Thursday, 30 October 2014
Meliwat Dan Dibicarakan Adalah Anwar Ibrahim, Tetapi Yang Berisiko Hilang Jawatan Adalah Najib UBN
Pelik atau tidak tetapi itulah hakikatnya.
Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak yang merupakan Presiden UBN merangkap Perdana Menteri Malaysia sedang berhadapan dengan risiko yang lebih besar. Sana sini sudah ramai yang bercakap tentang risiko besar yang bakal dihadapinya dalam tempoh beberapa jam dari sekarang.
Sekarang dia berada di luar negara menghadiri sebuah forum yang sepatutnya tidak memerlukan kehadirannya tetapi disebabkan dia adalah seorang Perdana Menteri yang bersifat sentiasa melarikan diri dan enggan berhadapan dengan masalah kalau tidak menganggap rasuah wang adalah kaedah terbaik menarik sokongan yang ternyata gagal total, Najib sebenarnya sedang meletakkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam keadaan yang amat sukar.
Sudah ramai golongan yang kuat menyokong UBN, mempertikaikan dasar-dasar dan polisi-polisi Najib yang belum ada satu pun yang boleh dibanggakan kecuali RTC dan UTC. 1Malaysia gagal total, PERMATA masih lagi diserang dan gagal dijawab dengan baik. IMDB sedang menerima serangan daripada bekas Perdana Menteri, Mahathir dan tiada sesiapa pun yang dapat menjawab bagaimana IMDB boleh membayar fi tinggi kepada konsultan atau ke mana hilangnya wang yang dipinjam dari luar dengan menggadaikan kepentingan GLC-GLC Malaysia yang pada tahun 1997, Mahathir telah menghalangnya daripada dirampas oleh IMF.
BR1M telah menjadi tukul yang mengetuk kepala Najib. Pemansuhan ISA dan Ordinan Darurat juga menjadi senjata makan tuan memandangkan SOSMA yang dikatakan lebih baik berbanding ISA, ternyata hanyalah satu retorik semata-mata. Hutang luar negara yang semakin menjerut. Bon-bon kedaulatan negara yang semakin matang tetapi Malaysia masih tidak mempunyai persediaan untuk membuat bayaran. Kadar harga barangan dan perkhidmatan yang meningkat kerana kelemahan pemantauan dan penguatkuasaan. Terlalu banyak campur dari pelbagai agensi yang diwujudkan oleh Najib. Gangguan politik ke atas agensi-agensi kerajaan seperti PDRM, SPRM, SPR, ATM dan sebagainya. Meletakkan orang yang tidak berkelayakan dalam pelbagai jawatan seperti penjual harta sebagai pengerusi perancang ekonomi seperti Idris Jala.... semuanya itu menjadi bahan bualan dan gelak tawa di kalangan rakyat sekaligus memperlihatkan betapa tidak mampunyai Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Dengan jumlah anggota kabinet yang paling ramai dalam sejarah pentadbiran kerajaan Malaysia, Najib tidak mempunyai sebarang kecemerlangan. Ramai yang meletakkan Najib sebagai jauh lebih teruk berbanding Abdullah Badawi dan Najib pula sangat mudah terpengaruh dengan nasihat-nasihat daripada para penasihat yang ada di sekelilingnya, walaupun penasihat-penasihat tersebut tidak memberikan persepsi yang baik kepada Najib, baik dari segi politik, mahupun kepentingan negara.
Walaupun yang melepaskan Anwar Ibrahim adalah Abdullah Badawi yang awalnya telah dipujuk oleh Allahyarhamah ibunya yang dipujuk pula oleh Allahyarhamah ibu Anwar Ibrahim untuk membebaskan Anwar Ibrahim dengan pelbagai janji, tetapi yang membuatkan Anwar naik muka dan besar kepala adalah Najib Abdul Razak.
Dan perlu juga kita akui bahawa antara penyebab Anwar berasakan dia adalah sehebat Firaun yang mengaku dia adalah Tuhan Yang A'ala adalah kita sendiri... Jemaah dan Pemimpin PAS yang terpengaruh dengan janji serta muslihat Anwar Ibrahim!
Kelembikan Najib menangani kebiadapan Anwar Ibrahim menjadi punca kemarahan majoriti penyokong UBN sendiri. Golongan yang mahu mengurangkan haba politik keterlaluan seperti sekarang, berharap orang licik seperti Anwar Ibrahim, menanggung dan bertanggungjawab di atas sebarang perbuatannya terutama yang melanggar undang-undang syarak. Sedangkan pada masa yang sama, Najib pula sentiasa mengikut apa-apa sahaja kehendak Anwar Ibrahim walaupun akhirnya yang menanggung akibat adalah rakyat Malaysia tanpa mengira sebarang latarbelakang mahupun akidah politik.
Maka tidak hairanlah mengapa Tuan Guru Presiden enggan duduk semeja berunding dengan Anwar Ibrahim dan Najib dalam Konsensus Nasional yang dirancang oleh Saifuddin Nasution atas arahan Anwar Ibrahim sendiri, kerana Tuan Guru Presiden tahu, Najib hanya makanan Anwar Ibrahim dan natijah kepada rakyat Malaysia dan umat Islam, akan jauh lebih besar seandainya Tuan Guru Presiden bersetuju dengan rancangan jahat Anwar.
PAS sudah ada pengalaman dengan Anwar Ibrahim tetapi PAS mempunyai maruah untuk mengakui yang PAS sebenarnya telah terpedaya dek kelicikan dan manis mulut Anwar Ibrahim. Sepatutnya Najib selaku pemimpin UBN dan Malaysia, boleh faham mantiq yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Presiden.
Malangnya Najib memilih untuk menyaksikan kemarahan tahun 2003-2005. Sebelumnya dia boleh tersenyum dan tersengih kerana cahaya jawatan Perdana Menteri sangat cerah di matanya, tetapi sekarang, dia bakal melihat pemaksaan untuknya mengosongkan jawatan tersebut.
Menang Anwar dalam kes rayuannya di Mahkamah Persekutuan - baik dibebaskan mahupun hukumannya dikurangkan - kita bakal menyaksikan Najib akan dipaksa meletak jawatan dan pemberontakan besar-besaran akan berlaku di dalam UBN!
Ikut bacaan politik, kita bersyukur kerana itulah matlamat dan 'kemenangan' kita. Tetapi ikut bacaan negara, umat Islam dan jangka panjang buat PAS sendiri?
Jangan pandang sehala dan pandang mudah kerana setiap yang Allah Taala jadikan, pasti ada sebab-musababnya.
Gua sokong kalau Najib digantikan. Gua suka Muhyiddin. Najib tidak bawa faedah kepada melayu yang telah menyelamatkan UBN pada PRU13. Melayu beri tebu Najib balas dengan asam jawa.
ReplyDeleteAku syok si mata kero Sallihin jadi PM...
DeleteOrang yang tidak suka kepada Najib dan Bn boleh kata macam2, tapi saya percaya najib masih baik memimpin Bn. Kalau diganti saya fikir Malaysia tidak akan berubah malah akan menurun dan kalau PR (loose/tidak bergabung sebagai satu parti satu lambang) mengambil alih kerajaan, saya fikir negara akan lebih jadi kacau bilau kerana penyokong BN akan lebih ramai lagi menjadi penentang ganas. Akan lebih buruk lagi dan lebih dahsyat, tidak akan dapat penyelesainnya.
ReplyDeleteCol Hassan
DeleteKita hamya tak mahu Najib. Kita masih mahu UBN menerajui kerajan. Kita mahu Muhyiddin ganti Najib. Itu saja , jangan sebut pasal PR (Penipu Rakyat) , minta simpang malaikat 44.
Kalau Anwar TERBEBAS maka Najib kena step down sebab indirectly Anwar berjaya membuktikan tuduhan liwat keatas beliau adalah satu KONSPIRASI.
ReplyDeleteKo ni satu bodoh. Diam diam sudah lah. Ni ko masuk blog lagi. Biar la Najib cepat lingkup.
ReplyDeleteSekarang Najib dah tau dah fakta bodoh kau ni. Tentu lah susah kita nak tengok dia lingkup.
Sama lah dengan Jijah ko ni. Dah tau ada sokongan ramai diam diam la. Tunggu mesyuarat DUN kasi letop lah!Ni citer awal2 kat media. Kan ke bodoh.
Nampak tak ko dengan PKR sama bangang!!@!
Tau Najib nak lingkup shhhhh! diam. Biar dia buat salah.
Kalau kurang cerdik tutup blog ni. Lagi cepat Najib jatuh.
Sekarang Najib dah tau. Anuwar pun kata Najib ni cerdik masa zaman Pemuda UMNO. Susah lah Najib nak jatuh gini.
Lain kali guna otak ko tau tak!!!!
Hahaha trbaikk..penulis syok sndiri cite lemah org..tah ye tah tidak..
Delete
ReplyDeleteamat banggang mengapa melayu taksub (PAS/PKR) puja puji julang kaki jubur anuar ibrahim???
dibarat negara kafir akan terajang pemimpin yg didakwa penjubur!!! dinegara ini penjubur diangkat bertakta didewan rakyaat.
melayu + melayu gaduh nak ganti PM, OTAK MELAYU TAK BOLIH FIKIR jika cina / india jadi PM. sekarang demokerasi sapapon bolih jadi PM kerana mendapat mejoriti.
melayu jangan jadi lembu cucuk hidung dan tak menghargaai berada dinegara aman damai, jika masih tak puas hati sila berambus kemana-mana muka bumi ini ada berani?.