat itu cuba menggambarkan bahawa sekarang ini, perjuangan menegakkan keadilan hanya melibatkan dirinya dan penyokong-penyokongnya sahaja. Manakala PAS yang telah bertahun-tahun bertungkus lumus dan mengorbankan segala-galanya, (termasuklah sebahagian ahli dan pemimpin PAS mengorbankan akidah dan iktikad), tidak lagi betah berjuang bersama-samanya.
Bagaikan tahu, hayat politik Anwar Ibrahim hanya berakhir setakat minggu ini, Tian Chua yang cukup dikenali sebagai provokator hebat, mendendangkan cerita kononnya, akan berlaku demonstrasi besar-besaran di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini sekiranya Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Persekutuan.
Begitu jugalah janji Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin yang menjanjikan Wanita Keadilan akan bersolidariti, berhujan berpanas dan bersiang bermalam di Dataran Merdeka hujung minggu ini bersama-sama kaum lelaki pendokong Keadilan.
Ada yang lebih menarik di Pulau Pinang. Lim Guan Eng terang-terang menuduh Tuan Guru Presiden sebagai pengkhianat dan orang yang tidak boleh dipercayai. Malahan Guan Eng menggertak kononnya DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya, PAS terus memberikan kuasa kepada Tuan Guru Presiden di dalam PAS.
Motif Guan Eng sebenarnya mudah... dia hanya mahu melihat Tuan Guru Presiden mengerahkan ahli-ahli PAS berdemonstrasi bersama-sama Anwar Ibrahim. Hairan juga, mengapa Guan Eng lebih sibukkan PAS berbanding partinya sendiri. Mengapa Lim Guan Eng tidak kerahkan semua ahli-ahli DAP turun padang, berdemonstrasi bersama-sama penyokong Anwar Ibrahim di hadapan Istana Kehakiman?
Apakah Melayu-Islam bagi Guan Eng sekadar anjing upahan yang melakukan kerja untuk Cina DAP? Manakala Cina-Cina DAP pula bertindak sebagai taukeh yang boleh sesuka hati mengeluarkan arahan?
Kita tidak melihat ahli-ahli DAP pun berdemonstrasi dan setia berdemonstrasi bersama-sama Anwar Ibrahim. Kalau selama ini dikatakan PAS menumpang DAP dan PKR, mengapa sekarang ini terhegeh-hegeh menagih simpati dan bantuan daripada PAS?
Pergilah demonstrasi sendiri!
Cita-cita Tian Chua untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini, hanyalah sekadar satu lagi mainan mimpi untuk mengumpan ahli-ahli PAS buat kerja untuk mereka. Kalau dari hari Khamis lepas sehinggalah ke hari ini, PKR yang kononnya sangat hebat itu, tidak mampu menyediakan lebih dari 1000 orang untuk berdemonstrasi, apakah di Dataran Merdeka pada hujung minggu nanti, demonstrasi itu akan berjaya?
Dosa meliwat itu menyebabkan bala besar menimpa negara ini dan tidak sesiapa pun akan terkecuali ditimpa bala termasuklah mereka yang patuh menyembah Allah Taala. Dosa zina adalah besar, tetapi dosa liwat jauh lebih besar sehinggakan Allah Taala menenggelamkan Sodom dan Gomorrah menjadi Laut Mati yang kisah dan riwayatnya cukup masyhur dalam semua kitab-kitab agama samawi.

Sunday, 2 November 2014
DAP Halau PAS Lagi, Marah Sebab Rahsia Penyelewengan Di Pulau Pinang Didedahkan Orang PAS
Ustaz Nasruddin enggan. Lim Guan Eng segera membuat satu sidang media dan menyatakan iltizamnya untuk menyaman Ustaz Nasruddin. Tetapi walaupun dia melakukannya, tiada kesungguhan sekaligus menunjukkan dia sekadar menggertak dan tersangat takut sekiranya ramai yang semakin sedar tentang pembohongan, penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
DAP sebenarnya sentiasa melihat PAS sebagai ancaman besar kepada dominasi parti yang diwujudkan untuk menghapuskan keistimewaan Melayu, Bumiputera dan Islam dari Perlembagaan negara. Maka benarlah seperti kata Almarhum Dr. Zulkefli Mohamad bahawa suatu masa nanti, rakyat negara ini yang diberikan taraf kewarganegaraan akan besar kepala dan akhirnya penyingkiran Melayu-Islam akan dilakukan.
Ingatan demi ingatan telah diberikan oleh Almarhum Dr. Zulkifli dan Almarhum Dr. Burhanuddin Helmi membabitkan ancaman daripada puak-puak ini. Malangnya, sebahagian daripada pemimpin PAS terlalu alpa dan mudah lupa. Mereka hanya mengambil bahagian yang menyatakan tentangan perintis-perintis PAS terhadap UMNO yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman yang sangat sekular dan enggan menerima satu kebenaran Islam pun atas nama sekular dan kerana kebimbangan kepada kemarahan Inggeris.
Biro Agama Islam UMNO mula bermufarakah daripada parti itu apabila kepimpinan utama UMNO bersetuju untuk menjadikan loteri judi sebagai pendapatan bagi membantu membangunkan negara. Dalam satu perdebatan panjang yang dibangkitkan oleh perwakilan Selama Perak, akhirnya Biro Agama Islam UMNO bersama-sama Persatuan Ulama menubuhkan PAS pada tahun 1951.
Itu sejarahnya. Sejarah yang cuba dinafikan oleh UBN kerana mereka menolak nasihat agama dan diingatkan Islam tidak membenarkan matlamat menghalalkan cara, tetapi pada masa yang sama juga dinafikan oleh sebahagian daripada pemimpin PAS yang berasa getik kerana mereka lahir dari sulbi UMNO.
Mungkin juga ramai tidak sedar bahawa PAS adalah merupakan salah satu daripada pendiri Barisan Nasional pada tahun 1970, tidak lama selepas berakhirnya MAGERAN akibat Tragedi 13 Mei 1969. DAP pada ketika itu sangat sombong dan berasakan mereka akan bangkit semula pada tahun 1974 kerana sokongan masyarakat Cina kepada mereka tidak berbelah bahagi.
Malangnya, hanya pada tahun 2008 sahaja, barulah DAP benar-benar bangkit di Pulau Pinang, Selangor, Sarawak dan beberapa negeri lain. DAP menguasai Pulau Pinang sepenuhnya menerusi kerjasama dengan PAS. Begitu juga di Selangor dan Negeri Sembilan, juga dengan pembabitan PAS.
Tanpa PAS yang memberikan publisiti besar-besaran kepada DAP dan Lim Guan Eng, parti yang masih didominasi oleh Lim Kit Siang, orang sama yang terlibat dengan penubuhan DAP pada tahun 1965 selepas kegagalan Devan Nair mendaftarkan PAP menggantikan PAP Singapura yang tidak dibenarkan beroperasi di negara ini, hanyalah sebuah parti picisan yang suara mereka tidak kedengaran di Parlimen atau DUN. Apatah lagi, wakil-wakil rakyat DAP bukan sahaja tidak boleh menguasai Bahasa Kebangsaan, sebaliknya mereka tidak faham pun struktur negara ini kerana sikap terlalu kecinaan mereka.
Pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh bekas-bekas penyokong DAP, menyebabkan Lim Guan Eng semakin berang dan menuduh PAS yang menyalurkan segala maklumat 'rahsia' kepada penentang-penentangnya.
Segala-galanya adalah PAS.
Malah yang paling ketara lagi ialah, PAS dituduh khianat Pakatan Rakyat kerana enggan mengiktiraf LIWAT SUKA SAMA SUKA yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim.
Sama ada pemidang yang dapat dilihat di seluruh Selangor itu benar-benar perbuatan DAP atau sebaliknya, yang pasti, daripada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP sendiri, DAP sememangnya tidak mahukan PAS lagi kerana mereka sudah cukup yakin generasi pengundi muda pada PRU-14 nanti akan menyokong DAP.
Saturday, 1 November 2014
Nasruddin Hassan Tantawi Sahkan, PASMA Sememangnya Ditubuhkan Untuk Merampas Kedudukan Tuan Guru Presiden
Nasrudin Hassan melihat tidak mustahil PasMa akan menjadi pintu laluan ke arah penubuhan parti baru atau serpihan PAS yang bakal dianggotai oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS.
Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi mengakui bahawa pentas politik tanahair masa ini semakin menarik dengan lahirnya NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) oleh sekumpulan anggota PAS.
Namun, Nasrudin Hassan juga meragui kewujudan PasMa apabila pertemuan NGO tersebut pada 31 Ogos yang lalu di Pustaka Az Zahra, Kota Bharu tempohari dikatakan jelas membincangkan untuk menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ini mempotraitkan rupa wajah PasMa yang sebenar.

“Pertemuan yang sarat dengan perbincangan dan kritikan kepada pucuk pimpinan PAS iaitu Hadi dan malah mereka bincang bagaimana untuk menjatuhkan Presiden PAS.
“Pertemuan itu juga menangkis pandangan sebelum ini yang mengatakan PasMa diwujudkan bagi merancang strategi dan aktiviti kebajikan sebagaimana tanggapan setengah pihak terhadap NGO ini,” tulisnya di laman Facebooknya.
Tambahnya lagi, pertemuan tersebut turut merencana Plan A dan Plan B sehingga menelurkan idea perlaksanaan konsep 1 Jamaah 2 Parti.
“Satu idea yang membawa maksud menubuhkan sebuah parti baru bagi menggantikan PAS di dalam Pakatan Rakyat (PR) setelah mood pertemuan tersebut dibentuk dengan satu persepsi kononnya PAS yang sedang diterajui oleh Hadi mahu bekerjasama dengan Umno dan dilabel sebagai ‘Geng UG’ sementara mereka pula adalah Pro PR,” katanya.
Katanya, beliau difahamkan oleh seorang saksi yang hadir dalam pertemuan PasMa tersebut menyebut fokus juga dialihkan kepada Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali untuk dijatuhkan.
“Dengan maksud jatuh Mustafa Ali maka lemah dan jatuhlah Hadi. Fokus dialih kerana disebabkan reputasi Hadi yang sedang harum dengan perlantikan sebagai Naib Presiden Persatuan Ulamak Sedunia tempohari.
“Saya melihat tidak mustahil PasMa akan menjadi pintu laluan ke arah penubuhan parti baru atau serpihan PAS yang bakal dianggotai oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS sebagaimana sejarah telah merakamkan penubuhan Hamim dan Berjasa,” ujarnya
Friday, 31 October 2014
Istikharah dan Munajat 16 Tahun Lalu Akhirnya Terungkap Dari Pasukan Pembela Anwar Ibrahim Sendiri... SAH MELIWAT!
Akhirnya ia menjadi perkara 'taboo' dan ahli-ahli PAS tidak boleh menyebutnya secara terbuka keran adianggap melanggar Presiden sekalipun sbenarnya Anwar Ibrahim tiada sebarang kena-mengena dengan Tuan Guru Presiden mahupun Almarhum bekas Tuan Guru Presiden PAS yang lalu.
16 tahun lalu, jemaah PAS mencari kebenaran dengan bermohon kepada Allah Taala untuk menunjukkan kebenaran apabila berita Anwar Ibrahim dipecat dari UBN dan Kabinet Kerajaan Malaysia dilihat sebagai satu penganiayaan daripada rejim zalim yang diketuai oleh Mahathir Mohammad.
Yang tidak sabar-sabar dengan petunjuk dari Allah SWT, telah membuat keputusan berdasarkan logik akal dan nafsu. Namun kebenaran yang ditunggu-tunggu, terungkap dengan sendiri tanpa boleh dinafikan oleh para penyokong Anwar, baik dalam PKR, UBN mahupun PAS.
Kebenaran tersebut adalah menerusi hujah barisan peguambela Anwar Ibrahim sendiri yang mengakui Anwar Ibrahim melakukan perbuatan meliwat walaupun tujuan mereka adalah untuk membuktikan bahawa liwat antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan adalah atas dasar suka sama suka.
16 tahun lalu, serata negara ahli-ahli dan pemimpin PAS termasuklah Imam Besar Masjid Negara pada waktu itu mengadakan solat hajat untuk memohon petunjuk dari Allah SWT tentang kebenaran tuduhan tersebut. Mangsa liwat pada waktu itu adalah Azizan Abu Bakar, bekas pemandu peribadi Wan Azizah.
Anwar tidak mengakui perbuatan songsangnya walaupun mahkamah kemudian mendapati dia bersalah dan dia dijatuhi hukuman penjara selama 6 tahun kerana kesalahan meliwat dan 8 tahun kerana rasuah salahguna kuasa yang perlu dijalani secara berasingan. Anwar bagaimanapun, tidak sempat menjalani hukuman penjara bagi kesalahan meliwat apabila dia dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan kerana masalah 'tarikh kejadian'.
Bagaimana agaknya para penyokong Anwar Ibrahim yang bersembunyi di dalam PAS boleh menerima hakikat yang diungkapkan sendiri oleh peguam-peguam Anwar dalam kes rayuannya di Mahkamah Persekutuan dalam tempoh empat hari ini? Adakah mereka masih mahu menyatakan bahawa sesiapa di kalangan ahli-ahli PAS yang percaya Anwar mengamalkan perbuatan liwat, maka mereka adalah ANJING UBN?
Thursday, 30 October 2014
Meliwat Dan Dibicarakan Adalah Anwar Ibrahim, Tetapi Yang Berisiko Hilang Jawatan Adalah Najib UBN
Pelik atau tidak tetapi itulah hakikatnya.
Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak yang merupakan Presiden UBN merangkap Perdana Menteri Malaysia sedang berhadapan dengan risiko yang lebih besar. Sana sini sudah ramai yang bercakap tentang risiko besar yang bakal dihadapinya dalam tempoh beberapa jam dari sekarang.
Sekarang dia berada di luar negara menghadiri sebuah forum yang sepatutnya tidak memerlukan kehadirannya tetapi disebabkan dia adalah seorang Perdana Menteri yang bersifat sentiasa melarikan diri dan enggan berhadapan dengan masalah kalau tidak menganggap rasuah wang adalah kaedah terbaik menarik sokongan yang ternyata gagal total, Najib sebenarnya sedang meletakkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam keadaan yang amat sukar.
Sudah ramai golongan yang kuat menyokong UBN, mempertikaikan dasar-dasar dan polisi-polisi Najib yang belum ada satu pun yang boleh dibanggakan kecuali RTC dan UTC. 1Malaysia gagal total, PERMATA masih lagi diserang dan gagal dijawab dengan baik. IMDB sedang menerima serangan daripada bekas Perdana Menteri, Mahathir dan tiada sesiapa pun yang dapat menjawab bagaimana IMDB boleh membayar fi tinggi kepada konsultan atau ke mana hilangnya wang yang dipinjam dari luar dengan menggadaikan kepentingan GLC-GLC Malaysia yang pada tahun 1997, Mahathir telah menghalangnya daripada dirampas oleh IMF.
BR1M telah menjadi tukul yang mengetuk kepala Najib. Pemansuhan ISA dan Ordinan Darurat juga menjadi senjata makan tuan memandangkan SOSMA yang dikatakan lebih baik berbanding ISA, ternyata hanyalah satu retorik semata-mata. Hutang luar negara yang semakin menjerut. Bon-bon kedaulatan negara yang semakin matang tetapi Malaysia masih tidak mempunyai persediaan untuk membuat bayaran. Kadar harga barangan dan perkhidmatan yang meningkat kerana kelemahan pemantauan dan penguatkuasaan. Terlalu banyak campur dari pelbagai agensi yang diwujudkan oleh Najib. Gangguan politik ke atas agensi-agensi kerajaan seperti PDRM, SPRM, SPR, ATM dan sebagainya. Meletakkan orang yang tidak berkelayakan dalam pelbagai jawatan seperti penjual harta sebagai pengerusi perancang ekonomi seperti Idris Jala.... semuanya itu menjadi bahan bualan dan gelak tawa di kalangan rakyat sekaligus memperlihatkan betapa tidak mampunyai Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Dengan jumlah anggota kabinet yang paling ramai dalam sejarah pentadbiran kerajaan Malaysia, Najib tidak mempunyai sebarang kecemerlangan. Ramai yang meletakkan Najib sebagai jauh lebih teruk berbanding Abdullah Badawi dan Najib pula sangat mudah terpengaruh dengan nasihat-nasihat daripada para penasihat yang ada di sekelilingnya, walaupun penasihat-penasihat tersebut tidak memberikan persepsi yang baik kepada Najib, baik dari segi politik, mahupun kepentingan negara.
Walaupun yang melepaskan Anwar Ibrahim adalah Abdullah Badawi yang awalnya telah dipujuk oleh Allahyarhamah ibunya yang dipujuk pula oleh Allahyarhamah ibu Anwar Ibrahim untuk membebaskan Anwar Ibrahim dengan pelbagai janji, tetapi yang membuatkan Anwar naik muka dan besar kepala adalah Najib Abdul Razak.
Dan perlu juga kita akui bahawa antara penyebab Anwar berasakan dia adalah sehebat Firaun yang mengaku dia adalah Tuhan Yang A'ala adalah kita sendiri... Jemaah dan Pemimpin PAS yang terpengaruh dengan janji serta muslihat Anwar Ibrahim!
Kelembikan Najib menangani kebiadapan Anwar Ibrahim menjadi punca kemarahan majoriti penyokong UBN sendiri. Golongan yang mahu mengurangkan haba politik keterlaluan seperti sekarang, berharap orang licik seperti Anwar Ibrahim, menanggung dan bertanggungjawab di atas sebarang perbuatannya terutama yang melanggar undang-undang syarak. Sedangkan pada masa yang sama, Najib pula sentiasa mengikut apa-apa sahaja kehendak Anwar Ibrahim walaupun akhirnya yang menanggung akibat adalah rakyat Malaysia tanpa mengira sebarang latarbelakang mahupun akidah politik.
Maka tidak hairanlah mengapa Tuan Guru Presiden enggan duduk semeja berunding dengan Anwar Ibrahim dan Najib dalam Konsensus Nasional yang dirancang oleh Saifuddin Nasution atas arahan Anwar Ibrahim sendiri, kerana Tuan Guru Presiden tahu, Najib hanya makanan Anwar Ibrahim dan natijah kepada rakyat Malaysia dan umat Islam, akan jauh lebih besar seandainya Tuan Guru Presiden bersetuju dengan rancangan jahat Anwar.
PAS sudah ada pengalaman dengan Anwar Ibrahim tetapi PAS mempunyai maruah untuk mengakui yang PAS sebenarnya telah terpedaya dek kelicikan dan manis mulut Anwar Ibrahim. Sepatutnya Najib selaku pemimpin UBN dan Malaysia, boleh faham mantiq yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Presiden.
Malangnya Najib memilih untuk menyaksikan kemarahan tahun 2003-2005. Sebelumnya dia boleh tersenyum dan tersengih kerana cahaya jawatan Perdana Menteri sangat cerah di matanya, tetapi sekarang, dia bakal melihat pemaksaan untuknya mengosongkan jawatan tersebut.
Menang Anwar dalam kes rayuannya di Mahkamah Persekutuan - baik dibebaskan mahupun hukumannya dikurangkan - kita bakal menyaksikan Najib akan dipaksa meletak jawatan dan pemberontakan besar-besaran akan berlaku di dalam UBN!
Ikut bacaan politik, kita bersyukur kerana itulah matlamat dan 'kemenangan' kita. Tetapi ikut bacaan negara, umat Islam dan jangka panjang buat PAS sendiri?
Jangan pandang sehala dan pandang mudah kerana setiap yang Allah Taala jadikan, pasti ada sebab-musababnya.
Friday, 24 October 2014
Bila Tengok PAS Tidak Bersama-sama Anwar Ibrahim, Serta-Merta Pro-Anwar Ingatkan Almarhum Ustaz Fadhil Noor
Begitulah perangai sesetengah orang yang tidak mengenang budi dan tidak tahu diuntung. Mereka hanya mahu mempergunakan orang lain bagi kepentingan mereka. Apabila mereka sudah kuat, mereka akan segera menyepak, menghina bahkan tidak berterima kasih langsung dengan bantuan serta sokongan yang diberikan selama ini.
Kempen 'RAKYAT HAKIM NEGARA' memperlihatkan kegopohan dan kegelojohan PKR dan Anwar Ibrahim yang tidak berkurangan, sebaliknya membuktikan bahawa Anwar Ibrahim dan segala bala tenteranya adalah kumpulan yang akan melakukan apa-apa sahaja walaupun perlu menyembah bomoh dan tokong demi memastikan Anwar Ibrahim bebas daripada hukuman penjara akibat perbuatannya sendiri.
Hari yang sama, 28 Oktober, PKR terus menggelabah kerana tidak dapat bersembang besar lagi dengan UBN apabila ahli-ahli PAS lebih berminat untuk bersolidariti dengan Tuan Guru Presiden PAS yang dianiayai oleh PKR dalam usaha mereka untuk menguasai PAS dan kemudian menghapuskan PAS.
Pada hari itu, Tuan Guru Presiden akan berhadapan dengan tuntutan saman oleh PKR sebanyak RM2 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu setelah Hanipa Maidin dengan sengaja membiarkan Shamsul Pil Kuda menang dalam tuntutan RM2 juta sebelum itu.
Sudah ada tentera-tentera Anwar Ibrahim yang mempersoalkan tindakan PAS yang kelihatan seperti enggan bersolidariti dengan Anwar Ibrahim, sebaliknya lebih berminat untuk bersama-sama Tuan Guru Presiden di Kuala Terengganu yang hanya disaman RM2 juta oleh PKR berbanding Anwar Ibrahim yang akan dipenjarakan sekurang-kurangnya 5 tahun kerana perbuatan songsangnya yang bukan sahaja salah di sisi undang-undang Malaysia, bahkan melanggar hukum Allah Taala dan kehidupan manusia itu sendiri.
Pada saat inilah, mereka mula mengingatkan semula PAS tentang Almarhum Tuan Guru Ustaz Fadhil Noor yang menurut mereka, pasti tidak akan meninggalkan Anwar Ibrahim bersendirian.
Mereka tersilap sebenarnya atau dengan kata-kata lain, mereka cuba untuk memutarbelitkan kenyataan sebenar. Almarhum sebenarnya tidak bersolidariti dengan Anwar Ibrahim secara membuta tuli walaupun sebelum itu, Anwar Ibrahim membuat pelbagai ugutan dan cercaan ke atas ulama-ulama dan PAS sendiri. Almarhum pada waktu itu melihat peluang terbaik untuk mendidik masyarakat khususnya umat Islam agar mengambil peduli dengan undang-undang negara yang telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk berkuasa, terutama sekali oleh Anwar Ibrahim sendiri menerusi banyak tindakannya ke atas musuh-musuh politiknya sebelum itu. Almarhum telah menggunakan kebijaksanaannya untk melaksanakan helah politik yang akhirnya memberikan keuntungan besar kepada PAS.
PAS yang sebelum itu tercalar teruk dengan pelbagai label dan jenama, menerusi kebijaksanaan Almarhum, telah menarik minat golongan muda untuk mendekati dan menyertai PAS. PAS bertambah kukuh dan pada pilihanraya umum tahun 1999, PAS menjadi pembangkang majoriti di Parlimen berbanding DAP dan PKR (PKN pada waktu itu).
Jikalau diperhatikan dan diperhalusi, Almarhum sebenarnya tidak pernah peduli pun dengan Anwar Ibrahim tetapi golongan pro-Anwar Ibrahim yang sudah menyeberang masuk ke dalam PAS sebenarnya yang memberikan persepsi yang Almarhum menyokong Anwar Ibrahim. Buktinya, pada tahun 2002, Almarhum telah bersama-sama Dr.Mahathir dalam solidariti bersama-sama rakyat Palestin yang telah dizalimi oleh Zionis. Malah dalam banyak situasi sebelum Almarhum pulang ke pangkuan Allah Taala, dia banyak bersama-sama Mahathir berbanding Anwar Ibrahim di dalam penjara atau pun keluarga Anwar Ibrahim yang dikemudi oleh isterinya, Wan Azizah.
Dari tahun 1998 sehinggalah sekarang, PAS telah dijadikan sebagai subjek yang boleh diperbodoh-bodohkan. Ketika sokongan diberikan kepada semua usaha yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim dan PKR, haram tidak sepatah pun perkataan 'terima kasih' diucapkan, bahkan diungkit tentang semangat tahaluf siyasi yang sebenarnya tidak dipersetujui oleh sebahagian besar akar umbi PAS. Apabila PAS enggan menghantar bantuan bagi meramaikan hadirin, dikatakan PAS telah mengkhianati Pakatan Rakyat.
Apa sebenarnya Pakatan Rakyat kalau dalam semua perkara, PAS sahaja yang terkena dan perlu mengalah? Mengapa PKR dan DAP tidak mengalah dengan PAS dalam soal tuntutan hudud dan hukum-hakam Islam, termasuklah pengukuhan institusi masjid serta sekolah-sekolah pondok dan agama? Sebaliknya PAS setiap kali memperkatakan tentang maslahat berkenaan, dikatakan mahu memecah belahkan Pakatan Rakyat.
Orang bijak tidak akan masuk ke lubang ular dua kali berturut-turut. Cukuplah sokongan yang ditunjukkan kali pertama pada tahun 1998 dahulu. Sekarang, oleh kerana PKR sentiasa bercakap besar, buatlah sendiri dan tunjukkan yang PKR sebenarnya tidak memerlukan langsung PAS. Tunjukkan dan buktikanlah yang PKR sememangnya amat kuat, boleh menendang PAS sesuka hati mereka dan sangat disayangi serta dicintai oleh sekalian rakyat Malaysia.
Lagipun, beberapa orang pemimpin PAS seperti Mahfuz Omar, Khalid Samad, dan beberapa orang pemimpin pro-Anwar dari PAS sudah pun menyatakan persetujuan untuk menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar Ibrahim berbanding Presiden mereka sendiri. Justeru, apa yang mereka gusarkan sangat. Mahfuz dan Khalid Samad sahaja sudah cukup untuk membawa berpuluh-puluh ribu orang penyokong mereka ke halaman Istana Kehakiman pada 28 dan 29 Oktober nanti.

Thursday, 23 October 2014
Anwar Ibrahim Hantar Klip Video Seks Ustaz Azhar Idrus Kepada UBN Untuk Tarik Sokongan Ahli-Ahli PAS Kepadanya Menjelang Perbicaraan Rayuannya
Tidak mustahil sekiranya artikel kali ini dianggap sebagai menjilat UBN kalau tidak pun, aku dituduh menerima suapan daripada UBN. Namun kebenaran sememangnya pahit dan wajib bagi aku menyebarkan perkara sebenarnya, walaupun aku mungkin memberikan pihak musuh kredit dan secara tidak langsung membela mereka.
Dari tahun 1982, apa yang Anwar Ibrahim tidak lakukan dan katakan kepada kaum ulama? Almarhum bekas Mufti Selangor, sampai meninggal dunia difitnahnya dalam isu ratu cantik dan kemudian fitnah tersebut dipersalahkan kepada Mahathir. Kawan-kawan sekutunya seperti Rahim Thamby Chik, Muhyiddin Yasin, Mat Taib bahkan Najib sendiri, juga difitnahnya dalam usaha dia untuk memanjat tangga kuasa sebagai Presiden UBN dan Perdana Menteri Malaysia. Malah, dalam satu kes yang sangat 'luar biasa', isteri Azizan, bekas pemandu peribadi isterinya, yang sedang sarat mengandung terbunuh dalam satu insiden langgar lari ketika kemuncak kehangatan perbicaraan kes liwat pertamanya. Kes berkenaan tidak pernah berjaya dirungkaikan oleh pihak polis sehingga ke hari ini.
Terhadap ulama-ulama PAS, siapa yang tidak ditohmah dan tidak difitnah oleh Anwar Ibrahim sehinggalah ke hari-hari terakhirnya di dalam UBN sebelum dipecat dan diterajang keluar oleh Mahathir setelah Mahathir mengambil masa hampir setahun untuk mempercayai maklumat-maklumat yang disampaikan kepadanya membabitkan perilaku Anwar Ibrahim yang tidak layak sebagai seorang bakal pemimpin utama negara ini.
Majlis Ulama PAS disifatkannya sebagai penternak fitnah. Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden disifatkannya sebagai ulama selipar dan terompah jamban, PAS tidak berkelayakan kerana di dalam PAS semuanya orang bodoh, jumud dan hanya tahu berserban, berjubah dan berjanggut kambing.
Pandangan Anwar kepada PAS, sememangnya hina dan sehingga ke hari ini, hari di mana Anwar dikatakan telah bertaubat dan sedar dengan kesilapannya, Anwar masih tetap menganggap PAS bodoh dan boleh diperbodoh-bodohkan. PAS bagi Anwar adalah mangsa yang paling mudah dikenakan berbanding UBN kerana PAS sangat berpegang kepada perjanjian.
Sebelum ini, Anwar dan para jembalangnya yang sedang giat berkempen di beberapa buah negara, terutama sekali Australia, sudah kebuntuan fikiran bagaimana hendak menghadirkan lebih ramai orang ke demonstrasi yang dianjurkan. Dalam beberapa ceramah dan kempen 'RAKYAT HAKIM NEGARA', Anwar dapat melihat sendiri sambutan hambar yang diberikan kepadanya, sekalipun mereka yang dibayar gaji oleh Anwar masih menulis kononnya, rakyat berduyun-duyun untuk mendengar ceramah dan pembohongan Anwar.
Anwar sememangnya mengharapkan ahli-ahli PAS untuk bersolidariti bersama-samanya dan meramaikan demonstrasi yang dianjurkan selama dua hari. Selama ini pun, yang meramaikan demonstrasi-demonstrasi anjuran Anwar Ibrahim dan DAP adalah orang-orang PAS. Bagaimanapun, krisis Menteri Besar Selangor yang mana PAS dipersalahkan sekalipun yang merancang helah tersebut adalah Anwar Ibrahim sendiri atas alasan kononnya UBN mahu merampas Selangor dari Pakatan Rakyat, telah merenggangkan hubungan antara PAS dengan PKR dan DAP.
PAS dipersalahkan kerana tidak mahu 'mempertahankan' Selangor walhal tiada suatu petunjuk aras yang memberikan kesempatan kepada UBN untuk merampas Selangor sekalipun tanpa KAJANG MOVE yang terkangkang. Perancangan Anwar ialah mahu merampas Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila dana-dana luar untuk PKR, semakin susut apabila para penaja Anwar semakin tidak mempercayainya.
Dalam tempoh tidak sampai setahun, kita banyak dikejutkan dengan pelbagai perkara-perkara pelik. Menjelang PRU-13, klip video Setiausaha Agung PAS, Cikgu Pa 'dilepaskan' oleh macai UBN dan menjadi viral. Ia bermula apabila Cikgu Pa bertegas untuk tidak mengalah kepada tuntutan PKR untuk PAS menyerahkan lebih banyak kerusi kepada PKR di kawasan-kawasan PAS untuk ditandingi oleh PKR pada PRU-13. Hasilnya, Cikgu Pa terpaksa 'direhatkan'. UBN dipersalahkan dan dikatakan telah menfitnah Cikgu Pa.
Fitnah sebegitu tidak sahaja untuk memusnahkan kerjaya, tetapi juga untuk menyelamatkan kerjaya politik sebagaimana yang berlaku kepada Nurul Izzah dan Azmin Ali sendiri. Malah, demi meraih simpati dan sokongan, klip video Anwar Ibrahim berasmara bersama jantan yang pernah dirakamkan memberikan jambangan bunga berwarna ungu kepadanya di tangga Mahkamah Tinggi ketika perbicaraan kes liwat keduanya, turut diviralkan.
Demi mendapatkan sokongan dan perhatian daripada ahli-ahli PAS, terutama untuk menimbulkan kemarahan kepada UBN dan mengalihkan kemarahan tersebut menjadi simpati kepada Anwar, maka satu lagi klip video pelik melibatkan tokoh penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dilepaskan malam tadi.
Kebodohan blogger-blogger UBN yang mudah termakan perangkap dengan isu dan klip video seks memudahkan kerja-kerja Anwar Ibrahim. Mereka segera mengedarkan klip video tersebut menerusi media-media sosial, tanpa menyedari mereka telah diperangkap dengan cara yang amat mudah oleh perancangan jahat Anwar Ibrahim.
Ahli-ahli PAS seharusnya tidak mengulangi kebodohan para pengikut UBN. Ahli-ahli PAS telah dididik oleh para pemimpin kita agar tidak mudah mempercayai fitnah. Malah kita juga dididik agar berfikir secara bijak dan melihat perancangan serta tipu helah lawan yang mahu menghancurkan kita semata-mata untuk memperolehi sokongan buat mereka.
Kita harus bersolidariti bersama-sama Tuan Guru Presiden, bukannya terpengaruh dengan fitnah Anwar Ibrahim dan jembalang-jembalangnya menggunakan blogger-blogger pro-UBN yang tidak pernah menggunakan otak.
Ayuh, kita bergerak beramai-ramai ke Kuala Terengganu untuk bersama-sama pemimpin kita, bukannya bersama-sama orang yang mahu memusnahkan kita. Biarkan mereka dengan klip-klip video seks dan fitnah yang sudah menjadi makanan harian mereka.
Tuesday, 21 October 2014
Program Pegang, Peluk, Belai dan Cium Anjing Merupakan Sebahagian Kecil Ancaman Akidah Umat Islam
Ada yang sudah pun membuat tanggapan mudah bahawa hampir 800 orang yang datang untuk berpesta pora memegang, memeluk, membelai dan mencium anjing merupakan golongan yang sebenarnya sudah murtad dari Islam. Mereka hanya bertudung untuk melindungi perkara sebenar, dan pada masa yang sama, memberikan imej bahawa umat Islam sebenarnya tidak perlu takut-takut untuk menyentuh anjing kerana anjing, seperti kucing, adalah haiwan.
Jarum fitnah ini sudah lama ditusukkan. Dari zaman penjajahan Portugis ke atas Melaka lagi. Dari zaman Raja Chola dan Syiah ke atas Kedah lagi. Dari zaman Belanda dan Inggeris serta Siam di seluruh Tanah Melayu, percubaan untuk menghancurkan Islam melalui pelbagai elemen telah dibuat. Yang paling terkenal, sudah tentulah cubaan Stamford Raffles mengkristiankan orang Melayu menerusi Bible berbahasa Melayu yang diterjemahkan oleh Munsyi Abdullah dan menggantikan istilah 'God' dengan 'Allah' dan pelbagai istilah lain pada tahun 1852.
Tidak seperti di Indonesia di mana mubaligh-mubaligh Kristian dari Belanda lebih agresif, di Tanah Melayu, proses murtad berjalan dengan sangat perlahan dan lebih berhati-hati.
Namun sekarang ini, selain daripada penggunaan Bible berbahasa Melayu yang sangat kuat disokong oleh beberapa orang pemimpin PAS seperti Khalid Samad, serangan turut dilakukan kepada masalah furuq.
Terbaru adalah menyentuh anjing.
Ditokok dengan cerita tambahan daripada bekas mufti seperti MAZA yang diketahui seringkali mengeluarkan pelbagai hukum yang pelik-pelik berdasarkan terbitan kitab-kitab bacaannya tanpa mengambil kira pegangan mazhab Syafie yang merupakan pegangan utama umat Islam di Nusantara.
Dalam kenyataan terbarunya yang mendapat sokongan besar daripada Nga Kor Ming, MAZA menyatakan tidak haram menyentuh anjing. Pandangannya itu adalah berdasarkan kepada pendapat mazhab Maliki yang lebih ringan hukumnya membabitkan anjing. Sedangkan mazhab Syafie yang lebih sesuai diamalkan di kawasan-kawasan berhawa panas lembab seperti Malaysia, menegaskan bahawa anjing adalah najis berat. Sentuhan secara sengaja sepertimana yang ditunjukkan di dalam program yang dianjurkan beberapa hari lepas, merupakan sentuhan yang mencari dosa dan kemudian bertaubat iaitu perbuatan yang memperolok-olokkan agama - suatu perbuatan keji yang dilakukan oleh golongan keji.
PAS secara total (kecuali beberapa orang pemimpin yang sememangnya diketahui sangat pro kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng) menolak perbuatan tersebut sebagai perbuatan biadap, sia-sia dan menghina Islam. PAS juga menegaskan, daripada berkempen memegang anjing, adalah lebih baik sekiranya kempen menyayangi ibu bapa, anak-anak yatim, memegang tangan isteri dan sebagainya yang lebih berfaedah diadakan. Lebih baik lagi kempen mengajak umat Islam mengimarahkan masjid, bukannya bertindak gila untuk memegang anjing.
Melihat kepada gambar-gambar yang disiarkan, sekaligus memberitahu kita bahawa program tersebut sememangnya mempunyai agenda yang sangat jahat. Penganjur, seorang pemuda Melayu-Islam yang mempunyai gelaran Syed, seharusnya perlu disiasat dan dipastikan agamanya selain daripada motif utamanya.
Bohonglah kalau lelaki tersebut menyatakan program tersebut adalah untuk mendidik masyarakat Islam tentang anjing dan samak, kerana objektif utama dalam program tersebut seperti yang dapat dilihat ialah, mahukan orang Islam, terutama sekali perempuan-perempuan yang bertudung dan mempunyai imej Islam, menyentuh, membelai, memeluk dan mencium anjing.
Selepas ini, apa pula yang akan mereka lakukan? Adakah Kerajaan UBN sekadar mendiamkan diri dan berasa sudah cukup dengan menghantar JAKIM untuk membuat kenyataan media?

Sunday, 19 October 2014
Masa Susah Ingat dan Pujuk PAS, Masa Senang, PAS Jugalah Yang Ditendang Dan Diterajang
Beberapa flashmob yang diadakan semalam, jelas hanya mampu menggunakan tenaga beberapa orang anak muda yang tidak faham dan tidak tahu pun apa yang berlaku pada tahun 1998. Malah lebih tepat lagi, golongan yang hanya percaya dengan temberang serta auta Anwar Ibrahim tetapi gagal melihat serta mengkaji tindak-tanduknya yang mendapat tentangan daripada PAS semenjak tahun 1982 lagi.
Kini, arahan terbaru dikeluarkan lagi. Arahannya ialah, PAS perlu bergabung dengan PKR dan DAP untuk menghadirkan lebih ramai pendemontrasi bagi menunjukkan kepada dunia betapa agungnya Anwar Ibrahim dan betapa terdesaknya Kerajaan Malaysia perlu memenjarakan Anwar Ibrahim untuk kesalahan yang tidak dilakukannya semata-mata kerana Anwar Ibrahim adalah Imam Mahdi sebagaimana yang digelarkan oleh para jeneral dan konco-konconya.
Sedangkan hakikatnya, Anwar Ibrahim hanyalah seorang pemanipulator dan seorang lelaki keji yang Allah Taala kurniakan kebolehan serta kehebatan melakukan penipuan serta tipu daya sehingga mampu membuatkan para golongan bebal percaya, warna hitam itu adalah putih.
Selepas menyedari kewujudannya dalam UMNO tidak lagi selamat, sekitar 1997, Anwar Ibrahim sudah mula memasukkan orang-orangnya ke dalam PAS. 1998 apabila dia mula dibicarakan, ramai orang kanannya dan proksinya yang memperolehi kekayaan luar biasa seperti Kamaruddin Jaafar menerusi perompakan projek-projek mega termasuklah KL Sentral, Monorail, LRT-Putra, Plaza Rakyat yang sehingga kini tidak siap dan pembinaan persimpangan bertingkat di seluruh Kuala Lumpur, segera menyeberang masuk PAS. Salah seorang daripada mereka, Saifuddin Nasution yang merupakan balaci agung Anwar Ibrahim juga masuk PAS sebelum Parti Keadilan Nasional yang bertukar nama kepada Parti Keadilan Rakyat setelah bercantum dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) yang beberapa tahun sebelum bercantum dengan PKN bertukar nama kepada Parti Rakyat Malaysia.
Orang-orang Anwar Ibrahim itulah yang menjahanamkan PAS sehingga sekarang. Manusia jahanam seperti Saari Sungip, Husam Musa, Hasnol Baharuddin, Khalid Samad, Dr. Dzulkefly Ahmad dan kumpulan ABIM serta JIM yang berada dalam PAS sekarang, merupakan golongan yang terus berusaha menjadikan PAS sebagai biro agama untuk PKR dan selipar jamban untuk DAP.
Dari tahun 1998, Anwar Ibrahim kagum dengan dirinya sendiri kerana demonstrasi melibatkan puluhan ribu orang. Dia mendabik dada, kehadiran puluhan ribu orang itu adalah kerana dirinya, bukan kerana PAS. Demonstrasi-demonstrasi besar yang lain juga, dikatakan hasil kejayaan dan sokongan kepada Anwar Ibrahim, bukan kerana faktor PAS.
Masa senang, bukan main lagi dabik dada. Tidak mengaku peranan yang dimainkan oleh PAS, sebaliknya PAS pula dikatakan menumpang populariti Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim dan para jeneralnya termasuklah pemimpin-pemimpin agung DAP sehingga kini tidak boleh mengaku bahawa tanpa PAS menyertai demonstrasi yang diadakan, kesemuanya akan gagal.
Demonstrasi pada 28 dan 29 Oktober ini juga nampaknya akan mengalami kegagalan yang serupa. Berdasarkan culaan terkini, untuk mendapatkan 3,000 orang peserta pun, PKR tidak akan mampu melakukannya. DAP yang cuba mencetuskan minat untuk berdemonstrasi di kalangan masyarakat penyokong mereka menerusi Bar Council, juga nampaknya tidak berjaya.
Maka benarlah seperti yang dikatakan oleh anakanda Tuan Guru Mursyidul Am yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas, ketika susah, PAS diminta bantuan, tetapi apabila senang, PAS dihina, diperlekehkan dan diterajang sesuka hati oleh PKR dan DAP.
Sedangkan sepatutnya inilah masanya untuk PKR dan Anwar Ibrahim untuk membuktikan betapa agung dan berpengaruhnya mereka tanpa pembabitan PAS. Untuk apa tenaga PAS ditagih sedangkan apa-apa sahaja yang PAS ingin lakukan, merekalah yang paling kuat menentang.
Saturday, 18 October 2014
PAS Masih Tak Juga Belajar? Masih Juga Nak Jatuh Dalam Lubang Yang Sama Tiga Empat Kali?
Kepimpinan TGHH sebenarnya amat teruji. Jauh lebih teruji berbanding zaman Allahyarham Asri Muda, malah jauh lebih hebat berbanding pertembungan kuasa di Kelantan pada tahun 1974 sehingga memudahkan UBN mewujudkan darurat dan merampas Kerajaan Negeri Kelantan dari tangan PAS.
Kalau dahulu, kita bersengketa hanya sesama sendiri dengan motifnya adalah nafsu dan keinginan untuk memegang jawatan dan kemewahan. Namun persengketaan itu mudah diatasi menerusi saringan dan penapisan.
Sekarang, PAS berhadapan dengan masalah lebih besar. Sebabnya, Tahaluf Siyasi telah bertukar menjadi racun yang serba memusnahkan. Walaupun Tahaluf Siyasi adalah halal di sisi agama, tetapi perbuatan berlebih-lebih dan menguatamakan kaum lain berbanding kaum sendiri, merupakan perbuatan bodoh yang mengundang kepada kemurkaan Allah Taala dan Rasul-Nya.
Itu sedang berlaku dalam PAS. PAS sedang dimusnahkan menerusi tindak tanduk sebilangan pemimpin PAS yang tawakkal dan tawadduk mereka adalah kepada Pakatan Rakyat. Iktikad mereka ialah, tanpa Pakatan Rakyat, PAS tidak boleh hidup dan tidak boleh wujud. Tanpa Pakatan Rakyat, PAS tidak mungkin akan menang satu kerusi pun.
Mereka terlupa bahawa yang berkuasa hanyalah Allah Taala. Allah Taala yang menaikkan dan menurunkan kerajaan-kerajaan di dunia ini. Manusia dan usaha hanyalah asbab dan musabab sedangkan keputusan akhir adalah milik Allah Taala. Tawakkal dan iktikad sepatutnya kepada Allah Taala, bukannya kepada makhluk seperti Pakatan Rakyat.
Bila tawakkal kita kepada makhluk, jadilah seperti PAS menyertai dan menubuhkan Barisan Nasional bersama-sama UMNO dan parti-parti komponen yang lain. Selepas itu PAS ditendang kerana UBN melihat PAS sebagai ancaman kepada parti itu. UBN takut PAS menggantikan mereka walhal PAS berada dan sama-sama menubuhkan Barisan Nasional. PAS ditendang dan sebilangan pemimpin PAS yang terasa perit dengan perbuatan khianat UBN, masih mengingatinya dan enggan bersatu dengan UBN kembali walau apa cara sekalipun.
Pada tahun 2008, PAS menyertai Pakatan Rakyat secara rasmi walaupun sebelum itu PAS pernah berunding dan bekerjasama secara gelap dengan DAP bermula dari tahun 1960-an lagi sehinggalah penghujung 1990-an. PAS lebih berjaya pada waktu itu dan DAP pula tidak berani angkat muka atau meninggikan suara kepada PAS.
Namun menyertai Pakatan Rakyat, dengan bantuan pemimpin-pemimpin PAS yang telah disuntik virus Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng, PAS yang dahulunya merupakan kuasa politik yang ditakuti oleh DAP dan PKR, menukarkan PAS menjadi zombie yang hanya tahu mengangguk dan akur sahaja dengan sebarang suruhan PKR-DAP.
Selangor merupakan teladan terbaik untuk PAS. PAS kuat menyokong Azmin Ali sebagai Menteri Besar sehinggalah Azmin Ali benar-benar dilantik ke jawatan itu. Walaupun PAS berpeluang menaikkan ADUNnya seperti Sallehin Mukhyi mahupun Iskandar Samad, PAS memilih untuk akur dengan resolusi Pakatan Rakyat yang menetapkan bahawa Selangor adalah 'milik PKR'.
PAS yang bersungguh-sungguh dan memberikan harapan besar kepada Azmin Ali, tetapi nampaknya PAS pula yang dijadikan mangsa dan seterusnya dizalimi dan dianiayai. Sedangkan PAS merupakan sebahagian daripada pasukan Pakatan Rakyat Selangor. Mungkin kerana PAS hanya memiliki 15 kerusi DUN yang sekarang ini selepas ditolak dua pengkhianat iaitu Saari Sungip dan Hasnol Baharuddin, PAS hanya ada 13 sedangkan PKR-DAP pula mempunyai jumlah 15+13+2, menjadikan mereka sangat besar kepala.
Walhal jumlah itu jugalah yang kuat menentang Azmin Ali sebagai Menteir Besar Selangor dan hanya mahukan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.
PAS perlu lihat dan perlu ingat pembodohan yang berlaku sekarang. Jangan lagi PAS terus bodoh dan diperbodoh-bodohkan oleh pemimpin PAS yang merupakan talibarut syaitan dan iblis dalam bentuk tubuh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng kerana telah terbukti, Iblis dan Syaitan tidak pernahmenjadi rakan manusia sampailah ke hujung dunia.

Friday, 17 October 2014
Mengapa Tiada Sesiapa Di Kalangan PAS Yang Berani Menyanggah DAP?
Ketika PAS berusaha untuk menjadikan negara ini lebih diberkati menerusi hukuman hudud, yang paling kuat menentang adalah PKR dan DAP walaupun pada masa yang sama, mereka cuba menyalahkan UBN. Ramai pula yang tumpang meludah UBN kerana beberapa kenyataan daripada pemimpin-pemimpin UBN yang kelihatan sangat anti dan tidak beriman dengan perintah Allah Taala itu.
Namun pada masa yang sama, UBN bijak memberi alasan iaitu, mereka tidak menolak hudud sepenuhnya, sebaliknya sistem perlaksanaannya yang barangkali mempunyai elemen ketidakadilan, memandangkan yang menggubal undang-undang tersebut adalah ahli-ahli politik. Apatah lagi tidak semudah A,B,C untuk melaksanakan sesuatu undang-undang setelah Malaysia diikat dengan Perlembagaan Reid yang menjatuhkan taraf semua undang-undang kecuali undang-undang sekular, walaupun selama ratusan tahun, kerajaan-kerajaan Melayu telah melaksanakan undang-undang syariah.
Mungkin kerana terlalu memberikan tumpuan kepada UBN, kita terlepas pandang ke atas penentangan-penentangan keras yang dibuat oleh DAP dan PKR dalam kes ini.
PKR terutama menerusi Ketua Umum dan Presidennya telah menyatakan bahawa jikalau Pakatan Rakyat berkuasa, mereka tetap tidak akan mengadakan undang-undang hudud di negara ini. Untuk Pakatan Rakyat berkuasa di Malaysia, Pakatan Rakyat amat memerlukan kerusi-kerusi Parlimen yang diwakili oleh PAS. Walaupun DAP menjadi kuasa dominan, tetapi tanpa PAS, matlamat untuk mencapai sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen tidak mungkin tercapai memandangkan DAP hanya bertanding di kawasan-kawasan bandar. Sedangkan kerusi-kerusi Parlimen majoriti berada di luar bandar.
Agak aneh ialah apabila PKR dan DAP memberi kata dua kepada PAS melibatkan perayaan arak yang dikenali sebagai Oktoberfest. Beberapa orang pemimpin PAS seperti Hanipa Maidin, Khalid Samad dan Mat Sabu amat jelas menyokong PKR dan DAP.
Menurut mereka, PAS tidak perlu menyibuk kerana arak adalah urusan bukan Islam. Tiada kena-mengena dengan orang Islam.
Yang mereka terlupa ialah, telah diterangkan dari awal lagi bahawa perlaksanaan hudud di negara ini hanya melibatkan orang Islam, manakala orang bukan Islam tidak terlibat. PAS sedar bahawa undang-undang melibatkan kuasa Parlimen, tidak akan memberi kemenangan kepada usaha PAS untuk mendapatkan hudud bagi umat Islam. Justeru sebagai permulaan, PAS hanya menumpukan kepada perlaksanaan yang lebih kecil melibatkan negeri memandangkan kuasa dan hal-ehwal agama Islam merupakan kuasa kerajaan negeri.
Biarpun sebenarnya perlaksanaan hudud adalah meluas, termasuklah dikenakan kepada bukan Islam yang tinggal di negeri atau wilayah yang melaksanakannya, namun atas maslahat tertentu, daripada langsung tidak diadakan, lebih baiklah diamalkan walaupun hanya melibatkan sebahagian daripada rakyat sesebuah negeri.
Mengapa dalam hal hudud, DAP dan PKR begitu keras menentang, walhal ianya tidak melibatkan kaum bukan Islam? Sehinggakan sanggup menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat walaupun sebenarnya mereka amat memerlukan penyertaan PAS berbanding PAS yang memerlukan DAP dan PKR?
Namun dalam hal arak, boleh pula mereka kata, PAS tidak perlu campurtangan kerana ianya bukan hal yang melibatkan umat Islam.
Semua ini berpunca daripada sebilangan ahli dan pemimpin PAS yang tawakal dan tawaduk mereka hanyalah kepada Pakatan Rakyat. Mereka tidak lagi percaya bahawa Allah Taala boleh menaikkan dan menurunkan kuasa sesebuah kerajaan. Mereka sebaliknya percaya, tanpa Pakatan Rakyat, PAS tidak akan ke mana-mana. Sedangkan telah terbukti, walaupun tanpa Pakatan Rakyat, PAS tetap wujud dalam sistem demokrasi di negara ini. Dan kerana kewujudan itulah, PKR dan DAP amat berminat dengan PAS sehingga mengenepikan parti-parti kecil yang lain.
Barangkali DAP dan PKR terlupa perkara yang lebih penting berdasarkan fakta-fakta ini.