Monday, 1 December 2014

PUAKA PASMA Yang Sanggup Keluarkan Berita Palsu Untuk Cari Nama


Orang yang terawal mengeluarkan transkrip palsu pertemuan Pasma-Pas ialah Fadli Ghani, Exco Pemuda Pas Pusat. Tiadalah di ketahui kenapa harus ada penipuan sebegini dari Fadli Ghani sehingga dengan sengaja mengeluarkan transkrip palsu dialog Pas-Pasma.

Beliau yang juga Naib Presiden NGO 'Geng Ustaz' telah menggunakan 'title' Dr (Phd) semasa pemilihan pemuda Pas Pusat 2013, walaupun sebenarnya belum lagi berkelayakan, hanya baru mendaftarkan diri sebagai pelajar Phd.

Beliau dahulu memegang jawatan di Arkib Pas Pejabat Agung sepenuh masa. Sepatutnya bertugas pejabat sepenuh masa tetapi hanya bertugas seminggu dua dalam sebulan. Sekarang beliau sudah pun meletakkan jawatan disitu kerana bulan Januari ini, akan dilantik sebagai Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan.

PERSOALANNYA:

1. Kenapa beliau begitu tegar sanggup mengeluarkan berita palsu untuk tatapan orang ramai.?

2. Layakkah pemalsu/penipu cerita yang sering ponteng pejabat menjawat jawatan Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan.?

3. Tentunya beliau selaku EXCO DPPP perlu bersikap telus tetapi malangnya mempunyai niat/agenda jahat untuk memecah belahkan Pertemuan yang di jalankan secara muhibah oleh Pas-Pasma.?

4. Inikah kualiti EXCO DPPP.?

Jika beginilah sikap seorang Anak Muda yang berjawatan di dalam Pas, maka tunggulah saat kehancuran parti.

4 comments:

  1. This is commercial break. Sorry keluar tajuk sikit.

    Berita Dari Utusan Malaysia 2.12.2014

    Jabatan Imigresen Malaysia berjaya mencatatkan INDEKS RASUAH TERTINGGI DALAM KALANGAN AGENSI PENGUATKUASAAN MALAYSIA. Menteri KDN Zahid Hamidi mengumumkan Laporan SPRM ketika merasmikan Sambutan Hari Imigresen 2014 di Putrajaya pada 1.12.2014.

    Kita seluruh rakyat Malaysia mengucapkan TAHNIAH & SYABASH KEPADA PM NAJIB RAZAK , MENTERI KDN ZAHID HAMIDI , KP IMIGRESEN MUSTAFA IBRAHIM dan SELURUH WARGA KERJA JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA diatas pencapaian KPI yang membanggakan kami rakyat Malaysia.

    Kami seluruh warga malaysia harap kejayaan Jabatan Imigresen Malaysia akan menjadi cabaran kepada agensi penguatkuasaan seperti POLIS , KASTAM & JPJ.

    TAHNIAH IMIGRESEN. SYABASH IMIGRESEN.

    Pak Tua

    ReplyDelete
  2. Apa yang syabas pak tua?
    Imigresen Malaysia menduduki carta teratas (no. wahid) dalam carta jabatan yang PALING KUAT RASUAH di Malaysia...ini adalah pengakuan Zahid sendiri.
    adakah pak tua ni kakitangan imigresen yang sedang dok spin cerita?

    ReplyDelete
  3. Anon14.51
    Hg nih otak lembab ka apa?
    Takbley nak paham ka sindiran??
    Lawak sarcasm...bahsa senang skit la kalo hg tk paham lg...kata sindirann...

    ReplyDelete
  4. Tahniah PAS lawan PASMA...atau..
    MELAYU lawan MELAYU...
    geng melayu bodo...

    ReplyDelete