Tidak mustahil sekiranya artikel kali ini dianggap sebagai menjilat UBN kalau tidak pun, aku dituduh menerima suapan daripada UBN. Namun kebenaran sememangnya pahit dan wajib bagi aku menyebarkan perkara sebenarnya, walaupun aku mungkin memberikan pihak musuh kredit dan secara tidak langsung membela mereka.
Dari tahun 1982, apa yang Anwar Ibrahim tidak lakukan dan katakan kepada kaum ulama? Almarhum bekas Mufti Selangor, sampai meninggal dunia difitnahnya dalam isu ratu cantik dan kemudian fitnah tersebut dipersalahkan kepada Mahathir. Kawan-kawan sekutunya seperti Rahim Thamby Chik, Muhyiddin Yasin, Mat Taib bahkan Najib sendiri, juga difitnahnya dalam usaha dia untuk memanjat tangga kuasa sebagai Presiden UBN dan Perdana Menteri Malaysia. Malah, dalam satu kes yang sangat 'luar biasa', isteri Azizan, bekas pemandu peribadi isterinya, yang sedang sarat mengandung terbunuh dalam satu insiden langgar lari ketika kemuncak kehangatan perbicaraan kes liwat pertamanya. Kes berkenaan tidak pernah berjaya dirungkaikan oleh pihak polis sehingga ke hari ini.
Terhadap ulama-ulama PAS, siapa yang tidak ditohmah dan tidak difitnah oleh Anwar Ibrahim sehinggalah ke hari-hari terakhirnya di dalam UBN sebelum dipecat dan diterajang keluar oleh Mahathir setelah Mahathir mengambil masa hampir setahun untuk mempercayai maklumat-maklumat yang disampaikan kepadanya membabitkan perilaku Anwar Ibrahim yang tidak layak sebagai seorang bakal pemimpin utama negara ini.
Majlis Ulama PAS disifatkannya sebagai penternak fitnah. Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden disifatkannya sebagai ulama selipar dan terompah jamban, PAS tidak berkelayakan kerana di dalam PAS semuanya orang bodoh, jumud dan hanya tahu berserban, berjubah dan berjanggut kambing.
Pandangan Anwar kepada PAS, sememangnya hina dan sehingga ke hari ini, hari di mana Anwar dikatakan telah bertaubat dan sedar dengan kesilapannya, Anwar masih tetap menganggap PAS bodoh dan boleh diperbodoh-bodohkan. PAS bagi Anwar adalah mangsa yang paling mudah dikenakan berbanding UBN kerana PAS sangat berpegang kepada perjanjian.
Sebelum ini, Anwar dan para jembalangnya yang sedang giat berkempen di beberapa buah negara, terutama sekali Australia, sudah kebuntuan fikiran bagaimana hendak menghadirkan lebih ramai orang ke demonstrasi yang dianjurkan. Dalam beberapa ceramah dan kempen 'RAKYAT HAKIM NEGARA', Anwar dapat melihat sendiri sambutan hambar yang diberikan kepadanya, sekalipun mereka yang dibayar gaji oleh Anwar masih menulis kononnya, rakyat berduyun-duyun untuk mendengar ceramah dan pembohongan Anwar.
Anwar sememangnya mengharapkan ahli-ahli PAS untuk bersolidariti bersama-samanya dan meramaikan demonstrasi yang dianjurkan selama dua hari. Selama ini pun, yang meramaikan demonstrasi-demonstrasi anjuran Anwar Ibrahim dan DAP adalah orang-orang PAS. Bagaimanapun, krisis Menteri Besar Selangor yang mana PAS dipersalahkan sekalipun yang merancang helah tersebut adalah Anwar Ibrahim sendiri atas alasan kononnya UBN mahu merampas Selangor dari Pakatan Rakyat, telah merenggangkan hubungan antara PAS dengan PKR dan DAP.
PAS dipersalahkan kerana tidak mahu 'mempertahankan' Selangor walhal tiada suatu petunjuk aras yang memberikan kesempatan kepada UBN untuk merampas Selangor sekalipun tanpa KAJANG MOVE yang terkangkang. Perancangan Anwar ialah mahu merampas Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila dana-dana luar untuk PKR, semakin susut apabila para penaja Anwar semakin tidak mempercayainya.
Dalam tempoh tidak sampai setahun, kita banyak dikejutkan dengan pelbagai perkara-perkara pelik. Menjelang PRU-13, klip video Setiausaha Agung PAS, Cikgu Pa 'dilepaskan' oleh macai UBN dan menjadi viral. Ia bermula apabila Cikgu Pa bertegas untuk tidak mengalah kepada tuntutan PKR untuk PAS menyerahkan lebih banyak kerusi kepada PKR di kawasan-kawasan PAS untuk ditandingi oleh PKR pada PRU-13. Hasilnya, Cikgu Pa terpaksa 'direhatkan'. UBN dipersalahkan dan dikatakan telah menfitnah Cikgu Pa.
Fitnah sebegitu tidak sahaja untuk memusnahkan kerjaya, tetapi juga untuk menyelamatkan kerjaya politik sebagaimana yang berlaku kepada Nurul Izzah dan Azmin Ali sendiri. Malah, demi meraih simpati dan sokongan, klip video Anwar Ibrahim berasmara bersama jantan yang pernah dirakamkan memberikan jambangan bunga berwarna ungu kepadanya di tangga Mahkamah Tinggi ketika perbicaraan kes liwat keduanya, turut diviralkan.
Demi mendapatkan sokongan dan perhatian daripada ahli-ahli PAS, terutama untuk menimbulkan kemarahan kepada UBN dan mengalihkan kemarahan tersebut menjadi simpati kepada Anwar, maka satu lagi klip video pelik melibatkan tokoh penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dilepaskan malam tadi.
Kebodohan blogger-blogger UBN yang mudah termakan perangkap dengan isu dan klip video seks memudahkan kerja-kerja Anwar Ibrahim. Mereka segera mengedarkan klip video tersebut menerusi media-media sosial, tanpa menyedari mereka telah diperangkap dengan cara yang amat mudah oleh perancangan jahat Anwar Ibrahim.
Ahli-ahli PAS seharusnya tidak mengulangi kebodohan para pengikut UBN. Ahli-ahli PAS telah dididik oleh para pemimpin kita agar tidak mudah mempercayai fitnah. Malah kita juga dididik agar berfikir secara bijak dan melihat perancangan serta tipu helah lawan yang mahu menghancurkan kita semata-mata untuk memperolehi sokongan buat mereka.
Kita harus bersolidariti bersama-sama Tuan Guru Presiden, bukannya terpengaruh dengan fitnah Anwar Ibrahim dan jembalang-jembalangnya menggunakan blogger-blogger pro-UBN yang tidak pernah menggunakan otak.
Ayuh, kita bergerak beramai-ramai ke Kuala Terengganu untuk bersama-sama pemimpin kita, bukannya bersama-sama orang yang mahu memusnahkan kita. Biarkan mereka dengan klip-klip video seks dan fitnah yang sudah menjadi makanan harian mereka.
Sokong, baik sokong TGHH daripada perosak Pas.
ReplyDeleteUAI difitnah kerana menghentam program pegang anjing didokongi anak ketum.
Muka UIA pun consistent macam orang STONED jer...
ReplyDeleteUIA ni pun jenis musang berbulu ayam...
DeleteCeramah sana sini, duit masuk ribu2. ..so apa lagi enjoy dgn good cars dan good pussies ....bini muda2 belaka...UIA ni kaki BURIT covered under religious knowledge enhancement...
Another DAJJAL. ..